Sunday, June 27, 2010

macam nak kesian pun ada

sumpah lawak..esh tataw tua tua nanti masalah aku apa.banyak dosa mengumpat ke apa tak tahu lah.tapi kenapa aku tengok orang lain buat nampak normal ja muka.aku dah macam bini mafia lagaknya.yang ada kacukan alien.


20 years later saya akan bermutasi macam ini sekali? mata jadi empat.yang bawah tu pakai contact lens apa?

yang ini lebih memilukan.kesian kat laki dan anak-anak aku nanti.

yang ini kalau aku ambil dadah.ya allah muka..jadi jangan ambil dadah.tak ambil dadah pun dah kerepot muka empat mata.ambil dadah tangan jadi lapan pula apa? nasib baik lubang hidung tak berbentuk segi tiga..


haa..Salah satu benda yang menjengkelkan dekat facebook ialah bila orang add kau bukan sebab kawan atau kenalan, tapi sebab nak kembangkan bisnes MLM atau skim cepat kaya diorang.


Lepas tu, diorang akan tag gambar diorang sedang pegang duit kertas tersusun dekat sebelah tangan dan tangan satu lagi akan buat 'thumbs up'

Annoying gila.

p/s: pengaruh nad la nie..p buat menda alah ni..terima kasih.kita jumpa 20 thn akn datang..

Saturday, June 26, 2010

tak penting tapi harus

entah hapa hapa tajuk entri.aku memang tak handal mencipta tajuk yang menggoda mahupun menarik mahupun mendebarkan ke apa.ini semua kerana tumblr.beliau adalah dunia baruku..habis segala skil mengarang aku hilang sebab munculnya tumblr dalam hidup aku.


link ada kat side bar tuh.eceh..dulu konon-konon hilangkan link sebab gila segan segan kubis nak tunjuk pada umum tumblr sendiri.sekarang tak malu dah.bukan ada pa pun.kalau nak baca tayah gelak.aku tahu kadang-kadang aku boleh geli geli nak jiwang bagai kat situ.eh' suka hati aku lah..


haa..dan  dengan segala hormatnya.aku ingin confess something.wehh..sumpah aku sayang gila kat Arau.mula mula pergi memang rasa dunia tak sayang aku dah. aduh..celah mana lah depa dok hantaq aku ni.tapi lama-lama jatuh cinta pandang kesatu.kedua lagi lagi lah cinta.ketiga bertambah-tambah sampai nak pergi tempat lain pun rasa sedih.


kalau siapa yang tak biasa mesti konfius dengan arau ni.cuaca dia pelik sikit.haih pelik banyak.selama dua sem aku dok sana.tiga payung aku dah terkorban.kalau panas dia tak agak-agak..pergi kelas rasa macam pergi berkebun lagaknya.kalau hujan pula memang naya la hang naik motor takda raincoat..masuk lecture hall dengan kadar gigil badan yang maksimum.aku boleh bercangkung bawah meja lagi sebab kesejukan.pastu dia suka hati ja nak hujan bila..panas bila..hujan lebat nak mampus sat ja..dalam 5 minit.tengok tengok terang benderang macam takda apa berlaku..kesian aku kat ahli kaji cuaca kat area arau ni..


tapi tu la uniknya.lagi-lagi kalau musim angin dia kuat.payung aku pernah melayang masuk longkang..angkat-angkat bengkok payung tuh.terkesima aku.time padi hijau hijau lagi syok..rasa nak pergi tengah tengah tu nyanyi lagu hindustan sorang sorang.tapi aku takut pacat.terima kasih..


dan lagi satu orang kat sana.betul lah depa kata.nak kejar cita-cita perlu pengorbanan sikit eyda oi.aku selalu kena camni.baru rasa nak bahagia sikit dah kena pergi jauh.even sedikit tapi aku rasa aku patut hargai semua tu weh.haishh..tapi kali ini aku tak kisah pasal isu jauh.learn from the experience itu penting.


ala mimi..tak dapat nak pergi batu hampar dah.


