Assalamualaikum eberibadi.
syok kan puasa?
kalau nak cerita pasal ramadhan masa kecil aku memang banyak sangat pe'el.kaki ponteng, curi-curi minum, rehat muka selamba badak pergi kantin semua aku pernah buat.lagi best kalau parents aku pun cikgu kan so semua kenal so memang di akhir waktu kejadian memang kantoi.dulu-dulu para kaki report memang sangat handal dan ada semangat patriotik yang tinggi.
aku belajar puasa dari lima tahun dan memang tiada istilah puasa setengah hari.tapi tu lah sampai darjah tiga pun kalau aku dahaga sangat aku tak kisah dah apa jadi aku teguk je air cincau ke ape dalam peti ais tu.agak-agak nampak macam berkurangan dalam jug tu aku tambah air kasi nampak penuh.bila ibu rasa tengok tawar dia tahu dah kerja malaun mana.adik-adik aku sumpah baik.mereka tak akan buat begitu.maka aku kena.
dah besar ni pula bila tak boleh nak puasa rasa ralat gila.rasa macam..arghhh nak penuh puasa oi.tapi apakan daya kita kan wanita normal.ehem
semalam Ramadhan pertama aku pergi bazar dengan ayah.peh peh rasa macam betul-betul anak perantauan sebelum ini.dari form one sampaikan ke tahun lepas mana ada peluang macam ni.tsk tsk terharu dia lain macam la senang cerita dapat puasa sebulan dekat rumah ni.
rindu nak puasa kat penang.eh tapi aku macam lupa sikit adegan puasa dekat matrik.yang aku taw sampai memasak dalam bilik lah cerita dia.
masa kat Perlis pun seronok kau.bulan puasa tu lah aku secara rasmi mengenali apa benda oblong nie.tiap-tiap hari beli oblong dengan somtam.makanan sana murah baq ang.bawa sepuluh ringgit pun kira boleh kenyang sampai sahur hat lusa tuh.
tapi aku tiap tahun pun rindu bazar Ramadhan dekat Lenggong, ini memang penyakit tradisi. ayam percik dia sangat awesome! chef wan kalau rasa ayam percik pak cik tu mesti tersinggung.terus nak berhenti jadi chef apa.putu buluh dia perghh menggigil *over. dan yang paling best kerana nak pergi bazar macam-macam jadi.
kisah Ramadhan kat Lenggong dengan rakan-rakan memang sampai ke tua la aku tak lupa.perangai memang disaster kami kalau ingat balik memang aku senyum sorang-sorang.
itu next entri punya cerita.
tata..puasa kasi penuh taw haipp! selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua!