Friday, October 15, 2010

bosang bosang

bosan ni bosan..kerja banyak tapi saja nak rasa bosan..dah lama tak rasa bosan.facebook suka delete wallpost kawan-kawan saya.friends pun kadang dia hilang tanpa sebab.dua tiga hari baru muncul balik.biasa dia! bosan nie bosan..kerja banyak tapi saja nak rasa bosan.dah lama tak rasa bosan...eh ni apahal ulang ayat sama entah.

yea bosan nie bosan.

nak tulis surat aduan kat Mark Zuckerberg jup..doakan saya dilayan.dengar cerita si mark nie dia tak berapa nak busy sangat budak budak nak dekat final nie ramai pula yang deactivate fb..*apa kena mengana tak tahu lah.pandai pandai le kaitkan.

yea bosan nie bosan.

pernah minum air grape campur buah nenas? jangan..nanti tumbuh jerawat kat bawah bibir. this is a myth sebenarnya' tapi tang aku jadi pulak kan.tu la membahan orang hari tu suka yea kau eyda.mungkin akan terasa seksi dua tiga hari.lepas tu tiba-tiba rasa stress lain macam sebab semua tegur aku tindik bawah bibir.jerawat baka mana ni' menyala macam traffic light.takpe..layan je..


tengok! tengok! grape dan nenas..yummy! tapi saya umat yang elergic makan nenas sebenarnya.wuu wuu.gambar jerawat macam terlampau ganas lak nak publish.nanti orang keliru.ni zombie ke penyanyi rock..tettt!

yea bosan nie bosan.


eh..nak geli geli jup.bukan bukan maksud aku nak menjiwang jup..yang ini aku copy paste je.ambil kat fb je pun..perasan tak sekarang macam trend orang post notes tema tema keinsafan dan juga kejiwangan..yang sedih sedih..yang sweet sweet..yang aku nak baca pun tak sampai hati.siap suruh roomate baca dulu sedih ke tak.kalau sedih aku tak nak baca..hihi! dang! dang! tumbok ko eyda..!!


yang sedih tu rekaan apa? dah macam cerita korea dah aku rasa..tsk tsk


oke..nah nah..




Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)




Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya perut kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…



kan..kan..dulu aku pun keliru apa yang aku rasa.tapi sekarang aku tahu who i'm in love with.siapa aku sayang.siapa aku suka and siapa aku minat.yang minat ni serious kalau lebih seminggu aku minat kau memang bertuah..opsss! kadang kadang aku minat beberapa jam je..pastu aku lupa.pastu terserempak aku buat buat cam..ehh..nak minat balik lah.heh' memang nak kena maki.alaa..nama pun minat..


sayang? subjective..dekat siapa yang kau rasa layak kau akan cakap. aku sayang lah kat kau..eh' sayang gila kat u..nanti belanja i beg gucci lagi taw..kau ingat kasih sayang boleh di jual beli!! *eh..tiba-tiba je kan aku ni..


suka? setiap orang perspective dia lain lain..siapa yang aku suka..siapa yang kau suka..siapa yang mereka suka..siapa yang dia suka mesti lain lain..nak sama tak versatile la bumi nie bro..!


cinta? jeng jeng jeng..ini lagi subjective.kena pandai handle sendiri sendiri punya emosi la ber...benda ni kadang kadang boleh bagi kita semangat yang fulamak!!!..sampai sendiri pun pelik macam mana aku dapat semangat macam ini sekali punya sabar dan tabah.semua sebab benda ni la ea' kadang kadang orang yang kita cinta tu la selalu buat kita sakit.tapi dia je boleh heal kita balik..alaa..korang mesti pernah rasa..tanak la ulas panjang..masing masing dah besar kan..kalau tak pernah rasa memang superlame! eh' tiba tiba marah..tak lah i tengah baik hati..


ini jadi sumber inspirasi aku..ewooh! begini bunyinya..when u are down to nothing..Allah will lead  u to something..jangan sebab semua ni nak benci benci yea.patut bersyukur..ehem ehem..ni aku ingat kan kat diri sendiri juga..kadang kadang aku pun lupa semua nie ye tak..hihi


yea bosan nie bosan.. :) 


oke fine lah fine..tak jiwang dah..biar lah kat kite..huhu


p/s: tettt! tettt!  :')



Monday, October 11, 2010

bayi ajaib

Is it some kind of power struggle dalam dunia ni yang kebanyakan orang hendak control semua perkara termasuk hidup orang lain. Does it satisfy them secretly? Or what?


