Sunday, December 13, 2009

dari kimia ke sejarah!

'terasa ada kimia di antara kita.',oh crap dah macam tajuk lagu kan.

memang dahulu masa di sekolah pendek' guru kan ke suka beri pelajar kad hijau bapak besar setiap akhir tahun bagi ibu bapa tandatangan tapi aku nyorok kan ia sebab dapat B dalam bahasa melayu.bukan ke ada suruh tulis cita-cita bagai.aku tulis cita-cita aku.. yang aku ingat aku tulis penjaga bayi 'penulis lirik'. apa perasaan aku time bercita-cita mahu ada cita-cita itu pun aku tak tahu. yang pasti sekarang aku dapat rasakan anak aku nanti akan jadi secomel aku dan kamu.oke..tiada kaitan.tapi aku dapat rasa.kamu pun rasa kan..itulah yang aku cakap..terasa ada kimia di antara kita.


lihat..terasa ada kimia di antara kita.

bila malam-malam  mendengar x.fm sambil anak mata memandang tingkap takut-takut ada pakcik satay lalu mahu jual selendang. tiba-tiba terus semangat capai fon text kamu.."oh shit..lagu best' sila download segera then dengar sampai muntah sebab i suka"..kamu rep.."pergh..tengah dengar kot" lihat..masih terasa ada kimia di antara kita.
 


dulu..aku boleh bercakap sambil mengunyah..sampaikan aku sendiri pun konfius bila aku kunyah dan bila aku cakap.tengok macam mengunyah tetapi bercakap.tengok macam bercakap..oh memang tengah bercakap.kamu...memang pendengar setia yang kadang-kadang akan gelak dan sambung percakapan aku pula. oke..bolehlah dikategorikan sebagai..' terasa ada kimia di antara kita.

dahulu aku memuja kimia' sekarang..kimia menjadi subjek tragis.sekarang semua dah jadi macam buku teks sejarah tingkatan lima yang aku tak pernah ada nafsu nak sentuh.sebab aku memang tak suka pada sejarah.sebab kan sejarah selalu kena suruh aku berdiri dua masa dalam kelas sebab dapat 2/10 di bahagian objektif..sekarang aku dapat rasa perasaan berdiri dalam kelas itu kembali dan..

sudah tidak ada kimia di antara kita. hanya sejarah.

dalami ayat atas itu.sekarang percaya tak aku boleh jadi penulis lirik ataupun penulis script drama swasta atau teater atau filem untuk aaron aziz atau komik super hero atau telemovie untuk anak lelaki aaron aziz atau pengarah dokumentari atau wartawan majalah3 atau aku tak tahu nak atau apa dah..


oke lihat lagi..terasa TIDAK ada kimia antara kita.


p/s: imissyou