Wednesday, May 18, 2011

tok bulih sero

assalamualaikum kawen-kawen (kasi efek sengau sikit)


telah lama aku perhatikan..ecehh ayat kena sedap.ya kebelakangan ni aku asyik dok layan cerita ja.tak kisah la cerita bangsa apa pun.yang penting aku telah memupuk diri sendiri nak tengok satu cerita bertajuk 'you're beautiful' nie..sedih kan cerita lama pun aku baru nak tengok.tu pun jenuh la dok bina kekuatan nak menonton sebab aku jenis umat yang tak suka tengok cerita yang typical dan episod sampai 450 masih dalam adegan dugaan bertimpa-timpa di dalam kehidupan heroin mahupun hero.


berbalik kepada cerita 'you're beautiful' tadi..aku rasa sampai seru nak menonton sebab publisiti terhadap cerita itu sangat lah hebat.apa lagi classmates aku lah dok canang cita ni merata.aku pun try la tengok sebarang dua tapi episod first aku dah terlentok dah.tidak dinafikan heroes kacak kemain.heroin stok nak yang cute alolo omel omel..


tapi cerita mesti sama.hat heroin menyamar jadi lelaki..then hero tak semena-mena datang aura nak suka kat heroin tadi.hero lak kemain nak ego dan muka penuh gaya bagai.muka serious sepanjang perjalanan cerita tapi dalam hati ada tamainnnnn (taman)..dan mesti ada hero lain datang..tak dua ada tiga.sat lagi datang pula hero tu punya ex..mesti ada.di situ terjadinya pengorbanan cinta.last last memang heroin yang tabah tu bersama hero yang ego tadi.lebih kurang macam tu la kaedahnya.


dan ya memang betol.begitulah yang terjadi.aku habis tengok dah.cerita dia best..tengah tengah tengok tiba-tiba dok tekup muka kat bantal sambil mnjerit "arghhhh..sweetnye!" tapi cerita plot sama..actually aku tengok episod 1-10 then aku skip teruih ke episod last.hahaha..*marah aku cepat marah.ini semua kerana aku dah bosan.hehe


cuba aku bagi contoh drama yang aku bulih ngadap seminggu tanpa henti.contoh paling best adalah desperate housewives and vampire diaries.tak boleh pergi weh cerita dia...memang tak bulih nak bosan.oke lah DH cerita dia sangat lah menyamai kehidupan seharian.dari segala segi la kiranya..aku dok follow dari season 1 sampai yang ni Teri Hatcher ( Susan Delfino) cucuk botox kat mulut pun dah bulih perasan.vampire diaries lak lain cerita..memang aku dok gila kat Ian Somerhalder (abe Damon).pernah tengok How I Met Your Mother.yea..cerita tu lawak rasa nak lempang.tehee..


kalau drama melayu aku paling suka lah sesangat sehingga kini adalah drama KAMI yang memang pasal kehidupan masyarakat la ni.dan drama sinderella sebab aku agak suka bront berlakon.dan sekarang sedang melayan Juvana.dengar theme song dia aku dah catit dah ini drama wajib tonton.nur kasih aku suka gak lepas tengok episod last dia.ya..aku lambat.tapi lebih teruk satu kawan ni tanya aku nur kasih ni cerita tembak-tembak ka weh? aku geleng tanda kasihan.


tu sebab kalau depa dok pung pang kecah satu kronologi cerita or drama kita boleh tahu dah cerita tu bangsa apa punya sebab semua pesen nak ada fenomena dan style sendiri. nak cerita pasal style panjang la pula nanti. 


tapi dan tapi.Korea nie aku suka tengok video clip artis depa.sumpah style kemain.depa punya imaginasi tahap Phd baq ang.takda la lagu sedih dok nyanyi pilu tepi tinggap, jalan kat taman bunga..duduk setempat sambil menatap wajahmu, jarang koit.kebanyakannya style nak rare ja.tengah sedih boleh pula nyanyi tepi kubur..kat padang pasir kuar api bagai..kat tengah kesibukan kota lah.tengah sedih sempat lagi menari beramai-ramai.dan disebabkan itu mereka berjaya buat aku dengar lagu sambil menghayati VC gak la.kira sebangsa dengan VC lady gaga la ni nak yang rare je.


dah?


dah la kot takat ni.tapi sebelum tu meh tengok ni.aku tak taw kenapa suka VC nie.sedih kot..boyfriend kau mati jadi rama-rama yea kak?? dah la set VC cantik.wuhuu~



p/s: awak dalam hutan buat apa sekarang ea? tsk tsk