Wednesday, May 18, 2011

tok bulih sero

assalamualaikum kawen-kawen (kasi efek sengau sikit)


telah lama aku perhatikan..ecehh ayat kena sedap.ya kebelakangan ni aku asyik dok layan cerita ja.tak kisah la cerita bangsa apa pun.yang penting aku telah memupuk diri sendiri nak tengok satu cerita bertajuk 'you're beautiful' nie..sedih kan cerita lama pun aku baru nak tengok.tu pun jenuh la dok bina kekuatan nak menonton sebab aku jenis umat yang tak suka tengok cerita yang typical dan episod sampai 450 masih dalam adegan dugaan bertimpa-timpa di dalam kehidupan heroin mahupun hero.


berbalik kepada cerita 'you're beautiful' tadi..aku rasa sampai seru nak menonton sebab publisiti terhadap cerita itu sangat lah hebat.apa lagi classmates aku lah dok canang cita ni merata.aku pun try la tengok sebarang dua tapi episod first aku dah terlentok dah.tidak dinafikan heroes kacak kemain.heroin stok nak yang cute alolo omel omel..


tapi cerita mesti sama.hat heroin menyamar jadi lelaki..then hero tak semena-mena datang aura nak suka kat heroin tadi.hero lak kemain nak ego dan muka penuh gaya bagai.muka serious sepanjang perjalanan cerita tapi dalam hati ada tamainnnnn (taman)..dan mesti ada hero lain datang..tak dua ada tiga.sat lagi datang pula hero tu punya ex..mesti ada.di situ terjadinya pengorbanan cinta.last last memang heroin yang tabah tu bersama hero yang ego tadi.lebih kurang macam tu la kaedahnya.


dan ya memang betol.begitulah yang terjadi.aku habis tengok dah.cerita dia best..tengah tengah tengok tiba-tiba dok tekup muka kat bantal sambil mnjerit "arghhhh..sweetnye!" tapi cerita plot sama..actually aku tengok episod 1-10 then aku skip teruih ke episod last.hahaha..*marah aku cepat marah.ini semua kerana aku dah bosan.hehe


cuba aku bagi contoh drama yang aku bulih ngadap seminggu tanpa henti.contoh paling best adalah desperate housewives and vampire diaries.tak boleh pergi weh cerita dia...memang tak bulih nak bosan.oke lah DH cerita dia sangat lah menyamai kehidupan seharian.dari segala segi la kiranya..aku dok follow dari season 1 sampai yang ni Teri Hatcher ( Susan Delfino) cucuk botox kat mulut pun dah bulih perasan.vampire diaries lak lain cerita..memang aku dok gila kat Ian Somerhalder (abe Damon).pernah tengok How I Met Your Mother.yea..cerita tu lawak rasa nak lempang.tehee..


kalau drama melayu aku paling suka lah sesangat sehingga kini adalah drama KAMI yang memang pasal kehidupan masyarakat la ni.dan drama sinderella sebab aku agak suka bront berlakon.dan sekarang sedang melayan Juvana.dengar theme song dia aku dah catit dah ini drama wajib tonton.nur kasih aku suka gak lepas tengok episod last dia.ya..aku lambat.tapi lebih teruk satu kawan ni tanya aku nur kasih ni cerita tembak-tembak ka weh? aku geleng tanda kasihan.


tu sebab kalau depa dok pung pang kecah satu kronologi cerita or drama kita boleh tahu dah cerita tu bangsa apa punya sebab semua pesen nak ada fenomena dan style sendiri. nak cerita pasal style panjang la pula nanti. 


tapi dan tapi.Korea nie aku suka tengok video clip artis depa.sumpah style kemain.depa punya imaginasi tahap Phd baq ang.takda la lagu sedih dok nyanyi pilu tepi tinggap, jalan kat taman bunga..duduk setempat sambil menatap wajahmu, jarang koit.kebanyakannya style nak rare ja.tengah sedih boleh pula nyanyi tepi kubur..kat padang pasir kuar api bagai..kat tengah kesibukan kota lah.tengah sedih sempat lagi menari beramai-ramai.dan disebabkan itu mereka berjaya buat aku dengar lagu sambil menghayati VC gak la.kira sebangsa dengan VC lady gaga la ni nak yang rare je.


dah?


dah la kot takat ni.tapi sebelum tu meh tengok ni.aku tak taw kenapa suka VC nie.sedih kot..boyfriend kau mati jadi rama-rama yea kak?? dah la set VC cantik.wuhuu~



p/s: awak dalam hutan buat apa sekarang ea? tsk tsk











Sunday, May 15, 2011

bbq g-teng versi lambat benau hapdate nye

assalamualaikum kailan.


haha..lambat update pasal nie sebab terlalu teruja berada di rumah.aritu teruja baru habis exam.teruja sebab rasa terlalu lapang assignments dah pupus.aku dah campak otak aku pergi bervakasi dah sekarang.bagi dia relax nanti rasa nak guna aku panggil balik sini.sehari di rumah dah naik 1kg.semua benda aku nak buat kat rumah ni gaya dah macam tak balik dua puluh tahun.


