Monday, November 30, 2009

tak beragak-agak.

Aku tengoklah kan, lelaki ni, kalau time dia tengah minat tunggu and datang dari jauh pun sanggup, tunggu banyak-banyak hari, tak beragak-agak, . Tapi time menyakitkan hati pun tak beragak-agak.

***
menyakiti hati dalam senyap-senyap lagi boleh membunuh.tahu!
Kenangan. aku rasa sweet tapi saket.
tade pape semua neh..saje gatai nak tulis..haha.
aku tengah masak cempedak goreng dengan adek aku tadi terus rasa nak tulis macam ini.

p/s: imissyou

Sunday, November 29, 2009

berpagi-pagi ini.

have a nice and long conversation with him.
first time perbualan kami menjadi begitu baik, lancar, unggul, bertamadun, tapi agak kekok' after 5 months break up..haha
(poyo jek ayt aku..rasa nak karate tengkok sendiri sekarang)

***
just make it short and nice.

happy birthday to ahmad syakir ahmad aznan
sweet 19th..tudia..tua dah hang! haha'
always pray for your happiness as you do.

xoxo
the ex girlfriend.

p/s: imissyou

Saturday, November 28, 2009

aku nak jadi anai-anai boleh?

I don't like to be pushed to make decisions. Aku memang suka tanya banyak soalan dalam apa jua keadaan, contoh cerita nur kasih semalam' ohoy' aku tak pernah tonton pun cerita tuh' tiba-tiba nak joen tonton last episod' macam biasa dalam ramai-ramai umat yg tonton tuh sorang pun tak bekerjasama dengan aku' kesian aku cakap dengan pasu bunga saje' ceh!

aku suka tanya mende yang melibatkan hidup aku. Tanya lelaki yang mahu dekat sama aku apa dia nak, tanya semua orang apa yang mereka buat sekarang untuk aku fikir apa aku nak buat.

Because at least for once dalam hidup aku, berilah aku buat perkara untuk diri aku sendiri. Bagilah aku fikir, lambat sikit tak apa janji aku happy. It's not that hard isn't it?


Is it some kind of power struggle dalam dunia ni yang kebanyakan orang hendak control semua perkara termasuk hidup orang lain. Does it satisfy them secretly? Or what?

ouh' macam tiada kaitan kan nur kasih dengan semua bebel-bebel neh ' sebab aku malas cerita panjang' semua orang tahu perangai aku' suka tanya pendapat orang lain tapi last-last aku buat decisions sendiri' aku banyak buat benda tanpa aku fikir panjang'..aku dah buat keputusan aku tolak untuk transfer ke shah alam' for many reason' lagi aku dekat dengan kau' lagi susah aku nak lupa kau'  itu yang kau nak kan' so diam!

then..why heh? disebabkan satu benda jadi dalam hidup kita boleh ubah perilaku kita tiba-tiba?

lagi tiba-tiba rasa macam mahu jadi anai-anai' makan apa depan mata' aku saket perotlah makan lemang dari semalam dengan nasi carrot pastu ada tempoyak' pastu aku bantai tidur macam beruang.

p/s: imissyou

Friday, November 27, 2009

kamu.

lima bulan...

tak cukup untuk aku recover.
segala sakit sila lah pergi jauh.

pergi jauh-jauh.
biar sesat dan tidak tahu jalan pulang.
sebab aku sudah penat.
biar aku menjadi gembira seperti dulu.
dulu..sebelum dan semasa aku kenal kamu..=')

malam aku akan hiba *ade bunyi cengkerik time neh*
semoga jangan datang malam.
biar sahaja berpagi-pagi.
kerana tatkala pagi aku akan lupa yang malamnya aku ade mimpi kamu. =')

pergh' ini taipan spontan aku weh..tepuk-tepuk~
terbangun dari tido terus hormon nak taip melonjak-lonjak.
rasa macam nak lari setempat sekarang. 


p/s: imissyou

Thursday, November 26, 2009

budak lima tahun pun pandai mengorat tahu!

