Sunday, May 15, 2011

bbq g-teng versi lambat benau hapdate nye

assalamualaikum kailan.


haha..lambat update pasal nie sebab terlalu teruja berada di rumah.aritu teruja baru habis exam.teruja sebab rasa terlalu lapang assignments dah pupus.aku dah campak otak aku pergi bervakasi dah sekarang.bagi dia relax nanti rasa nak guna aku panggil balik sini.sehari di rumah dah naik 1kg.semua benda aku nak buat kat rumah ni gaya dah macam tak balik dua puluh tahun.


tak ada rasa nak menaip panjang.versi panjang dah boleh pergi ke blog kakak hot nie.si ZIKA atau kakak hot lagi sorang KIKI


tapi cerita bermula dengan video ini.ya! kami shopping sendiri.masak sendiri dan makan sendiri.ya! baru ada ciri ciri kekeluargaan di situ.muahh! *tiba-tiba.


yang menda alah video ni rajin nak edit si kila la ni.saksikan lah kami pening sambil beli sambil tu dok kira bajet.aku lak tak habis habis 'Qahhar..nie weh ko tanak beli!' 'yang ni..tanak?'...jumpa menda lain aku jerit lagi.."Qahhar...nie?' nasib baik tak kena lempang.kih3

then ada serba sedikit gambar yang zie tak upload..meh ak upload kan.aku malas nak menaip sebenarnya ni.tengah makan pudding yummmeyhhh!! senak perut oi dari pagi melantak je koje.oke kembali ke agenda asal..

sesi pertama : di dapur untuk memasak makanan.

memang dia ja weh yang memotong.sumpah cepat padat tangkas dan berkarisma.aku nak nolong pun berdebar sebab takut terkedek-kedek.

halus tulus mulus.

last last kami pun tolong sama tapi kemain kecoh la kan dapur.siap kalau boleh nak ber'nobody-nobody but you' kat situ.

ini sebab Qahhar dah menghilang aku and zie tukang rasa.seronok! tukang mempertahankan kubu di dapur.

model iklan susu yang tak minum susu.

sesi kedua : di ruang luar dari dapur ada peniup belon dan pembakar hebat.

tak pasti kenapa ada aku kat sini juga padahal aku bukan tiup pun belon tu.

ya..tudia..sampai kesudah korang membako yea.dah malam baru reti api tu nak membeso.tahniah..mereka memang rajin dan heroes.

sesi ketiga: apabila semua sudah siap sedia..taraaaa!!!!! *drum roll

ya..inilah santapan kami.semua buat sendiri.tapi aku yang tukang rasa ni tak makan makan.shak datang baru aku makan teman dia.ecehh..chef memang handal.nak terpikat tak boleh sebab diadah berpunya.baru je tukar relationship status semalam.ehemm ehemm..haha

muka perut kenyang.suka gambar ini.seperti seisi keluarga. love love

ini pertukaran hadiah.zie ada cerita banyak pasal ni.boleh ke blog dia.dah bagi link tadi.padeyappa!

tajuk perbuatan ini adalah mata dato'...ya jangan tanya mengapa anggap saja ini suatu seni.

maka..tamatlah entri tergendala ini.awat jari kelingking aku cramp.k bai.semoga saya temui jalan untuk menyihatkan jari kelingking saya yang cramp ini.

akhir kata NAK BUAT CAMNI LAGI WEH.MAKAN HARI-HARI PUN TAKPA..JANJI DAPAT BERGEMBIRA DENGAN KORANG. G-10 sangat awesome.

p/s: saya rindu dia.lamanya camp.uhuk













Wednesday, May 11, 2011

tamat peperiksaan

update ringkas

aku dapat rasa blog aku makin dianaktirikan.manusia pesen macam aku ni susah nak bahagi masa dan kasih sayang.jenis yang kalau dah tumpu pada satu benda susah nak tumpu pada yang lagi satu .ye..kebelakangan ini aku dah bermutasi menjadi seorang yang bukan multitasking person. *memandang dinding sambil mata berkaca..ewohh

kalau blog ini adalah binatang peliharaan mungkin dia pergi cari kasih sayang dekat orang lain.oh kena dump dengan blog sendiri adalah loser, lame dan tiada wawasan.dah jangan nak merepek ida.

