lokasi: sekitar matrik penang
masa: bergantung pada hari lahir individu tersebut.
watak utama: eyda.dni.mira.dali.sayza.
tang.zety.zidot.capek.bear.roomates.budak H1P4.
nota penting: semua aktiviti kurang sopan ini menjadi perkara wajib bagi kami dan semua watak utama memang tiada unsur kasih sayang dalam diri mereka pada hari kejadian.
watak utama: eyda.dni.mira.dali.sayza.
tang.zety.zidot.capek.bear.roomates.budak H1P4.
nota penting: semua aktiviti kurang sopan ini menjadi perkara wajib bagi kami dan semua watak utama memang tiada unsur kasih sayang dalam diri mereka pada hari kejadian.
aku tak pelik bila dni dok berkepit dengan aku sebab bilik aku neh da jadi cam bilik die dah' ape sume harta peribadi die ade kat bilik aku' ini kerana bilik aku memang dilimpahi kasih sayang yang tak terhingga.oh' aku pelik' asal mereka tak wish aku lagi neh' mula lah nk makan dalam neh' tibe2 dni ajak aku pergi toilet' aku tak rasa nak kencing pun tapi dni ckp masuk lah sekali jugak' dy takut' tak ke rasa nak bagi dy makan selipar jamban aku tapi mengenang kan seliper ini pemberian sedara jauh kat pahang aku batalkan niat aku..
waktu aku keluar toilet' tiba-tiba beberapa makhluk tak berapa nak hot jerit-jerit macam dalam cerita perang itu.mereka melepaskan beberapa das tembakan belon air' bapak basah baju tidur gambar pooh aku.bertubi-tubi.dah lah target sikit punya cantik.mereka juga dengan bahagia main baling tepung ke atas diri aku' ade sekali tuh aku menjerit' dorg baling tepung betul-betul masuk dalam mulut lalu ke tekak aku' aku bangga dengan siapa yang baling itu sebab aku tiba dapat rasa macam aku buat cekodok dalam mulut sendiri..habis aku berlari' dorang baling macam-macam.aku dah rasa muka macam baru keluar gua jek time tuh..
setelah beberapa jam' ia tamat' aku mahu mandi' sedang mandi sambil melagukan lagu asmaradana.aku dah agak dah' tak tamat lagi' mereka dok siram dari atas air bancuh apa ntah' melekit' aku rasa nak pergi spa mandi bunga jek time tuh..mandi 2jam oke' tu pun time tdo dni dok tolak-tolak aku sebab rambut ak keras dan ade tepong lagi..nyaris-nyaris aku nak berdoa minta bertukar jadi sleeping beauty.
ini pon sama memang boley joen adlin aman ramli! masih sorang saje yang nampak hot.tuh' yang dok kaki kedepan tuh..haha
esok hari' aku sakit tekak' aku rasa serpihan tepong yang mereka sumbat dalam mulut aku semalam masih abadi di situ.pagi-pagi kelas english.buat public speaking..auwwww. i like it. tetapi aku berdoa bukan aku insan terpilih.mungkin doa aku tak berapa nak makbul.pn.syam dengan penuh sifat keibuan tepuk belakang aku dan aku harus kedepan.apa laga buat cantik lah depan tuh..aku dah la tade material' so dengan confident tanpa ragu aku cerita kejadian semalam' mendapat sambutan..banyak pertanyaan yang mereka ajukan' dan paling best mereka ramai-ramai menyanyi lagu bday untuk aku..tersipu-sipu aku time tuh' gaya dah macam anak sultan terengganu sedang melamar aku..*kening2*'
malam tuh lepak bilik tang.kak ya buat cekodok' aku tanye mana dapt tepung..mereka jawab' balance tepung baling eyda semalam lah' oke..sekali lagi nyaris-nyaris berdoa nak jadi batu pula.
ini bukan time bday tapi farewell untuk deq wani' ini pun dah bergolek-golek atas rumput baling kek' lihat muka aku sudah tak hot seperti gambar di atas..ahaa
nie baru aku' tade lah kejam mana' aku memang dendam time tuh pada mereka.sape yang besday lepas-lepas aku memang aku plan baek punye..kih3' dni n zidot mereka kne smapai 3 hari bau itu melekat.sayza siap kena ikat kat pokok sambil tutup mata time hujan lebat. mira kena seret sepanjang floor ke toilet. (bersilat gak la kami nk angkut dy). capek memang jadi puteri telur time tuh. dali bear n kak ya paling penat..sampai kena sound sebab bising dan semua kena main dengan selut time neh' sampai sweater mir n capek kene conteng dgn tanah dan disangkut atas pokok' betul-betul aku rasa macam cerita polis hong kong time tuh. sampai kan kat kelas amin n ayie bertanya..'eh korang tahu tak siapa yang bising gila malam tadi sampai kolej laki dengar.meriah rasa macam dalam cite industan sambut diwali' aku buat muka kacak cakap tatahu..padahal itu memang kami..hee
ouh' i miss it! semua ini seksa tapi memang best wa cakap lu' have fun betol!
p/s: i miss him.