Wednesday, February 24, 2010

kenapa awak tak layan saya macam awak layan orang lain?

tajuk gila tiada kaitan dengan apa yang nak dibentangkan..;DD
fufff! fufff! hari-hari aku tiup masa bagi cepat sikit jalan.

nasib baik lately kerja sangat banyak hingga aku boleh rasa kurang ber-fb-ing sekarang.dulu rasa kalau tak buka fb satu hari boleh sejuk tangan dapat hepatitis B.bagus.sekarang dah boleh kawal perasaan.boleh fikirkan benda lain.boleh berhenti fikir pasal lain.(eh..macam sama je ayat tuh)

esh..aku suka hari pagi.
jangan lah datang malam.
biar lah berpagi-pagi.

hari-hari doa minta kekuatan..siapa ada lebih..?
boleh beri aku satu?

p/s: saya tak suka bila period..sangat tak suka.

Friday, February 19, 2010

come on la diri sendiri!

staring at ym dia sikit punya lama lepas tuh aku tidur.bangun .tidur.bangun. tidur.

fucked up!!

p/s: ya allah..i need guts.inner strength! please..

gadis-gadis saya

mungkin perkataan gadis akan menimbulkan ketidakselesaan pada setengah individu tapi peduli ape nak guna jugak..*tiba-tiba starting nak emosi. hehee

oh' bayangkan aku sedang lompat-lompat kegirangan sambil ikat tocang dua rambut ada ribbon colour pink belang-belang putih dan sedang bercerita.cepat.cepat.memang aku melompat tadi kerana lipas lintas atas kaki' ingat kan lipan terus ambil kamus adik hempap lipas itu sampai sekarang tak angkat lagi..biar! biar! puas hati aku.

 maaf.penangkap gambar ade masalah gegaran dalaman.

hari itu pergi melagha (ayat ustaz khushairi dulu-dulu) dengan gadis-gadis i..sungguh menhiburkan.masing-masing ada gosip yang dua tahun atau setahun setengah dulu dah kumpul baik-baik untuk dicerita pada hari pertemuan kami.sampaikan ros harus berkata..'oke..siapa nak cakap angkat tangan' ikot turn..ya allah! sangat tak paham jalan cerita sebab semua nak berkata sampai makan tak kenyang..jalan tak basah. (apakah jalan tak basah?)

semua cerita yang dibentangkan memang membuat masing macam..'omaigod!!' 'betul ka weh?' 'dia tu apahal?' 'eh..aku tak tau pun'..haa.yang 'eh..aku tak tau pun' tu selalu jadi ayat aku and marz..sebab kenapa aku tak tau cerita tuh..memang tak patut dunia neh.oke..back to the cerita.cerita semua pun masing-masing benar tanpa bahan pengawet oh weh..aku rindu nak bercerita lagi.cepat-cepat aku dah bercakap sorang-sorang sambil menaip nie.esh..sekarang dah tak ceria sebab rindu kat semua pastu automatik terindu kekasih lama pula.dem.

 
 semua beli baju pun nak sama.betapa nuh kasih sayang nye kami..auww 

fremmin tapi tanpa mira fazlina and ili..wuu.dah tak jadi seven wonders' haih!

 eh'semua lama tak jumpa terutama marzihah..kali terakhir aku bertemu gadis ini adalah dua tahun setengah yang lepas.masih ingat lagi masa tuh last paper kami yakni paper PSV..dia melambai-lambai aku pergi.perghh..sedih tak hengat bila ingat kembali.itu hari jumpa macam aku dah sama tinggi dengan dia..berkat makan nasi kerabu ada ulam ulam barangkali aku neh.

 
 saya tahu saya paling rendah di situ. -_-"

nak lebih kontroversi..klik sini.dipersilaukan..

eh' tocang dua dah tercabut..harus berhenti bercerita.sebenarnya penat.penat selongkar rumah cari baju kesayangan..dah 2 bulan ia menghilang.kalau jumpa miskol i tau..bagi surat pun boleh.eh bagi surat lah..dah lama tak terima surat yang ada..'kehadapan hidayati tercinta..apa khabar dinda di sana?' waaa..kalau terima surat begini mau aku frame kan letak depan pintu rumah bagi semua tengok..nanti semua orang cemburu..cakap..'eh..bertuah nye hidayati nie..' oke..diam.BYE

p/s: awak..awak..kenapa awak miang sekarang?