I don't like to be pushed to make decisions


Because at least for once dalam hidup aku, berilah aku buat perkara untuk diri aku sendiri. Bagilah aku fikir, lambat sikit tak apa janji semua orang happy aku pun happy. It's not that hard isn't it?


susah la pula kan kalau nak lawan yang lagi tua.aku kalau dah masuk berkaitan dengan umur aku lemah sikit.aku akan respect even dia setahun tua pun. cakap elok-elok boleh tapi tolong jangan mengarah..tak pasal-pasal tadi aku dah start buat muka tak suka dah macam beruang aku rasa muka aku.nasib baik mulut aku boleh control lagi.kawan-kawan pula yang tolong maki kan.haish..susah lelaki bajet macam bagus ni.tolonglah..grown up! 


serious aku tak boleh start tak suka orang.tapi tolong behave macam manusia please..aku ada masalah aku juga.terima kasih tambah lagi satu.pakej pening kepala aku complete dah sekarang..macam macam tema ada..weehuuu!! ;D


dan setiap kali saya rasa stress or happy sekalipun saya mesti nak cerita kat awak kenapa entah. kesian awak nak buat kerja kena kacau.harus belajar handle sorang sorang yea eyda! good good..:)


tadi ada tiga orang yang aku tak kenal..tiba-tiba belanja aku.tak kenal bro! tiba-tiba cakap dia bayar untuk aku..aku dah terkebil-kebil tak mengerti kat tempat cashier tuh dah tiga-tiga pun di tempat berlainan dan tiga tiga pun alasan yang sama..'tape..hari ni hari gembira saya..saya belanja adik'..serius boleh bawak bergadoh situasi ni macam aku nak bayar gak tapi dah dibayar.muka aku dah confius dan naive habis sebab apa nie..keajaiban apa nie! ke candid camera! kenapa semua pun nak gembira pada hari yang sama..aku lak dari pagi kehulur kehilir siap kan assignments ni baru rasa nak tidur kau boleh declare hari ini hari gembira? lepas tu balik balik bilik ada domino's atas meja siap ada notes lagi.'weh makan..ada orang kasi' aku macam tak peduli sapa kasi sebab lupa nak siasat tadi.aku makan terus..weehuu lagi!


eh' terima kasih yang belanja tadi.tahu ambil satu troli tadi.boleh buat jualan gudang kat floor..


dan hye..saya manusia gua.saya tak sedar tadi 10.10.10..muzafar kahwin ea? ala..i tak hapdate la pasal beliau..kalau aaron aziz ye la..senang cerita.hari ni sangat busy..ulang alik groundfloor ke tingkat 9 baq ang..guna tangga! lift tu phycho! tak kan kol3 pagi aku nak naik lift sorang sorang..nie semua cerita the devil punya angkara! nyah dikau!


tadi aku pekena mempelam dalam dua tiga das.terus perut bagi warning semacam.surrender lah! dasar perut genetik Queen Elizabeth betul lah! nak char kuew tiaw kat penang! sini rasa cam bubur lambok! 


eh' tadi rasa kat atas aku dok emosi emosi kan.sekarang aku rasa oke balik..aku kejup je kot rasa kalau nak emosi lebih lebih itu bukan aku kot.nanti dua tiga jam lagi tak tahu laa.mungkin selain queen elizabeth aku ada genetik mengkarung tak pun iguana..bertukar tukar mengikut persekitaran..eceh! gua mutan weh! mutan! sila gentar dan berasa tercabar!



kerana duduk di depan aku rasa tinggi dan ehh gemuk lah.suke!
hye tangan saya besar.nak kena tampo? 
p/s: rindu semua pun..sobs sobs

Thursday, October 7, 2010

saya ada fac cantik.awak ade? heh heh heh

Dayum!


