Heh, malu lah nak cerita. Tapi nak cerita juga. Nak suruh kau orang bayangkan aku tengah teruja lompat-lompat ikat rambut sebelah kanan, sebelah kiri, paling tinggi sekali dekat bahagian atas rambut sambil bercerita.
eceyh' tade la seronok mana tapi lepas sudah sedih-sedih mengadu dekat syasya sipompom tadi' dan rumet buat aksi nyamuk mahu menggembirakan aku' aku kembali normal. (sedih kerana siapa lagi kalau tidak dia) sekarang mahu cerita tentang rumah sewa sem depan! sudah ketemu dong!! agak gembira sebab akan jadi NR (non-resident) pada sem hadapan!
hoyeah! (gelek-gelek). boleh saje mahu duduk di dalam' kat kolej mayang tapi harus bayar sewa juga..(begini la nasib budak degree d UiTM arau. students diploma di beri keutamaan.masih bayi-bayi kan mereka.aku kan dah mencapai puberty.oh yeah!)..haha! yela' kalau stay di dalam rasa macam duduk dalam akuarium saje' maka mengambil keputusan menjadi NR.(ag pun aku tade pulak nk kutip sticker2 kolej semua itu.nmpk sangat la aku tak layak nak dapat kolej)..tehee..(-_-")
oh' mari kembali ke acara' begini' dari last two weeks kami meliarkan mata mencari mana-mana poster atau iklan rumah untuk di sewa' dapat la seketul dua' lepas itu kami pun berlumba-lumba la mahu survey rumah2 tersebut. sungguh semangat aku.semangat sampai aku rase aku boleh kawad kaki keliling padang sekarang juga. (lorh..tgk rumah pun nak semangat eyda neh..haha' biar lah aku' aku memang sentiasa bersemangat dalam apa jua bidang)
rumah pertama: katil' almari' dapur' peti ais' meja makan ada' tapi meja study tiada. empat bilik.dua bilik air.keluasan agak memuaskan. single story tp semi-D.boleh bercucuk tanam di kawasan tepi rumah. depan boleh masuk 2 ketul kereta.tapi kami nak angkut motor saje baru nampak kacak kan! RM80 sorang per month!
rumah kedua: ini memang paling teruja lah bila lihat! serius sangat memenuhi citarasa para pelajar seperti kami neh' alaa.. RM130 seorang per month.tiada gambar sebab time neh tak bawa fon bersama' (fon aku dah merata-rata kot skrg) semua complete' kau nak ape?? semua perabot masih diselaputi plastik jernih' teruja i! sofa pun empuk' hadoi! terus aku mencintai rumah itu' baru perasaan itu tumbuh tiba-tiba mereka kata kita lambat seminit saje' rumah ini sudah dinodai orang lain.(mksd aku da de org amek oke!) pilu hati kami time tuh..
selepas berdiskusi' kami sepakat membawa berkat mahu rumah yang pertama' dah dua ketul rumah ini saje yang agak dekat dengan kampus.alah..bukan kau nak bawa suami serta anak-anak bersama hidup di situ.sempoi sudah..janji aku dapat tempat bertidur dan toilet yang tidak akan menelan harta benda aku lagi! (ini akan di update untuk entri akan datang).
yea' gembira lah..sebab tak perlu susah payah lagi bertenggek tunggu iklan rumah lagi' sudah dapat rumah' yeay! alaa..saket perot lak..
p/s: tgh ak taip entri neh' rumet aku pasang cte 'wrong turn to dead' la pulak' siot geli cerita ini! tapi seronok gak tonton..haha! dan sebab itu entri neh jd 3 jam pula baru di publish!! haha