Tuesday, February 14, 2012

faith

Subhanallah...
besar sungguh ujianMu kepada ku.. tak pernah terlintas di hatiku utk aku lalui semua ini.. begitu kecil kudratku yg menggalas ujian mu...sakit yang tidak pernah lekang dari diri aku. sesungguhNya pernah di satu ketika aku lupa utk menadah tangan kepadaMu dalam suka ku.. ketika ku berada di atas aku alpa.. tidak ku tahu bahawa kebahagiaan dan ketenangan hari ini bila ku dekatkan hati ini kepadaMu. di saat ku tersungkur, hanya air mata yg mampu mengalir. tetapi ku tahu, di manakah letaknya iman ku sekiranya aku terus membiarkan diriku tersungkur..



just believe that things happen for reasons. we just could plan the future with this and that but Allah knows the better path for us. a wise man said, that you're being test by Him because He loves you. He knows your limit and boundaries and never put you under a burden. as the time walk by, you will grow with maturity and you know what's the best decision for you. 


jujur kasihku kepada manusia sebelum ini melampui kasihku kepada Allah, kepada ibu bapa ku kepada keluarga ku. itu satu kesilapan yg juga tidak mahu aku ulangi.. benarlah kata org, cinta kepada Allah adalah cinta yg hakiki, cinta kepada ibu bapa adalah cinta yg berkekalan. tidak mahu lagi kukenang segalanya yg pernah tertulis di atas kebodohan ku sendiri.. aku diuji dengan cinta manusia yg memberiku tamparan yg hebat. kepercayaan yg dimainkan, kejujuran yg dipersiakan.. anugerah Allah kepadaku disia-siakan.. tidak ku guna mata utk melihat, tidak ku guna telinga untuk mendengar, tidak ku guna mulut utk bersuara, tidak guna akal utk berfikir.. kerana hati dikawal pemikiran kolot, yg aku nampak salah aku benarkan.tetapi sabarku di peralatkan...sesungguhnya Allah maha agung membuka mata ku satu persatu.. di situ aku tahu nilai persahabatan, di situ aku tahu nilai kebahagian dan kesengsaraan.


benarlah hidup ibarat roda.. kadangkala kita di atas, dan kadangkala kita di bawah. tidak ku pinta dia hadir kembali menagih kasihku. tidak sanggup kudengar segala rintihan. ya mungkin dia pernah menghukum aku, melukakan aku, tp tidak sanggup aku lihat dia terluka kerana aku tahu sakitnya tidak kepalang.


dan juga tidaklah aku letakkan diriku sebagai seorang manusia yg baik. aku juga tidak terlepas dari membuat kesilapan..yg disengajakan ataupun yg tidak disengajakan...maafkan aku atas segala silapku kepada sesiapa sahaja yg pernah aku sakiti. aku sedang belajar membetulkan silapku, mendekatkan diri aku supaya suatu hari nnt aku menjadi yg lebih baik. aku mencontohi yg patut dicontohi, dan mengambil iktibar daripada teladan. aku sentiasa bermohon supaya aku sentiasa mendapat rahmatnya dan sentiasa dikurniakan hidayahnya.

setiap ujian dan musibah yg mendatang, tabahlah... mungkin hati berasa kita adalah yg paling malang, tetapi ada yg lebih menderita.. bersyukurlah dgn apa yg Allah kirimkan.




what ever pain that u feel,  
the pain could not be erased, but it will be faded away by the time you move on.