Saturday, April 30, 2011

sankyu

assalamualaikum ahli-ahli lantai..(baca:members of the floor)


tengok tengok..budak budak zaman sekarang eja thank you pun dah jadi sankyu.kemain kreatif lagi mereka.aku memang jarang cerita pasal dia kat sini sebab semua dah pergi ke tumblr.
segan ah segan *muka merah.


semalam aku and G-10 (coursemates) ada BBQ yang sumpah syok gila.nanti cerita lagi banyak sebab gambar takde kat eden oi.semua kat camera miji and azika and herizad.tak ada feel la kalau cerita takde gambarajah sebagai rujukan kejadian.nanti tak dapat nak menghayati watak.


just wanna say thanks to him saja sebab sudi datang BBQ dengan coursemates saya yang gila even ada kerja yang kena settle malam tu.sayang awak syakir. :)


oh yea, member saya hariz ada suruh buat entri tajuk 'hubungan persekitaran dan perasaan'.padia tu weh? penat aku fikir sebab aku macam tak berapa nak hadam konsep tajuk tu.tak dapat ilham lagi.dah lama tak menulis memang nak seru idea kemain susah.nanti dah rajin nak menuis pasal tu saya buat yea.


oh nak share satu vidiyo.iklan tentang parenting yang totally genius.syok weh syok.lagi syok dari secret garden *tiba-tiba



best kan.aku suka usha advertisements and tv commercials dr overseas.sangat genius,rare, creative and kadang-kadang abstract sampai berkerut dahi nak faham.  


p/s: bila entah nak start paper ni. 

Thursday, April 21, 2011

seteres

dan saya adalah sangat stress untuk minggu ini.sekian terima kasih.dah jadi tradisi ke apa kalau aku tengah stress..semua benda pun datang bedebuk atas kepala.tak larat nak tampung koit.


lagi-lagi untuk hari ini, kemain lebat hujan tadi.cepatlah jumaat.jumaat adalah hari terakhir projects submission.habis je sesi pecah pala ni..aku nak shuffle sampai berdarah kaki.berdarah kat kaki semua orang boleh nampak.dah tu kalau darah kat hati? hang nampak dak? dengan calar-balar..tampal sana sini.nampak?? baru nak tulis situ 'under constructions' tiba-tiba salah paku tang mana entah.dah runtuh balik. dah tuh..aku nak biar macam ni jela sampai bila-bila.


and dah la nak dekat final.aku dapat rasa result aku sem ini confirm disaster.


semua orang pun ada masalah.baru la kenal sikit dunia ni macam mana.and kadang-kadang aku rasa nak bagi jurus halilintar secara berpadu ja kat insan-insan yang tersemat sifat suka menjatuhkan orang lain. bila tak puas hati kita kena puji ke ape ke mula lah nak cari salah konon-konon amalkan konsep plagiarism apamenda semua then canang satu dunia. aduh dik non.design and artwork tuh depa usaha sendiri bersengkang mata, sakit urat sendi, migran semua sampai pagi-pagi buta hang dok kondem macam dia buat kerja guna organ-organ dari badan hang.tak payah dok dengki sangat.pesen budak macam ni memang kena ajar sikit.dah tak ada nilai tolong menolong and beri semangat pada kawan.ada nilai tamak dan show off pula tu.tak elok.


kadang-kadang hang ukir ja senyuman paling manis untuk insan sebegitu.mana taw kot kot tergoda terus rasa bersalah dan ada niat nak berubah.


ya Allah, semoga minggu ini cepat berakhir.


makang free sajo haa..


eh..aku serious pula malam ni. kui kui kui





p/s: insyaallah boleh settle semua projects.yeay!

Monday, April 11, 2011

habis doh

sometimes when we're just too tired, we feel like we want to do everything in our own willing. not to say we let go responsibility, we're just need a break. don't we?


sekarang tak ada benda yang aku fikir kecuali semua final projects yang ya rabbi tak ada unsur kasih sayang langsung.hectic week.habis je minggu ni and minggu depan tengok la.aku nak koma kan diri secara sengaja.dan bila sedar diri balik aku nak pergi bervakasi.tolong siapa-siapa ada nilai murni yang tinggi dalam diri boleh la support aku.boleh kan....kan.. *bunyi cengkerik bersahutan


ouh..persetankan semua.sekarang saya nak bercinta dengan final projects sahaja.tak perlu benda lain.i'm tired of everything..keting! keting! 





"She comes off as strong, but maybe she fell asleep crying. She acts like nothing is wrong, but maybe she's just really good at lying." (The Notebook)

p/s: patient is vital.sabar sikit sabar sikit. :)