oh yea..tamat peperiksaan tapi kenapa macam kepala otak masih busy.oh masih busy.kan aku pernah cakap.tak kisah pun busy busy.bila busy aku rasa cantik.

tapi kadang kadang tahap bosan aku dah boleh buat aku berzapin keliling rumah.dah kalau duduk static selama lima minit pun aku boleh berpeluh macam berjogging tiga hari.panas kemain bumi ni.oh yea.. semoga berbahagia.

oh yea..minta maaf pada gadis gadis kesayangan saya mira dan dni awatif.so sorry sayangs..nanti kita lepak sampai kering cendoi kedai tepi tasik tu.oh yea..update pasal bbq pun belum lagi.padahal ada je kat draft tu.nak tunggu video dari kiki wehhh! kiki lekaih sikit edit tu.gua tak sabau.karang gua tukar kaler hijau siapa susah? oh yea..aku sekarang penggemar famous bowl.terima kasih kiki halim kerana memperkenalkan ia.sangat menghargainya. *kenapa macam banyak sangat oh yea.?

taraaaa!! *sambil mendepang tangan* inilah famous bowl versi bertingkat.habis paper teruih serbu makan bersama.kenyang baq ang.rasa berbahagia sungguh bila perut dipenuhi makanan comel begini.-gambar ihsan dari kiki.asek asek nama kau je kiki..haha! 

bye.


p/s: ringkas aku memang dalam lima tujuh perenggan..wehuuu!

Saturday, April 30, 2011

sankyu

assalamualaikum ahli-ahli lantai..(baca:members of the floor)


tengok tengok..budak budak zaman sekarang eja thank you pun dah jadi sankyu.kemain kreatif lagi mereka.aku memang jarang cerita pasal dia kat sini sebab semua dah pergi ke tumblr.
segan ah segan *muka merah.


semalam aku and G-10 (coursemates) ada BBQ yang sumpah syok gila.nanti cerita lagi banyak sebab gambar takde kat eden oi.semua kat camera miji and azika and herizad.tak ada feel la kalau cerita takde gambarajah sebagai rujukan kejadian.nanti tak dapat nak menghayati watak.


just wanna say thanks to him saja sebab sudi datang BBQ dengan coursemates saya yang gila even ada kerja yang kena settle malam tu.sayang awak syakir. :)


oh yea, member saya hariz ada suruh buat entri tajuk 'hubungan persekitaran dan perasaan'.padia tu weh? penat aku fikir sebab aku macam tak berapa nak hadam konsep tajuk tu.tak dapat ilham lagi.dah lama tak menulis memang nak seru idea kemain susah.nanti dah rajin nak menuis pasal tu saya buat yea.


oh nak share satu vidiyo.iklan tentang parenting yang totally genius.syok weh syok.lagi syok dari secret garden *tiba-tiba



best kan.aku suka usha advertisements and tv commercials dr overseas.sangat genius,rare, creative and kadang-kadang abstract sampai berkerut dahi nak faham.  


p/s: bila entah nak start paper ni. 

Thursday, April 21, 2011

seteres

dan saya adalah sangat stress untuk minggu ini.sekian terima kasih.dah jadi tradisi ke apa kalau aku tengah stress..semua benda pun datang bedebuk atas kepala.tak larat nak tampung koit.


lagi-lagi untuk hari ini, kemain lebat hujan tadi.cepatlah jumaat.jumaat adalah hari terakhir projects submission.habis je sesi pecah pala ni..aku nak shuffle sampai berdarah kaki.berdarah kat kaki semua orang boleh nampak.dah tu kalau darah kat hati? hang nampak dak? dengan calar-balar..tampal sana sini.nampak?? baru nak tulis situ 'under constructions' tiba-tiba salah paku tang mana entah.dah runtuh balik. dah tuh..aku nak biar macam ni jela sampai bila-bila.


