Wednesday, March 19, 2014

espiyem

Last few days macam biasa random talk with Syuk, tiba-tiba Syuk kata ' I rasa kite ni dah tua lah' see...dia baru nak rasa tua ke macam mana, Then I replied, ' I dah lama rasa diri ini tua' . Oh ialah banding dengan kehidupan dulu dan sekarang jauh bezanya. I'm a working lady, dah serius belajar memasak, dan benda yang paling buat aku rasa tua adalah bila adek bongsu aku dan habis sekolah and esok result SPM dia keluar.

Tell you what, i'm so emosional when i think about it. literally, my youngest brother dah habis sekolah. mak aih gua dah tua wei. 24 years old. 

7 years back, 2007. It's my SPM year. Satu norma di MRSM ialah nanti lepas SPM kena jadi doctor, engineer and what not. yup, dulu beria nak jadi neurologist. Kemain kau nak jadi pakar saraf bagai sebabnya masa di sekolah dapat highest on that particular chapter. Masa sekolah dulu memang minat habis dekat bio and chemistry. Dah lah dapat jadi mentor Chemistry lagi semangat membara-bara itu masa. Pergi quiz chemistry peringkat kebangsaan bagai and pertandingan tunas saintis. no, no bukan nak riak bagi habis cerita dulu. 

Later on lepas result SPM keluar dah yakin, yes nak further study on science stream. kemain dia punya semangat bagai pahlawan. Dah lah ambil result SPM lambat sehari, sebab masih di Langkawi bercuti. Call staff mrsm tolong check kan result dan menjerit di dalam kereta. Lepas tu isi form UPU pun halal balal je. 

Then pergi Matrik got sains hayat. haaa..di sinilah nerakanya bermula haha. Mungkin aku terlalu banyak main masa matrik. terlalu okay. Nak cerita tapi let by gone be by gone. skip the matrik part masuk alam universiti aku dapat further Industrial Chemistry. aku masa kat matrik dah geram dah apahal Chemistry ni payah sangat lagi2 part Organic Chem. sampai satu tahap aku terbaring bawah meja dalam lecture hall wei sambil berfikir..apa aku tengah buat ni? hapah tak faham. haaa..kritikal kan.

Then aku habis Matrik aku apply UPU sebab result chemistry aku A masa matrik aku yakin dah lah nak amek Chemistry courses and got Industrial Chemistry course at UITM Perlis. haaa...di sini sengsara ku bermula. masa ni still dengan ex aku yang macam celaka tu. Oppss termengumpat. Ok skip that part. 

Begini, sebenarnya aku ni minat melukis since dari kecil. mungkin ikut ayah. ayah lukis lawa wooo menangis aku lihat lukisan2 dia. so memang since kecil aku ada satu hardcover book untuk aku berkarya. masuk mrsm aku dah kurang drawing tapi still amk PSV. entah mende mende. dan masa dekat Perlis tulah aku sedari yang aku ni ada kecelaruan identiti. so aku amek masa setahun nak confess and yakinkan ibu aku, aku nak tukar course. first sem memang dapat dekan sencond sem hancuq sebab aku rebel. so ibu aku cakap boleh tukar. so memang turun naik bilik dekan then dapat. 

ye, lama aku ambil masa nak tahu apa kelebihan aku, apa yang aku nak buat bila dah dewasa nanti. masa tu aku juga fikir ni kalau aku kerja aku nak sesuatu yang boleh buat aku happy bekerja. deep down inside i loves arts. kalau aku ada anak nanti besides all kisah keladan dan didikan agama. aku akan penuhkan jiwa anak aku dengan seni. biar jiwa dia tak kosong. Actually minat dan bakat harus ada seiring. And i'm so thankful what i have now. Biar lah profession biasa-biasa saja tapi aku jalani kerja dan hidup aku dengan senyuman. kerja ni macam kau akan kawen dengan dia. for now i'm am marrying my work.  

dah aku kena stop, kejap lagi ada hal penting perlu di selesaikan.

Moral of the story is, SPM ni tidak lah menentukan segala-galanya dalam hidup. Choose the right thing that you want to do in life, berusaha, berdoa dan InshaAllah Allah permudah. And of course, jangan lah pandang rendah pada orang. There's a lot of my friends climbing better steps than I am now even though dulu masa sekolah, biasa biasa sahaja.

Macam kes adek aku ni, dia ni pun creative minded juga tapi dia tak boleh melukis sangat and cita2 dia memang nak jadi architect. But he really good in add math and Physics and ibu cakap ambil lah engineering macam adek aku lagi sorang or Actuarial Science. tapi aku cakap tak payah amek semua tu amek architecture je. haha. Cita2 dia tu pun dia baru figured it out beberapa minggu lepas. bertuah punya adek. sebab before ni aku ada tanya. 

"Adek lepas spm nak amek ape. UPU tulis apa"

"entah, tak ada cita-cita lagi ni"


haha, good for you brother. take your time. you will know what you wanna be later on. masa itu akan tiba

Aiceh. 


toodles.
xoxo