Semalam aku tidur dari pukul 2.30 petang sampai pukul 8.30 malam baru terjaga. mentang mentang tak boleh solat.Rasa macam kaki ada lapan je time tuh.kepala lak terpusing ke belakang. Tak patut betul aku membazir masa tidur lama-lama. Tidur lama-lama ni bukan budaya kita. Ini satu kesilapan. Jadi lepas bangun tidur tu, aku duduk bersila atas katil dengan penuh perasaan bersalah.


eceh..pernah pulak aku rasa bersalah tidur lama-lama.menci taw titew terjaga tidur coz mimpi tak besh taw.mencik! mencik!..tetttt! omel kan omel aku cakap gedik camtu..dah eyda diam! oke bye.


****


eh tak bye lagi'..hari ni lepas studio comot.yea..studio hari khamis semua orang pun akan jadi comot dan perangai negatif yakni missing in action semakin menjadi-jadi! sepatutnya kena pergi jumpa en.zul tunjuk progress untuk final project..waklu aku baru siap 40% jek next week kena submit baq ang! tapi sebab aku sangat sakit perut yang teramat sakit sampai kat dalam studio aku berkawad haaa..tengok betapa sakit nye aku..sobs sobs.aku balik untuk melegakan sakit itu.yea..aku ada perangai yang semua rasa nak hempuk.yakni..aku tak suka toilet kat fakulti ke..library ke hatta toilet di shopping complex sekalipun.i want a toilet yang ada kat hostel aku tuh.toilet kegemaran auwww!


dan perjalanan dari fac ke hostel aku perlulah round satu uitm.kira-kira kalau nyanyi lagu raya sempat ulang dua kali.


sesudah menghabiskan masa di toilet kegemaran.aku pun memecut laju ke fakulti semula sebab syahrul dah text suh datang turn kitorang jumpa en.zul lak.maka' aku pun pelik kenapa busy je jalan ke fac aku nie.busy dia lain macam..kalah sure heboh! dalam hati aku berkata..arnold schwarzenegger datang buat pertujukan pisau rambo dia ke? luar hati aku pulak tak habis memaki kereta depan nie duduk tengah-tengah tapi usha usha takde orang pun!   rasa nak conteng muka sendiri je kat pintu kereta dia tadi. parking macam dia punya kereta orang boleh tembus!.bila aku siasat lagi ada pulak bas tiga bijik depan tuh buat onar! eh aku dah mention kan hari tu yang fakulti aku nie selalu jadi tempat bebudak sekolah melawat.tak faham..dan tak pernah faham kenapa!


bangunan fac aku buruk kot.akan tetapi bangunan je buruk..isi dalam dia indah.termasuk students dia .dah la baik hati..cantik dan hengsem..hormat tetamu..datang kelas awal..berpakaian sopan..tak pernah sepak kayu..selalu datang kalau ada makan-makan..TAPI TAK RETI NAK PARKING KENDERAAN DENGAN BETUL!!!! maghah nie maghah!


yea..itu lah sebabnya jalan ke fakulti aku sesak macam crowded nak mampus seperti ada konsert search.kanak-kanak di sana sini.stress oy! lepas tu nak cari parking aku dah macam orang takde pendirian..kejup naik atas.kejup turun bawah.aku stop tengah-tengah ambil nafas dan urut dada suruh bersabar.aku cari parking semula.penat weh..rasa macam baru lepas menoreh di bulan puasa!


lepas 30minit aku berjaya.yea bahagia.sekali syahrul text.'oi eyda..en zul ada meeting..dia suruh datang pagi esok taw..bye! haha'...*pengsannnnn


esok patutnya aku takde kelas..cuti! ptfffffff!


nak air honey dew. *tiba-tiba


confirm aku nak pergi! sesiapa sila teman aku! ;D


p/s: nasib baik aku busy nak mampus sekarang.so takde la aku fikir dia sangat.kalau aku terfikir aku senyum and cakap whatever! did you know that 'whatever' is another way for a girl saying "EFFF YUUUUU"..heh!

