Monday, November 30, 2009

tak beragak-agak.

Aku tengoklah kan, lelaki ni, kalau time dia tengah minat tunggu and datang dari jauh pun sanggup, tunggu banyak-banyak hari, tak beragak-agak, . Tapi time menyakitkan hati pun tak beragak-agak.

***
menyakiti hati dalam senyap-senyap lagi boleh membunuh.tahu!
Kenangan. aku rasa sweet tapi saket.
tade pape semua neh..saje gatai nak tulis..haha.
aku tengah masak cempedak goreng dengan adek aku tadi terus rasa nak tulis macam ini.

p/s: imissyou

Sunday, November 29, 2009

berpagi-pagi ini.

have a nice and long conversation with him.
first time perbualan kami menjadi begitu baik, lancar, unggul, bertamadun, tapi agak kekok' after 5 months break up..haha
(poyo jek ayt aku..rasa nak karate tengkok sendiri sekarang)

***
just make it short and nice.

happy birthday to ahmad syakir ahmad aznan
sweet 19th..tudia..tua dah hang! haha'
always pray for your happiness as you do.

xoxo
the ex girlfriend.

p/s: imissyou

Saturday, November 28, 2009

aku nak jadi anai-anai boleh?

I don't like to be pushed to make decisions. Aku memang suka tanya banyak soalan dalam apa jua keadaan, contoh cerita nur kasih semalam' ohoy' aku tak pernah tonton pun cerita tuh' tiba-tiba nak joen tonton last episod' macam biasa dalam ramai-ramai umat yg tonton tuh sorang pun tak bekerjasama dengan aku' kesian aku cakap dengan pasu bunga saje' ceh!

aku suka tanya mende yang melibatkan hidup aku. Tanya lelaki yang mahu dekat sama aku apa dia nak, tanya semua orang apa yang mereka buat sekarang untuk aku fikir apa aku nak buat.

Because at least for once dalam hidup aku, berilah aku buat perkara untuk diri aku sendiri. Bagilah aku fikir, lambat sikit tak apa janji aku happy. It's not that hard isn't it?


Is it some kind of power struggle dalam dunia ni yang kebanyakan orang hendak control semua perkara termasuk hidup orang lain. Does it satisfy them secretly? Or what?

ouh' macam tiada kaitan kan nur kasih dengan semua bebel-bebel neh ' sebab aku malas cerita panjang' semua orang tahu perangai aku' suka tanya pendapat orang lain tapi last-last aku buat decisions sendiri' aku banyak buat benda tanpa aku fikir panjang'..aku dah buat keputusan aku tolak untuk transfer ke shah alam' for many reason' lagi aku dekat dengan kau' lagi susah aku nak lupa kau'  itu yang kau nak kan' so diam!

then..why heh? disebabkan satu benda jadi dalam hidup kita boleh ubah perilaku kita tiba-tiba?

lagi tiba-tiba rasa macam mahu jadi anai-anai' makan apa depan mata' aku saket perotlah makan lemang dari semalam dengan nasi carrot pastu ada tempoyak' pastu aku bantai tidur macam beruang.

p/s: imissyou

Friday, November 27, 2009

kamu.

lima bulan...

tak cukup untuk aku recover.
segala sakit sila lah pergi jauh.

pergi jauh-jauh.
biar sesat dan tidak tahu jalan pulang.
sebab aku sudah penat.
biar aku menjadi gembira seperti dulu.
dulu..sebelum dan semasa aku kenal kamu..=')

malam aku akan hiba *ade bunyi cengkerik time neh*
semoga jangan datang malam.
biar sahaja berpagi-pagi.
kerana tatkala pagi aku akan lupa yang malamnya aku ade mimpi kamu. =')

pergh' ini taipan spontan aku weh..tepuk-tepuk~
terbangun dari tido terus hormon nak taip melonjak-lonjak.
rasa macam nak lari setempat sekarang. 


p/s: imissyou

Thursday, November 26, 2009

budak lima tahun pun pandai mengorat tahu!

