Wednesday, December 30, 2009

the shadow.haih.haih!

tajuk macam cerita hantu. dan kenapa semua belog nak cerita pasal 2010' aku tahun depan dah 16 tahun..muda lagi rupanya' patut tak kisah nak masuk tahun baru' tapi rasa macam tahun lepas pun aku cakap aku 16 tahun..

tolong lah 2010' please give me some guts' a way to move on.a way to get rid of him.a way to blow away all the things that hari-hari bangun tidur fikir benda yang sama.membuatkan aku bangun awal gila lately. bangun awal sebab macam cakap kat diri sendiri 'eyda..kamu kena buat something yang boleh busy kan diri.nanti kalau asek baring-baring ingat lagi those things. omaigod!' bila nak habis la kan..berkebun apa kata.

alamak..bila masa aku jadi cepat menangis.2008 aku tinggalkan dengan benda yang hampir sama. 2009 juga' kes yang sama. yang mana benda paling susah aku nak tepis dari dalam hidup aku..(gila kesusasteraan ayat aku malam ini)..kewujudan dia beri impak maksima gila punya besar rasa macam nak rempit sekarang weh! weh!

i hope this 2010 kena lebih hati-hati.even how hurt we are with the F situations happened we should still keep on living and praying for a better life.new diary for me' a new hope..a new album for a new better memories.


i'm not blaming him.sebab dia aku jadi kuat la kan.and i'm not blaming others.

**

life is too short to be sad' but aku rasa aku macam jahat la pulak.macam aku tak nak kasi dia move on .but aku tak cakap straight to him.ya allah! i need a bunch of  kekuatan kalau lah dia dah move on dengan orang lain then aku masih begini.mesti aku rasa macam  nak berdoa hilang ingatan ke' jadi pokok ke' eh apa pula' tape lah' terserah pada dia! hehe! paham tak sekarang aku dapat rasa balik tekanan macam 6 bulan dulu.sebab aku pergi ingat balik semua benda..apakah?


haha.padan muka terbalik.aku malas nak rotate dah' padan muka.
HELLO TWO THOUSAND TEN! woot! woot!

p/s: imissyou.







Monday, December 28, 2009

lajukan

sikit lagi mahu ke 2010.excited rasa macam nak kawad sekarang.excited sampai malas dah nak ingat apa jadi masa 2009.excited sampai aku rasa macam nak tukar layout myspace padahal buka pun 14 tahun sekali.

**
tapi kenapa sampai hari ini.benda pertama yang aku ingat apabila bangun tidur adalah kamu.hari-hari.tengok henfon kemudian campak balik.sampai bila...

p/s: imissyou

Sunday, December 27, 2009

tiga cerita i rasa panas. satu cerita i rasa sugul.

cerita i rasa panas satu.

perasan tak lagu baru aku letak kat belog ini? perasan tak? perasan tak? perasan tak? lagu itu perempuan bernama dni awatif yang bagi aku dengar.sumpah sedih sebab macam.omaigod! omaigod! sedih la gila lagu neh.kau bagi aku dengar buat apa dni! aku benci lah lagu neh! tak suke! yela..tak suka lagu neh tapi dengar sekali terus menggelabah download sampai 34 ratus kali sebab mahu yang paling berkualiti.

tak suka lagu ini tapi masuk hari ini dah 79 kali aku ulang sambil buat muka gagah takut keguguran air mata.tak suka lagu ini tapi pergi youtube cari video clip dan lirik bagai.tak suka lagu ini tapi terus letak lagu kat belog. tengok.. betapa tak suka nya aku pada lagu ini.peduli hape nak kata aku jiwang. =D

cerita i rasa panas dua.
tak panas mana.aku jatuh motor langgar gate rumah sendiri sebab adik sakat' jatuh ditimpa motor di depan jiran kacak lalu dia tolong angkat kan motor.angkat saja selepas itu dia gelak.tak ke bangang.tapi aku mahukan adegan yang lebih romantik.ouh' jatuh jap ego time tuh sebab selama ini tegur hanya pada hari raya.eh' lepas itu terus baik dengan dia.ada hikmah juga jatuh motor nie kan.kalau lah aku jatuh depan anak sultan ke apa..lepas itu dia terus melamar aku ke apa..lepas itu tak naik motor or kereta dah' pergi berkelah naik private jet..WOW!