ouh' lepas aku balik dari langkawi rasa macam malas nak update belog sebab aku rasa aku dah cukup muda untuk semua ini' oke tiada kaitan.abaikan'..

kat sana aku memang boleh meroyan kalau nampak laut' ak mandi terus' aku dah tak peduli hang nak p shopping ke' jogging ke' masak mee sedap ke' bakar pokok kelapa ke' ak nak selam lama-lama dalam air laut sambil mencari lelaki kacak patrick (tapak sulaiman)..ouh' ouh' jumpe sampai enam keping' ingat nak buat bbq..takut aku bangun pagi tangan ada lima pula..dan akan tidak ingat nama sendiri..lalu menulis di telapak tangan.. *hye nama saya eyda..nak kahwin kawan dengan saya?*


ong-bak golong-golong oy!

aku suka dok terkangkang tepi pantai saja kalau dah penat renang berirama di dalam air' sedang aku duduk' tiba-tiba datang satu objek comel bermata hazel dan memakai bozer the simpson yang entah siapa-siapa ..dalam hati aku cakap. "budak ini dah besar mesti jadi player kegilaan orang kampung"..

budakhot: awak buat apa tuh?
kakaksopan: erk' panjat pokok kelapa..haha *gelak berirama*

budakhot: awak tanak mandi.
kakaksopan: tak' dah mandi sampai muntah tadi..adek tak mandi?
budakhot: nak duduk dengan awak kat sini..
kakaksopan: *pandang budak itu sedang senyum dengan pandangan tak mengerti*

tiba-tiba mak kepada budak tuh datang dengan membawa pelepah pokok kepale kelapa lalu melibas anaknya kerana telah mengganggu ketenteraman anak gadis sopan dan teraniaya seperti aku.aku merayu jangan lah pukol budak kecil. tidak dipedulikan pun rayuan ak..hahahaha' dah2' yang part neh aku reka jek' mana ade mak die datang ape sume tuh' tp yang dialog tuh betul weh' aku tapernah borak dengan budak kecil berusia 5 tahun yang menggunakan kata ganti diri 'saya awak' saje jek..aku mula fikir die nak ngorat aku..peace! peace!

esoknye aku lepak lagi dengan die' tapi masa aku nak ambil gambar dengan die' die dah nak nalik time tuh..huhu' sempat gak mak die say thanks kat aku sebab jaga nak die..say thanks jek' bagi lah kereta pacuan empat roda ke' mini market ke' tak pun paling koman pun hadiahilah aku sebuah payung terjun..syok jek aku tengok mereka kat atas tuh..sejam rm150..ceh' baek lah aku melantak seafood sampai koma..


erk' ntah ape ntah aku snap neh' mahap' edit burok..haha


p/s: imissyou

Sunday, November 22, 2009

aku menonton TV IQ..tak semestinya aku kuat ingatan.

ini kali ke berapa ntah aku hilang jejak dengan henfon sendiri' kasihan kan..bukan kat aku' sile kasihan dekat henfon aku.tepat jam 12pm aku jumpa dah' dalam beg sekolah adek aku' (macam mana boleh lompat celah situ..mungkin dia terasa hati dengan aku sebab haritu pergi joging tak bawa dia) 

terima kasih kepada wanie dan yone yang membuat panggilan untuk menyanyi lagu kebangsaan harijadi kat aku..(lambat 7 hari..memang dia cakap nak jadi paling last..' tapi aku suke..hee)

esok dah nak membawa diri ke langkawi.pergi situ je kami mampu mahu pergi. aku pernah cadang kat ayah aku marilah pergi caribbean island ke, bora-bora island ke, blue lagoon kat fiji tu ke..pastu ayah aku cakap. jom kerja dekat rompak bank! oke..weh' nak tengok pisau cukur!!!!!! <---- (tanda seru kena lebih lima tanda memang sangat nak tengok) pisau cukur dengan rompak bank tiada sebarang pertalian.harap maklum..

esok juga on da way  pergi lang-kah-wee kena pergi ken-duh-ree kahwin..ibu adalah kipas susah mati pada kenduri kahwin jiran tetangga.maka setelah setengah jam buat perhitungan dengan ibu yang aku tak mahu pakai baju kurung' aku dibenarkan pakai pakaian yang masih nampak macam pergi kenduri' semalam aku jumpa kebaja pendek ibu zaman aku-belom-rasa-nak-lahir-lagi. aku dah buat keputusan..ak akan pakai kebaya itu dengan jeans dan seliper jamban flip-flop..gangster kan aku! rasa-rasa aku dapat makan kat main table tak ..



aku mahu ini sebagai hadiah hari jadi.ibu cakap kita beli kat langkawi' ade ke? mentang-mentang bebas cukai.tak boleh ke membeli kat sini jek.eh' cantik bukan..*kening2* 


p/s: imissyou



Friday, November 20, 2009

korang layan atau tidak?

petang-petang macam nie minum kopi O sedap jugak kan..masalahnya aku tak minum kopi' bak datang teh O ais laici kedai naziah janda belakang kolam memancing udang galah seringgit sejam milik pak abu kaki dangdut tuh.. (ahah..bes tak? bes tak membaca dalam satu nafas..macam mengaji kan..kan)..

tade lah sampai pergi kedai tuh' aku kan dah 19 tahun..*tatahu kenapa sangat berbangga sudah 19tahun' orang lain tak kecoh pon..*aku membuat sendiri.lalu ambil sedikit makanan ringan bawa ke belakang capai remote tv..capai bantal empuk berwajah ben10, capai spek kesayangan, capai album kawen ibu bapa dulu-dulu..semua benda aku capai-mencapai.lepas tuh buat muka raja gopal tonton tv..bes gak rancangan tuh tapi lupa nak ingat tajuk ia' ntah hape-hape semua berlakon macam kene paksa dengan tentera jepon! kalau tak berlakon tunang ko kena pancung...heh' heh' heh'


bila dah syok ngutok pelakon' tiba-tiba ibu datang..dalam hati  *eh..bila masa ibu aku nie pulang' dah lah tak mandi pagi lagi..habis lah kena flying kick neh* luar hati pula berkata  *eh ibu nak minom teh..tapi dah habis* ibu buat muka selamba tukar channel prima..apa laga' menonton sekar lah! punah harapan aku nak jadi pengkritik tegar pada para pelakon tadi! huhu'


nie sebenarnya aku nak tanya' siapa layan sinetroncity sekar neh? aku tengok sikit-sikit je' bila menonton..aku banyak tanya sebab haram tapaham mende2 lah berlaku dalam cerita tuh..ibu pula kalau dah tengok cerita tuh kucing main masak-masak baling-baling ikan sebelah dia pun dia buat dunno je' maknanya semua pertanyaan aku di jawab oleh sang dinding' tu pun kalau aku dengar lah dinding tuh dok explain apa' dah habis cerita dah feeling2 baru aku tanya ceritu tuh pasal apa sebenarnya..barulah dilayan.. (tu sebab aku layan ben10 jek)


cerita sekar nie ada asyraf sinclair tapi dah meninggal..bila aku cerita kat apek dia tak percaya' memang lah' dah ko trus lompat dari eps 10 ke eps 119..celah mana nak jumpa lelaki kacak tuh' nampak tak kat situ..episod 119 tuh! dongeng betol' nie lah sinetron' tak cukup-cukup nak rasa hebat kalau tak sampai 453 episod' cerita intan aku tonton sebab ada  dude herlino a.k.a dr.rado!  sila lihat gambarajah sebelah' macam gay pun aku jatuh cinta gak..hek3!

oh yea' dalam sinetron sekar tuh' aku suke theme song dia jek' layan wa cakap lu..memang leleh ah! haha' malam tadi aku dengan apek layan lagu tuh' pasang kat youtube' melalak lah kau dua orang..keju kambeng sedih punya lagu'  (mentang-mentang ada kol free..memang siap boleh karok lagi en)..haha' tapi tak nyanyi sampai habis sebab tatahan dengar apek nyanyi..boley demam balik kau' sumbang dia tayah nak cerita! haha


oh..nak karok gak..nah amek neh..



 sedih kan..sedih kan..nak nanges pergi jauh2..hehe.


p/s: imissyou

Thursday, November 19, 2009

kecewa tahu!

keluar membeli majalah' cari seventeen dah habis' tudia..berapa ramai insan berusia 17tahun kat perak ini semua nak membaca seventeen kah? (tapi aku dah 19 baca je lagi..ahah) maka membeli junk saja.( killeur calculateur as a cover)


aku belek-belek junk ini layan la jugak tapi lagi menarik kot dari ROTTW' aku jarang membeli junk ini' daripada aku membeli komik ben10..aku dah pegang nak beli sebab dapat poster ben10 bersaiz cermin meja solek' tapi aku fikir baca online sajalah sebab ada budak kecil comel pandang aku macam mahu beritahu ( woi! woi! pergi belajar memasak lah lagi bagus) oke tade kaitan disitu' tak..budak tuh pandang semacam kat aku' tercalar gak maruah aku time tuh' tu sebab aku buat keputusan baca online saja' (wahai budak! ingat dengan pandangan anda tadi aku akan berhenti memuja ben10' oh tidak' kalau boleh sampai aku kahwin anak 64 orang pun aku akan setia dengan ben10)


alunan aura musika mereka agak menarik.

tak..tak sebenarnye nak cerita' agak kecewa rtw9 tukar date pula' dari 19dec ke 26dec..aramzadei lu! aku pulang ke kampus 27dec' tahniah lah! (boleh kenyit-kenyit mata kat diri sendiri sekarang) ceh..tak perasan lak flyers tuh dah tuka date' aku nampak venue jek tukar..kaktus betol! tu pun lepas pergi kat web junk (click itu)..nak usha' web dy menarik tertarik you lah d'bomb gak lah.


oh eh' terbau bubur jagung..dapat pekena empat lima mangkuk sedap neh..=D

p/s: imissyou

Wednesday, November 18, 2009

datang balik dah!

rajinkan..rajinkan aku update belog banyak kali dalam sehari' hari ini aku bermastautin sorang-sorang di rumah..jadi lone ranger aku' kalau tidak nak habiskan masa muda dengan dni hari ini tapi tahap kesihatan aku amatlan membuat aku kesal' adam lavine pun nangis kalau dengar suara aku sekarang'(oh adam' awak comel lah dalam video clip goodnight..ahah) tapi tadi boleh pula aku pekena durian dua tiga das..lepas tuh menggelupur sakit tekak lah apa lah sorang-sorang..

satu hari ini aku dok layan lagu-lagu lama kat youtube' lagu tak tak berapa nak lama kat MTV dan channelV. aku dah macam rasa rumah aku nie ada acara kenduri kawen jek. (nanti aku kawen nak pasang lagu funhouse by pink lah' baru remaja)..haha! tiba-tiba kua lagu stay..wtf!! aku paling tak suka nak dengar lagu neh! setengah jam kemudian aku dapat rasa kemalangan jiwa yang aku pernah alami lima bulan lepas datang balik kat aku..tolong lah..aku penat' aku penatlah!!........(-_-")

makan sate 20 cucuk berjaya buat aku tenang. TAHNIAH! pada anda yang membeli. *tepuk-tepuk bahu sendiri..hee*

p/s: imissyou

dengar maka akan berjoget!




lagu ini sangat enjoy' die pernah record dan send lagu ini dulu kat (suku jela..ahah)aku tapi aku gelak sebab lawak lah suara vocalis dia buat aku terbayang suara patrick dalam cartoon kanak-kanak spongebob tuh. ouh' dengar pastu pasti rasa nak geleng-geleng kepala lalu menari..=D

p/s: imissyou

Tuesday, November 17, 2009

aku mahu lebih power!

