There is one thing that worry me is my 'kesihatan gigi'. Lately perasan sangat aih gigi semakin sensitif dan tidak memberi kerjasama sejajar dengan nafsu makan aku. Ini mengakibatkan selera makan merudum. ini bukan ida ni.
I dont really have dental problem before ni lepas tu bila dah masuk 2nd trimester haa ambil bila makan chocolate terus rebah kesakitan. haha. okay mari kita flashback. Aku sedari kecil takut dentist tak takut lipas, takut dentist okay. Ibu aku pula di rumah dia adalah dentist jadian. Pernah berlaku adegan kejar-mengejar keliling rumah sebab ibu ternampak aku main main tolak gigi yang bergoyang dengan lidah. perasaan masa tu rasa nak nyorok dalam gua okay kena kejar tapi sebagai anak pintar aku mengeraj terus ibu grab aku lepas tu tarik saja gigi goyang tersebut. sentap mak. Akibatnya sejak dari itu ibu akan spot-check gigi kami adek beradek mana goyang die nak rentap terus supaya gigi tidak berlapis katanya. Sungguh aggressive ibu pada waktu itu. Bila aku dah pintar sikit asal gigi goyang je aku lari jauh jauh siap sembunyi dibawah tudung saji sehingga tertidur (masa itu kecik lagi comel dah tidak berapa gebu so muat dalam tudung saji) sebab itu barisan gigi bahagian bawah aku berterabur Ya Rabbi kini menyesal tiada gunanya.
Pernah lari dari klinik gigi mengurung diri di dalam kereta sebab takut padahal masa tu dah bius dah nak kasi cabut gigi. Dan kecil kecil dulu kan dentidt and nurse selalu datang sekolah check gigi, itu pun boleh buat muka aku jadi biru. Basically, am a bit scared when it comew to dental treatment. Entah apa yang di takutkan dan harini ini baranikan diri pergi cabut gigi geraham tapi malangnya tak digalakkan cabut keran I pregnant 4 months. Harus tunggu dalam 5-7 months baru boleh cabut. haih bila aku dah ada berani sikit dalam ini hati peraturan ini muncul. tapi ada la ketaq sini masa baring atas kerusi hijau tu.
Lagi satu, sudahlah aku gementar, masa pergi regular check up baby 3 months itu kat lukut di klinik gigi boleh pula ada student dentistry segerombolan datang buat lawatan sambil belajar atok dia masa giliran aku pula itu. segan mak. Kau bayangkan tengah baring habis students tu kelilingnya aku bagai melihat Fazura cabut gigi. kena tampal gigi pula masa tu masih dikeliling mereka. rasa bagaikan bahan uji kaji. Dentist itu kata bila pregnant your baby akan ambil calcium dari ibu itu pasal rasa gigi tak selesa tu maka terus cepat2 I beli calcium supplement maklumlah aku nak teman susu putih tu hidup sedikit muntah sebaldi. memang dari awal pregnantcy aku minum susu ada perisa strawberry gegirl angat ite.
Okay sampai di sini sahaja. Gigi yang patut dicabut pun belum surut bengkak lagi. malam tadi sikit lagi aku nak berdoa jadi peti tak payah susah hati pasal sakit gigi.
Oh ya selain gigi banyak juga perubahan fizikal yang aku alami. Antaranya adalah jerawat kecil2 naik di dahi, buka jerawat sangat lah. biji biji mungkin. Tapi aku macam tak heran sangat tak tahu kenapa sekarang ni siapa boleh bagi aku putu bambu, teringin ni teringin.