cerita i rasa panas tiga.
tiba-tiba ada jeritan..'eyda ada panggilan rindu untuk kau'!! omaigod' farid kamil misscall i! i main misscall misscall dengan farid kamil.lama juga main misscall misscall dekat 8 jam sampai i bosan lalu tinggalkan dia dan main misscall misscall dengan aaron aziz pula.tiba-tiba isteri aaron aziz datang rumah marah-marah tarik rambut i'

dia kejar i dengan kereta sampai satu gua.i yang jahat sumbat api pada ekzos lalu kereta itu meletop lalu merempuh i.i katawa geli hati dan kenapa i tak mati.tiba2 sahaja isteri aaron tadi berada di belakang i dan menembak i hingga mati. bukankah dia sudah mati tadi? maka i mati seorang diri. tiba2.DAMN! rupanya i bermimpi.ini mimpi kamu tahu' ia berdasarkan kretiviti otak i. kalau siapa kata.

' GILA EYDA CERITA MACAM TAHI?'

memang aku marah.dah nama pun mimpi. (tiba-tiba 'i' jadi 'aku')

cerita i rasa sugul.
ini tak boleh cerita banyak-banyak nanti hiba.sahabat suka duka yakni syed mohammad hafiz bin syed shahrul zaman akan menyambung degree di shah alam.dia adalah senior aku di arau.sumpah akan rindu dia nanti kerana nak dekat hari-hari merepek dengan dia di damak dan kerana kami lah perniagaan lokchin di situ laku' gelak macam esok taley gelak dah' hari tu je last gelak.pergi library dia buatkan assignment aku sebab dia terer C++.kalau aku sedih' dia selalu buat falsafah yang aku rasa macam tiada kaitan.kalau aku tertinggal kalkulator' dia la penyelamat'

dan lepas ini mesti tiada orang mahu sakat aku kalau nampak shamin dah' syed! siapa nak pergi bazar dengan ida nanti?? sumpah syed memang member yang best! gua rasa lu memang best lah! alamak dah sedih.............

p/s: imissyousyakir




Sunday, December 20, 2009

mandi perlu dalam hidup kalau nak kawin cepat.

i rasa ingin kawin sekarang sebab hari-hari membontoti ibu ke majlis kenduri kahwin. dan serta-merta ibu mesti cakap..'nanti eyda kawin ibu nak panggil m.daud kilau main kompang.salamiah hassan hias pelamin dan adam lavine mempersembahkan kugiran beliau'..i rasa itu yang buat i harus kawin cepat maka i pergi lost world mandi-manda dengan umat tak cukup matang kawan seperjuangan terkasih..( eh..kenapa mesti menggunakan kata ganti diri 'i'..auww)

oke..izinkan hamba mencarut..eh silap' memulakan bicara.

khamis itu hari kami pergi lost world of tambun yang kali terakhir aku pergi time mula-mula lost world buka.punya semangat sebab nanti kalau orang cakap..' weh kau orang perak dah pergi berseronok kat lost world kah?' kalau aku jawab belum tercabar lah ego aku sebab dekat jek kalau nak pergi..pastu kena gelak.aku kalau orang gelak kat aku aku gelak sama..dah terasa loser kat situ' pastu aku gelak paling kuat macam itu hari last aku boleh gelak.dah terasa double loser di situ pula..


 muka sekor-sekor dah umpama penunggu mencari cahaya kebenaran.penunggu yang penuh kesabaran.tp dah rasa cam nak tumbok tekak mereka laju-laju lepas tuh.

aku tak nak cerita panjang pasal detik-detik bergila kami di sana' tapi paling best menunggu bebudak lelaki lanun tu lah.ili tunggu 3jam..aku dan apek nak kat sejam gak lah' baru nampak mereka terpacak macam lanun tak reti main bola depan entrance LW tuh. sambil menunggu kening aku dah terangkat-angkat dah. sikit lagi nak menyanyi lagu sekebun cinta yang berbunga.nasib baik ili tahan aku..


tiba-tiba rasa nak memelihara singa lagi.


ini lepas penat harungi ombak gelora tanpa pelampung kerana habis disewa.juga penat mengejar burung puyuh.menangkap ikan dalam parit serta bermanja dengan sang rakun.

izinkan saya membuat ucapan penghargaan tanda terima kasih tinggi pada insan penyayang yakni nadia roslan yang tanpa rasa syakwasangka beri kami voucher LW samapi 36 orang boleh rasa sayang hey' rasa sayang sayang hey!

oh' kalau mahu skodeng gambar hodoh kami lagi dipersilaukan ke sini.


nak balik dah neh..balik..balik..mak panggil balik

p/s: imissyou








Sunday, December 13, 2009

dari kimia ke sejarah!