nama saje bercuti-cutian..tapi aku busy kot di rumah.jadual hidup aku untuk musim cuti ini agak padat..rasa-rasa semacam nak hire PA jek..auuww! (ko ingt ko artis ternama eyda!)

aku memasak.ambil upah jahit baju raya haji.aku berkebun.aku menjaga lembu itik.aku membaja. bertukang..penat kan.tapi tu aku tipu jek.mana ada aku buat semua tuh.aku aku tak tahu kenapa aku busy..macam benda aku buat' sampai aku dapat rasa perasaan menjadi wakil rakyat.

akhirnya, aku demam' selsema' suara dah macam tertelan batu seremban..(rock wa cakap lu) ini kerana sibuk menghabiskan rambutan dan durian..menggis jek tade' kalau tak aku dah boleh dapat penyakit tiga serangkai..(ouh..sile angguk2 menandakan ia ada kaitan walaupun rasa macam tidak) makan berapa kilo saje' belom satu lori lagi' tak indie betol lah tekak aku neh' sakit pula'..dah lah semalam gayut dengan wanie sampai subuh..aku dapat rasa suara aku dah jadi macam suara dia dah..(lepas neh bolah lah aku ngorat caprice kan wanie)..haha

dah lah' nak mandikan anak' eh silap..nak mandikan diri..

p/s: imissyou

Monday, November 16, 2009

prank! lukenabeb! wakenalu! semua kena-mengena!

lokasi: sekitar matrik penang
masa: bergantung pada hari lahir individu tersebut.
watak utama:
eyda.dni.mira.dali.sayza
.
tang.zety.zidot.capek.bear.roomates.budak H1P4.

nota penting:
semua aktiviti kurang sopan ini menjadi per
kara wajib bagi kami dan semua watak utama memang tiada unsur kasih sayang dalam diri mereka pada hari kejadian.


antara kaki prank' sorang jek HOT!

aku tak pelik bila dni dok berkepit dengan aku sebab bilik aku neh da jadi cam bilik die dah' ape sume harta peribadi die ade kat bilik aku' ini kerana bilik aku memang dilimpahi kasih sayang yang tak terhingga.oh' aku pelik' asal mereka tak wish aku lagi neh' mula lah nk makan dalam neh' tibe2 dni ajak aku pergi toilet' aku tak rasa nak kencing pun tapi dni ckp masuk lah sekali jugak' dy takut' tak ke rasa nak bagi dy makan selipar jamban aku tapi mengenang kan seliper ini pemberian sedara jauh kat pahang aku batalkan niat aku..


waktu aku keluar toilet' tiba-tiba beberapa makhluk tak berapa nak hot jerit-jerit macam dalam cerita perang itu.mereka melepaskan beberapa das tembakan belon air' bapak basah baju tidur gambar pooh aku.bertubi-tubi.dah lah target sikit punya cantik.mereka juga dengan bahagia main baling tepung ke atas diri aku' ade sekali tuh aku menjerit' dorg baling tepung betul-betul masuk dalam mulut lalu ke tekak aku' aku bangga dengan siapa yang baling itu sebab aku tiba dapat rasa macam aku buat cekodok dalam mulut sendiri..habis aku berlari' dorang baling macam-macam.aku dah rasa muka macam baru keluar gua jek time tuh..



setelah beberapa jam' ia tamat' aku mahu mandi' sedang mandi sambil melagukan lagu asmaradana.aku dah ag
ak dah' tak tamat lagi' mereka dok siram dari atas air bancuh apa ntah' melekit' aku rasa nak pergi spa mandi bunga jek time tuh..mandi 2jam oke' tu pun time tdo dni dok tolak-tolak aku sebab rambut ak keras dan ade tepong lagi..nyaris-nyaris aku nak berdoa minta bertukar jadi sleeping beauty.


