Wednesday, January 27, 2010

satu dua tiga GO!!!

salam pendidikan!! ya! bahasa menunjukkan bangsa..begitu juga tajuk post blog anda.tajuk post menunjukkan isi post anda.ceh ceh..asal intro aku macam manifesto calon MPP jek.padahal baru malam tadi tahu yang kat kampus rupanya tengah HOT pasal pelantikan MPP baru.

asal aku baru tahu?? itu yang kita tak tahu. apakejadahnye semua ini? kenapa ia tak semeriah di maktab mahupun di matrik dulu..maksud meriah di sini bukan lah macam bila calon tuh naik stage semua baling  tin soya bunga mawar' bila dia nak  turun bunga api keluar pop pap pop pap ke apa..bukan..bukan..

kenapa tak ada poster tampal-tampal macam dulu.kat maktab dulu bersilang-silang poster aku nak lalu pun kena mengharungi semua itu dengan sabar.. oke..kadang-kadang aku langgar jek sampai putus tali rafia tuh' best kot' rasa macam stuntwoman! fine, jangan kata gantung..tampal atas siling pun ada' punya lah gila kuasa dak maktab aku dulu' tu belum lagi mana-mana awek yang minat kat mana-man calon pergi letak poster dalam loker sendiri.tak pun tampal tepi katil.sumpah aku TAK PERNAH buat! ada sekali aku and member aku yang perangai mulia comel main gulung-gulung kadang-kadang saja-saja buat roket main dalam kelas bosan-bosan poster mereka..sekali kantoi..cikgu mahasan panggil..kan tak pasal-pasal kena sembur tengah-tengah coridor tu jugak.

tapi aku bukan lah berhati busuk sangat..dalam 5 tahun aku di situ..ade lah dua kali aku buat undi rosak sebab aku tak dapat nak berfikir nak undi siapa.demi berlaku adil.aku tanda semua sambil lukis smiley. dari sudut agamanya mungkin aku bersalah.tapi dari sudut pandangan aku sendiri aku mahu berlaku adil tanpa menyebelahi siapa-siapa..

lahh..bukan MPP aku nak cerita..alahai apa ke kuali aku neh' macam ni lah..kenal ah keong?? oke tak kenal kan..aku pun tak kenal..tayah cerita pasal dia.

minggu ini minggu tension aku..sumpah tension.uitm neh..yuran murah.buku tanak pulak mahal.semua atas rm70..satu subjek sampai 3 buku kadang kala..dengan lab manual nye..text nye' tutorial nye' makan!' dengan baju keparat korperat and jacket mahal macam buat dari suteri china ke apa atau buat dari bulu beruang??

itu dari segi kewangan..belajar?? jangan tanya lah minggu ini aku belajar apa.sumpah tak faham! setengah jam 1 chapter.sejam suku awal aku masih semangat membara panas panas sensasi! 45 minit kemudian selamat jalan romeo..memang dah out of coverage! assignments kena submit friday ini..yeay!

plus, slip SPM aku hilang sekarang.ini lagi tensen.macam-macam borang nak kena ada salinan SPM. perasaan hilang slip SPM neh sama macam perasaan baru putus cinta kali pertama!!

satu..dua..tiga..GO! YEAH! weekend neh aku nak enjoy dan sedikit ulangkaji acewahcewahh!! ulangkaji apa i nak pergi jumpa kesayangan i weekend neh yakni mira wanie and syasya.harapan aku minggu depan aku kena fokus' fokus sangat lari konsep kang' tidur kot jadi..*ceh diam eyda bahasa tunggang langgang!*

p/s: imissyou


Sunday, January 24, 2010

i love see-saw

all i need is time.macam ramai tulis kat status fb mereka tuh. 'so much things to do..so liltle time'! alahai comelnya seorang diri di bilik.main gunting-gunting selimut buat bentuk rama-rama dan naga.cari kertas nak buat origami tak jumpa.


** tiba-tiba jumpa ini.


Forget his name, forget his face
Forget his kiss and his warm embrace
Forget the love that once came true
Remember now there's someone new.

Forget the love that you once shared
Forget the face that had once cared
Forget the time you spent together
Remember now he's gone forever.

Forget you cried the whole night through
Forget him when they play your song
Forget the way he spoke your name
Remember now he's not the same.

Forget you memorized his walk
Forget the way he used to talk
Forget the times he was mad
Remember he's happy instead of sad.