'terasa ada kimia di antara kita.',oh crap dah macam tajuk lagu kan.

memang dahulu masa di sekolah pendek' guru kan ke suka beri pelajar kad hijau bapak besar setiap akhir tahun bagi ibu bapa tandatangan tapi aku nyorok kan ia sebab dapat B dalam bahasa melayu.bukan ke ada suruh tulis cita-cita bagai.aku tulis cita-cita aku.. yang aku ingat aku tulis penjaga bayi 'penulis lirik'. apa perasaan aku time bercita-cita mahu ada cita-cita itu pun aku tak tahu. yang pasti sekarang aku dapat rasakan anak aku nanti akan jadi secomel aku dan kamu.oke..tiada kaitan.tapi aku dapat rasa.kamu pun rasa kan..itulah yang aku cakap..terasa ada kimia di antara kita.


lihat..terasa ada kimia di antara kita.

bila malam-malam  mendengar x.fm sambil anak mata memandang tingkap takut-takut ada pakcik satay lalu mahu jual selendang. tiba-tiba terus semangat capai fon text kamu.."oh shit..lagu best' sila download segera then dengar sampai muntah sebab i suka"..kamu rep.."pergh..tengah dengar kot" lihat..masih terasa ada kimia di antara kita.
 


dulu..aku boleh bercakap sambil mengunyah..sampaikan aku sendiri pun konfius bila aku kunyah dan bila aku cakap.tengok macam mengunyah tetapi bercakap.tengok macam bercakap..oh memang tengah bercakap.kamu...memang pendengar setia yang kadang-kadang akan gelak dan sambung percakapan aku pula. oke..bolehlah dikategorikan sebagai..' terasa ada kimia di antara kita.

dahulu aku memuja kimia' sekarang..kimia menjadi subjek tragis.sekarang semua dah jadi macam buku teks sejarah tingkatan lima yang aku tak pernah ada nafsu nak sentuh.sebab aku memang tak suka pada sejarah.sebab kan sejarah selalu kena suruh aku berdiri dua masa dalam kelas sebab dapat 2/10 di bahagian objektif..sekarang aku dapat rasa perasaan berdiri dalam kelas itu kembali dan..

sudah tidak ada kimia di antara kita. hanya sejarah.

dalami ayat atas itu.sekarang percaya tak aku boleh jadi penulis lirik ataupun penulis script drama swasta atau teater atau filem untuk aaron aziz atau komik super hero atau telemovie untuk anak lelaki aaron aziz atau pengarah dokumentari atau wartawan majalah3 atau aku tak tahu nak atau apa dah..


oke lihat lagi..terasa TIDAK ada kimia antara kita.


p/s: imissyou








Thursday, December 10, 2009

siapa baik hati cepat tolong aku!

aku menghadapi masalah besar..

dengan mata dah macam maya karin dalam cerita pontianak sundal tuh' (imaginasi diri sendiri sebagai maya karin sebab nampak cantik di situ)..ouh' tak pun sarah connor' mata i macam terminator gitu..auww seksi! oke' jangan lah marah' sakit mata neh' nanti dah tak nampak tinggi macam model..apa kaitan mata dengan tinggi jangan tanya aku.

pegi beli lauk depan kawasan perumahan pun aku memakai shades tahu' berduyun-duyun orang minta contact number' tengok' saket pon boleh jadi macam artis' ouh' kata maya karin' oh my gucci! (pengaruh keras cerita pisau cukur)..kejap' atas tuh aku tipu jek' aku tak melihat dunia pun since mata begini..macam mana nak dating dengan lu orang nanti..ceh! tunggu gua pulih la en..aku perlu cuci mata dengan intan baru lah pulih barangkali..