ini pon sama memang boley joen adlin aman ramli! masih sorang saje yang nampak hot.tuh' yang dok kaki kedepan tuh..haha

esok hari' aku sakit tekak' aku rasa serpihan tepong yang mereka sumbat dalam mulut aku semalam masih abadi di situ.pagi-pagi kelas english.buat public speaking..auwwww. i like it. tetapi aku berdoa bukan aku i
nsan terpilih.mungkin doa aku tak berapa nak makbul.pn.syam dengan penuh sifat keibuan tepuk belakang aku dan aku harus kedepan.apa laga buat cantik lah depan tuh..aku dah la tade material' so dengan confident tanpa ragu aku cerita kejadian semalam' mendapat sambutan..banyak pertanyaan yang mereka ajukan' dan paling best mereka ramai-ramai menyanyi lagu bday untuk aku..tersipu-sipu aku time tuh' gaya dah macam anak sultan terengganu sedang melamar aku..*kening2*'


malam tuh lepak bilik tang.kak ya buat cekodok' aku tanye
mana dapt tepung..mereka jawab' balance tepung baling eyda semalam lah' oke..sekali lagi nyaris-nyaris berdoa nak jadi batu pula.


ini bukan time bday tapi farewell untuk deq wani' ini pun dah bergolek-golek atas rumput baling kek' lihat muka aku sudah tak hot seperti gambar di atas..ahaa

nie baru aku' tade lah kejam mana' aku memang dendam time tuh pada mereka.sape yang besday lepas-lepas aku memang aku plan baek punye..kih3' dni n zidot mereka kne smapai 3 hari bau itu melekat.sayza siap kena ikat kat pokok sambil tutup mata time hujan lebat. mira kena seret sepanjang floor ke toilet. (bersilat gak la kami nk angkut dy). capek memang jadi puteri telur time tuh. dali bear n kak ya paling penat..sampai kena sound sebab bising dan semua kena main dengan selut time neh' sampai sweater mir n capek kene conteng dgn tanah dan disangkut atas pokok' betul-betul aku rasa macam cerita polis hong kong time tuh. sampai kan kat kelas amin n ayie bertanya..'eh korang tahu tak siapa yang bising gila malam tadi sampai kolej laki dengar.meriah rasa macam dalam cite industan sambut diwali' aku buat muka kacak cakap tatahu..padahal itu memang kami..hee


ouh' i miss it! semua ini seksa tapi memang best wa cakap lu' have fun betol!

p/s: i miss him.

Saturday, November 14, 2009

aku da semakin besar' bukan semakin membesar..=D

kehadapan orang kampung sekalian! hari ini genaplah 19tahun since aku keluar dari perut ibu' aku rasa cam bangga lah pula bila sudah mencecah 19tahun ni' aku dapat rasa satu aura kematangan dalam diri aku' siot eyda poyo weh! weh!

birthday aku this time agak berbeza sebab aku berada di rumah' bes ouh sambut kat rumah dengan family! tade lah kena prank dengan rakan sebaya semacam aku pernah lakukan jenayah bunuh menteri je' tapi ia seronok' oh' rindu rakan-rakan!



nak joget2 camni tau! tau! ouh' comel bukan..=D

nie kronologi yang berlaku pada birthday aku ini. (tema dan persoalan sila cari sendiri' aku buat plot je)..haha' watak dan perwatakan ke point of view ke pun sile find out sendiri' kah3!

