Saturday, April 10, 2010

pelanginya.

eh' dah lama aku tak bagi nafkah kat blog sendiri.aku macam menteri sikit minggu nie.sekarang jam dinding menunjukkan pukul 4.36p.m aku baru bangun tidur terus meroyan cari blog.minggu nie adalah minggu paling disaster bagi aku yet tiba-tiba ada satu pelangi muncul..aceceyh!! yang ini aku pospone ah..tanak story lagi.segan lah..auwww! (tutup tutup muka dengan tangan)

ouh' semalam i pergi dinner.baru nampak poster dia yang tema tradisional la pula.siapa bagi tahu aku 1 Malaysia neh' aku dah nak pakai seluar dah' nasib baik ada plan B.Plan B apa' tak prepare.tiba-tiba emosi buka beg pakaian nampak terbawa baju raya tahun lepas.terus buat kenduri kesyukuran.(ini tipu)

saja je buat kontroversi pergi post kat fb 'tanak pergi dinner.nak tido' ye ah..dalam seminggu bile guna calculator' ak tido dalam 15min je sehari.gabenor bank negara tak busy macam aku.tiba-tiba..ibu komen..suh pergi sebab penat-penant dia pergi post kasut..lain kali dia cakap tak mahu layan.ceh ceh..ibu dan anak pun nak emosi pada hari yang sama.lepas tu terus telefon ibu buat suara anak manja mithali cakap..even kasut ibu post yang lain tapi semua orang puji kasut cantik..auwww! i love you mother!!!!

 satu gambar malam tadi aku sempat ambil' yang lain aku tunggu budak-budak lain tag kat fb' kah3! bila orang tanya.eyda kau pierce kat hidung ke.aku selamba je cakao 'yup'..padahal itu aku tempek manik2 tuh..dan sebelah aku adalah machik sewel yang dapat 'queen of the night'.. pastu aku lak yang kena belanja dia.waklu sharfa!! HAHA

ouh' dan buat kesayangan i nadiah roslan.HAPPY BIRTHDAY TO YOU dear kaktus! she's one of my fremmin' menyerupai papan lapis sikit.tak taw sebab pa nak cakap hang kaktus' rasa sesuai.

hari ini aku bangun tidur terus datang mood mulia nak puji kau tahu tak.haha! thanks for being such a great great friends! dia nie lah sahabat aku yang ada time susah dan senang.afiq syahmi sila jaga makwe i nie elok-elok k.haha! moga korang bahagie! korang berdua selalu bagi aku semangat.may Allah bless all of u sampai kahwin.ingt peti ais aku! dan..dan..aku tulis dengan linangan air mata' mula-mula ingat terharu dengan penulisan sendiri..rupanya sebab mata aku sakit tidur melampau neh..HAHA!

oke oke..nie untuk kau nad!


p/s:senyum sorang sorang tak gila.


Sunday, April 4, 2010

empat april!

hye 4th of April!!

i really miss you la 4th April!
it should be a year babe! a year! 

if i could turn back time..
but no worries my Ir..
your apology is widely accepted! =)

p/s: aku sedang puasa from facebook-ing jer.blogging tak taw..HAHA


Friday, April 2, 2010

wishlist??

wishlist ataupun senarai apa mahu' senarai nak apa atau lebih jiwang..senarai impian hidup di dunia ceh ceh makna perkataan tanak panjang panjang la pulak.

bila teman rapat tanya ak.'eyda..cepat buat wishlist..aku nak tahu sekarang!' tergojat aku kena serang macam tu tiba-tiba masa tengah syok syok layan na o mei.tataw apa objective dia..tapi seriously aku tak pernah terlintas sikit pun dalam kepala akal aku nak buat wishlist nie.sumpah tak pernah ada..tapi sekarang rasa nak buat..mula-mula aku ingat wishlist ini untuk benda yang kita impikan saja.kalau sebentuk benda bukan ghaib memang aku fikir 53 jam 43 minit 31 saat pun aku tak tahu apa aku nak.