=)


dan dan..malas aih taip dah.sedih ada..cuak ada..rasa nak terberanak ada.


entri pasal keluar itu hari aku dah save kat draft tapi tak publish lagi.try tengok kat entri nad dulu..dia dok bahan aku sakan.siap ko nad..haha' mira! saya rindu awak juga! entri ko buat aku terharu..dah lah pilih gambar i yang sedang berbadan kurus..wiiwiiit!!


haa..tadi baca blog nie.sumpah kena sakit jiwa aku.'si ammar' ayat dia semua tak bersalah ja.mengucap aku baca.aku dapat dari blog razman.pelapis razman barangkali..hoo' dan dia budak 9tahun...tapi sikit ja entri dia' lima belas saat baca habis dah..*terpesona


p/s: bye bye arau..='(

Sunday, June 20, 2010

hye hobi baru!

hye hobi baru.hye hobi baru.HYE HOBI BARU!! saja ulang sebab nak beritahu aku dah ada hobi baru mengisi masa cuti aku yang bila entah nak habis asyik asyik membuat muka nak menonton tv ayah serta adik beradik 24 jam mengadap bola..highlight nak tengok..berita nak tengok.apa ni..APA NI! tengok perlawanan sudah' .memang anak beranak! 


OH! HAPPY AYAH'S DAY ENCIK HAMID BIN RIDUAN!
ayahku yang garang tetapi comel bila marah saya selalu ketawa bukan menangis.erk!


sambung sambung..aku tengok perlawanan saja itu pun memilih mana yang berkenan di hati je aku tonton..esh tapi susah lah..kadang kadang tanya adik score dah berapa..semua membabi buta je tengok tanpa peduli kan pertanyaan aku..bukan apa' aku tak nampak score cenoit hujung tu..dasar rabun lepas tu sama sama ikut membabi buta spek letak merata-rata maka terhegeh-hegeh cari tak jumpa disegenap pelosok rumah.


nie apahal membebel secara membabi buta (macam suka je perkataan tuh)..


macam ni.nie la hobi baru saya...pejam mata semua..tarraaaa! haha' tampo kang! 



membaca novel! sebenarnya semua orang sangat akan bersabar apabila di beritahu novel yang mereka hendak baca turn aku baca sebab aku memang kalau baca novel macam baca kamus dewan bahasa dan pustaka. satu novel paling cepat pun sebulan habis.tapi tidak lagi dengan  milo!! eh' dengan kemunculan novel-novel di atas.

ni novel triller so aku memang sangat curious nak tahu apa jadi selepas itu.semua nie bersambung-sambung. nasib la kau dapat baca yang ke empat ke ketiga sumpah pening.tapi untuk novel ini dari sebulan berkurang menjadi dua minggu. eh' oke apa dua minggu.tu sebab bila aku membaca novel..sistem tidur aku pun sama terpesong.makin banyak tak silap..kalau ikut hukum trigonometri. masuk je muka surat ke empat aku tertidur dah..selang 4 muka surat aku pasti tidur.pasti! sangat pasti.aku dah buat kira-kira dah.

tapi tapi..cerita ini best..bukan macam novel lain tuh..tipikal' semua nak happy ending.aku kan peminat setia lord of the rings..so aku tafsirkan cerita dalam novel-novel nie macam tu juga lah..tapi ni versi melayu.kau jangan bayangkan Gandalf ke Frodo berlawan pakai keris dan bersilat segala.salah konsep tu..

tapi aku rasa ramai dah ikut novel ramlee awang mursyid ni.dia punya novel semua berdebar debar kalau membaca.nak tidur pun meraba-raba eh mana novel tadi cepat habiskan nanti mimpi tak dapat jadi maryam catalina ke apa.eh..kenapa bunyi macam obses? eh' tipu je tu.apa-apa pun terjadi tidur jangan diganggu.

yang baru-baru ni aku beli cinta sufi..tapi dah agak mesti tergantung.sampai bila nak habis tak tahu.tapi mendebarkan.ada lagi dua novel tak habis khatam..9 nyawa macam best.

penat juga baca novel ni rupanya.macam berkebun pun ada..

p/s: aku tengok novel twilight dah terkebil-kebil dah.tebal gila..mahu sampai raya aku baca tak habis ni..

Thursday, June 17, 2010

trend punya kisah!

 "Hai, kami rakyat malaysia tipikal, ikut trend semasa, masa palestin guna profile pic bendera palestin atau hitam. Tapi sekarang musim world cup, kisah apa pasal palestin, kami nak taruk gambar player faveret atau jersi FB apps yg ada tulis nama sendiri"


esh' makan dalam ni! dan ada lagi sambungan..


 "Hai, kami perempuan tipikal. kami letak gambar yang kami rasa paling comel dengan harapan ramai orang add kami. kami tak kisah musim apa. asal kami nampak hot dan cantik di mata semua orang."


haa..ini saja ulasan saya untuk kali ini.bialah..inilah namanya trend.lagi satu macam kes aminul rashid dulu..letak gambar beliau sampai kes selesai.aku suka semangat begini.argentina kau memang buat aku rasa macam nak tinggalkan park ji sung sekarang..haishh!


eh' kejup..pedas betul sapa punya status la dua-dua tu..=)


yea..sekarang rasa berdebar gila.bukan sebab bola ke apa.haishh buat aa berdebar demi itu.


p/s: malas gila update blog sekarang..novel 5  ketul lagi tak habis baca.wah! 

Monday, June 14, 2010

tangan krem refresh portal.

hah' entri ni aku nak buat secara ringkas padat dan mutakhir.aku dah check result. baru semalam dapat tengok tu pun dekat mini transcript cenoit tak menarik betul tengok kat situ.

beberapa hari sebelum result muncul depan biji mata...

damn la student portal!..(aku memaki di dalam hati) empat puluh kali refresh pun tak boleh nak masuk.aku mula terpacak depan laptop sepuluh hari bulan tu dah gelabah mak aih' tapi tahap serta kadar penggelabahan aku kian merosot bila student portal menguji .heart beat aku pun makin normal tak normal je.lama-lama aku tak rasa apa dah.dok tekan butang refresh sambil terlentuk manja tengok England lawan.dekat fb tak perlu lah tuan hamba pertikaikan.habis semua status melontarkan ketidakpuasan hati.

bila result dah muncul depan biji mata..

hah! hambek kau! perghh..result aku.amat tidak memberangsangkan.apa aku belajar selama ni? memang turun gila kuasa empat belas nampaknya.tapi alhamdulillah takde fail.kalau fail esok juga aku buat press conference aku nak kahwin.banyak subject aku tak leh ngam sebenarnya sem lepas.nasib baik sem satu cover pointer.tapi lepas setahun aku macam terfikir something..berdoa berdoa..

nak semua! nak semua!

haa..lagi satu punya nya entah apa perangai aku ni.aku takleh nak tengok kat examination slip result sebab aku tak complete kan course registration itu hari.hah' sapa suruh server cam JHIUGUYFTRSTFC (tu ha..laju betul aku mencarut) .aku tak sempat nak masukkan koko..terus dia kata aku tak buat course registration. sem lepas pun aku ada masalah course registration.dia tak suka aku dah kot menda alah ni..aku pun dah tak suka kat hang dah.betul betul tak boleh bawa berbincang lah si student portal nie.

eh' kata tadi nak ringkas kemain..

p/s: bila suara justin bieber nak jadi macam faizal tahir?



Thursday, June 10, 2010

;;)

itu emoticon alien kenyit kenyit mata.oh gatal alien nie.actually lately i'm not in a mood of writing.bukan tade idea tapi ha..start dah tu. oke stop this crap.tak tahu lah orang lain but eh nak dekat sejuta kali aku tulis kot writing boleh jadi satu terapi yang macam cool gila.hilang semua benda bila kau dah keletak keletuk keyboard..hee

**
but..for all this while rasa macam nak kawad..hoyeah! =)
tak tahu nak start dari mana..but i need to..satu je.
i need some courage.
i will not updating this blog for a while..

kenapa kalau sedih kereta jadi mangsa.sikit lagi nak langgar orang tadi.
ouh isnt that relief when u are singing and crying while u are driving..?
try meh.. 

ouh..ada ucapan ringkas di sini.

