Wednesday, March 31, 2010

OH!

tajuk hanya OH! ini kerana bila dah sampai tahap aku dah kehilangan kata-kata.maka..OH! sahaja yang berjaya keluar.yea kehilangan kata-kata kerana dia.

ah' seram je asyik asyik nak dia kan..tapi ini dia yang lain.tolong lah dunia..saya sekarang tak boleh tidur malam' makan pun berapa pinggan je' asyik teringat kat Joe.tahu siapa Joe? nama komersial Aaron Aziz.sekarang dah kenal siapa dia? kalau tak kenal pergi lah dari Bumi ini.anda memang tak layak hidup.masakan aaron aziz pun tak kenal.memang harus belajar erti kehidupan semula..

 amacam? dah kenal? beliau sms tadi cakap sekarang beliau sakit kaki.sayu gak la aku..

malangnye dia husband orang.tapi tak mematahkan semangat aku untuk meminati beliau.aku memang cepat tergoda dengan watak-watak yang berlakon watak jahat' perghhh..aku rasa aku pun nak lompat-lompat dalam cinema tuh bagi semangat waja pada joe a.k.a aaron aziz time dia nak belasah zack a.k.a syamsul dalam KL Drift.sumpah u nampak sangat gengster yang berwawasan dan mempunyai misi dan visi dalam hidup.tak sia-sia u jadi gengster joe.mengundang lah! mengundang! rasa nak nyanyi lagu ziana zain sekarang..haih!

entri aku before-before nie pun ada je kan aku cakap pasal aaron tapi sekarang ini edisi khas.betapa aku bangga dengan dia tak pasal-pasal.okelah..bangga la juga dengan sam dalam adnan sempit and KL Drift tapi untuk aaron cam lain macam sikit rasa kebanggan tuh.rasa macam kami ada pertalian darah..haih lagi.

 kalau boleh aku pakai semua nie tanda sokongan aku pada aaron.malangnya aku memang tak pakai apa-apa pencuci muka sekarang.tak kisah kan..kan..

dan..sebab aku juga agak minat fazura.aku simpan movie pisau cukur dalam phone.dalam bas dari Ipoh pun aku boleh bantai tonton cerita tu sampai pening-pening ulang 10 kali pun tak sampai-sampai Arau lagi' jauh macam nak pergi Umrah je rasa.janji ada aaron.Oh my Dior! sungguh dia bergaya dalam tuh'. OH! OH!

ceh' panjang je untuk aaron sorang.bukan dia baca pun..janji intan and nad baca.madu-madu i mereka ni.i tak kisah bermadu' harta bahagi tiga la tapi..;D

p/s: next entri ingat nak minat zahiril adzim la pula kan..bro macho tuh.hoh!