Friday, October 1, 2010

nama awak apa? ohh..hujan..

it's raining all day long..
but the rain failed to wash it away.
i dont like this feeling.
u can scream and shout all u want.
they are still there.
everything doesn't failed..
u just didn't try hard enough.
we have to believe that if there's a will..
there must be a way.
when protections and shields won't help us no longer.
we need each other.


rain rain go away..
and you don't have to come again until another day.
:'(

haritu saya rasa..saya dah oke..

***

nama awak apa? ohh..hujan...
awak tahu bila pelangi nak datang? ohh..kena sabar.. oke! :)

tiba-tiba gambar makanan kan.lari tema betol.ceq lapaq wehh! dari pagi tak makan..semangat nak habis kan esemen tak pernah luntur.ewoohhhh! semangat yea eyda..kau semangat tidur adalah..-_-" 

aah..nak tidur..oke bye

p/s: amboi..tadi banyak sangat assignments sampai juling gua nak start mana dulu nie..tetttt

Wednesday, September 29, 2010

Japikalu jaminalu

ahah! tajuk bukan bahasa landak ke apa.warning..entri ini panjang.


oh hey' Dua entri sebelum ini aku dah draftkan balik. Aku rasa tidak sesuai dah nak cakap macam itu.macam mentaliti budak-budak.eceh..

Aku fikir blog adalah tempat yang baik untuk luahkan isi hati, tapi ada juga benda yang lebih elok disimpan dalam hati. Cuma waktu aku mendapat cerita itu, aku terlalu terkejut, dan keliru. Aku tak tahu apa yang nak difikirkan.so..for me.. ignorance is a bliss.*tiba-tba lagu bob marley menjadi latar belakang cerita*

Aku takut kalau aku ceritakan di sini, aku akan mula terlalu obses dengan emosi aku. Jadi lebih baik aku keep on silence before it become worst. kalau aku biarkan dua entri itu, aku akan menjadi fanatik dan menulis lagi entri-entri macam tu. Sampai bila aku tak akan jumpa titik noktahnya. Bagi aku benda ini hanya ada satu penyelesaian saja, aku kena betul-betul redha, dan haruslah banyak-banyak bersyukur.hah..sabar lagi satu..aku tanpa sedar memang dilatih menjadi sabar untuk segala macam benda.dengan orang sekeliling and course aku ni pun memang kena students yang penyabar kalau project kena reject!.itu adalah credit tambahan.boleh usaha lagi! yeah!


bagi mana mana yang kenal aku.yea..aku seorang yang degil.mungkin kadang kadang aku degil tak bertempat.itu aku..whoahh! wait! bila baca balik ayat aku dari atas sampai bawah..kenapa sangat serius nie? 


saya baru bangun tidur maka rasa hensem bila cakap macam ini.bangun tidur sebab terhempap dengan kamus.nasib baik bukan seterika.tak style betul cara bangun tidur!

Tuhan itu terlalu indah. Segala ketentuannya mempunyai hikmah. Dan aku bodoh kalau aku tidak terima semua itu.


dan..seriously aku nak semangat aku balik.


and one more thing.i am good in observing people.tapi aku simpan dalam hati je.memang dari dulu aku boleh rasa kalau orang tu tipu aku.macam biasa..aku biar je.tengok sampai bila.hah! gila sarcastic ayat! baru bangun tidur memang rasa camni bro..peace! peace! 


marilah!.ini umat kegemaran saya.penduduk hati saya ni.weekend di habiskan bersama mereka kerana semua dah nak balik negara masing-masing..sobs..sobs



kan i cakap.open house tak akan henti.

intan and berry perempuan kegemaran.sounds gay! haha' peduli lah.sayang mereka! 


