Friday, January 8, 2010

melagukan detik-detik indah.

ntah kenapa tajuk macam cerita hindustan.setengah jam juga lah bertapa nak cari tajuk kencang-kencang tapi ini yang terdaya.sumpah aku tengah mengantuk!

hey' lama betul tak menulis.rindu diri sendiri.jangan risau' saya masih hidup dan sedang bergembira menjalani kehidupan sebagai pelajar part two yang baru tadi kena hambat dengan abang mana entah sebab baru terhegeh-hegeh nak renew kad matrik! apahal lu??


ouh' mulai tanggal ini aku macam tak berapa luang kan masa senggang dengan belog ini' sebab aku busy menyemakkan diri wehh! aku masih tak paham how come credit hour aku lebih dari orang lain' dah lah nak masuk student portal bagai menanti meranti berembun.saja nak selit peribahasa nampak sangat gigih kan..pukul 4a.m baru line laju gila woi! woi! tak ke gigih aku' rupa-rupanya aku pergi ambil subjek yang sepatutnya aku ambil sem depan ke apa ntah tak faham' lalu aku update semula.nak dekat 37 kali aku update benda alah tuh..boleh tak jangan over eyda?


sem baru ini aku rasa so much alive than the last sem yang aku rasa macam dah lost gila nak hidup..wtf?? see..how people change over years.sepanjang minggu ini rasa macam zaman sekolah dulu.belajar hanya tahu suka-suka dan kalau tak on fon seminggu pun bagai tidak kisah bulan jatuh ke riba. *lihat..ada peribahasa lagi*


rindu gila zaman belajar itu..


lagi berita tentang diri sendiri'aku ada dua belog sekarang.satu public dan satu lagi private. aceceyh..macam kau lah gadis misteri..ayuuuu! tamak haloba bukan.biar lah belog aku bukan belog ramli sarip.


aku dah anggap belog aku ini dah macam binatang peliharaan dah'belog aku yang private itu aku tulis tentang isi hati jiwa nurani aku' macam kalau kau orang baca mesti macam nak muntah hijau..auww! haha! maka perlu private.sebab bagi aku kan..menulis ini macam satu terapi.begitu juga melukis..melukis bunyi macam leceh bukan.apakah?? kalau hendak seribu daya..kalau tak hendak tidur saja..


berita seronok: hari ini I pulang ke rumah menaiki kenderaan ibu bapa cik dni awatif.sebab terlalu melampau banyaknya keperluan hidup tinggal di rumah.sebagai contoh towel' berus gigi' hanger' cermin mata rabun' cermin mata menggedik.nasib baik ada unit sokongan di sini..terima kasih daun kehlahdih.

dan..tak ke bila ada orang kata kamu 'gadis cute' rasa macam sungguh muda macam baru semalam baru ambil result upsr.tapi kalau orang kata kamu 'wanita cantik' tak ke rasa tua dan masa itu dalam kereta memasang siaran radio klasik nasional. dua kali tua rasanya kan. tolong lah budak tak cukup umur yang masih bersekolah..tolong jangan masuk campur dalam hal aku dan dia. kau nak ngorat dia..ambil! do i care?? tak pun! *tiba-tiba je kan..HAHA*

oke..mahu tidur' kalau tidak pergi meeting club bola tampar muka bagai melukut di tepi gantang. apa entah maksud dia.aku rasa sedap saja.jangan pertikaikan.
p/s: imissyou.