HAPPY BIRTHDAY FAZLINA.(amoi yang pakai spek tu) kami semua sayang kamu! have a splendid birthday ever and may allah bless you along your journey babe.kamu lah classmate and deskmate kesayangan.  *kening kening

p/s: im not give up..but im learning to let go..=)



Monday, June 7, 2010

berputus asa itu bukan saya.TETAPI!

once in a while u will find that one song that understands u perfectly.oke tidak ada kena mengena but seriously i want to give up.yes' saya adalah orang yang sangat degil dan susah give up sebenarnya tetapi..

when i got the confident
the stage are gone.kan aku dah cakap dekat entri dulu..i hate platonic!
sometimes i might be a strong-willed person but can be very confused.

tapi aku tak suka nak benci-benci.
benda tu merosak kan hati.
dont u know that forgiveness is a sweet revenge.haa..bagus' 
Faith itu harus diuji. Tapi, aku tidak suka ujian kerana siapa suka? 
Kan mudah hidup lurus sahaja begitu. 
ada pula orang kata.kau tak payah nak setia sangat.
kau dapat apa? see..my stage are gone.dem!
but..the courage is there.in your heart.
sometimes the heart need the mind to react.
but sometimes the heart should told the mind to stay at home at stop interfering.

Serious gila nak mati entri ni. Yup, coz some things are so unnecessary. 
perasan tak kalau aku sedih.entri aku jadi abstract habis.
aku rasa aku sorang je faham. 
pastu grammar dah tunggang langgang.hoyeah! 
should i give up or not eh?

p/s: gunting rambut..ahah



Sunday, June 6, 2010

pencinta alam punya lagu cinta tapi sebenarnya ini lagu cinta.heheh

hah' amek kau tajuk..tak tahu dah nak pendek gaya mana dah.


entah.aku rasa ini first time aku dengar lagu yang cakap pasal semua jenis macam earth disaster apa kaitan dengan bumi semua masuk habis tapi still macam sweet humakhaih! yea yea lagu ni sweet sebenarnya and charice punya gaya sangat rasa nak pukul sebab cemburu kat dia.BEST! comel weh hang nie suara dah power rangers habis! terima kasih yea iri..dah addict dah..habislah justin bieber tergugat! hahah.

nak dengar tutup lagu memekak bawah tu yea kawan kawan..=)

p/s: oh tumblr dah di private kan..

saya ingin kecil.padamu.PADAMU!

i really love playing a game or doing something yang aku and dia berkongsi kegemaran yang sama! even sorang dah macam boleh kahwin and sorang belum capai puberty lagi .rindu! nanti nak ajak dia lukis begini la..tiba-tiba nak tulis pasal budak kecik nie.

snoopy kat celah celah jari pastu jalan sambil depang tangan.boleh?

she loves drawing and doodling ikut suka hati dia la nak lukis apa.and..dia hari tu dia tunjuk satu buku log habis satu-satu dia selak nak suruh aku komen artwork dia.padahal kami dok tengah tengah panas tu ha..tapi cantik dia lukis.aku tengok pun.amboi..belum apa-apa lagi dah pandai lukis orang-orangan semua.indie sungguh aku rasa dia..*tiba-tiba 


along's daughter.(my cousin) nak tunggu anak sedara sendiri taleh..aku sulung.cam mustahil je adik aku laki nak kahwin awal.heh.anak sendiri apatah lagi.zaman bila entah.haha' btw' spending time dengan budak-budak macam best!