ouh' lepas aku balik dari langkawi rasa macam malas nak update belog sebab aku rasa aku dah cukup muda untuk semua ini' oke tiada kaitan.abaikan'..

kat sana aku memang boleh meroyan kalau nampak laut' ak mandi terus' aku dah tak peduli hang nak p shopping ke' jogging ke' masak mee sedap ke' bakar pokok kelapa ke' ak nak selam lama-lama dalam air laut sambil mencari lelaki kacak patrick (tapak sulaiman)..ouh' ouh' jumpe sampai enam keping' ingat nak buat bbq..takut aku bangun pagi tangan ada lima pula..dan akan tidak ingat nama sendiri..lalu menulis di telapak tangan.. *hye nama saya eyda..nak kahwin kawan dengan saya?*


ong-bak golong-golong oy!

aku suka dok terkangkang tepi pantai saja kalau dah penat renang berirama di dalam air' sedang aku duduk' tiba-tiba datang satu objek comel bermata hazel dan memakai bozer the simpson yang entah siapa-siapa ..dalam hati aku cakap. "budak ini dah besar mesti jadi player kegilaan orang kampung"..

budakhot: awak buat apa tuh?
kakaksopan: erk' panjat pokok kelapa..haha *gelak berirama*

budakhot: awak tanak mandi.
kakaksopan: tak' dah mandi sampai muntah tadi..adek tak mandi?
budakhot: nak duduk dengan awak kat sini..
kakaksopan: *pandang budak itu sedang senyum dengan pandangan tak mengerti*

tiba-tiba mak kepada budak tuh datang dengan membawa pelepah pokok kepale kelapa lalu melibas anaknya kerana telah mengganggu ketenteraman anak gadis sopan dan teraniaya seperti aku.aku merayu jangan lah pukol budak kecil. tidak dipedulikan pun rayuan ak..hahahaha' dah2' yang part neh aku reka jek' mana ade mak die datang ape sume tuh' tp yang dialog tuh betul weh' aku tapernah borak dengan budak kecil berusia 5 tahun yang menggunakan kata ganti diri 'saya awak' saje jek..aku mula fikir die nak ngorat aku..peace! peace!

esoknye aku lepak lagi dengan die' tapi masa aku nak ambil gambar dengan die' die dah nak nalik time tuh..huhu' sempat gak mak die say thanks kat aku sebab jaga nak die..say thanks jek' bagi lah kereta pacuan empat roda ke' mini market ke' tak pun paling koman pun hadiahilah aku sebuah payung terjun..syok jek aku tengok mereka kat atas tuh..sejam rm150..ceh' baek lah aku melantak seafood sampai koma..


erk' ntah ape ntah aku snap neh' mahap' edit burok..haha


p/s: imissyou

Sunday, November 22, 2009

aku menonton TV IQ..tak semestinya aku kuat ingatan.

ini kali ke berapa ntah aku hilang jejak dengan henfon sendiri' kasihan kan..bukan kat aku' sile kasihan dekat henfon aku.tepat jam 12pm aku jumpa dah' dalam beg sekolah adek aku' (macam mana boleh lompat celah situ..mungkin dia terasa hati dengan aku sebab haritu pergi joging tak bawa dia) 

terima kasih kepada wanie dan yone yang membuat panggilan untuk menyanyi lagu kebangsaan harijadi kat aku..(lambat 7 hari..memang dia cakap nak jadi paling last..' tapi aku suke..hee)

esok dah nak membawa diri ke langkawi.pergi situ je kami mampu mahu pergi. aku pernah cadang kat ayah aku marilah pergi caribbean island ke, bora-bora island ke, blue lagoon kat fiji tu ke..pastu ayah aku cakap. jom kerja dekat rompak bank! oke..weh' nak tengok pisau cukur!!!!!! <---- (tanda seru kena lebih lima tanda memang sangat nak tengok) pisau cukur dengan rompak bank tiada sebarang pertalian.harap maklum..