and dah la nak dekat final.aku dapat rasa result aku sem ini confirm disaster.


semua orang pun ada masalah.baru la kenal sikit dunia ni macam mana.and kadang-kadang aku rasa nak bagi jurus halilintar secara berpadu ja kat insan-insan yang tersemat sifat suka menjatuhkan orang lain. bila tak puas hati kita kena puji ke ape ke mula lah nak cari salah konon-konon amalkan konsep plagiarism apamenda semua then canang satu dunia. aduh dik non.design and artwork tuh depa usaha sendiri bersengkang mata, sakit urat sendi, migran semua sampai pagi-pagi buta hang dok kondem macam dia buat kerja guna organ-organ dari badan hang.tak payah dok dengki sangat.pesen budak macam ni memang kena ajar sikit.dah tak ada nilai tolong menolong and beri semangat pada kawan.ada nilai tamak dan show off pula tu.tak elok.


kadang-kadang hang ukir ja senyuman paling manis untuk insan sebegitu.mana taw kot kot tergoda terus rasa bersalah dan ada niat nak berubah.


ya Allah, semoga minggu ini cepat berakhir.


makang free sajo haa..


eh..aku serious pula malam ni. kui kui kui





p/s: insyaallah boleh settle semua projects.yeay!

Monday, April 11, 2011

habis doh

sometimes when we're just too tired, we feel like we want to do everything in our own willing. not to say we let go responsibility, we're just need a break. don't we?


sekarang tak ada benda yang aku fikir kecuali semua final projects yang ya rabbi tak ada unsur kasih sayang langsung.hectic week.habis je minggu ni and minggu depan tengok la.aku nak koma kan diri secara sengaja.dan bila sedar diri balik aku nak pergi bervakasi.tolong siapa-siapa ada nilai murni yang tinggi dalam diri boleh la support aku.boleh kan....kan.. *bunyi cengkerik bersahutan


ouh..persetankan semua.sekarang saya nak bercinta dengan final projects sahaja.tak perlu benda lain.i'm tired of everything..keting! keting! 





"She comes off as strong, but maybe she fell asleep crying. She acts like nothing is wrong, but maybe she's just really good at lying." (The Notebook)

p/s: patient is vital.sabar sikit sabar sikit. :)

Saturday, March 26, 2011

hari bahagia.

hari ini adalah hari kebahagiaan kerana saya telah berjaya mengeluarkan diri sendiri dari dunia sibuk dan buat-buat konon-konon saya tak ada kerja langsung.tapi esok dah kena balik shah alam semula.isnin and selasa kena submit kerja and jumaat ada presentation which is aku baru siap 9% kot..oke la tuh dari -0.9%.


and yet.aku habiskan masa menonton video! I found this video tiba-tiba je..search terus keluar.she was so cute.oh geram nye! saya memang suka tengok perempuan cantik tapi tidak annoying.i loooooove this video because it's super cute and inspiring. It gives you more options in styling our hijab.


I wish I know who's the pretty girl in the picture. :)

i'd spotted awesome hijabis styles in their blog. Verry bold and trendy. I think they're part of Indonesia's Hijabers Communities. (Correct me if I'm wrong).aku memang suka suki petik sebarang community yang ku rasa..haa! betol la tuh! depa kot nie..ahaa.

oke..nah nah..go and check out their blog.


so cute kan pompuan tuh.haha

p/s: tiba-tiba post tutorial ape kes entah.tehee~

Wednesday, March 23, 2011

terlepas

Sometimes, when a little something doesn’t go the way we want it to..it ruins everything. When what is petty start to affect what is important..it’s time to put things into perspective.betul kan? ke ayat aku tu salah.but the point is there..

tak semua niat or perkara yang kau buat untuk seseorang..orang tu akan ingat or hargai.so aku selalu ingat kan diri sendiri.kalau aku ikhlas buat semua tu jangan lah harapkan balasan yang mungkin orang tu tak akan pernah akan bagi kita.so kalau apa-apa jadi aku hanya boleh senyum dan berfikir yang orang tu berterima kasih kat aku dalam hati. *tepuk tepuk bahu sendiri..

