dan sebenarnye.....
- aku lapar hari ini hanya makan 2 ketol pau halim perisa kacang yang dibeli di kedai pachik ada anak kacak tetapi masih bayi.
- aku saket kepala macam rasa nak bertukar jadi suria baja hitam sekarang lalu menyerang rakyat jelata tanpa belas kasihan.
- aku tensen dengan paper xm tadi soalan macam tiada kasih sayang antara insan.
- aku datang lewat ke xm tadi maka aku tidak lain dan tidak bukan akan membuat muka paris hilton saja.
- aku sejuk gila tapi tetap mahu terbongkang atas carpet getah berwajah ben10 milik rumet tercinta.
- aku sedang berfikir di mana aku letak purse aku yang syed cakap dah macam pencil box kanak-kanak gemar mewarna itu.
- aku berfikir mengapa celcom sungguh mulia menambah nilai kredit aku 3 kali dalam seminggu ini' nak ngorat buat la cara gentlemen la weh! weh!
- aku rasa semua tak kena malam ini sampai aku rasa macam mahu mengunci diri dalam loker' duduk diam-diam' agak-agak dah rasa stabil aku akan kembali ke alam nyata dengan wajah yang lebih remaja.
aku rasa aku patut cakap..
yea..aku rindu dia.
yea..aku rindu dia.
p/s: i miss him.