tidak! tidak! tidak! bukan mahu cerita pasal mata' ada masalah besar lagi' malam ini result final keluar' yea' sepuluh haribulan disember dua ribu sembilan pada pukul sepuluh malam ini nantikan lah aku mencarut-carut..weh' tanak lah mencarut' cuak nie weh! weh! kalau tak aku tak bolah nak tengok result nanti malam..masalah nye nak mintak tolong......

ade siapa-siapa ingat matrik number aku tak? cyes aku hilang ingatan..ada siapa-siapa?

p/s: imissyou

Saturday, December 5, 2009

melangot depan youtube layan beatles banyak-banyak..



now i'm so into lagu 70's o 60's yang cool gila vavi macam ini. bergantung pasa emosi aku. bergantung pada mereka punya lirik.sekarang aku asyik bercakap pasal emosi kan.haha.aku suka.sebab aku dah pandai ekspressi emosi aku. dengar lah' lagu ini menarik!

Friday, December 4, 2009

yes i do care for you!

and i'm sorry.really sorry.
tataw nak cakap macam mana dah.
kenapa aku macam ini jangan tanya.
tapi aku memang begini sejak akhir-akhir ini.
aku bukan eyda yang dulu.
terima kasih. mengundur diri.


aku tengok gambar ini terus rasa macam nak pergi memburu. macam haiwan lah mende alah ini' kalau ia warna hijau pula rasa macam nak pelihara sampai boleh kejot aku bangun pagi macam kucing aku hilang lari dengan makwe dua tahun lepas itu selalu buat.sebab itu mahu singa pula.bangang' cam tiada kaitan jek!



p/s: imiisyou
 






Wednesday, December 2, 2009

dari 19 nak ke 23thn tuh agak lama kan.

taraaaa!' lately hormon serta emosi aku macam pompuan mengandung anak sulong' ade jek tak kena' nak on9 pun rasa bosan dan ' apetah lagi..kat mespes sume pompuan2 mane ntah yang men komen dengan u nak pulak pakat add i kan. asal? nak tunjuk sume komen2 korang kat aku ke? adoy! aku approved jek' nak berkawan kot' think positive people..hehe.. (ceh' eyda bunyik cam jeles jek.hahaha' actually takesa pun lah..hehe)

semalam aku merayau-rayau melihat blog orang lain' blog yang aku tidak kenal siapa tapi aku follow semua buat sale jual ganja kot! haha' maksud aku kalo baca blog mereka boleh addict!
oh mengapa?

yang lawak tuh rasa nak lempang-lempang jek' asal la ko lawak sangat' rasa cam nak ajak kawen jek! haha' nescaya ceria dan hormoni hidup aku anak cucu' yang sedih tuh kalo boleh datang feel memang terasa lah..

lagi-lagi satu blog neh' aku baca blog dy dari awal' cerita sama macam aku..just dia dah umor 24 and aku 19..kisah duka hiba nestapa sedih lagi haru dia terjadi time dia umor 18' sama cam aku..then dah umor 23 baru dapat courage jadi diri sendiri balik..dia jadi kuat dalam diam'' weh' 23 baru nak stabil?? tanak lah begitu...lama nye..huhu' aku harap aku dapat stabil dengan cepat..tade lah asal jalan jek rasa nak jatuh lalu tersembam jatuh ke tanah' nak angkat muka segan tak larat' kena angkat pelan-pelan tapi datang lagi orang pijak tersembam balek..sampai muka da jadi cam baru keluar gua baru reti ade orang nak pegang tangan aku paksa aku bangun. ( memang perumpamaan buat sendiri kalau dah panjang menjela macam neh..haha)



comel gila mende alah nie' rasa cam nak makan!


ouh' dan juga' aku agak teruja dengan skype sekarang! lambatnye aku nak maju' ym aku dah cam tahi tahu! itu pasal aku dah seminggu tak topup no maxis' dan celcom pun tak berapa nak guna kredit ia' siapa suruh terlalu pintar mencipta skype untuk kegunaan umum' boleh macam 3g dalam kadar yang pantas lagi..auwwww! teruja i! haha' syasya' cepat skype dengan aku! hee..(dah..dah..aku tahu korang gelak kat aku sebab aku baru nak pandai guna skype kan..tape-tape' aku tak ambil hati..betul! *sambil menjeling tajam)

oh yea' mana singa kesayangan i neh..tadi kata mahu main pes bersama' pergi mengorat lah tuh' sekarang musim mengawan ea?

p/s: imissyo