rupanya..ada juga yang letak dalam wishlist dia nak gain weight lah..cukur kening lah..mulut sedikit seksi  lah..dan yang paling rasa tinggi cita-cita nya adalah nak jadi bini kedua aaron aziz.( tolonglah percaya yang ini bukan aku)

sekarang aku dah tahu apa wishlist aku..
ada dua je..cukup la tuh' sebab bagi aku..

wishlist nie tak semestinya kita dapat..
tak semestinya it will become reality as u wanted kan kan..

satu: i need my heart back.sila pulangkan!
dua: yang nie kena guna bahasa isyarat..tak reti tulis nak macam mana..
JOlkjIOT*&RTYUFvgh..oke faham kan..

haa..tu jela..huh' nie lagi satu' tekanan! gila apa dinner tema 1 Malaysia?..tak remaja oke' tak remaja! kalau aku' aku buat tema fashion disaster..lantak korang lah fikir macam mana nak jadi seorang yang disaster..taman tema bagus juga.nampak sihat.

p/s: wishlist korang apa pula?..aku tak reti sebenarnya nak wishlist wishlist nie..



Wednesday, March 31, 2010

OH!

tajuk hanya OH! ini kerana bila dah sampai tahap aku dah kehilangan kata-kata.maka..OH! sahaja yang berjaya keluar.yea kehilangan kata-kata kerana dia.

ah' seram je asyik asyik nak dia kan..tapi ini dia yang lain.tolong lah dunia..saya sekarang tak boleh tidur malam' makan pun berapa pinggan je' asyik teringat kat Joe.tahu siapa Joe? nama komersial Aaron Aziz.sekarang dah kenal siapa dia? kalau tak kenal pergi lah dari Bumi ini.anda memang tak layak hidup.masakan aaron aziz pun tak kenal.memang harus belajar erti kehidupan semula..

 amacam? dah kenal? beliau sms tadi cakap sekarang beliau sakit kaki.sayu gak la aku..

malangnye dia husband orang.tapi tak mematahkan semangat aku untuk meminati beliau.aku memang cepat tergoda dengan watak-watak yang berlakon watak jahat' perghhh..aku rasa aku pun nak lompat-lompat dalam cinema tuh bagi semangat waja pada joe a.k.a aaron aziz time dia nak belasah zack a.k.a syamsul dalam KL Drift.sumpah u nampak sangat gengster yang berwawasan dan mempunyai misi dan visi dalam hidup.tak sia-sia u jadi gengster joe.mengundang lah! mengundang! rasa nak nyanyi lagu ziana zain sekarang..haih!

entri aku before-before nie pun ada je kan aku cakap pasal aaron tapi sekarang ini edisi khas.betapa aku bangga dengan dia tak pasal-pasal.okelah..bangga la juga dengan sam dalam adnan sempit and KL Drift tapi untuk aaron cam lain macam sikit rasa kebanggan tuh.rasa macam kami ada pertalian darah..haih lagi.

 kalau boleh aku pakai semua nie tanda sokongan aku pada aaron.malangnya aku memang tak pakai apa-apa pencuci muka sekarang.tak kisah kan..kan..

dan..sebab aku juga agak minat fazura.aku simpan movie pisau cukur dalam phone.dalam bas dari Ipoh pun aku boleh bantai tonton cerita tu sampai pening-pening ulang 10 kali pun tak sampai-sampai Arau lagi' jauh macam nak pergi Umrah je rasa.janji ada aaron.Oh my Dior! sungguh dia bergaya dalam tuh'. OH! OH!

ceh' panjang je untuk aaron sorang.bukan dia baca pun..janji intan and nad baca.madu-madu i mereka ni.i tak kisah bermadu' harta bahagi tiga la tapi..;D

p/s: next entri ingat nak minat zahiril adzim la pula kan..bro macho tuh.hoh!


