Wednesday, September 29, 2010

Japikalu jaminalu

ahah! tajuk bukan bahasa landak ke apa.warning..entri ini panjang.


oh hey' Dua entri sebelum ini aku dah draftkan balik. Aku rasa tidak sesuai dah nak cakap macam itu.macam mentaliti budak-budak.eceh..

Aku fikir blog adalah tempat yang baik untuk luahkan isi hati, tapi ada juga benda yang lebih elok disimpan dalam hati. Cuma waktu aku mendapat cerita itu, aku terlalu terkejut, dan keliru. Aku tak tahu apa yang nak difikirkan.so..for me.. ignorance is a bliss.*tiba-tba lagu bob marley menjadi latar belakang cerita*

Aku takut kalau aku ceritakan di sini, aku akan mula terlalu obses dengan emosi aku. Jadi lebih baik aku keep on silence before it become worst. kalau aku biarkan dua entri itu, aku akan menjadi fanatik dan menulis lagi entri-entri macam tu. Sampai bila aku tak akan jumpa titik noktahnya. Bagi aku benda ini hanya ada satu penyelesaian saja, aku kena betul-betul redha, dan haruslah banyak-banyak bersyukur.hah..sabar lagi satu..aku tanpa sedar memang dilatih menjadi sabar untuk segala macam benda.dengan orang sekeliling and course aku ni pun memang kena students yang penyabar kalau project kena reject!.itu adalah credit tambahan.boleh usaha lagi! yeah!


bagi mana mana yang kenal aku.yea..aku seorang yang degil.mungkin kadang kadang aku degil tak bertempat.itu aku..whoahh! wait! bila baca balik ayat aku dari atas sampai bawah..kenapa sangat serius nie? 


saya baru bangun tidur maka rasa hensem bila cakap macam ini.bangun tidur sebab terhempap dengan kamus.nasib baik bukan seterika.tak style betul cara bangun tidur!

Tuhan itu terlalu indah. Segala ketentuannya mempunyai hikmah. Dan aku bodoh kalau aku tidak terima semua itu.


dan..seriously aku nak semangat aku balik.


and one more thing.i am good in observing people.tapi aku simpan dalam hati je.memang dari dulu aku boleh rasa kalau orang tu tipu aku.macam biasa..aku biar je.tengok sampai bila.hah! gila sarcastic ayat! baru bangun tidur memang rasa camni bro..peace! peace! 


marilah!.ini umat kegemaran saya.penduduk hati saya ni.weekend di habiskan bersama mereka kerana semua dah nak balik negara masing-masing..sobs..sobs



kan i cakap.open house tak akan henti.

intan and berry perempuan kegemaran.sounds gay! haha' peduli lah.sayang mereka! 


apek..intan..bawang..berry..saya?

lagi perempuan kegemaran.maaf..camera fon i tak cemerlang kualitinya macam camera u...tsk tsk

disebabkan weekend begitu.begini lah time kelas.nasib baik aku dah bangun tidur.ada gap jek ini port lepak kami.galeri room yang assssikkkkkk sekali tidur ya.siap boleh landing tengok movie ramai ramai.amboi!

oh ada lagi..haih tak habis habis eyda nie.yea..tak tahu kenapa fakulti aku dah jadi salah satu destinasi budak-budak sekolah buat rombongan kot.tak dapat temui sebarang keistimewaan di situ.penat perah otak.adakah kerana kami semua cantik dan kacak dan baik atau sebab nak selidiki setiap inci muka students sini yang ketat tak tidur malam siapkan assignments?


minggu ni je dah dua buah sekolah.ambil ambil gambar..interview kemain lagi.penat gak tunggu bila nak keluar berita harian ke..harakah pun jadi lah.dah macam zoo aku rasa..oh no! bukan zoo..tapi safari.sebab takda pagar.mereka dok melawat time studio memang banyak soalan nya bedah betol! hangpa tau dak time studio ni semua orang penat dia lain macam? takpe..kami layan..datang lagi.eh kejup..tadi sekolah dari johor datang.sumpah unik gila nama.sekolah abong apa dia weh.rasa tadi dah sedaya upaya hafal.hah..dah nyanyok.boooo...!


rindu baju sekolah.kain sekolah boleh tak ayah aku pergi buat lapik ironing board tuh.


p/s: fb can hurt you more than you ever expect..hehe.sabaq weh.but..me love you long time.and..pause! the time is done. :)