Friday, October 1, 2010

nama awak apa? ohh..hujan..

it's raining all day long..
but the rain failed to wash it away.
i dont like this feeling.
u can scream and shout all u want.
they are still there.
everything doesn't failed..
u just didn't try hard enough.
we have to believe that if there's a will..
there must be a way.
when protections and shields won't help us no longer.
we need each other.


rain rain go away..
and you don't have to come again until another day.
:'(

haritu saya rasa..saya dah oke..

***

nama awak apa? ohh..hujan...
awak tahu bila pelangi nak datang? ohh..kena sabar.. oke! :)

tiba-tiba gambar makanan kan.lari tema betol.ceq lapaq wehh! dari pagi tak makan..semangat nak habis kan esemen tak pernah luntur.ewoohhhh! semangat yea eyda..kau semangat tidur adalah..-_-" 

aah..nak tidur..oke bye

p/s: amboi..tadi banyak sangat assignments sampai juling gua nak start mana dulu nie..tetttt

Wednesday, September 29, 2010

Japikalu jaminalu

ahah! tajuk bukan bahasa landak ke apa.warning..entri ini panjang.


oh hey' Dua entri sebelum ini aku dah draftkan balik. Aku rasa tidak sesuai dah nak cakap macam itu.macam mentaliti budak-budak.eceh..

Aku fikir blog adalah tempat yang baik untuk luahkan isi hati, tapi ada juga benda yang lebih elok disimpan dalam hati. Cuma waktu aku mendapat cerita itu, aku terlalu terkejut, dan keliru. Aku tak tahu apa yang nak difikirkan.so..for me.. ignorance is a bliss.*tiba-tba lagu bob marley menjadi latar belakang cerita*

Aku takut kalau aku ceritakan di sini, aku akan mula terlalu obses dengan emosi aku. Jadi lebih baik aku keep on silence before it become worst. kalau aku biarkan dua entri itu, aku akan menjadi fanatik dan menulis lagi entri-entri macam tu. Sampai bila aku tak akan jumpa titik noktahnya. Bagi aku benda ini hanya ada satu penyelesaian saja, aku kena betul-betul redha, dan haruslah banyak-banyak bersyukur.hah..sabar lagi satu..aku tanpa sedar memang dilatih menjadi sabar untuk segala macam benda.dengan orang sekeliling and course aku ni pun memang kena students yang penyabar kalau project kena reject!.itu adalah credit tambahan.boleh usaha lagi! yeah!


bagi mana mana yang kenal aku.yea..aku seorang yang degil.mungkin kadang kadang aku degil tak bertempat.itu aku..whoahh! wait! bila baca balik ayat aku dari atas sampai bawah..kenapa sangat serius nie? 


saya baru bangun tidur maka rasa hensem bila cakap macam ini.bangun tidur sebab terhempap dengan kamus.nasib baik bukan seterika.tak style betul cara bangun tidur!

Tuhan itu terlalu indah. Segala ketentuannya mempunyai hikmah. Dan aku bodoh kalau aku tidak terima semua itu.


dan..seriously aku nak semangat aku balik.


and one more thing.i am good in observing people.tapi aku simpan dalam hati je.memang dari dulu aku boleh rasa kalau orang tu tipu aku.macam biasa..aku biar je.tengok sampai bila.hah! gila sarcastic ayat! baru bangun tidur memang rasa camni bro..peace! peace! 


marilah!.ini umat kegemaran saya.penduduk hati saya ni.weekend di habiskan bersama mereka kerana semua dah nak balik negara masing-masing..sobs..sobs



kan i cakap.open house tak akan henti.

intan and berry perempuan kegemaran.sounds gay! haha' peduli lah.sayang mereka! 


apek..intan..bawang..berry..saya?

lagi perempuan kegemaran.maaf..camera fon i tak cemerlang kualitinya macam camera u...tsk tsk

disebabkan weekend begitu.begini lah time kelas.nasib baik aku dah bangun tidur.ada gap jek ini port lepak kami.galeri room yang assssikkkkkk sekali tidur ya.siap boleh landing tengok movie ramai ramai.amboi!

oh ada lagi..haih tak habis habis eyda nie.yea..tak tahu kenapa fakulti aku dah jadi salah satu destinasi budak-budak sekolah buat rombongan kot.tak dapat temui sebarang keistimewaan di situ.penat perah otak.adakah kerana kami semua cantik dan kacak dan baik atau sebab nak selidiki setiap inci muka students sini yang ketat tak tidur malam siapkan assignments?