esok juga on da way  pergi lang-kah-wee kena pergi ken-duh-ree kahwin..ibu adalah kipas susah mati pada kenduri kahwin jiran tetangga.maka setelah setengah jam buat perhitungan dengan ibu yang aku tak mahu pakai baju kurung' aku dibenarkan pakai pakaian yang masih nampak macam pergi kenduri' semalam aku jumpa kebaja pendek ibu zaman aku-belom-rasa-nak-lahir-lagi. aku dah buat keputusan..ak akan pakai kebaya itu dengan jeans dan seliper jamban flip-flop..gangster kan aku! rasa-rasa aku dapat makan kat main table tak ..



aku mahu ini sebagai hadiah hari jadi.ibu cakap kita beli kat langkawi' ade ke? mentang-mentang bebas cukai.tak boleh ke membeli kat sini jek.eh' cantik bukan..*kening2* 


p/s: imissyou



Friday, November 20, 2009

korang layan atau tidak?

petang-petang macam nie minum kopi O sedap jugak kan..masalahnya aku tak minum kopi' bak datang teh O ais laici kedai naziah janda belakang kolam memancing udang galah seringgit sejam milik pak abu kaki dangdut tuh.. (ahah..bes tak? bes tak membaca dalam satu nafas..macam mengaji kan..kan)..

tade lah sampai pergi kedai tuh' aku kan dah 19 tahun..*tatahu kenapa sangat berbangga sudah 19tahun' orang lain tak kecoh pon..*aku membuat sendiri.lalu ambil sedikit makanan ringan bawa ke belakang capai remote tv..capai bantal empuk berwajah ben10, capai spek kesayangan, capai album kawen ibu bapa dulu-dulu..semua benda aku capai-mencapai.lepas tuh buat muka raja gopal tonton tv..bes gak rancangan tuh tapi lupa nak ingat tajuk ia' ntah hape-hape semua berlakon macam kene paksa dengan tentera jepon! kalau tak berlakon tunang ko kena pancung...heh' heh' heh'


bila dah syok ngutok pelakon' tiba-tiba ibu datang..dalam hati  *eh..bila masa ibu aku nie pulang' dah lah tak mandi pagi lagi..habis lah kena flying kick neh* luar hati pula berkata  *eh ibu nak minom teh..tapi dah habis* ibu buat muka selamba tukar channel prima..apa laga' menonton sekar lah! punah harapan aku nak jadi pengkritik tegar pada para pelakon tadi! huhu'


nie sebenarnya aku nak tanya' siapa layan sinetroncity sekar neh? aku tengok sikit-sikit je' bila menonton..aku banyak tanya sebab haram tapaham mende2 lah berlaku dalam cerita tuh..ibu pula kalau dah tengok cerita tuh kucing main masak-masak baling-baling ikan sebelah dia pun dia buat dunno je' maknanya semua pertanyaan aku di jawab oleh sang dinding' tu pun kalau aku dengar lah dinding tuh dok explain apa' dah habis cerita dah feeling2 baru aku tanya ceritu tuh pasal apa sebenarnya..barulah dilayan.. (tu sebab aku layan ben10 jek)


cerita sekar nie ada asyraf sinclair tapi dah meninggal..bila aku cerita kat apek dia tak percaya' memang lah' dah ko trus lompat dari eps 10 ke eps 119..celah mana nak jumpa lelaki kacak tuh' nampak tak kat situ..episod 119 tuh! dongeng betol' nie lah sinetron' tak cukup-cukup nak rasa hebat kalau tak sampai 453 episod' cerita intan aku tonton sebab ada  dude herlino a.k.a dr.rado!  sila lihat gambarajah sebelah' macam gay pun aku jatuh cinta gak..hek3!