 Forget the way he said he loved you
Forget the way he looked at you
Forget the times he stayed with you
REMEMBER, that he doesn't love you


nampaknya aku perlu mengaplikasikan lady gaga punya law..begini.. (RAH)² (AH)³ + RO (MA + MAMA) + (GA)² + OOH(LA)² = Bad Romance.

yeah cool gila! jumpa di fb..orang invite aku deny.HAHA! bongkak hang eyda.oke mari lihat gambar bersuara pada tajuk post kali ini.petang angin kuat sampai topi keledar pn boley terpelanting.pergi taman depan rumah.

mengganggu budak kecil punya layang-layang dan main jongkang-jongket dan ada budak kata umur aku 14tahun..oh so sweet! tapi cyes gambar bawah ini hodoh..dah biasa nampak lawa apa kata bagi biasa nampak hodoh pula..(ayat orang tamak dan bongkak dan lapar dan sukar tidur )

 

lihat..told ya..i love see-saw kan!


p/s: imissyou

 







Thursday, January 21, 2010

xoxo

oke..baru tahu dari syasya xoxo itu apa.sebab hari itu pergi blog haq dia kata dia pun baru tahu.tiba-tiba baru teringat aku pun tak tahu maka cepat-cepat tanya syasya sebab aku yakin dia mesti tahu HAHA!.ceh..bukan noob tapi mana boleh haq tahu aku tak tahu..

lately rasa lame gila.penat.dan entri kali ini agak serius.

nak share satu benda.niat dia baik..tapi aku tak berapa kenal dia.sebab aku malas nak bagi harapan kat dia.and tak nak dia pun bagi harapan kat aku macam ada orang tuh buat dulu.dia ada bagi satu ayat.masa tuh aku tengah dok minum redbull..(hilang title gadis ayu aku jup sebab memang seminggu 3 4 tin aku tibai)..

time tuh aku hiba gila bab lah..dia datang cakap something tapi aku tak faham.laju gila cakap mat saleh' rasa nak lempang jek.oke..camni dy cakap..


break-up can be nasty. And the blaming game is even nastier. Nastier nastier I tell you. From someone you loved so dearly then becoming a total stranger to the point you are no longer on talking terms.

aku tahu dia sapu ayat novel mana ntah.aku buat-buat tak faham pastu aku blahh. hehe' terima kasih lah. aku tak perlu kan laki yang suka cakap aku sombong padahal tak kenal pun aku sebenar macam mana.yang suka tanya kisah silam aku.and the best part is..ko siapa nak cakap buruk-buruk pasal dia.ko kenal dia ke? buruk ke baik ke biar jela..u already make me lagi ingat.bukan lagi lupa..

eh' kat atas tadi aku cakap dia niat baik en..boleh tarik balik tak?? ada lagi ayat dia bagi. sakit hati juga lahh..aku tahu dia try tolong aku.tapi cara dia macam *^*&%^&$%^#

sebab memang dah lama aku bersabar dengan laki jenis macam nie.ke aku optimis? kalau memang yang rapat sikit pun aku tak kisah sebab mereka tahu cerita..



pesanan nenek: jangan lah buruk buruk kan orang kalau tak tahu dia sebenarnya macam mana.


p/s: imissyou.




Sunday, January 17, 2010

P untuk pondan.

aku baru semangat nak tulis satu cerita ni sambil upload satu video ni bagi menampakkan dan menghidupkan lagi suasana cerita yang aku nak cerita tu.

bagi ada efek sikit cerita tu.remaja kan suka feel feel bagai.

tapi macam banyak sangat tak tahu nak start dari mana.

maka tak jadi cerita..HAHA!


I always look at your page when i miss you..=')

sumpah rindu.apa boleh buat..haih haih.
tade lah kan kadang-kadang ada benda baik yang dia pernah buat yang buat kita rindu dia.(serius tak? serius tak ayat aku? sila bayangkan muka aku pula.macam maya karin kan.oke betul la tuh)

oh' yea..saya suka cabaran.tadi dicabar oleh rakan berhati tualang (ceh ceh..apakah tualang?) berhati titik-titik noda supaya jangan on facebook untuk petang dan malam ini.guess what..i berjaya! hey hey rock your body!

oh yea' tajuk entri kali ini sungguh pffttt <-----(sampai sekarang tak tahu macam mana nak bunyikan itu) kalau aku suka huruf S maka aku sangat amat paling sungguh tak suka huruf P..P untuk pfftttttt..fuh..legaaa!!

p/s: imissyou.






