Wednesday, January 27, 2010

satu dua tiga GO!!!

salam pendidikan!! ya! bahasa menunjukkan bangsa..begitu juga tajuk post blog anda.tajuk post menunjukkan isi post anda.ceh ceh..asal intro aku macam manifesto calon MPP jek.padahal baru malam tadi tahu yang kat kampus rupanya tengah HOT pasal pelantikan MPP baru.

asal aku baru tahu?? itu yang kita tak tahu. apakejadahnye semua ini? kenapa ia tak semeriah di maktab mahupun di matrik dulu..maksud meriah di sini bukan lah macam bila calon tuh naik stage semua baling  tin soya bunga mawar' bila dia nak  turun bunga api keluar pop pap pop pap ke apa..bukan..bukan..

kenapa tak ada poster tampal-tampal macam dulu.kat maktab dulu bersilang-silang poster aku nak lalu pun kena mengharungi semua itu dengan sabar.. oke..kadang-kadang aku langgar jek sampai putus tali rafia tuh' best kot' rasa macam stuntwoman! fine, jangan kata gantung..tampal atas siling pun ada' punya lah gila kuasa dak maktab aku dulu' tu belum lagi mana-mana awek yang minat kat mana-man calon pergi letak poster dalam loker sendiri.tak pun tampal tepi katil.sumpah aku TAK PERNAH buat! ada sekali aku and member aku yang perangai mulia comel main gulung-gulung kadang-kadang saja-saja buat roket main dalam kelas bosan-bosan poster mereka..sekali kantoi..cikgu mahasan panggil..kan tak pasal-pasal kena sembur tengah-tengah coridor tu jugak.

tapi aku bukan lah berhati busuk sangat..dalam 5 tahun aku di situ..ade lah dua kali aku buat undi rosak sebab aku tak dapat nak berfikir nak undi siapa.demi berlaku adil.aku tanda semua sambil lukis smiley. dari sudut agamanya mungkin aku bersalah.tapi dari sudut pandangan aku sendiri aku mahu berlaku adil tanpa menyebelahi siapa-siapa..

lahh..bukan MPP aku nak cerita..alahai apa ke kuali aku neh' macam ni lah..kenal ah keong?? oke tak kenal kan..aku pun tak kenal..tayah cerita pasal dia.

minggu ini minggu tension aku..sumpah tension.uitm neh..yuran murah.buku tanak pulak mahal.semua atas rm70..satu subjek sampai 3 buku kadang kala..dengan lab manual nye..text nye' tutorial nye' makan!' dengan baju keparat korperat and jacket mahal macam buat dari suteri china ke apa atau buat dari bulu beruang??

itu dari segi kewangan..belajar?? jangan tanya lah minggu ini aku belajar apa.sumpah tak faham! setengah jam 1 chapter.sejam suku awal aku masih semangat membara panas panas sensasi! 45 minit kemudian selamat jalan romeo..memang dah out of coverage! assignments kena submit friday ini..yeay!

plus, slip SPM aku hilang sekarang.ini lagi tensen.macam-macam borang nak kena ada salinan SPM. perasaan hilang slip SPM neh sama macam perasaan baru putus cinta kali pertama!!

satu..dua..tiga..GO! YEAH! weekend neh aku nak enjoy dan sedikit ulangkaji acewahcewahh!! ulangkaji apa i nak pergi jumpa kesayangan i weekend neh yakni mira wanie and syasya.harapan aku minggu depan aku kena fokus' fokus sangat lari konsep kang' tidur kot jadi..*ceh diam eyda bahasa tunggang langgang!*

p/s: imissyou