minggu ni je dah dua buah sekolah.ambil ambil gambar..interview kemain lagi.penat gak tunggu bila nak keluar berita harian ke..harakah pun jadi lah.dah macam zoo aku rasa..oh no! bukan zoo..tapi safari.sebab takda pagar.mereka dok melawat time studio memang banyak soalan nya bedah betol! hangpa tau dak time studio ni semua orang penat dia lain macam? takpe..kami layan..datang lagi.eh kejup..tadi sekolah dari johor datang.sumpah unik gila nama.sekolah abong apa dia weh.rasa tadi dah sedaya upaya hafal.hah..dah nyanyok.boooo...!


rindu baju sekolah.kain sekolah boleh tak ayah aku pergi buat lapik ironing board tuh.


p/s: fb can hurt you more than you ever expect..hehe.sabaq weh.but..me love you long time.and..pause! the time is done. :)

Friday, September 24, 2010

pil gembira

kalau lah dekat farmasi ada jual ubatan atau dadah atau akar kayu atau herba-herbi untuk jadi gembira tak hengat! kan ke seronok.semua pun akan gemar ke farmasi tanpa sebarang paksaan dari mana mana pihak.yea.. takat pergi farmasi beli handyplus  gambar powerpuffgirls dua tiga keping sebab nak tampal kat kaki melecet ape barang bro..tak boleh nak bangga!


kerajaan sila ambil perhatian dan tindakan di atas permintaan saya ini..


minggu nie saya hanya pergi kelas hari selasa saja...


eh eh bukan sebab aku tak gembira tanak pergi kelas..haip! ingat comel nak buat camtu? sebab kami berpakat..minggu nie adalah minggu presentasi..haloh! haloh!..kenapa lagi penat menaip presentasi dari presentation? mainkan perasaan aku je keyboard nie.oke..jangan keluar topik..yea...presentation week bak kata orang kampung aku.disebabkan kami dah berkobar-kobar semangat nak present before cuti raya aritu..maka kami dah selesai semua.berbekalkan fatwa sendiri..dengan ini saya sengaja memontengkan diri demi assignments yang tertangguh.banyak baq ang! bila tensen rasa nak pergi bungee jumping jek!


oke oke mana happy pils saya..??


hye nama saya kembong.
tengok saya punya tudung pun dah macam tak tentu hala.

awak bagi balik happy pils saya! CEPAT! 

p/s: serius lah nak happy pils! 



Saturday, September 18, 2010

tahun raya yang tak akan lupa sampai kawen

kehadapan belog yang manis..


yup! memang tahun ini punya raya dan juga puasa paling tak dapat luput dari ingatan.terima kasih kepada sesiapa yang menjadi watak utama dan sampingan di dalam drama kehidupan saya pada kali ini.watak yang anda semua bawakan sangat berkesan dalam hidup saya.nanti dah kaya saya beri award.sumpah aku tak kan lupa.


tak dapat nak cerita panjang pasal kronologi raya saya macam tahun lepas hambek kau' sekali sampai raya ke sembilan saya update.kali ini biarlah saya sorang je yang simpan cerita dia.


oh yea..esok balik.BUBBYE hari-suka-ria-kutip-duit-raya-bila-dah-habis-raya-duduk-rumah-pulun-tengok-muvie dan HELLO hari-busy-tidur-malam-menjadi-tak-ada-tiba-tiba.


saya masih tidak arif dalam menguruskan kehidupan.kalau aku lelaki dah lama aku cari bini urus makan minum aku..tehee~ disebabkan itu berat badan turun sampai 6kg..sebab makan malam merangkap makan segala segala untuk satu hari.hoyeah! 


ya Allah' bagi saya kuat.aminnn...





selamat hari raya ke lapan! eh ke sembilan ke kot? weh weh lama lagi raya! sempat ronda satu shah alam cari kot kot ada rumah terbuka.boleh makan tanpa batasan lagi. kepada si perumah terbuka jangan masak kerang tau..i tak boleh makan.nanti i jadi migrain sebab asikkkkkk ulang alik ke toilet saja.

tata..

p!/s: saya kuat

Wednesday, September 8, 2010

eid! eid!

