Thursday, February 20, 2014

Kisah Benar

The truth is I rarely write things in here because i got my tumblr. haa..situ lah tempat aku leleh baik punya syok sendiri tulis puisi dan sebagainya. Nak buat macam mana. Aku kan jiwang.

tapi itu lah,

nak delete blog ni sayang.

benda serius keluar bila waktu waktu gini.

Obviously i can't work right now.I wish I was a unicorn agar tak perlu hari-hari memerah otak mencari idea design. (i always wanted to be a unicorn tho). it's been a while since i last write. time is somehow spent doing so many small things, that i felt somewhat wrong to stay writing in front of the computer when i need to pay back all the time i couldn't spend with my loved ones. Sebelum apa-apa aku ingin bersyukur Allah beri aku pelangi. Okay ini bukan entri cinta.

Begini, aku nak cerita tentang pengalaman. meskipun diri baru dua puluh tiga tahun tak cukup bulan tapi cukup ia mengajar aku erti cinta dan celaka. bukan nak jadi judgemental tapi macam aku cakap ini pengalaman.

Aku kutip banyak pengajaran dari pengalamam. tapi aku nak fokus pada satu. Mentaliti. Ye, pada awalnya aku fikir mentaliti itu perkara kedua tapi ia priority. aku pesen manusia yang menilai mentaliti. aku tak menilai dari segi cantik hodohnya dia. mentaliti atas dari fizikal. menilai otak dan hati secara tak langsung. orang yang kenal aku akan kata aku gemar memerhati. ye aku memerhati baru bertindak. Tak, dulu, zaman sekolah lah cerita dia, aku yang huru-hara dan membabi buta tapi macam aku cakap aku kutip pengalaman jadi pengajaran. aku ukir balik apa patut apa tak patut.

Berbalik kepada mentaliti. Aku sudah hidup dalam dua dunia mentaliti yang berbeza. Setelah dihisab kira dunia yang kedua aku berjaya survive tapi melecet tu ada. aku tak judge siapa-siapa tapi itu yang aku rasa. berada di kelompok orang jiwanya sains dan seni berbeza amat. sangat, jauh. tapi macam aku cakap mentaliti membeza ia. orang seni ada pelbagai, samaada kau tergolong dalam yang narrow-minded atau global. aku nak kata pada yang narrow minded. i had that a lot sampai satu tahap aku rasa ah lantaklah aku perlu diam saja. i choose the path so i had to go with the flow. terkadang ada letihnya. rindu suasana dimana semua sama-rata, masa aku di sekolah meskipun semua nya datang dari background boleh dikatakan bijak tapi mereka rendah diri, humble, bisa dengar kata pendapat dari yang luar. bersama tak ada judge luaran sebab semuanya cantik..semua sama. semua tiada beza. Ya Allah aku rindu suasana itu. tapi itu lah aku tahu aku bukan jenis yang mulia. I've had enough with bunch of narrow-minded people out there.


Now and again, i get friends showing me pictures from Instagram. Look at her beautiful wedding dress! Look at his beautiful wife! Look at her white flawless glowy skin! Look at her baby's shirts, it's Burberry! Look at their new house, it's at somewhere-awesome-i-cant-even-tell! Look at her new bags, it's that $9k Gucci/Prada/LV! Look at their honeymoon pictures, they are so sweet! i like to see beautiful person or things but things are getting seriuos here sebab mula ada timbul perbandingan.

look. 
look. 
look. 

entah tapi Tuhan itu selalu suruh kita redha. Yang kita tak gemar selalu berlingkar depan mata. lari lah jauh mana tetap ada kaitnya. Tiap hari aku berdoa moga Allah lembut kan hati aku untuk terima. Ternyata ada makbulnya.and I get used to it. Dan ternyata its not bad. Aku gembira.

Ye, aku pernah berada di dua dunia yang sangat berbeza watak dan cerekanya. Ternyata aku tak mampu lagi hidup di dunia kedua. Aku mahu sesuatu yang global. pandang luas jangan sempitkan otak kita dengan perkara luaran. Ia tak kekal lama anak anak. kalau cantik, jadilah cantik yang bijak. kalau kacak. jadilah kacak yang rasional akalnya. Dari semua rencana aku putuskan aku biar. Aku tak akan ambil pusing hidup siapa siapa yang boleh buat aku melecet. Meskipun aku tau ada yang jadikan aku target competitor dia tapi tahulah yang aku tak minat berada dalam satu bab pun dalam pertandingan kau itu. aku ini aku. bagi aku, biar orang jadi orang dan aku jadi aku.

these little things in life,
we received too much of them, that we ended up forgetting them the most.
these little things in life,
they are little enough to us, that we forget how big they are to others.


Manusia itu berubah, manusia itu bercanggah. Baik dari aksi atau diksi. Khayal dalam dunia paradoks. kalau kau beri cermin ke dia, dia sua ke muka kau semula.

membebel masa tengah kerja memang tak kelakar sebab dah habis taip pun masih tak dapat idea nak design apa.

ha. Tolong.