Friday, March 26, 2010

lelaki cool

tadi sepatutnya ada kelas malam' pergi-pergi kata batal..aku nyaris-nyaris langgar kereta mewah sebab bawa motor macam pelesit tak ingat punya laju dengan lampu motor lupa pasang nya.tengok betapa semangat aku sampai berkorban macam tu sekali demi seorang lecturer kacak.

kacak dan cool.macam lecturer saya nie.paling cool saya rasa.
tapi bukan nak cerita pasal beliau.laki orang nie..mari cerita pasal bukan laki orang.

kalau nad kata lelaki tiada facebook adalah cool.bagi saya lelaki yang memakai helmet kuning dan bermoto merah jambu sejuta kali lebih cool.kan kan..weh weh..tipu jek.

bagi aku lelaki paling cool adalah lelaki yang still baik dan boleh borak kosong dengan bekas teman wanita dia dengan tenang dan tidak beremosi balada punya.bekas yea..dalam bahasa kampung nye ex.celah mana nak cari lelaki macam ini sekarang.sebab lelaki memang tak pernah lari dari ego.wah! hebat! cepat tepuk tangan ramai-ramai yea gadis-gadis.mat kool mat kool kawan ku..! (suara garau)

aku ada ramai rakan yang boleh je get along dengan ex masing-masing. tapi tak la sampai kau terpikat dengan lelaki lain nak story punya.hati kena la jaga der.let by gone be by gone la kan.bukan nya nak baik ada makna.'oke aku nak kat kau lagi' macam tu ke lelaki-lelaki yang tak cool ingat? ini boleh masuk kategori klasik nasional..

lebih cool kalau.even kau still ada hati kat ex kau nie tapi kau tak pernah cakap pasal emosi kau..kau masih beri semangat kat ex kau in many way.at the same time' kau pun move on juga dengan orang lain.macam makhluk tuhan yang kenal seorang ni.dia selalu gila bagi semangat kat ex dy dan mereka baik.tapi seriously dia tak mengharap pun apa-apa.hidup tenang jek.wah! ini hebat! betul-betul kategori rocksteady! or maybe he's a good pretender.simpan dalam hati ke kan..tapi tabah! wow!

atau..meraka tanak baik sebab senang nak lupa kot.konon-konon hardcore!

aku? entah..kalau nak baik.aku oke..tapi kalau dah tanak baik..tu aku ambil masa sikit nak oke..haha' oke aku rasa aku kategrti..etnik kreatif..-_-"
or depends..

p/s: esok last bayar saman,,dah la bagi no plat salah..slip hilang..haha! cool tak? nak kena penampar ada..















Sunday, March 21, 2010

lama aku bertenggek

aku kat rumah sekarang.depan tv cerita apa tak faham..aku juga dengar lagu kuat kuat.kuat sampai adik aku jerit kat aku suruh diam sebab dia nak tidur.dah kalau tengok bola tak ingat dunia..pukul 5 ptg pun belum tentu dia akan sedar diri.arsenal memang loser..*tiba-tiba

sebenarnya dah nak dekat sejam aku depan laptop nie.
dah nak dekat sejam aku renung keyboard nie nak cerita.

nak mula dari mana ye?
nak cerita banyak sebab macam-macam ada dalam kepala otak ni.
macam-macam jadi kat keliling aku sekarang sampai rasa nak menyibuk tu dah takde dah.
suka hati korang lah nak buat apa.janji semua senyum lebar.ketawa dalam versi pendera punya ketawa.
itu paling mendebarkan and yet aku rasa lawak.

oh ye' nak cerita kan..siap dah edit gambar bagai
tak tahu nak guna ayat macam mana

satu pun tak keluar.
yang keluar muka dia.
tak kan nak tempek muka dia kat sini pula kan.
menempah binasa orang dulu-dulu kata.
maka aku tempek lah gambar ini.

time form 3.sempoi kan advisor aku pakai kain pelekat jek.nak pergi rumah dia harus melalui asrama lelaki sampai ke tingkat tiga.sumpah memang mencabar.senior aku gila.oke rindu mereka.bukan senior.mereka dalam gambar nie la. pttff!

kan..aku dah menulis ikut emosi sekarang.semua sebab final nak dekat.bila aku fikir satu benda yang buat aku rasa terganggu.aku akan mula ingat benda yang pernah buat aku lebih terganggu.

p/s: tak tahu kenapa sangat berdebar untuk final kali ini.