oh yea' dalam sinetron sekar tuh' aku suke theme song dia jek' layan wa cakap lu..memang leleh ah! haha' malam tadi aku dengan apek layan lagu tuh' pasang kat youtube' melalak lah kau dua orang..keju kambeng sedih punya lagu'  (mentang-mentang ada kol free..memang siap boleh karok lagi en)..haha' tapi tak nyanyi sampai habis sebab tatahan dengar apek nyanyi..boley demam balik kau' sumbang dia tayah nak cerita! haha


oh..nak karok gak..nah amek neh..



 sedih kan..sedih kan..nak nanges pergi jauh2..hehe.


p/s: imissyou

Thursday, November 19, 2009

kecewa tahu!

keluar membeli majalah' cari seventeen dah habis' tudia..berapa ramai insan berusia 17tahun kat perak ini semua nak membaca seventeen kah? (tapi aku dah 19 baca je lagi..ahah) maka membeli junk saja.( killeur calculateur as a cover)


aku belek-belek junk ini layan la jugak tapi lagi menarik kot dari ROTTW' aku jarang membeli junk ini' daripada aku membeli komik ben10..aku dah pegang nak beli sebab dapat poster ben10 bersaiz cermin meja solek' tapi aku fikir baca online sajalah sebab ada budak kecil comel pandang aku macam mahu beritahu ( woi! woi! pergi belajar memasak lah lagi bagus) oke tade kaitan disitu' tak..budak tuh pandang semacam kat aku' tercalar gak maruah aku time tuh' tu sebab aku buat keputusan baca online saja' (wahai budak! ingat dengan pandangan anda tadi aku akan berhenti memuja ben10' oh tidak' kalau boleh sampai aku kahwin anak 64 orang pun aku akan setia dengan ben10)


alunan aura musika mereka agak menarik.

tak..tak sebenarnye nak cerita' agak kecewa rtw9 tukar date pula' dari 19dec ke 26dec..aramzadei lu! aku pulang ke kampus 27dec' tahniah lah! (boleh kenyit-kenyit mata kat diri sendiri sekarang) ceh..tak perasan lak flyers tuh dah tuka date' aku nampak venue jek tukar..kaktus betol! tu pun lepas pergi kat web junk (click itu)..nak usha' web dy menarik tertarik you lah d'bomb gak lah.


oh eh' terbau bubur jagung..dapat pekena empat lima mangkuk sedap neh..=D

p/s: imissyou

Wednesday, November 18, 2009

datang balik dah!

rajinkan..rajinkan aku update belog banyak kali dalam sehari' hari ini aku bermastautin sorang-sorang di rumah..jadi lone ranger aku' kalau tidak nak habiskan masa muda dengan dni hari ini tapi tahap kesihatan aku amatlan membuat aku kesal' adam lavine pun nangis kalau dengar suara aku sekarang'(oh adam' awak comel lah dalam video clip goodnight..ahah) tapi tadi boleh pula aku pekena durian dua tiga das..lepas tuh menggelupur sakit tekak lah apa lah sorang-sorang..

satu hari ini aku dok layan lagu-lagu lama kat youtube' lagu tak tak berapa nak lama kat MTV dan channelV. aku dah macam rasa rumah aku nie ada acara kenduri kawen jek. (nanti aku kawen nak pasang lagu funhouse by pink lah' baru remaja)..haha! tiba-tiba kua lagu stay..wtf!! aku paling tak suka nak dengar lagu neh! setengah jam kemudian aku dapat rasa kemalangan jiwa yang aku pernah alami lima bulan lepas datang balik kat aku..tolong lah..aku penat' aku penatlah!!........(-_-")

makan sate 20 cucuk berjaya buat aku tenang. TAHNIAH! pada anda yang membeli. *tepuk-tepuk bahu sendiri..hee*

p/s: imissyou

dengar maka akan berjoget!




lagu ini sangat enjoy' die pernah record dan send lagu ini dulu kat (suku jela..ahah)aku tapi aku gelak sebab lawak lah suara vocalis dia buat aku terbayang suara patrick dalam cartoon kanak-kanak spongebob tuh. ouh' dengar pastu pasti rasa nak geleng-geleng kepala lalu menari..=D

p/s: imissyou