apek..intan..bawang..berry..saya?

lagi perempuan kegemaran.maaf..camera fon i tak cemerlang kualitinya macam camera u...tsk tsk

disebabkan weekend begitu.begini lah time kelas.nasib baik aku dah bangun tidur.ada gap jek ini port lepak kami.galeri room yang assssikkkkkk sekali tidur ya.siap boleh landing tengok movie ramai ramai.amboi!

oh ada lagi..haih tak habis habis eyda nie.yea..tak tahu kenapa fakulti aku dah jadi salah satu destinasi budak-budak sekolah buat rombongan kot.tak dapat temui sebarang keistimewaan di situ.penat perah otak.adakah kerana kami semua cantik dan kacak dan baik atau sebab nak selidiki setiap inci muka students sini yang ketat tak tidur malam siapkan assignments?


minggu ni je dah dua buah sekolah.ambil ambil gambar..interview kemain lagi.penat gak tunggu bila nak keluar berita harian ke..harakah pun jadi lah.dah macam zoo aku rasa..oh no! bukan zoo..tapi safari.sebab takda pagar.mereka dok melawat time studio memang banyak soalan nya bedah betol! hangpa tau dak time studio ni semua orang penat dia lain macam? takpe..kami layan..datang lagi.eh kejup..tadi sekolah dari johor datang.sumpah unik gila nama.sekolah abong apa dia weh.rasa tadi dah sedaya upaya hafal.hah..dah nyanyok.boooo...!


rindu baju sekolah.kain sekolah boleh tak ayah aku pergi buat lapik ironing board tuh.


p/s: fb can hurt you more than you ever expect..hehe.sabaq weh.but..me love you long time.and..pause! the time is done. :)

Friday, September 24, 2010

pil gembira

kalau lah dekat farmasi ada jual ubatan atau dadah atau akar kayu atau herba-herbi untuk jadi gembira tak hengat! kan ke seronok.semua pun akan gemar ke farmasi tanpa sebarang paksaan dari mana mana pihak.yea.. takat pergi farmasi beli handyplus  gambar powerpuffgirls dua tiga keping sebab nak tampal kat kaki melecet ape barang bro..tak boleh nak bangga!


kerajaan sila ambil perhatian dan tindakan di atas permintaan saya ini..


minggu nie saya hanya pergi kelas hari selasa saja...


eh eh bukan sebab aku tak gembira tanak pergi kelas..haip! ingat comel nak buat camtu? sebab kami berpakat..minggu nie adalah minggu presentasi..haloh! haloh!..kenapa lagi penat menaip presentasi dari presentation? mainkan perasaan aku je keyboard nie.oke..jangan keluar topik..yea...presentation week bak kata orang kampung aku.disebabkan kami dah berkobar-kobar semangat nak present before cuti raya aritu..maka kami dah selesai semua.berbekalkan fatwa sendiri..dengan ini saya sengaja memontengkan diri demi assignments yang tertangguh.banyak baq ang! bila tensen rasa nak pergi bungee jumping jek!


oke oke mana happy pils saya..??


hye nama saya kembong.
tengok saya punya tudung pun dah macam tak tentu hala.

awak bagi balik happy pils saya! CEPAT! 

p/s: serius lah nak happy pils! 



Saturday, September 18, 2010

tahun raya yang tak akan lupa sampai kawen

kehadapan belog yang manis..


yup! memang tahun ini punya raya dan juga puasa paling tak dapat luput dari ingatan.terima kasih kepada sesiapa yang menjadi watak utama dan sampingan di dalam drama kehidupan saya pada kali ini.watak yang anda semua bawakan sangat berkesan dalam hidup saya.nanti dah kaya saya beri award.sumpah aku tak kan lupa.


tak dapat nak cerita panjang pasal kronologi raya saya macam tahun lepas hambek kau' sekali sampai raya ke sembilan saya update.kali ini biarlah saya sorang je yang simpan cerita dia.