tadi tak dengar pun pak cik tu cakap pasal raya sebab terlalu sibuk cari CD barney untuk anak jiran ni haa.comel je rasa nak penyet penyet lepas berbuka sama minta nak CD barney sebab nampak patung barney i.yes people! dulu time muda-muda saya peminat paling hardcore barney and friends..auww! paling hardcore maknanya paling tak pernah ketinggalan sama konsep macam tak pernah ketinggalan menonton doraemon, shin chan, dragon ball, cardcaptor sakura, sailormoon, atoromen dan sebagainya tu.


ingat lagi tak lagu ni.i'm almost 20 and i still thinking this is an awesome song ever.alaa..orang pasang lagu raya kau lagu ni lak.takpa..anggap je lagu laskar pelangi tu lagu raya.ada iras iras dah..:)





lepas dengar je saya macam emosi dengan lagu ni.i feel pretty until i see my friends.they're most beautiful people ever! inside and outside.i miss my girls.

oh..nak buat ucapan ringkas.since everyone's doing their raya speech, I would like to do mine too. selamat hari raya aidilfitri yea masyarakat sekalian.maaf zahir batin.kata ringkas..cukup lah tu.ikhlas dari hati ni.oke..nak bagi duit raya secara pos pun boleh.tiada penghalang.

selamat berketupat lemang silalah makan jangan lah segan...

p/s: saya buat puding caramel berbentuk mickey mouse..oh yeah!

Tuesday, September 7, 2010

dapat!

at last! dapat juga buat loan kat adik untuk novel the shopaholic series yang satu nie.lame la kau eyda baru nak baca.superlame! haip! sebenarnya series yang lain aku dah baca tapi yang ini cam tiba-tiba nampak member baca then..ehhh..ada yang ini pulak! da la lawak! I almost cried with laughter' its witty and hilarious! 'shopaholic and baby' auww! becky bloomwood dapat baby dengan luke..omel! omel! tapi 'shopaholic:ties and knot' lagi lawak..haihh! nk beli novel berharga secara tunai pun kena pinjam adik.saya papa kedana sekarang..mana duit? habis buat makan la bro..nafsu time puasa sangat memuncak.

dan orang sibuk beli baju raya..aku sibuk pujuk adik aku nak pinjam duit..hehe.

aku seorang yang senang je shopping..aku akan aim benda tu dulu.maknanya aku buat survey thru window shopping ke kan.oke fine..time tu tade duit.maka tengok dan aim jela..bila dah bawa bank bergerak yakni ibu dan ayah for sure la tanpa ragu aku laju je ambil apa aku aim tu.tak pasal pasal kena cubit dengan ibu.ataupun aku tak suka buat keputusan terburu-buru..eceh..contoh la kan.aku suka design baju ni tapi ada dua warna.dua-dua aku suka.aku malas nak buang masa semua orang tunggu aku berfikir.maka aku beli dua-dua.puas hati gua.

sampai coursemates aku tegur.eyda..kenapa baju ko banyak design sama tapi warna je lain kan..aku senyum nipis.eceh..berlagak.siku kang!

betul la..tak payah nak buang masa pergi semua kedai try bukan main tapi beli tidak pun.tu adik-adik aku punya kerja.nama je jantan.tapi shopping cerewet macam nak pilih bini.yang penatnya sebab aku yang kena jadi consultant mereka.kena jadi tukang komen secara part time.

oke cukup! lepas tuh semua buat muka anak soleh solehah sebab nak ayah belikan satu vespa..

adik konon buat muka rempit.naik motor pun tunggang langgang dia nie.

tengok adik saya dan orang belakang pakai baju petak petak.kain pelekat depa potong buat jadi baju gamaknya.rambut dah la kena gunting dengan cikgu disiplin.haha! creative and innovative.najib suka.

gambar nie kena paksa letak.-_-"

oke ini lambat! baru dapat gambar dari sarah.maybe nana lambat upload.ini time birthday ex-roomate saya tersayang! siti sarah said.shisha for short! 28th aritu..happy 20th birthday lah! 


nampak tak cake tu? aah cake berbentuk tv plasma.bukanlah! tersorok sikit tuh.punya lah ramai..tak habis pun.semua jaga badan.


seriously gambar nie macam pergi sambut merdeka bukan birthday.

oke..lepas nie kompem update lepas raya.haip! baju raya kaler puteh weh! tehee~


and..