Thursday, March 18, 2010

gambar bercakap

some say picture enough said.
i said..why dont you stay? =(


just play me that song again. -stay by estrella.

p/s: damn punya video! sila tanggung kalau aku rindu dia..


Monday, March 15, 2010

oke fine lah! fine!

oke fine lah! fine! (saja nak ulang)
oke fine lah! fine! (saja ulang lagi..)

dah lama aku tak update blog.aku dah rasa macam kerja di kilang photostat dah bilik aku neh' sumpah merata kertas sampai nak jalan pun melangkah penuh istiqamah.atok cakap jangan langkah ilmu nanti kahwin lambat. *tiba-tiba

printer aku ini nak kata zaman paleolitik tak la pulak' tapi tiap kali aku nak guna suka buat perangai yang mendebarkan.pastu banyak kertas aku reject' notes nie tanak pulak panjang.tiba-tiba aku rasa sedih mengenangkan berapa banyak aku bazirkan pokok untuk kertas-kertas nie semua.tiba-tiba aku rasa emosi dengan alam sekitar..pastu tiba-tiba hari ini aku pakai baju colour hijau gambar bumi.pastu tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu pergi tak kembali..jangan pertikaikan lagu tak kena tema.aku suka.



kenapa perlu print notes bagai ini.sebab kalau nak harapkan lecturer dok pung pang pung pang kat depan itu aku lak datang 10 minit lambat memang menempah kebinasaan lah final nanti.pastu nak buat assignment pun tak reti sebab tiada ilmu di dada..apatah lagi di fikiran..aceceyh' maka print notes lengkap di portal jalan terbaik buat masa ini.hah! aku makan gak printer neh!

aku busy banyak.tapi sempat pula' sabtu hari tu aku tonton V3 samseng jalanan. perghhhh.. bahasa dia wa cakap lu! syok! speaking utara style punya.lagi lagi hang p tengok kat alor setaq' majoriti sep-sep depa la dok tengok.penuh panggong bak ang.aku kira-kira nak dekat lapan belas kali juga lah si bront tu dok kata 'bak ang' dari awai sampai end of the story.tapi pusing ikut mana pun adnan sempit lagi true! muka ganaih..dalam hati ada taman.

tadi aku skip satu kelas sebab siapkan assignment..heh3! ini kali kedua aku skip kuliah dalam sem dua neh.bangga habis neh! rasa nak gosok gigi sambil shuffle sekarang! 

dah tiga hari aku sakit perut.ada dua ulser di mulut..jari kaki kena gigit makhluk apa entah tak tahu.power mata semakin meningkat naik. tangan berlipat dua.dagu hilang.mata tumbuh lagi satu.telinga mencapang.kaki suka jalan ke belakang.bulu roma...eh dah dah..

kesian kan..muka aku sekarang memang macam orang teraniaya..takpe takpe janji dalam hati ada taman' dalam taman ada iman..*penangan lagu pergi tak kembali kot noh..

toodles!

p/s: hang dok buat best pa? serabut aih..







Friday, March 5, 2010

dari tadi cari masalah dalam bahasa urdu apa..tapi tak jumpa.

masalah itu kawan.kawan bukanlah musuh mahupun lawan.maka masalah bukan lah musuh kita.

ia kawan.setiap orang harus hadapi kawan yang satu ini dengan sabar dan baik dan tenang serta penuh istiqamah.jika berjaya dah boleh kahwin..oke tipu jek' tiada dalam syarat-syarat perkahwinan dalam islam pun I hentam jek.oh sambung balik..satu hari kawan ini akan beri kita satu kebahagiaan...err..yela' trouble is a friend bak kata kakak angkat i si Lenka tuh.

itu lah teori dia I reka-reka suka hati ikot kefahaman diri sendiri.sebab tadi tiba-tiba roomate pasang lagu trouble is a friend oh oh what so ever..oh oh! then pergi facebook ada orang tu tulis kat status dia 'masalah itu kawan'..tiba-tiba tertarik nak buat teori sendiri.I tak minat Lenka sebab dia tak se otai lady gaga..tiada kaitan  tapi nak beritahu jugak.

