Tuesday, May 28, 2013

hidup ini pelacur akal

aku go through blog sendiri. lama aku belek, 2008 aku mula petik papan kekunci untuk entry pertama. ye, entry bimbo penuh, tergelak aku dibuatnya tapi itulah untung ada blog ni. tanpa kita tahu diri kita makin berubah makin ke satu arah yang kita tahu jalan dia. kita nampak mana kita pergi, sebenarnya kita tetap kita cuma dalam pembawakan berbeza. jauh dalam ceruk hati tu kita masih wujud cuma makin kecil dan sembunyi angkara pengalaman dan berapa kilo garam kira cubit dan rasa. 

Hidup ni mudah. Dia akan mula dengan takut dan pedih. Sementara nak sampai ke sedap dan selesa, kena harungi dulu manis pahit pedas segala. Itu namanya rencah kehidupan. Istikharah yang terbaik. Buat keputusan yang bertalikan kepada Allah. Mohon petunjukNya. Jangan buat keputusan ketika marah sebab masa tu syaitan penuh sekeliling kita. Amik masa tenang. Bersendirian. Khalwat bersama Allah. InsyaAllah ada bantuan. Biar pedih sekejap dari nak parah selamanya.


aku mungkin semakin kejam dalam membuat keputusan. kalau baik saja tapi orang tak hargai buat apa. ini bukan cerekarama. orang sekarang bukan macam orang dulu. dalam umur sekarang diri kita harus dahulu. 


aku pernah terjatuh dahulu, tapi orang yang buat aku jatuh sebenarnya ajar aku untuk berdiri semula. ye,  tak semua bekas kekaseh beri kau lelah. bila kutip balik, banyak di ajarkan aku guna akal atas dari hati. oh ye, terima kasih bekas kekasih kerana mengajar aku erti cinta dan celaka.


ajarnya aku jangan terlalu percayakan orang sekeliling. tiga tahun tak cukup untuk kau percaya sepenuh hati. separuh pun usah. iye kan saja, kita dengar kita jangan caci. ye mana ada orang di dunia ini tak bermuka muka. aku juga pernah tapi tabiat itu buat aku letih. letih layan, letih berpaling, letih segala segi. kuota letih aku sampai habis.


tiga tahun juga tak cukup untuk kau tahu erti sahabat bagaimana. meskipun salah bermula dari aku, jangan hukum dan belitkan keadaan untuk nampak diri lebih cerdik dan lebih baik. biarlah dia bercerita pasal kita asal yang dekat dan kenal tahu dalam selaput hati ini aku masih yang dulu cuma aku membalas celaka pada yang memberi neraka. 


aku simpan pada yang sayang


aku tolak pada yang lalang


aku tak perlukan sahabat yang begitu meskipun aku sayangkan moment bersama. 



p/s: aku kan sebenarnya dah try besarkan font tapi jadi pelik atas large bawah small. this is madness. adakah hukuman akibat sudah setahun tidak berblogging. ihik sila pakai kanta pembesar.  warna juga tidak sekata, malah diluar hujan lebat. 





Wednesday, July 11, 2012

untuk perempuan


Dear,
I am not you and you are not me. But we’re both women. Degil. Ikut hati. Sanggup terbang tinggi, tengok awan kejap dan jatuh macam gagak kena tembak dari tak terbang langsung. Betul? Ah, manusia bila dah sayang semuanya lebih kurang. When things don’t go the way we wish them to be and these men don’t feel the way we feel for them, it kills us all the same. We cry our eyeballs out and we become ghosts. We die.
Tapi macam mana aku boleh bangun lepas jatuh 25 tingkat? Gila kalau aku jujur dan cerita berapa tangan yang toreh hati aku, berapa gagal yang siat semangat aku, berapa kali aku guris perasaan orang waktu aku muda, mentah, dan bangang, berapa kali aku lihat mati sebagai pintu lari, berapa bodoh aku cuba dekati pintu lari itu, berapa jauh iman terpelanting dari jiwa aku – memang gila. Jadi macam mana aku boleh tak serik-serik untuk bangun dan hadap naik tangga ke tingkat 25 dan jatuh lagi dan panjat lagi?
Sebab aku percaya. Itu saja aku boleh cakap. Aku percaya Allah. Aku percaya satu hari aku mesti sampai sana. Aku percaya sana mesti ada. “Sana” as in the future version of me. The version of me who found The One. Jadi aku gerak saja ke depan. Mengesot ke, merangkak ke, lantaklah. So long as you’re moving forward. Tak payah berjalan, berlari, or be the happiest person on the planet to move on. Kau percaya kuasa Dia dan segala benda yang Dia simpan untuk kau, rancang untuk kau, cukup. Semua dah tertulis, sayang. Masa lahir dah tercatit seumur hidup kau akan bangun tidur sebelah siapa. As wearying as it sounds, life is a trial and error adventure. There’s no other way.
Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kau sekalipun ia menghancurkan kau.