  1. before 12a.m ada yang dah kol' dorg ikot jam mesir kot' tapi aku terharu gak' sebab semua menyanyi ramai2 kat aku' sebab aku kalo wish birthday orang aku nyanyi' dah mempunyai suara sedap watpe nak simpan! peace.peace! ouh' seperti biasa' zaki adalah orang 1st kasi msg kat aku' dia nie aku gaduh or marah die cmne pun dengan die dy still ingat aku' tengs dude! (zaki yang suh tulis name die lam blog nie)..haha' tapi aku tak sempat nak reply semua msg sebab kredit buat onar pula' inflasi sifar! aku pn continue lah kat fb' itu lah gunanya social web..tehee~ family aku pun antara yg terawal wish. =)
  2. ouh' pagi tuh kawan-kawan aku dah warning awal-'awal' bangun awal' mahu pergi tonton wayang' punyalah aku bersiap ala-ala paris hilton' rupa-rupanya mereka bawa aku ke air terjun' romantik kan rakan-rakan aku! haha' mereka saja jek' mereka cakap mahu aku jadi lebih mesra alam dah tua-tua neh' tapi kami memang have fun gilalah rasa macam nak kawad jek skunk! (sebab bes! tp gambar tiada' pada camera rakan)..huhu! tapi kne pulang awal' hujan lah nenek!
  3. balik rumah' tunggu ibu pulang dari mesyuarat' celebrate dengan family lak! ouh' adik lagi seorang tiada sebab tidak cuti lagi' kek sedap nak mati! ibu buat sendiri dekat rumah rakan dia sebab kalo buat kat rumah kompem kantoi dengan aku! haha!
  4. kalau tidak nak visit yan kat politeknik dengan anis hari ini' pachik tuh dah sebok-sebok kol suruh melawat die' tapi anis tak cuti lagi' so pospone yea yan! saba boleh! dah la wish bday aku lambat! siap ko! haha

eh' buat pengucapan awam sikit boleh kan' :
thanks kepada member-member yang wish aku' tak kira lah kat ms ke' fs ke' fb ke' yang kol sambil ajak housemate2 korang sume nyanyi tuh memang aku segan lah' i gadis pemalu tahu' haha! but its was so sweet' there's something yang buat aku terkilan hari ini tapi aku tanak fikir sangat kang spoil mood jek! boleh buat aku bersilat sambil joget tarian asli sorang-sorang kat tengah rumah nie' its sokayh' buat lah apa anda nak' i wont hate u'!

tambahan---> saya akan berusaha menjadi gadis yang lebih matured dan sopan' betul! matured boleh cepat kahwin' haha.ouh' next entry rasa macam mahu cerita apa yang mereka prank aku dulu lah' cyes aku tidak akan lupa..dang! dang!

p/s: imiss you.

Friday, November 6, 2009

hujan rintik-rintik air bergelombang.

ceh' gaya macam hepi jela kan..
dan sebenarnye.....

  • aku lapar hari ini hanya makan 2 ketol pau halim perisa kacang yang dibeli di kedai pachik ada anak kacak tetapi masih bayi.
  • aku saket kepala macam rasa nak bertukar jadi suria baja hitam sekarang lalu menyerang rakyat jelata tanpa belas kasihan.
  • aku tensen dengan paper xm tadi soalan macam tiada kasih sayang antara insan.
  • aku datang lewat ke xm tadi maka aku tidak lain dan tidak bukan akan membuat muka paris hilton saja.
  • aku sejuk gila tapi tetap mahu terbongkang atas carpet getah berwajah ben10 milik rumet tercinta.
  • aku sedang berfikir di mana aku letak purse aku yang syed cakap dah macam pencil box kanak-kanak gemar mewarna itu.
  • aku berfikir mengapa celcom sungguh mulia menambah nilai kredit aku 3 kali dalam seminggu ini' nak ngorat buat la cara gentlemen la weh! weh!
  • aku rasa semua tak kena malam ini sampai aku rasa macam mahu mengunci diri dalam loker' duduk diam-diam' agak-agak dah rasa stabil aku akan kembali ke alam nyata dengan wajah yang lebih remaja.

aku rasa aku patut cakap..
yea..aku rindu dia.

p/s: i miss him.