I’ve learned that I still have a lot to learn. I’ve learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.*haa kau..tiba-tiba emosi.no no no ida..esok ada test..seronok kot buat test sambil usha slide dalam phone.trenenengg...!!!

its 3 a.m dan saya baru bangun tidur.mimpi gali gua dengan johnny depp.indah indah.tetapi saya sentiasa busy.but there always a time for me to think about you err..and johnny depp. *ohok ohok

see..berserabut punya meja study.macam dah conquer satu rumah punnnn..aku nanti dah kahwin aku nak laki aku buatkan aku satu bilik untuk aku buat kerja kat situ.nak meroyan sorang-sorang kat situ pun boleh kalau dah stress sangat ke. asal bilik itu besar,nyaman dan ada ruang pengudaraan yang bagus supaya aku tak mati keras.dan kat sudut ada gambar johnny depp sebagai sumber inspirasi *tiab-tiba ;D

oh doakan adik saya ambil result SPM sok.biar dapat result gempak sikit boleh belajar jauh.cam menyemak je asyik gaduh dengan hang kat rumah tuh.eh eh..tak tak..hehe.best gaduh dengan hang sebab mengasah bakat saya dalam berkarate gaya bebas.all the best bro! 

*Melaka sudah..next trip bersama G-10..sabah wait for us.sunggh tak sabar..dudududududu *menari menari

dah lah nak setadi dari kol5 ptg tadi dok bukak slide tapi pandang pun dak.bye

p/s: rindu awak.

Friday, March 18, 2011

tsunamisaimen

assalamualaikum ahli tingkat (baca: members of the floor)


i'm currently enjoying the 'box of chocolates' that Allah has given me for this short lifetime. many are sweet, some are bitter, and the best are always the bittersweet ones; All the while knowing; that one day, there'll be no more left. wallahua'lam.


sebelum sesi merapu tengok gambar dulu kala time sekolah.happy-go-mati gila.*reverse lah masa..reverse lah masa
(ulang sampai sem depan)


sek o lah....se ko lah..s eko lah.tahun 1963

time tunas saintis tahun 1976.

acewahhh..intro pun dah berkata-kata hikmat bagai.dah besar-besar nie kau akan melalui macam-macam weh sampai satu ketika kau rasa bersyukur jalan hidup berbentuk macam nie sebab nanti ada gak cerita berfaedah pasal kehidupan nak cerita kat cucu-cucu.lantak la cucu aku nak tidur berdengkur ke buat muka protes or rebel macam mana pun aku nak cerita gak.biasalah..orang-orang tua kan  mesti nak cerita salah-silah segala keturunan apamende semua tuh even kau buat muka bosan pun dia main bantai je cerita.sampai kena buat-buat pengsan baru stop.eh over kau eyda! so aku nak buat macam tu gak kat anak cucu aku.apedehal! 


make it short and simple la dey.oke..hidup ni akan sumpah bosan gile le kalau tak merasa susah ke sedih lepas tu gembira then terjunam balik.alaa..macam cerita drama tapi takde la meleret sampai 532 episod..ptffff!