oh yea..esok balik.BUBBYE hari-suka-ria-kutip-duit-raya-bila-dah-habis-raya-duduk-rumah-pulun-tengok-muvie dan HELLO hari-busy-tidur-malam-menjadi-tak-ada-tiba-tiba.


saya masih tidak arif dalam menguruskan kehidupan.kalau aku lelaki dah lama aku cari bini urus makan minum aku..tehee~ disebabkan itu berat badan turun sampai 6kg..sebab makan malam merangkap makan segala segala untuk satu hari.hoyeah! 


ya Allah' bagi saya kuat.aminnn...





selamat hari raya ke lapan! eh ke sembilan ke kot? weh weh lama lagi raya! sempat ronda satu shah alam cari kot kot ada rumah terbuka.boleh makan tanpa batasan lagi. kepada si perumah terbuka jangan masak kerang tau..i tak boleh makan.nanti i jadi migrain sebab asikkkkkk ulang alik ke toilet saja.

tata..

p!/s: saya kuat

Wednesday, September 8, 2010

eid! eid!

tadi tak dengar pun pak cik tu cakap pasal raya sebab terlalu sibuk cari CD barney untuk anak jiran ni haa.comel je rasa nak penyet penyet lepas berbuka sama minta nak CD barney sebab nampak patung barney i.yes people! dulu time muda-muda saya peminat paling hardcore barney and friends..auww! paling hardcore maknanya paling tak pernah ketinggalan sama konsep macam tak pernah ketinggalan menonton doraemon, shin chan, dragon ball, cardcaptor sakura, sailormoon, atoromen dan sebagainya tu.


ingat lagi tak lagu ni.i'm almost 20 and i still thinking this is an awesome song ever.alaa..orang pasang lagu raya kau lagu ni lak.takpa..anggap je lagu laskar pelangi tu lagu raya.ada iras iras dah..:)





lepas dengar je saya macam emosi dengan lagu ni.i feel pretty until i see my friends.they're most beautiful people ever! inside and outside.i miss my girls.

oh..nak buat ucapan ringkas.since everyone's doing their raya speech, I would like to do mine too. selamat hari raya aidilfitri yea masyarakat sekalian.maaf zahir batin.kata ringkas..cukup lah tu.ikhlas dari hati ni.oke..nak bagi duit raya secara pos pun boleh.tiada penghalang.

selamat berketupat lemang silalah makan jangan lah segan...

p/s: saya buat puding caramel berbentuk mickey mouse..oh yeah!

Tuesday, September 7, 2010

dapat!

at last! dapat juga buat loan kat adik untuk novel the shopaholic series yang satu nie.lame la kau eyda baru nak baca.superlame! haip! sebenarnya series yang lain aku dah baca tapi yang ini cam tiba-tiba nampak member baca then..ehhh..ada yang ini pulak! da la lawak! I almost cried with laughter' its witty and hilarious! 'shopaholic and baby' auww! becky bloomwood dapat baby dengan luke..omel! omel! tapi 'shopaholic:ties and knot' lagi lawak..haihh! nk beli novel berharga secara tunai pun kena pinjam adik.saya papa kedana sekarang..mana duit? habis buat makan la bro..nafsu time puasa sangat memuncak.

dan orang sibuk beli baju raya..aku sibuk pujuk adik aku nak pinjam duit..hehe.

aku seorang yang senang je shopping..aku akan aim benda tu dulu.maknanya aku buat survey thru window shopping ke kan.oke fine..time tu tade duit.maka tengok dan aim jela..bila dah bawa bank bergerak yakni ibu dan ayah for sure la tanpa ragu aku laju je ambil apa aku aim tu.tak pasal pasal kena cubit dengan ibu.ataupun aku tak suka buat keputusan terburu-buru..eceh..contoh la kan.aku suka design baju ni tapi ada dua warna.dua-dua aku suka.aku malas nak buang masa semua orang tunggu aku berfikir.maka aku beli dua-dua.puas hati gua.