Ya Allah, aku terima apa yang Kau aturkan, bantu lah aku untuk melihat apa yang sebenarnya terbaik untuk ku,kuatkan lah aku kerana jujurnya, aku lemah.mungkin aku terlalu sayang kan dia.cara terbaik..just let him go.kalau anda terlalu sayangkan seseorang tak semestinya anda dapat miliki dia.we're getting more confusing.and i will choose simple.not complicated. this is for the first time i did something yang lain dari kata hati sendiri..



Que sera sera

If it's meant to be that it's meant to be.
Not just 'jodoh' but other things as well.
I firmly believe in that. :)


p/s: sedang menjalani terapi hati.harap tak mati.

Sunday, September 5, 2010

tenang

saya rasa tenang bila sedih depan awak.
awak suruh saya move on tapi..
awak genggam tangan saya kuat..
saya tak pernah salah kan awak..

ini saya pilih.. 

thanks a lot.

thanks Ramadhan..its giving me a light to be more calm and sebab bulan nie kami berbaik even sebagai kawan.sedih nak tinggalkan ramadhan tak tahu kenapa.banyak saya dapat belajar bulan nie.tak rasa nak raya sangat.project pun macam tade unsur kasih sayang punya banyak.nasib baik dah submit segala.time present rasa nak peluh tak kering gusi menggelabah semua ada sebab portfolio lebih tinggi dan besar dari diri sendiri dan itu salah satu faktor yang buat saya rasa tercabar. eceh..tak memasal! tetapi saya punya lecturer ambil artworks saya untuk exhibition with the seniors.yeay! (ada nada riak..bagilah saya peluang..dua hari tak tidur buat)..huu

and penat duduk hostel nie weh! tangga banyak sangat sampai kadang kadang rasa nak jalan guna tangan! sem depan ingat nak bina and duduk rumah pokok betul-betul tepi pintu masuk fakulti.


sebelum balik aritu bilik saya dah macam dilanda perang badar.sumpah dah macam gua penuh baju tanpa sempadan.mana tak nya empat empat pulun nak basuh baju pada hari yang sama.lepas tu semua tanak sidai luar.siap bertukang buat ampaian dalam bilik.segala jenis crossing over ada.tak tahu macam mana mereka amankan balik bilik tu sebab saya cabut paling awal.gila hang menggeletaq kepala lutut tak sabaq nak jejak tapak kaki kat rumah aih!!

tidur tepi gelongsor tanda puasa dengan tekun 

ouh' indahnya dapat shopping dengan family.

raya bila ea?

p/s: awak happy.saya happy!

Monday, August 23, 2010

gadis saya episod 5



lihatlah pukul berapa saya update belog.dah penat dah tidur.penat dah bergelumang dengan segala jenis kertas dan memerah idea generasi baru maksudnya sekarang tiada kesenangan copy and paste dalam hidup saya.terima kasih atas nikmat ini.roomates pun tak berapa berani nak main wresling wresling dengan saya dah.takut saya migrain nanti..

oke cukup! sudah di situ! saya nak tempek gambar nie..memang ramai perempuan kesayangan dalam hidup saya.lelaki kesayangan satu saja yea.terima kasih.. :)

oke' harus kawal diri dari lari topik.hari tu saya tidur um bilik roslina sebab sabtu mereka mahu berbuka bersama.auww! (terima kasih awak kerana hantar..*senyum) mereka nie lah..bebelan akan disusuli dengan image image yang dalam linkungan masih sedar.kalau ada aksi separa sedar minta maaf..

eh' tanak la mintak maaf.minta laptop..tak pun minta iphone..minta banglo? minta duet raya? minta aaron aziz? sebenarnya tak larat nak edit kasi vouge gambar gambar.saya bagi yang segar dari ladang..tak larat oy nak edit bagai..ingat aku bidan kampung..heh' tade kena mengena.

oke siri gambar bercakap bermula sekarang! sila pakai seat belt ramai ramai.laju nie laju...

sebenarnya aku tak tahu pun kedai nie makanan western.omputih betul budak budak nie.eh tapi melazatkan gak kedai ini.tajuk kedai 'HR' jangan tanya aku apemende tu.dan bertahta di area kampung baru.lepas tu tajuk makanan aku 'cowboy chicken chop' perbezaan..ada hotdog.suka hati kau la chef.