tapi aku ada satu alergik.kalau nampak baby yang ya ampun comel gila.aku rasa nak pergi sepak je.cubit ke kasi nangis.kenapa la comel sangat.aku pernah buat kat siapa entah hari tu.anak siapa lupa tapi dah la comel.orang datang tidur pula.aku cubit la kasi bangun.maka bangun dan menangis.tang nie aku tak reti lagi nak handle..sebenarnya aku takut nak pegang budak kecil.sat g jatuh bergolek anak orang.nak tanya hal budak budak baru lahir baby ke apa tanya nad..dia memang berbakat.habis satu kuala kangsar tu tahta dia dok jaga budak budak segala jenis perangai.mafia nad ni..kan nad..:D

p/s: alahai inside. =) outside..ceceyh..pape je eyda ni.







Friday, June 4, 2010

tak paham.

itu hari aku lepak MPH dari pagi sampai tengah hari.sorang bai.sebab nak ambil adik aku dekat bainun sebenarnya.cuti sekolah dah start weh..habis la aku tak aman dekat rumah tu bilamana kedua-dua adik aku pulang memang tak menjerit sehari aku tak sah.pagi-pagi ada orang kacau aku tidur tu perkara biasa..rasa nak baling katil pun ada..


bangun pagi breakfast aku hilang tiba-tiba tu perkara biasa.kalau aku buat burger malam-malam ke hape letak atas meja lepas tu lesap perkara biasa.dan kalau aku bangun tidur tiba-tiba dengar bunyi trumpet tak pasal-pasal tu perkara biasa..dan paling best' aku bangun bila aku check kredit aku hilang rm5 pun perkara amat biasa.


dan paling aku rasa dah biasa adalah berebut internet..pernah sekali adik aku dah hilang kesabaran sangat aku buat muka tade perasaan je, dia pi gunting wayar yang sambung kat modem tuh.amek kau.nyaris nyaris aku nak berdoa jadi ninja turtle ke apa karate sikit bagi bengkak dagu ke apa. semua orang adil takleh online..semenjak hari itu..ibu aku pasang wireless..adil' semua dapat online tanpa sebarang perebutan dan pertumpahan darah..nasib baik adik aku takde lesen kereta lagi.kalau tak aku rasa tu pun boleh bawa ke muka keadilan..internet adalah isu berat di rumah setakat ini..tiada tandingan.


tapi kalau adik aku takde..serius aku rindu dua dua..kadang-kadang saja kol depa cari gaduh.tak best aku rasa kalau jadi tunggal nie lagi-lagi kalau ibu bapa busy.bagai kan kuali tergolek-golek bolahlah aku diumpamakan macam itu takleh duduk diam kalau duduk rumah sorang-sorang.tapi bila depa dah balik..mula lah rasa nak suh balik la asrama korang balik.serabut aku.tapi disebabkan aku dah besar dan sat g nak masuk 20tahun dah aku beralah sikit.dulu aku pun naik sama.best main gaduh gaduh atas katil.tak sakit.rasa macam kat theme park perasaan tu sama..


separuh itu seni.


adik aku dah besar rupanya.dah ada awek..pandai dok cerita kat aku.lepas tu kalau dia tanya aku tade bf ke apa aku gelak je sambil bagi penampar seketul..aceyh..tipu je.aku buat buat tukar topik.hahahaha


tak faham sebab bila takda aku rindu bagai.bila ada cara kami menunjukkan kasih sayang adalah buat pertandingan debat secara terbuka kat rumah.syok kot macm tu.. 


oh yea.semalam bersamaan 3rd june 2010 birthday ex-roomate i time kat lenggong.happy birthday to najwa abd rahman! may Allah bless u cibo dearie. =)


p/s: adik aku bawak fon aku p mana tak taw..kuang ajaq.balik nie aku cabut gigi dia hidup-hidup!