sampai coursemates aku tegur.eyda..kenapa baju ko banyak design sama tapi warna je lain kan..aku senyum nipis.eceh..berlagak.siku kang!

betul la..tak payah nak buang masa pergi semua kedai try bukan main tapi beli tidak pun.tu adik-adik aku punya kerja.nama je jantan.tapi shopping cerewet macam nak pilih bini.yang penatnya sebab aku yang kena jadi consultant mereka.kena jadi tukang komen secara part time.

oke cukup! lepas tuh semua buat muka anak soleh solehah sebab nak ayah belikan satu vespa..

adik konon buat muka rempit.naik motor pun tunggang langgang dia nie.

tengok adik saya dan orang belakang pakai baju petak petak.kain pelekat depa potong buat jadi baju gamaknya.rambut dah la kena gunting dengan cikgu disiplin.haha! creative and innovative.najib suka.

gambar nie kena paksa letak.-_-"

oke ini lambat! baru dapat gambar dari sarah.maybe nana lambat upload.ini time birthday ex-roomate saya tersayang! siti sarah said.shisha for short! 28th aritu..happy 20th birthday lah! 


nampak tak cake tu? aah cake berbentuk tv plasma.bukanlah! tersorok sikit tuh.punya lah ramai..tak habis pun.semua jaga badan.


seriously gambar nie macam pergi sambut merdeka bukan birthday.

oke..lepas nie kompem update lepas raya.haip! baju raya kaler puteh weh! tehee~


and..


Ya Allah, aku terima apa yang Kau aturkan, bantu lah aku untuk melihat apa yang sebenarnya terbaik untuk ku,kuatkan lah aku kerana jujurnya, aku lemah.mungkin aku terlalu sayang kan dia.cara terbaik..just let him go.kalau anda terlalu sayangkan seseorang tak semestinya anda dapat miliki dia.we're getting more confusing.and i will choose simple.not complicated. this is for the first time i did something yang lain dari kata hati sendiri..



Que sera sera

If it's meant to be that it's meant to be.
Not just 'jodoh' but other things as well.
I firmly believe in that. :)


p/s: sedang menjalani terapi hati.harap tak mati.

Sunday, September 5, 2010

tenang

saya rasa tenang bila sedih depan awak.
awak suruh saya move on tapi..
awak genggam tangan saya kuat..
saya tak pernah salah kan awak..

ini saya pilih.. 

thanks a lot.

thanks Ramadhan..its giving me a light to be more calm and sebab bulan nie kami berbaik even sebagai kawan.sedih nak tinggalkan ramadhan tak tahu kenapa.banyak saya dapat belajar bulan nie.tak rasa nak raya sangat.project pun macam tade unsur kasih sayang punya banyak.nasib baik dah submit segala.time present rasa nak peluh tak kering gusi menggelabah semua ada sebab portfolio lebih tinggi dan besar dari diri sendiri dan itu salah satu faktor yang buat saya rasa tercabar. eceh..tak memasal! tetapi saya punya lecturer ambil artworks saya untuk exhibition with the seniors.yeay! (ada nada riak..bagilah saya peluang..dua hari tak tidur buat)..huu

and penat duduk hostel nie weh! tangga banyak sangat sampai kadang kadang rasa nak jalan guna tangan! sem depan ingat nak bina and duduk rumah pokok betul-betul tepi pintu masuk fakulti.


sebelum balik aritu bilik saya dah macam dilanda perang badar.sumpah dah macam gua penuh baju tanpa sempadan.mana tak nya empat empat pulun nak basuh baju pada hari yang sama.lepas tu semua tanak sidai luar.siap bertukang buat ampaian dalam bilik.segala jenis crossing over ada.tak tahu macam mana mereka amankan balik bilik tu sebab saya cabut paling awal.gila hang menggeletaq kepala lutut tak sabaq nak jejak tapak kaki kat rumah aih!!

tidur tepi gelongsor tanda puasa dengan tekun 

ouh' indahnya dapat shopping dengan family.

raya bila ea?

p/s: awak happy.saya happy!