***ini iklan


plkn yang syiokkk!..sumpah saya lupa dah nama mereka dalam ni.terok kan saya.mungkin ini pada tahun 1985 itu pasal boleh lupa.


lawak sangat dah pakai baju loreng nie.muka dah macam kena celup kuah kicap.konon-konon aktif la..la da da =.='


oke sambung balik..kira macam meskipun satu ketika tu kan kau dah tertunduk frust.then terduduk lagi.pastu orang langgar kau sampai tersembam jatuh.gila mengayat hati keadaan time tu.elok-elok dah pandai nak bangun sendiri ada orang bagi penyepak dua tiga das.tersembam balik muka kat tanah.dugaan dah macam brader-brader askar wataniah dah.tapi nanti satu hari yang indah mesti kita akan dapat kebahagian balik.dapat hidup dengan tenang.and time tu memang akan menghargai hidup tak hengat la..so jangan nak mengeluh sangat or berputus asa kalau berada dalam stress tahap cancer ke tujuh sekalipun sampai nak terjun kolam, telan seterika,cukur kening ke ape.no no no..*sampai jari telunjuk gerak ke kiri dan ke kanan.


aku tengah bagi semangat kat diri sendiri gak ni actually.lately selalu je dengar coursemates nak stop study la..give up semua.terbelah belah dah pencil akibat geram. sebab memang penat.like seriously sangat penat.penat betoi (penat betapa seriousnye kepenatan aku smpai ulang tiga kali) seronok sangat ke hari-hari tidur pukul empat lima pagi then memang takde masa untuk cantikkan diri sendiri apatah lagi untuk orang lain.pergi kelas kadang-kadang muka macam orang padi je.oke tak lawak..


maksudnya macam terumbang-ambing sebab masa macam tak cukup.stress dia kemain tak yah cakap semua bagi project minggu nie, minggu depan submit.seminggu 3 to 4 task..nasib baik aku macam ada darah pahlawan.kira gagah la juga bertahan.eh kadang-kadang dok termenung and cari mood dah 56minit fikir nak start subject mana dulu...termenung pun kadang-kadang boleh mengundang migrain *lagu tsunami berkumandang (tiba-tiba)


***ini iklan kedua.


merentas desa kategori kanak-kanak rabun tahun 1987 

tahun 1988.dulu aku suka baring atas padang.aku penggemar bau rumput tegar.aku unik kan..kan..kan..*tak pasal pasal

tahun 1989.lawan sunderland.kami menang 3-0.eh ke 16-7. bravahhhhhh!!!!

tak habis lagi ni..sekarang kecoh pasal tsunami and earthquake.ni kat kepala aku tsunamisaimen melanda tak siapa yang tahu...ewohh! maksudnya kat kepala assignments manjang.entah zaman bila aku start bertanggungjawab terhadap assignment dok au.ada suatu hari aku punya pening kemain hebat.lain macam pening dia sampai aku rasa nak makan kek stoberry time tu gak.nak menanges pun ada.tapi aku tidur punya tidur terus hilang pening.hebat betul kuasa tidur ni rupanya. belom fikir pasal ehem ehem..ehem ehem..ehem ehem..ohok ohok ehem *eh batuk la pula.malas lah taip dah.ehem ehem sampai pagi.


***ini iklan ketiga


pertandingan kutip ikan emas.tahun 1995

kuala perlis di hatiku *konon.ini tahun tak berapa nak pasti.lebih kurang 90-an gitu.

tapi takpa.benda kejup je kawan-kawan.saja je nie nak uji iman ni..haihh.


insyaallah.everything is gonna be alright just perfect. ;)


aku dok selit-selit gambar lama-lama sebab saja nak bagi datang mood seronok sikit.rindu pun ada.dan paling benar..saja buang masa.malam ini tema hidup saya adalah malam membuang masa.tapi asyik sakit kepala tak tidur malam.badan sakit baq ang.tulang belakang rasa dinodai. *dah tak tabah


semoga saya ketemui jalan untuk tidak sakit belakang lagi. *tiba-tiba lagi


p/s:  i will stop loving you when an apple fruit grows on a mango tree on the 30th day of february. :)



Saturday, March 12, 2011

patutnya nak post 8 march itu hari

ini la padahnya kalau menggatal nak guna auto publish tapi setting blog sendiri pun tak reti. :)


8th march itu hari kan women's international day.ai seorang wanita oke! so mungkin dah lambat.takpe ida..lambat tak semestinya tak baik hati *tiba-tiba


for all women out there.who says men are stronger than women?