Wednesday, February 17, 2010

mudah saja (macam lagu digi tuh)

sementara tnggu bola stat bersama adek.tiba-tiba aku rasa kosong.tak pasal-pasal sorang-sorang nak rasa kosong tiba-tiba apa nie eyda? ape? ape? ;D

sekarang aku suka cari jalan mudah.

aku tak akan fikir..layan atau apa-apa saja lah pada benda yang boleh bagi aku sedih.apa-apa saja sungguhpun ia akan sakitkan hati orang lain.kalau aku diam tuh maknanya aku tak nak ambil tahu..=))

dah dah..cukup 8 months jangan nak cukup kan jadi setahun pula.macam takde life je nanti.

ouh yes dear' pelik. But I don't want to feel sad anymore. It's tiring!

the end!
 
rindu gadis-gadis saiko neh banyak laut!

oh dear' miss my fremmin too.

p/s: storyboard i setakat nie sangat pathetic..ptttfff!

Tuesday, February 16, 2010

autobots transform! kreuk kreak kruek kreak!

sekarang aku dah berjaya menukar blog aku ke wajah baru yang lebih sensasi lagi mendebarkan.aceyh..padahal sangat tidak membuat jantung orang lain berdegup kencang pun! eh eh! 

header blog sebenarnya contengan bila aku tengah sedih dan blur.sekarang rasa nak jadikan kepala pada blog sendiri..nampak misteri' entah apa erti conteng-conteng itu pun aku tak pasti sampai sekarang.yang pasti edit dah macam budak darjah 3 selasih.

oh' buat pertama kali dalam hidup' aku mengulang lagu jejaka-jejaka kacak jepun dari pukul 9mlm tadi sehingga sekarang bertekad tak akan hentikan ia melainkan aaron aziz buat lagu untuk i lepas ni.tak pernah-pernah pulak aku sampai hentak-hentak kaki' head banging ape semua kalau dengar lagu jepun atau korea mahupun perancis sekalipun.ini kerana aku tak suka lagu yang aku tak faham maksud dia apa..


ini utk cik syasya.sempena dia pergi ke otago yaw! yaw!

hah' sekarang dah tahu kenapa aku suka lagu ini' sebab ia ada english subtitle and boleh sing along.and ia sangat sesuai dengan aku sekarang and and..nampak tak pelakon hana yori dango di situ' oh domyouji!

kazen aku cakap' gila noob kau eyda..lagu ni da lama lah' time sekolah-sekolah lagi.oh eh? takpe takpe..itu nama nya lagu lama tak lupuk dek zaman..kan dah cakap' tak versatile lah bumi neh kalau semua nak dengar lady gaga jek.

tak silap aku..budak-budak maktab aku dulu layan arashi masa tingkatan 3 ke 4..time tu aku sikit pun tak nak ambil tahu' aku masih layan naruto' dragon ball dan bleach.

p/s: dah tiga hari tak ambil tahu. =))



Saturday, February 13, 2010

saya sekuntum senyum..

saja nak sama macam tajuk entri before ini..

semalam tiba-tiba aku teringat.aku pernah berborak dengan atuk aku.kami gila sungguh kamceng macam burung di dalam sarang.*mereka-reka lagi*..dia pernah beritahu..'nanti, umur macam atuk, ida dah tahu, inilah cerita hidup sendiri. Yang belakang-belakang tu semua ujian hidup ida. Kita masing-masing sudah tertulis jalan hidup masing-masing kan.jadi selagi masih muda' atur hidup elok-elok.jangan pernah hidup dengan masa lalu'..

lepas ym semalam..aku tidur dengan otak kosong tapi tak tahu aku senyum kenapa' senyum bagi aku kekuatan mungkin' sebabkan senyum bahagia semasa tidur..tengok kan sekarang dah bangun nak dekat pukul 1.nasib baik before tidur dah subuh'..kalau boleh aku nak sambung sampai pukul 4 ke..tapi dah kena smack down dengan dni..gay gila dni neh!

aku pulang ke rumah hari ini' adik aku dua orang tuh sebok dok buzz2 kat ym'..pastu buat perangai bunian bila aku reply..dua-dua senyap!

eh' cuba try nyanyi lagu senyum seindah suria tuh..tapi ganti 'senyum' dengan 'kentut'..pasti gegar! 

p/s: .....?

Friday, February 12, 2010

saya sebuah kotak

gila lah rasa sungguh akademik tajuk kali ini' aku rasa tiba-tiba aku minat lagu aizat yang pergi tuh' gile dulu sungguh mengutuk bila orang ramai bernyanyi' sekarang boleh tak nak letak lagu itu di blog' oke' bye nabil' i da de aizat..oh' kembali kepada kotak.

kotak dari segi bahasa adalah benda berbentuk segi empat atau bulat' bintang' awan' matahari etc etc.dari segi istilah adalah..benda berbentuk yang boleh apa-apa pun masuk ke dalamnya termasuklah diri sendiri' ahli keluarga' tunang dan haiwan peliharaan.gila sungguh pandai mereka-reka maksud i neh..oke2' sila berfikiran rasional..

fyi' aku seorang umat yang tak suka kepada almari apatah lagi almari atau loker itu datang berpakej dengan padlock' kunci lagi..oh sungguh alergic! since aku tingkatan 2 aku sudah tidak ada chemistry dengan mereka. setiap kali aku mengunci loker' pasti kunci yang kecil bak bidadari itu tertinggal di dalam loker' kalau tak tertinggal pun tertelan..eh tipu je' kadang-kadang keciciran..dah satu kerja seluk loker sendiri nak ambil kunci sampai tangan bertukar seksi kerana berwarna merah.

masa di tingkatan 1 aku tade masalah kerana loker aku ada satu pintu saja..lagi sebelah tercabut' alang-alang dah longlai semacam jek..geram aku cabut terus letak kat setor'..

tingkatan 3 dan seterusnya memang aku tade kunci loker.ikat dengan tali kasut kadang-kadang kalau aku balik overnite..nampak classic kan.punyalah tak nak pakai padlock..tapi tu la hal..senang sangat barang hilang' tapi tak seserius mana..

lagi bila ke matrik' boleh tak adik aku pergi beri padlock yang ada alarm tuh sebesar-besar alam tuh' dia ingat aku nak letak aaron aziz ke dalam locker tuh hari-hari? aku guna yang kecil molek saja' macam biasa' masih terkandas.nasib baik roomate ada master key..

sampai kat u perkara sama berlaku.kunci tertinggal dalam loker..tolonglah' sakit paru-paru aku.nak cari gadoh padlock zaman sekarang nie.kali nie kena guna kekerasan.kata wonder women..kan syasya kan.guna cutter untuk besi tuh..wehh..lagi besar dari tangan aku mende alah tuh' cukup dengan tenaga aku seorang dah berjaya memutuskan padlock itu. oke..lepas tuh sumpah tak akan pakai padlock dah..

sekarang di rumah sewa percaya tak aku tak ada locker.aku taknak' aku nak pakai besi palang-palang yang hang baju je terus tu..(tatahu nama ia apa..ke ada nama saintifik?). dan disini lah guna nya kotak..

salah satu sudut bilik aku dimana kotak ada ramai.oh eh? abaikan kaki tuh' tak perasan dah upload baru nampak..ceh ceh!

bilik aku setiap sudut ada kotak' sebab senang nak simpan barang keras, lembut, baru, lama ikut kategori.tapi tade la sampai aku label satu-satu kotak itu dalam ia ada apa.gila annoying! gila nerd! memang lah konsep locker meletak barang juga tapi aku nak guna kotak.tak versatile la bumi ni kalau semua nak ada locker..macam kalau tak de locker kau bukan penduduk bumi..*saja nak jadikan tiba-tiba..haha

pastu kadang-kadang kotak itu boleh jadi meja' tempat duduk' tempat makan maggi' tempat letak laptop. kan..kan..kalau loker' boleh ke korang duduk bertenggek atas tuh.gila menyeramkan.boleh pulak korang jadikan ia meja makan maggi..loker' loker lah..meja' meja lah..jangan ubah ciptaan tuhan.allah marah nanti.

kalau tiada kotak..macam nie lah jadinya' ada ke letak laptop atas printer' lepas tuh wayar serabot terbongkang sana sini.

 
aku sangat busy minggu neh' tatahu kenapa aku suka kecah-kecah macam ni kalau nak stat buat kerja.ilham cepat datang orang tua-tua kata..haha

pendek kata kotak nie boleh jadi macam unit sokongan dalam hidup seharian.tanpa kotak badan binasa.terlajak perahu boleh undur' kalau terlajak subuh? oh..dah subuh rupanya..*padahal baru pukol3.36..*

pernah dengar lagu masih dari band kotak? sedap..rasa oren..

p/s: imissyou





Wednesday, February 10, 2010

kunci

ingat nak cerita pasal cabaran hari ini.selasa yang sungguh seperti explore race dan mendebarkan' *(&*%T^&F! memang nak cari gaduh hari selasa neh..tapi macam malas' karang tak pasal-pasal malam neh abang kat HEP tuh kena blackmail pakatan aku dengan housemate aku. nasib baik agak kacak..

oh yea' baru aku sedar ada juga orang yang masih caring pasal aku sama macam dia buat dulu.tapi aku tak rasa apa-apa..kosong.. bila tanya kenapa aku tak rasa apa-apa'ak diam' tapi tu lah..

aku dah selongkar semua tempat..
dalam loker..
dalam baldi baju..
laci almari..
bawah tilam..
halaman rumah..
pendek kata setiap sudut aku renung..
cari mungkin boleh jumpa balik..
tapi aku lupa..sangat lupa'
mana entah aku letak..

kunci hati aku.

itu lah sebab kot aku rasa kau bukan siapa-siapa..
kau sama macam yang lain.

ke kunci itu tak hilang tapi orang lain pegang' dia tak pulang' dulu dia simpan.tapi aku rasa dia dah buang..

aku kena cari balik ke kunci tuh?

katakunci: perghh..tiba-tiba aku pandai berbahasa secara absrak dan sungguh jujur jari aku gerak' true gila rasa' bila nak main explore race lagi macam hari ini.siang aku rasa kelam kabut gila..malam bila orang buat aku terfikir..aku kadang-kadang boleh jadi tenang,at least untuk hari ini ada benda aku boleh fikir sebelum tidur selain pasal dia..

p/s: imissyou

Sunday, February 7, 2010

rumah hantu

rajin gila update blog sekarang! sebab rasa macam tak suka bulan februari..*haha' tiada kaitan..jangan pertikaikan*

semalam aku tidur nak dekat pukul lima pagi.lapar..roomate pulang ke kampung maka kena tidur seorang diri.tiba-tiba teringat pasal rumah hantu..

tahu tak kadang-kadang rumah hantu kat funfair selalunya' yang so-called hantu kat dalam rumah hantu tuh memang ada perangai hantu.nak menakutkan orang tapi pergi meraba..kjhyiuygyjufty! aku tak pernah kena sebab jangan harap la aku nak masuk rumah hantu..tapi rakan aku pernah kena' kan tak pasal-pasal kena back hand..

moral di sini jangan cari pasal dengan perempuan muka lembut' belajar karate do dan meminum redbull lagi kerap dari makan nasi berulam jantung..ceh ceh..dah datang dah mood 'mari berperibahasa' aku..

sebab tema rumah hantu..mari menconteng..

eh' kali terakhir aku masuk rumah hantu adalah di genting 6 tahun lepas.tapi aku masih ingat perasaan itu.sumpah aku pucat lesi lesu lesau lepas keluar dari rumah hantu tuh..macam kalau aku nampak aaron aziz bagi flying kiss kat aku pun rasa tak sepucat itu..teruja namanya.

dan..kalau nak ajak aku menonton filem hantu sila jangan bazirkan wang anda' baik belanja aku main tikam-tikam..untung-untung dapat cincin bertatah (ke bertahta?) belian dua tiga bijik.

sekarang tak boleh tidur..benci semua anak patung yang ada dalam koleksi peribadi.. (ada satu saja sebenarnya nama orked)

kenapa tv3 pasang cerita seed of chucky tadi?

p/s: imissyou

Saturday, February 6, 2010

emosi distort di bawah gambarajah dan entri bosan abad ini!!

distort la sangat..tak lah' saja main-main di pagi hari yang mulia.yea pagi hari di mana seperti biasa penyakit yang satu ini pasti datang yakni terjaga tiba-tiba dari tidur tanpa sebarang sebab.

kalau ada sebab macam tiba-tiba mimpi kena pinang dengan aaron aziz takpe juga..dah lah akan jadi blur dan berlakon ngigau di hadapan housemate..oh yea..dah 4 hari tidur di ruang tamu..best weh' boleh jadi pemurah dan dirahmati kerana derma darah manis i pada nyamuk..nyamuk sini sangat rakus' sampai satu ketika terpaksa memasukkan kaki di dalam sarung bantal..oh' aku tak pakai selimut' tak pernah ada selimut kerana dalam selimut ada musuh bak kata pepatah melayu moden..seperti musuh di dalam selimut..

 
sesat tapi kami tetap buat relax

***

oh yea' sangat tersentuh bilamana mendapat sms dari wanie 'rindu korang sangat' omg! omg! teringat zaman kami dulu..masih kecil..lower form' terkinja-kinja lebih.apa kami peduli pasal cinta ke' drama melayu terbaru ke' fesyen baju pengantin terhot ke' tak tak..tak mungkin kami akan ambil tahu pasal itu..

ceh emosi ke?? tak tak saya sedang blur..ingt b l u r...doooooooo (bunyi bila sedang blur)..

angin buat tudung kami sungguh berunsur seni
***
oh yea..Selalunya bila aku rasa tertekan, atau dilanda tentang masalah miserable. Aku akan buat benda yang aku suka buat. Teman yang selalu tidak pernah kecewakan aku sekeping kertas dan sekuntum pencil tekan berwarna ungu yang aku pakai semenjak di tingkatan 5 lagi.

Itu lah masalah aku, sebab bila datang rasa sedih, aku suka main-main dengan melukis apa yang aku rasa boleh buat aku happy. maka terhasil lah benda abstrak yang aku saje yang  faham. Kalau aku sengaja nak buat, memang tak jadi pula. Dia datang dengan sendiri bersama dengan perasaan blur..ulang' blur..

Sweet.eh' aku terserius pulak..haha' makan budak! makan budak!

aku yang pke baju putih atas tuh.memang paling gangstahh..tapi baik hati..HAHA

kadang-kadang aku rasa macam nak tukar course..bukan apa' aku memang minat pada arts' especially fine arts' arts is universal..tp aku tak suka pada potret or permandangan tapi aku suka abstrak.retro thingy yang buat aku rasa i'm in 70's.kalau aku pilih baju pun aku selalu pilih yang berunsur abstrak, retro and olskool sedikit..pernah kena kritik cakap aku tak ladies..wehhhh..cukup ayu apa aku sekarang!

and aku suka graffiti and grafic..sumpah it will make me horny.haha! maksud horny kat sini adalah sangat teruja sampai kan aku boleh abeh berjam-jam depan adobe photoshop or flash making some montage or tolong buat poster..

omaigod! aku tatahu kenapa aku suka muka aku sedang teruja walau ia hodoh kerut-kerut

***
haa..dulu aku layan bjork, radiohead kalau sedih' jadi sekarang tak akan dengar secara serius dah.the beatles mungkin membantu.perasan tak aku selitkan gambar-gambar tuh' tolong kembali kan masa itu boleh? oke..where is the clock? doraemon? time machine? 

and and..kenapa vampire semua kena handsome?? 

bahaya!

toodles.

p/s: imissyou

Thursday, February 4, 2010

=|

tataw nak tulis tajuk apa..maka emoticon itu menjadi pilihan hati.

oke..its almost 4.a.m and i'm still wide awake.sebenarnya dah tidur tadi dalam lebih kurang pukul 2 lebih tapi terbangun semula.nak log in facebook rasa macam karang sampai ke pagi aku tak tidur kot.lalu batalkan niat dan sambung melihat buku' melihat yea..sebab esok harus menghadiri quiz pong..pang..pong..pang! pastu rasa macam dah cukup pandai beralih arah ke blog kerana ini entri i yang ke 80 hong heng hong heng!

semalam telah mengambil sos cili secara percuma dan diam-diam di sebuah pizzahut di tutttt..dengan tettttt..mana ley gtaw..HAHA

and..lately i don't feel like facebook-ing that much.WEIRD! ini kerana' rasa rindu rumah ibu bapa..kuali hang eyda' tade kaitan tapi sumpah tak sabar nak balik kampung..oh oh oh balik kampung..oh oh oh balik kampung.tahu tak sambil menaip neh aku menyanyi lagu ekstravaganza kuat-kuat..dah seluruh rumah gelap gelita sekarang..