tak ada rasa nak menaip panjang.versi panjang dah boleh pergi ke blog kakak hot nie.si ZIKA atau kakak hot lagi sorang KIKI


tapi cerita bermula dengan video ini.ya! kami shopping sendiri.masak sendiri dan makan sendiri.ya! baru ada ciri ciri kekeluargaan di situ.muahh! *tiba-tiba.


yang menda alah video ni rajin nak edit si kila la ni.saksikan lah kami pening sambil beli sambil tu dok kira bajet.aku lak tak habis habis 'Qahhar..nie weh ko tanak beli!' 'yang ni..tanak?'...jumpa menda lain aku jerit lagi.."Qahhar...nie?' nasib baik tak kena lempang.kih3

then ada serba sedikit gambar yang zie tak upload..meh ak upload kan.aku malas nak menaip sebenarnya ni.tengah makan pudding yummmeyhhh!! senak perut oi dari pagi melantak je koje.oke kembali ke agenda asal..

sesi pertama : di dapur untuk memasak makanan.

memang dia ja weh yang memotong.sumpah cepat padat tangkas dan berkarisma.aku nak nolong pun berdebar sebab takut terkedek-kedek.

halus tulus mulus.

last last kami pun tolong sama tapi kemain kecoh la kan dapur.siap kalau boleh nak ber'nobody-nobody but you' kat situ.

ini sebab Qahhar dah menghilang aku and zie tukang rasa.seronok! tukang mempertahankan kubu di dapur.

model iklan susu yang tak minum susu.

sesi kedua : di ruang luar dari dapur ada peniup belon dan pembakar hebat.

tak pasti kenapa ada aku kat sini juga padahal aku bukan tiup pun belon tu.

ya..tudia..sampai kesudah korang membako yea.dah malam baru reti api tu nak membeso.tahniah..mereka memang rajin dan heroes.

sesi ketiga: apabila semua sudah siap sedia..taraaaa!!!!! *drum roll

ya..inilah santapan kami.semua buat sendiri.tapi aku yang tukang rasa ni tak makan makan.shak datang baru aku makan teman dia.ecehh..chef memang handal.nak terpikat tak boleh sebab diadah berpunya.baru je tukar relationship status semalam.ehemm ehemm..haha

muka perut kenyang.suka gambar ini.seperti seisi keluarga. love love

ini pertukaran hadiah.zie ada cerita banyak pasal ni.boleh ke blog dia.dah bagi link tadi.padeyappa!

tajuk perbuatan ini adalah mata dato'...ya jangan tanya mengapa anggap saja ini suatu seni.

maka..tamatlah entri tergendala ini.awat jari kelingking aku cramp.k bai.semoga saya temui jalan untuk menyihatkan jari kelingking saya yang cramp ini.

akhir kata NAK BUAT CAMNI LAGI WEH.MAKAN HARI-HARI PUN TAKPA..JANJI DAPAT BERGEMBIRA DENGAN KORANG. G-10 sangat awesome.

p/s: saya rindu dia.lamanya camp.uhuk













Wednesday, May 11, 2011

tamat peperiksaan

update ringkas

aku dapat rasa blog aku makin dianaktirikan.manusia pesen macam aku ni susah nak bahagi masa dan kasih sayang.jenis yang kalau dah tumpu pada satu benda susah nak tumpu pada yang lagi satu .ye..kebelakangan ini aku dah bermutasi menjadi seorang yang bukan multitasking person. *memandang dinding sambil mata berkaca..ewohh

kalau blog ini adalah binatang peliharaan mungkin dia pergi cari kasih sayang dekat orang lain.oh kena dump dengan blog sendiri adalah loser, lame dan tiada wawasan.dah jangan nak merepek ida.

oh yea..tamat peperiksaan tapi kenapa macam kepala otak masih busy.oh masih busy.kan aku pernah cakap.tak kisah pun busy busy.bila busy aku rasa cantik.

tapi kadang kadang tahap bosan aku dah boleh buat aku berzapin keliling rumah.dah kalau duduk static selama lima minit pun aku boleh berpeluh macam berjogging tiga hari.panas kemain bumi ni.oh yea.. semoga berbahagia.

oh yea..minta maaf pada gadis gadis kesayangan saya mira dan dni awatif.so sorry sayangs..nanti kita lepak sampai kering cendoi kedai tepi tasik tu.oh yea..update pasal bbq pun belum lagi.padahal ada je kat draft tu.nak tunggu video dari kiki wehhh! kiki lekaih sikit edit tu.gua tak sabau.karang gua tukar kaler hijau siapa susah? oh yea..aku sekarang penggemar famous bowl.terima kasih kiki halim kerana memperkenalkan ia.sangat menghargainya. *kenapa macam banyak sangat oh yea.?

taraaaa!! *sambil mendepang tangan* inilah famous bowl versi bertingkat.habis paper teruih serbu makan bersama.kenyang baq ang.rasa berbahagia sungguh bila perut dipenuhi makanan comel begini.-gambar ihsan dari kiki.asek asek nama kau je kiki..haha! 

bye.


p/s: ringkas aku memang dalam lima tujuh perenggan..wehuuu!