Monday, November 2, 2009

hey ym!! haha

ym atau dalam erti kata laen ialah yahoo messenger..(yea sume org tahu lah eyda)..woot! woot!.

aku kuno lagi' tade skype' nanti aku balik umah aku download lah' sini mahu download dr pagi sampai ke pagi berikutnye naik 5% jek' berusaha lagi dan hanya naik 2%..siapa boleh bersabar agak gagah.

ouh' aku jarang on ym' kalo on pun ak invi' nampak cam gadis misteri sket' haha! td on saje nk kacau kehidupan mir' ak tahu dy sedang setadi tapi aku peduli hape' ajak faz conference sekali' dorang sayang aku maka dorang turuti karenah aku..kih3! (sayang korg gak!! ayt stok nak jiwang jek). tapi faz sibok dok skype dengan laki dy.yela' sok besday maput kot' yeah' novemberians memang cantek dan kacak bergaya' haha!(sile paham kaitan nye di situ..) eh' syakir warga nov gak..huu'

sedang syok gosip-gosip gaya macam ko dah abeh final kan eyda! buku maths memang aku dah campak tepi katil dah ketika itu jeling hujung mata pun tidak' faezi lak invite conference' ade izul juge' dan aku terkejut ade firdaus! haha' mamat tuh memang da lama gle x dengar kabar' last dengar sore dy adalah apabila dy lagi 15 minit nak fly ke russia' itu pun di dalam telefon dan setahun lebih sudah berlalu' lama bukan..' lepas tuh kami tapena kontek dah' let bygone be bygone' kisah kat maktab dulu aku sudah lupa' pastu capek pun ade' ammar n fara jek tak on9 tadi..bz nak xm kot' upnm n dak ausmat sedang berfinal..semua stok deltanians tyme aku lower form dulu' semua pun dah matang-matang..haha!

then apa laga' gosip dengan izul dan zulpaly dan mabi..tengs for the advices' adeh' ramai betol kasi ak advice' really appreciate that'.. tp mabi nak kasi aku advice' haha bergolek dunia' aku sok x bangun sampai kamis bangun2 terus amek xm. ape ko mepek nie eyda..tade lah maksud aku..kalo mabi bagi aku advice memang aku kerat kuku lah kan! dy just bagitahu dy jmpe syakir kat konsert aar semalam..ouh i miss him sekarang! oke cukup disini..haha

p/s: i miss u s.gud luck for ur xm k..=))

Sunday, November 1, 2009

boleh pula tukar tarikh tiba-tiba en..

saje jek aku tulis tiba-tiba tuh' padahal memang dah tuka lama dah jadual xm' laptop aku kan sedikit uzur kerana virus baru-baru ini' sekarang sudah kelihatan muda remaja kembali' baru lah boleh melawat student portal.

nasib baik aku lepak dengan coursemate aku tadi kat bilik setadi sebab nak discuss subjek paling aku tak berminat yakni ' mathematical logic and proving technique' bagi aku biostatistik aku lebih suka oke! sedang aku dok buat hal sendiri tawaf study room sambil bilang kerusi-kerusi sebab dah kebosanan tiba-tiba member aku cakap ' malas gle nak tunggu sampai kamis xm neh'..aku dah pelik 'bukan ahad pagi esok ke de paper?' mereka pun dengan penyabar beritahu aku yang jadual da tuka..mereka kesian kat aku barangkali..macam kurang bersosial je kan' bersosial ape ko eyda. da kate laptop aku kne format nak on9 dan menziarahi student portal celah mana' jadi aku agak tak berapa update apa yang berlaku kat sekitar UiTM neh termasuk pasal fast trek bagi student part3 diploma..dan syed dapat terus degree nex sem tapi ke shah alam' maknenye kita akan grad sama2 nanti syed..sedih oke' siapa mehu dengar aku membebel pasal syakir dah nanti' huhu' siapa mahu sakat aku bila nampak shamin lagi..

huh' lagi satu' disebabkan next paper aku jatuh pada hari kamis' awe boleh pulak ajak aku p stadium tonton bola perlis vs kelantan malam tadi' gila lah kan penyokong kelantan semangat waja tak hengat' ak kena lah kot sokong kelantan sebab tonton dengan member kelantan' bayangkan..dak kelantan dari u aku neh boleh tempah bas ummul sampai due ketol' dengan van lagi' ouh' macam mahu pergi berperang.semangat bukan..taatkala tuh aku dah berfikir dan konfius..aku neh kat negeri mana sekaarang..perlis atau kelantan.....

p/s: i miss him.