***

oke..berpandukan emoticon pada title entri saya di atas..dengan ini saya umumkan..saya rindu dia sekarang..=(

the more we try to forget someone..the more we'll keep on remembering him...and hypothesis is accepted.

see..bukan susah pun nak mengarut apabila masalah sukar tidur atau tiba-tiba terjaga dari tidur berlaku.dah ngantuk sekarang' chap go meh! eh silap'..chow chin chau!

p/s: imissyou


Tuesday, February 2, 2010

luar dalam mana sama.

oh baru aku perasan semalam lepas dapat satu mimpi unik dimana mimpi itu harus jadi secret sampai bila-bila. tak nak cerita kat cucu pun sebab mimpi itu sungguh unik.oke harus berhenti cakap pasal mimpi itu sebab nanti confirm tercerita pada khalayak ramai.

begini baru aku sedar yang sebenarnya warna pink sangat boleh menarik perhatian aku sungguh! sebab..when people asked me minat kaler pink ke' aku akan keluar bunyi paling annoying gila macam ini..'euwwwwwww!! jambu gila minat colour pink..aku minat purple and hitam lah..tapi..

kalau pergi shopping  baju mesti aku pegang warna pink even kaler purple and hitam ada juga.pastu macam malas nak fikir nak kaler apa aku beli tiga-tiga..oke pastikan tertera harga di situ..3 for RM50..haha!sampai coursemate aku pernah tegur..eyda' baju kau ini sama macam semalam tapi warna lain yea.ya betul! mereka perhatikan aku rupanya..sebab nak bahan aku berlagak sangat kata tak suka warna pink.

lagi satu benda ini mesti korang pun selalu buat terutama para remaja sebaya-sebaya aku.macam nie' korang sebenarnya tertekan pasal satu benda nie tapi korang buat something yang boleh buat orang rasa korang sebenarnya tertekan pasal benda lain.ini ego punya pasal lah kan..tak remaja lah kalau tak ego meninggi-ninggi

contoh di sini' pada suatu hari itu kau macam rasa rindu gila kat sesiapa pun la konon kan..ego tuh tanak beritahu pada umum.bila roomate tanya asal muka ketat plus sedih semacam jek dan dan kau pergi ketuk-ketuk printer lepas tuh menangis..nampak tak kat situ..ketuk printer sambil nangis tak tentu pasal.ya rabbi..konon-konon dah sampai tahap tension sebab notes tak boleh nak print esok ada kuliah nak guna notes tuh.padahal before neh kau tak kisah pun notes tuh ada ke tak..

dan printer tu pulak sebenarnya plug tak on.sangat bernasib baik kalau roomate kau tak perasan semua tuh..kalau perasan pun dia kutuk dalam hati jek..tapi kalau roomate aku dia sembur kat situ jugak..aku selalu jek kantoi dengan roomate aku.dia ada saka kot..habis plan nak jaga ego aku punah..

itu cuma contoh.jangan nak ambil serious pula..bukan aku weh! buruk benar rupanya begitu..HAHA

oh yea..sekarang dah tiba masa siri gambar bercakap.sumpah rindu mereka semula.lama lah juga borak. kalau keluar dengan member-member aku neh' batalkan lah niat shopping ke ape.kau cari port baik punya..paling koman pun dekat foodcourt sebab sambil borak boleh tambah berat badan.

mira yang minat mamat gay.sumpah aku tak redha mir! haha

dalam tiga-tiga neh aku paling pendiam! HAHA

ouh yea' aku dah jumpa slip spm aku.sampai ngigau-ngigau dalam tidur sedih hilang slip itu konon. jumpa dalam celah celah buku etika pemakaian UiTM..wtf! result tade lah cantik mana tapi tak tahu kenapa rasa sayang pada makhluk tak hidup tuh.eh' babai..nak beritahu ibu sekarang.

p/s: imissyou