Saturday, June 2, 2012

dera

People always not aware of love abusement. Even been hurt and taken for granted, they are always loyal to relationships that are not worth for their sacrification. The victims are always women. Why? Because they have been blinded with the loves and commitments, scared to stand for their own rights, always bother of the societies' thoughts and they think that's the end of the world.


yes, love abusement.

its happen.

Monday, April 30, 2012

otak atas

otak lebih atas dari hati.otak patut dulu dari hati.
kalau aku tak boleh keluarkan kau dari otak,
macam mana hendak aku keluarkan kau dari hati?

Sunday, February 19, 2012

hello adelaide!



i love yellow by the way.


hardest things happened that make me lost control of my plans, indeed. I never thought it could be this hard. Cried in the nights and in the morning, hoping for just a hint of sunlight to shine on me. Been pushing myself hard into finding the solutions to this problem. I am working on it. Hoping it will be solved soon. To have those people that keeps on being your backbone especially in the time like this, it is priceless, and I am thankful to Allah for that. Syukur.


oh its, 12.30 pm in adelaide now.i miss twitter..tak activate BIS pun lagi.

Tuesday, February 14, 2012

faith

Subhanallah...
besar sungguh ujianMu kepada ku.. tak pernah terlintas di hatiku utk aku lalui semua ini.. begitu kecil kudratku yg menggalas ujian mu...sakit yang tidak pernah lekang dari diri aku. sesungguhNya pernah di satu ketika aku lupa utk menadah tangan kepadaMu dalam suka ku.. ketika ku berada di atas aku alpa.. tidak ku tahu bahawa kebahagiaan dan ketenangan hari ini bila ku dekatkan hati ini kepadaMu. di saat ku tersungkur, hanya air mata yg mampu mengalir. tetapi ku tahu, di manakah letaknya iman ku sekiranya aku terus membiarkan diriku tersungkur..



just believe that things happen for reasons. we just could plan the future with this and that but Allah knows the better path for us. a wise man said, that you're being test by Him because He loves you. He knows your limit and boundaries and never put you under a burden. as the time walk by, you will grow with maturity and you know what's the best decision for you. 


jujur kasihku kepada manusia sebelum ini melampui kasihku kepada Allah, kepada ibu bapa ku kepada keluarga ku. itu satu kesilapan yg juga tidak mahu aku ulangi.. benarlah kata org, cinta kepada Allah adalah cinta yg hakiki, cinta kepada ibu bapa adalah cinta yg berkekalan. tidak mahu lagi kukenang segalanya yg pernah tertulis di atas kebodohan ku sendiri.. aku diuji dengan cinta manusia yg memberiku tamparan yg hebat. kepercayaan yg dimainkan, kejujuran yg dipersiakan.. anugerah Allah kepadaku disia-siakan.. tidak ku guna mata utk melihat, tidak ku guna telinga untuk mendengar, tidak ku guna mulut utk bersuara, tidak guna akal utk berfikir.. kerana hati dikawal pemikiran kolot, yg aku nampak salah aku benarkan.tetapi sabarku di peralatkan...sesungguhnya Allah maha agung membuka mata ku satu persatu.. di situ aku tahu nilai persahabatan, di situ aku tahu nilai kebahagian dan kesengsaraan.


benarlah hidup ibarat roda.. kadangkala kita di atas, dan kadangkala kita di bawah. tidak ku pinta dia hadir kembali menagih kasihku. tidak sanggup kudengar segala rintihan. ya mungkin dia pernah menghukum aku, melukakan aku, tp tidak sanggup aku lihat dia terluka kerana aku tahu sakitnya tidak kepalang.


dan juga tidaklah aku letakkan diriku sebagai seorang manusia yg baik. aku juga tidak terlepas dari membuat kesilapan..yg disengajakan ataupun yg tidak disengajakan...maafkan aku atas segala silapku kepada sesiapa sahaja yg pernah aku sakiti. aku sedang belajar membetulkan silapku, mendekatkan diri aku supaya suatu hari nnt aku menjadi yg lebih baik. aku mencontohi yg patut dicontohi, dan mengambil iktibar daripada teladan. aku sentiasa bermohon supaya aku sentiasa mendapat rahmatnya dan sentiasa dikurniakan hidayahnya.

setiap ujian dan musibah yg mendatang, tabahlah... mungkin hati berasa kita adalah yg paling malang, tetapi ada yg lebih menderita.. bersyukurlah dgn apa yg Allah kirimkan.




what ever pain that u feel,  
the pain could not be erased, but it will be faded away by the time you move on.


Saturday, February 4, 2012

the things that are fated.

its been awhile since i left this blog. :)


just something to share with.as you travel around this gigantic world, you found a lot of people with different characteristics. you also may found something treasure that you should be grateful but despite all the lovely things that you have been granted, you will confront with conflicts and issues that will give you either a good or a bad aftermath.


when you're being tested, patience is the best medicine for you. no one could feel what you feel, they could only give you advice but you're the one who will continue walking. 