subject metal adalah gelas berisi air tembikai bukan mira yang sedang mengilai.itu air saya.macam biasa.gelas yang sebesar alam tuh saya habis dalam beberapa minit je.lepas itu buat muka bidadari ambil air marz.tehee~

tengok muka fana and fiza yang bersungguh.situasi ini terjadi apabila makanan sampai tapi keliru ini nama apa dan siapa punya dan saya rasa mereka kena label makanan itu atau masa letak makanan jerit nama sekali alunan muzik ke apa baru stylo bro!

kawad cam dari besar ke kecil: ros, awin, fiza and fana

geng tak berapa nak tinggi: mira, zidot and deq wani..oke lah deq wani tinggi sikit. haha

akhirnya ada juga aku kan.tu pun muka tak puas hati air dah habis tercekik cekik tunggu orang offer air.nak order lagi tapi brader brader sini busy kemain.nak tegur takut migrain pulak.

masih sopan rasa rasa

rasa rasa sopan tak?

ada la iras-iras oke sopan lagi tapi macam dah lain.

oke! enough! enough!

lepas tu kami yang sweet nie buat birthday party kecil-kecilan secara seperais kat marzihah.tengok muka terharu dia.eh muka terharu ke? kek tu sedap..aku makan paling banyak sebab dia ada ice cream nyum  nyum.tajuk kek nie lupa dah..nanti ingat aku bagi tahu.

zidot dengan kek dah sama besar.

air favourite weh! minum tuh semangat nak setadi tak pernah luntur.pastu menggelabah setiap lima minit nak pergi toilet.

layan kan aja.hat depan tu budak uia paling rock.haha

penutup: amek kau muka sakit aku.saja kasi grey scale bagi effect dia mendalam sikit.seram dak weh? aku memang suka gambar huduh huduh.rasa berseni.

dah weh..penat.gambar ada 100++ takan nak upload semua kat sini.kang sampai raya ketiga tak habis lagi.terkedek-kedek blog nie nak upload gambar.aku siap boleh makan nasi goreng roomate lagi.eh..saya bersahur.sila ucap tahniah!

kenapa tak mengantok lagi ni?

p/s: jangan bad mood please..:)

Sunday, August 15, 2010

ini chapter lain.

after almost 2 years..we meet again..


thanks.i swear i wont cry dah.sebab sekarang awak ada even bukan selalu. :)


eh selamat berpuasa lah! moga Ramadhan kali nie banyak benda baik jadi.aku dah buat kira-kira dah rasa cam kali ni puasa penuh je..ecehh! blog nie tak penuh la aku jarang update sekarang.bukan apa..bulan-bulan puasa' otak nie haa dia punya jam lain macam sikit.takde idea nak update apa.hehe

lagi sekali boleh?

p/s: macam nak konfius tapi buat-buat tak tahu..hoo.lapaaa dah!


Friday, July 30, 2010

suddenly lewat.

If you're at the wrong place, wrong time,It's better to either you leave the place, or wait for the time to pass by.But for now, I can't decide.


dan entri ini agak cheesy dan emosi dalam rating yang tinggi. *sila tahan diri dari rasa menyampah..hehe*


kan..aku kalau boleh nak jadikan diri aku busy se busy busy nya sebab itu sahaja cara untuk aku lupa kan sesuatu yang sudah lama.


maaf.aku terlalu busy sekarang kerana ini pilihan aku.aku rasa berseronok bila dalam keadaan di mana aku boleh fikir satu benda sekarang yakni apa yang aku buat sekarang.tak perlu fikir pasal apa yang engkau sedang buat sekarang.sometimes i am fazed and its completely fazes me.aku macam air.


aku busy sampai aku kurang masa untuk bersosial macam budak bilik aku nie..amboi dia..haha!.main ngorat ngorat.berjalan rayau-rayau dan berbual ketawa sambil tepuk tepuk kerusi macam dulu-dulu.mungkin masa itu ada tapi ada masa tertentu.aku lebih senang selesaikan apa yang aku patut selesaikan dahulu.


maaf.aku terlalu busy sekarang.eh' weekend aku free juga tapi kadang-kadang tertidur macam alololo..tak pernah tidur yea? hoo..





p/s: tolong masa cepat jalan.penat dah tolak.