Oh Please!!
Can you bleed for a week and survive?
Can you squeeze a 14 inch baby from a 10 Centimeter Hole?
Can you carry a 7 pound baby in your stomach for 9 months?
Can you take care of a child, cook, clean AND talk on the phone @ one time?
Can you carry a 108 lb shopping bag?
Can you go a week only eating salad?
Can you face heartbreak?
Can you watch the love of your life be with some one else?
Can you burn your forehead with a curling iron and not complain?
Can you walk all day in 5 inch heels?
Can you cry all night then wake up the next morning like everything is okay?


I don't think so..
Ladies, pass this on.. cheers to u ladies!
Men, eat that! =D

Happy international woman's day!

Friday, March 11, 2011

hye gays! the G-10

tiba tiba nak gay kan. setelah sekian lama.aku tak private kan blog dah.disebabkan sepanjang sem nie hari-hari pun dah macam orang menguruskan anak empat belas orang.slogan hidup aku sekarang 'everyday is a hectic day! dayumm!' hari itu pergi trip ke melaka.sumpah kau syok gile lew! bukan buat kerja tetapi kami berjimba-jimbu sakan habaq hang! G-10 memenag syok gile lew! semua pun gilew lew.


sekarang tengah hot hot heat pasal pergaduhan di komen-komen wall G-10 antara batch ak dengan dua orang budak penerapan..sorry la u olls..i malas nak taip fast track.penerapan sudeyhh..bangga bebenor.u olls tiap tiap sem dekan kan..pandainya!! *tangan ke dada mata pandang ke atas.


dah memang nasib siapa suruh mencari pasal dengan G-10..kami lelaki and perempuan mulut tak jahat.tapi bab bab perli kami juara.kalau ada peraduan gores dan menang kami confirm paling hebat.oke tak lawak dan takde kaitan. la da da da da..


malas nak cerita banyak.at least kami unite and tak libatkan senior.seriously aku sayang gile lew G-10.sebab da la hot.nak berkelakuan serious amatlah bukan kami.wheuuu wheuuu


fyi, G-10 stands for geeya-10..group batch aku yang kalau rasa kau umat yang tak boleh nak bawa bergurau better stay away from us.ecehh..seriously kau akan pening kepala tengok wall group nie.aku habiskan masa kat FB sebab group ni je.dah tak layan menda lain dah sebab layan status-status kat group nie boleh high selama beberapa jam gelak ramai-ramai.


i love G-10 and AllO.come and meet them.ini gambar pergi melaka itu hari.semua pun budak-budak G-10.semua pun mengalami brain damage tahap ke tujuh.berjota-jota sangat gambo nye.awok tak larat nak upload semua.


tak koser awok nak masok muzium tu.

aku dah penat time nie sumpah.kipas nyonya i beli dekat pok-cik-rock-kebebeh-pakai-topi-koboi-banyak-cakap hilang yiuu..tsk tsk



ini lepas kami makan kat kedai mak cik muka ketat.sekali makan nasi campur RM10.50 tahniah lah mak cik semoga cepat jadi jutawan kalahkan dr.rozmey yea.boleh buka restoran terapung.air masak pun harga empat puluh sen.apedehal..kami memang datang nak bagi mak cik kaya punnnn..

haa! besar muka i kan.nasib baik baik hati *tiba-tiba

dan paling tak boleh pergi bila tengok video kat melaka yang di edit oleh mak cik kila.mak aihh..suara dah la macam halilintar sekor-sekor.dan tahniah diucapkan nanti dah besar boleh minta kerja part time jadi pengacara.semua ada bakat.sarcasm sangat dah tu semua. alaa..semua membanggai kami semua punnnnn..


nah. -_-"


kredit to kila halim.rajin gile le dia edit.

marilah berkasih sayang. *tiba-tiba lagi



oke..nak sambung tidur sampai bila-bila. :D


p/s: busy tapi enjoy ape. :)