Friday, January 8, 2010

melagukan detik-detik indah.

ntah kenapa tajuk macam cerita hindustan.setengah jam juga lah bertapa nak cari tajuk kencang-kencang tapi ini yang terdaya.sumpah aku tengah mengantuk!

hey' lama betul tak menulis.rindu diri sendiri.jangan risau' saya masih hidup dan sedang bergembira menjalani kehidupan sebagai pelajar part two yang baru tadi kena hambat dengan abang mana entah sebab baru terhegeh-hegeh nak renew kad matrik! apahal lu??


ouh' mulai tanggal ini aku macam tak berapa luang kan masa senggang dengan belog ini' sebab aku busy menyemakkan diri wehh! aku masih tak paham how come credit hour aku lebih dari orang lain' dah lah nak masuk student portal bagai menanti meranti berembun.saja nak selit peribahasa nampak sangat gigih kan..pukul 4a.m baru line laju gila woi! woi! tak ke gigih aku' rupa-rupanya aku pergi ambil subjek yang sepatutnya aku ambil sem depan ke apa ntah tak faham' lalu aku update semula.nak dekat 37 kali aku update benda alah tuh..boleh tak jangan over eyda?


sem baru ini aku rasa so much alive than the last sem yang aku rasa macam dah lost gila nak hidup..wtf?? see..how people change over years.sepanjang minggu ini rasa macam zaman sekolah dulu.belajar hanya tahu suka-suka dan kalau tak on fon seminggu pun bagai tidak kisah bulan jatuh ke riba. *lihat..ada peribahasa lagi*


rindu gila zaman belajar itu..


lagi berita tentang diri sendiri'aku ada dua belog sekarang.satu public dan satu lagi private. aceceyh..macam kau lah gadis misteri..ayuuuu! tamak haloba bukan.biar lah belog aku bukan belog ramli sarip.


aku dah anggap belog aku ini dah macam binatang peliharaan dah'belog aku yang private itu aku tulis tentang isi hati jiwa nurani aku' macam kalau kau orang baca mesti macam nak muntah hijau..auww! haha! maka perlu private.sebab bagi aku kan..menulis ini macam satu terapi.begitu juga melukis..melukis bunyi macam leceh bukan.apakah?? kalau hendak seribu daya..kalau tak hendak tidur saja..


berita seronok: hari ini I pulang ke rumah menaiki kenderaan ibu bapa cik dni awatif.sebab terlalu melampau banyaknya keperluan hidup tinggal di rumah.sebagai contoh towel' berus gigi' hanger' cermin mata rabun' cermin mata menggedik.nasib baik ada unit sokongan di sini..terima kasih daun kehlahdih.

dan..tak ke bila ada orang kata kamu 'gadis cute' rasa macam sungguh muda macam baru semalam baru ambil result upsr.tapi kalau orang kata kamu 'wanita cantik' tak ke rasa tua dan masa itu dalam kereta memasang siaran radio klasik nasional. dua kali tua rasanya kan. tolong lah budak tak cukup umur yang masih bersekolah..tolong jangan masuk campur dalam hal aku dan dia. kau nak ngorat dia..ambil! do i care?? tak pun! *tiba-tiba je kan..HAHA*

oke..mahu tidur' kalau tidak pergi meeting club bola tampar muka bagai melukut di tepi gantang. apa entah maksud dia.aku rasa sedap saja.jangan pertikaikan.
p/s: imissyou.







Friday, January 1, 2010

kalau tahun baru mesti tengok anak bulan tak?

comel saja semua orang nak emo emo elmo bila new year nak tiba neh.macam-macam.ada yang pasang azam baru.ada yang pasang semangat baru.ada yang pasang kekasih baru.ada yang pasang sportrim baru.ada juga yang azam 13 tahun lepas pospone ke tahun ini' lepas tu pura-pura itu azam baru..

for me..no need to azam azam semua ini sebab aku memang tade benda nak berazam' ada sikit tapi simpan dalam hati' kalau keluarkan dari hati segan i sebab tak jadi ke apa.maka azam perlu senyap.sebelum tidur berdiri kat tepi tingkap mengomel sorang-sorang pasal azam sendiri.pastikan jiran penyibok sebelah rumah tidak memasang telinga. masa awal muharram pun aku buat benda yang sama..tiba-tiba rasa dah besar.tapi aku kan baru 16 tahun..

**

oh' penat selongkar koleksi gambar peribadi malam tadi' cari gambar yang meletop letop dan ayu untuk di edit.tapi memang tak jumpa.gambar semua muka macam kalau bagi mak mentua lihat pasti pengsan.maka ini je yang mampu aku berikan..inilah aku rasa paling sopan buat masa ini..akan berusaha lagi..

boleh tak macam ini?

HELLO TWENTY-TEN.
 boleh tak i nak kenal dengan you.you sangat popular lah.semua orang cakap pasal you.pastu semua orang macam gelabah gila you nak muncul.i tergolong ke?

p/s: imissyou