AND SOMETIMES TEARS ARE ALL THAT'S NEEDED TO BE SAID.


eh, dah macam ayat report writing BEL. -.-'

regards, Hidayati Hamid




Tuesday, August 2, 2011

cerita puasa ke satu

Assalamualaikum eberibadi.


syok kan puasa?


kalau nak cerita pasal ramadhan masa kecil aku memang banyak sangat pe'el.kaki ponteng, curi-curi minum, rehat muka selamba badak pergi kantin semua aku pernah buat.lagi best kalau parents aku pun cikgu kan so semua kenal so memang di akhir waktu kejadian memang kantoi.dulu-dulu para kaki report memang sangat handal dan ada semangat patriotik yang tinggi.


aku belajar puasa dari lima tahun dan memang tiada istilah puasa setengah hari.tapi tu lah sampai darjah tiga pun kalau aku dahaga sangat aku tak kisah dah apa jadi aku teguk je air cincau ke ape dalam peti ais tu.agak-agak nampak macam berkurangan dalam jug tu aku tambah air kasi nampak penuh.bila ibu rasa tengok tawar dia tahu dah kerja malaun mana.adik-adik aku sumpah baik.mereka tak akan buat begitu.maka aku kena.


dah besar ni pula bila tak boleh nak puasa rasa ralat gila.rasa macam..arghhh nak penuh puasa oi.tapi apakan daya kita kan wanita normal.ehem


semalam Ramadhan pertama aku pergi bazar dengan ayah.peh peh rasa macam betul-betul anak perantauan sebelum ini.dari form one sampaikan ke tahun lepas mana ada peluang macam ni.tsk tsk terharu dia lain macam la senang cerita dapat puasa sebulan dekat rumah ni.


rindu nak puasa kat penang.eh tapi aku macam lupa sikit adegan puasa dekat matrik.yang aku taw sampai memasak dalam bilik lah cerita dia.


masa kat Perlis pun seronok kau.bulan puasa tu lah aku secara rasmi mengenali apa benda oblong nie.tiap-tiap hari beli oblong dengan somtam.makanan sana murah baq ang.bawa sepuluh ringgit pun kira boleh kenyang sampai sahur hat lusa tuh.


tapi aku tiap tahun pun rindu bazar Ramadhan dekat Lenggong, ini memang penyakit tradisi. ayam percik dia sangat awesome! chef wan kalau rasa ayam percik pak cik tu mesti tersinggung.terus nak berhenti jadi chef apa.putu buluh dia perghh menggigil *over. dan yang paling best kerana nak pergi bazar macam-macam jadi. 


kisah Ramadhan kat Lenggong dengan rakan-rakan memang sampai ke tua la aku tak lupa.perangai memang disaster kami kalau ingat balik memang aku senyum sorang-sorang.


itu next entri punya cerita.


tata..puasa kasi penuh taw haipp! selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua!

Friday, July 29, 2011

who says bebeh


aku suka gila rambut megan ni.oh and to all girls out there.especially kepada wanita-wanita kesayangan gua. :D

p/s: thanks for this song sayang. :)

tendangan basikal berganda

tudia..haroommm hang tak update langsung blog.malas sangat dah ni sebab duduk rumah alangkah bahagia.tu haa..double bicycle kick atau dalam bahasanya tendangan basikal berganda. direct translation pun style jugak la cerita dia.bicycle kick ka..scissor kick ka..overhead kick ka..semua lah ka ka ka


semalam takda benda lain dah aku fokus.selain cina gemuk tapi tulang rapuh berjersi number 11 yang selalu jatuh sorang-sorang dia, aku tengok tendangan sebab rasa comel.nak cerita pasal ni ja sebab ramai dah buat liputan awal.aku ja terhegeh-hegeh.


hat ni yang aku gelak, style gila super safee and amirul hadi time nie.macam break dance pun aku rasa ada juga lah.hat tengah tu versi etnik kreatif dok buat cak lempong.tak pun 'everyday i'm shuf fe fe fling'..


hebat weh tapi failed.tak kena bola.susah la kot sebab aku pernah try buat lipat tendang bola takraw pun rasa tegang segala urat kaki.siapa lah aku nak dibandingkan dengan kaki depa ni.pesen otot and urat ja timbul..ni kalau tendang pokok durian habis terbelah 18, baru kenal erti penyesalan.

dakpe la boh,xdop rezeki la tuh nok g Bghazil.. kalu dabel baisikel kick pung dop kene.. meme xdop rezeki la tuh..player diorang pung ghama hok injerd.. bg la can skek..pape pung khairul fahmi kemah demo,kemah keming!

kalau lah time sparring tae kwon do boleh buat bicycle kick ni.syok nya..


********




can't stop listening to this.kenapa marc anthony sangat seksi kat sini.aku memang suka dengan lelaki muka cengkung dari dulu lagi.haih..aa iyai iyai aa iyai iyai let it rain over me~


gambar ehsan daripada google alfonso de albu bekaraihokolahki.