Tuesday, May 28, 2013

hidup ini pelacur akal

aku go through blog sendiri. lama aku belek, 2008 aku mula petik papan kekunci untuk entry pertama. ye, entry bimbo penuh, tergelak aku dibuatnya tapi itulah untung ada blog ni. tanpa kita tahu diri kita makin berubah makin ke satu arah yang kita tahu jalan dia. kita nampak mana kita pergi, sebenarnya kita tetap kita cuma dalam pembawakan berbeza. jauh dalam ceruk hati tu kita masih wujud cuma makin kecil dan sembunyi angkara pengalaman dan berapa kilo garam kira cubit dan rasa. 

Hidup ni mudah. Dia akan mula dengan takut dan pedih. Sementara nak sampai ke sedap dan selesa, kena harungi dulu manis pahit pedas segala. Itu namanya rencah kehidupan. Istikharah yang terbaik. Buat keputusan yang bertalikan kepada Allah. Mohon petunjukNya. Jangan buat keputusan ketika marah sebab masa tu syaitan penuh sekeliling kita. Amik masa tenang. Bersendirian. Khalwat bersama Allah. InsyaAllah ada bantuan. Biar pedih sekejap dari nak parah selamanya.


aku mungkin semakin kejam dalam membuat keputusan. kalau baik saja tapi orang tak hargai buat apa. ini bukan cerekarama. orang sekarang bukan macam orang dulu. dalam umur sekarang diri kita harus dahulu. 


aku pernah terjatuh dahulu, tapi orang yang buat aku jatuh sebenarnya ajar aku untuk berdiri semula. ye,  tak semua bekas kekaseh beri kau lelah. bila kutip balik, banyak di ajarkan aku guna akal atas dari hati. oh ye, terima kasih bekas kekasih kerana mengajar aku erti cinta dan celaka.


ajarnya aku jangan terlalu percayakan orang sekeliling. tiga tahun tak cukup untuk kau percaya sepenuh hati. separuh pun usah. iye kan saja, kita dengar kita jangan caci. ye mana ada orang di dunia ini tak bermuka muka. aku juga pernah tapi tabiat itu buat aku letih. letih layan, letih berpaling, letih segala segi. kuota letih aku sampai habis.


tiga tahun juga tak cukup untuk kau tahu erti sahabat bagaimana. meskipun salah bermula dari aku, jangan hukum dan belitkan keadaan untuk nampak diri lebih cerdik dan lebih baik. biarlah dia bercerita pasal kita asal yang dekat dan kenal tahu dalam selaput hati ini aku masih yang dulu cuma aku membalas celaka pada yang memberi neraka. 


aku simpan pada yang sayang


aku tolak pada yang lalang


aku tak perlukan sahabat yang begitu meskipun aku sayangkan moment bersama. 



p/s: aku kan sebenarnya dah try besarkan font tapi jadi pelik atas large bawah small. this is madness. adakah hukuman akibat sudah setahun tidak berblogging. ihik sila pakai kanta pembesar.  warna juga tidak sekata, malah diluar hujan lebat.