I tak berusia 20an lagi..tapi I dah rasa sikit-sikit masalah tu macam makin banyak.maknanya i harus kena wajib terima ramai kawan lepas nie.bukan-bukan..I bukan nak cakap' kawan itu masalah I..tak' I menyayangi kawan-kawan I' tapi di sini ialah masalah itu kawan.tapi kawan bukan masalah.dapat tak apa yang I nak sampaikan nie.

oke..bila dah dapat masalah.settle sikit-sikit..jangan buat tak kisah.nanti makin tambah pastu pening nak handle satu-satu.sebab tu kot kakak angkat si Lenka cakap trouble is a friend.tak perlu ulang sebenarnya ayat ini. -_-"

kan kena belajar..sekarang perlu angkat gelas tinggi-tinggi dan ucap selamat tinggal yang dah lama tertunda tu..oke..selesai satu trouble..hilang satu kawan.

hari akan datang..I perlu cakap macam ini...

HYE FRIEND.NICE TO MEET YOU! di mana konteks friend itu adalah untuk masalah.

tenang kan?

p/s: next time kita cakap pasal trouble is a foe pula.tapi macam tanak lah sebab tak setuju..haha





Tuesday, March 2, 2010

penat bak ang! tapi syok!

hah! seperti biasa bertemu lagi kita dua kali seminggu' aku dah fixed kan masa aku untuk berblogging hanya dua kali seminggu.gaul-gaul cerita secukup rasa dan tempek ha..amek kau di sni..tepuk! tepuk! maaf ayat macam rancangan masakan.

last week lecturers bagi assignments  macam tak menitikberatkan unsur kasih sayang..tade nak kasi can langsung hantar lambat' memang kena ontime.kalau kena redo akan aku bersilat tak kena tempat nanti.tak kuasa mak! maka memang tekun membuat kerja plus test lagi bak ang.dah sampai tahap bosan memang tawakal buka fb jalan-jalan kutuk gambar orang..wiiwiit! setelah seminggu melatih diri menjadi pelajar cemerlang.weekend mesti mahu enjoy bak ang.

seronok gelongsor-gelonsor atas batu ada air mengalir sejuk.

tak habis-habis nak guna 'bak ang'..sebab seronok dengar member-member cakap.syok macam rasa nak kawad sekarang!

weekend ini memang letih tapi tak rasa apa-apa sebab syok bak ang.(bak ang lagi..lempang kang eyda).macam-macam modus operandi kami lakukan sampai kaki aku sakit sebelah dan kadang-kala rasa kaki macam takde.setap 5 minit aku check kaki aku ada ke tak.takut lah longgaq tercicir sebab rasa ringan semacam.tapi yang pasti syok.lagi-lagi ada shisha.ex roomate aku yang dah lama tak jumpa.rindu bak ang nak gosippppp! dua hari lepak dengan dia memang tak puas weh weh borak! before dia balik nilai kena pergi kenduri rumah wani dulu..yeyeay! jumpa hang lagi. *kening2*


 
tengok gegar nya gambar ini.

 satu-satunya gambar tepi pantai yang waras dan tidak gegar.

bila semua dah pulang..sayu lah pula..haha! weh' sebenarnya aku tengah hiba esh bodoh betul semua benda sedih datang sekali arung hari ini.kadang-kadang mendatangkan marah.rasa nak beri pengajaran secara kasar tapi sabar lebih perlu.shisha' dni' atun' wani..nanti kita borak-borak gila macam sarkis lagi!

 
 

 
 aku and shisha dah peduli apa dah' sorang seluar pink sorang hijau.sampai-sapai air turujun terus turujun.

this weekdays =  4 tests in a row..1 project submit on wednesday.plus 1 presentation..
this weekend = hot.fm big jam..nak p wehhhh! lai..lai!

sesungguh printer aku buat hal lagi.entah kenapa printer nie suka buat hal sebulan sekali.period ea?