Thursday, June 3, 2010

hang suka rokok? meh sini.

entri kali ni bukan nak menghina smokers ke apa.aku tak kisah pun lah korang nak rokok..tapi semangat prihatin tu tiba-tiba nak keluar sebab haish' tak best la tengok orang yang kita sayang dok merokok tak tentu hala ni.kalau kau toleh kiri kanan pun susah gila nak tengok lelaki yang tak merokok..


dengar cerita kerajaan pun dah gelabah nak letak gambar lagi menakutkan ngeri dan meloyakan kat kotak rokok tu.tapi trust me' depa kalau dah addict takde nye nak heran semua tuh.aku cakap pasal ayah aku sendiri pun merokok..tapi sekarang tak berapa heavy' dia jarang dah beli rokok' dalam peti ais penuh segala jenis hacks asam semua sebab langkah nak stop..aku yang tukang perabih..haha! yela dari beli rokok baik dia topupkan aku ka..shoping raya ka..dah dekat dah raya ni puasa tak habis ganti lagi..*mengeluh empat lima harkat..*


tapi itu hari ibu aku ada dok cakap pasal electronic cigarette.konon konon nak promote kat ayah aku' ayah aku macam berminat.so aku tak tahu pun menda alah ni wujud.tapi rasa lama dah kot.terima kasih dunia kerana memperkenalkan aku dengan google..aku pi google menda ni macam menarik.untuk heavy smoker memang sesuai hak satu ni sebab takde banyak beza pun aih dengan yang asal.cuma ada yang keluar asap ada yang tak keluar pun.hang tayah nak menggedik nak hak original boleh buat asap bentuk 'o' nak p buat asap bentuk ketapi ka seterika ka apa' takyah nak gatal.taboh kang.oi..konon ada smoke feel ka? aih..tak tahu' cita rasa masing-masing (garang sungguh aku kali ni)


camni la rupanya yea adik adik.sama je kot.macam gula-gula.tipu budak budak best neh!


dan dia ada ja perasa.. and charger bagai.perasa Marlboro, Dunhill or even catridges pun ada.kalau ada yang terana nak quit tapi susah apa kata try ni.harga boleh dirunding..cehh..memandai je aku pasal harga..takda saja nak share.sebab kebanyakan orang yang aku sayang smoke..so' try okeng!..


nak tahu apa-apa lagi try kat SINI


siapa-siapa jadi laki aku nanti kalau hang smoker aku bagi menda nie sebagai hantaran beli satu kilang pun gua sanggup.takpa kot noh? bukan senang nak stop kan.maka mari ambil langkah awal bak kata pepatah..bagai tupai gemarkan durian sebab elergik pelan pelan berhenti tak jejak masuk kebun pak mat dah curi durian kerana tak mahu elergik nya memakan diri sendiri.tupai pun sayang diri sendiri..bagus juga pepatah main reka ni..-_-"


p/s: =)

Tuesday, June 1, 2010

perkara random part 2


eh..yang part one aku cari tak jumpa pulak nak link' ahah.maaf kan kawanmu.ekceli (menyampah la eja macam ni).actually.ada dua perkara random yang aku tempek kat sini.

perkara random pertama:

oke..siapa kata ada facebook and blog ni tak menjana minda and buang masa.mari kita pandang side yang positive.contoh terdekat orang cam aku ni yang tak pernah rasa nak membeli surat khabar ke apa.teruk aih..tapi disebabkan blog aku dapat tahu isu semasa.aku seorang umat yang memang gemar blog-walking yang setia dan tak pernah luntur perasaan nak membaca blog tak kira lah blog tu genre hardcore ke balada ke etnik kreatif ke.as long as it breath taking.begitu juga facebook.nampak je group baru kau akan tahu dah.oh oke..berita baru dan aku cepat cepat google.contoh terbaru pasal israel..jews memang aramzadei gila.oke' tak semua.

what the hell wrong with the fucking zionist shooting at innocent people.. zionism regime is freaking bastards without balls.. bunch of jewish faggots!! then, the children.aih..dah pandai pegang senjata bagai.cuba kalau jadi kat aku.pegang kasut tinggi nak hentak kat depa pun aku kecut.aku sebenarnya pernah pasang cita-cita nak jadi polis or tentera .buat kena gelak saja kan..masalah utama tinggi tak berapa nak cukup.cita cita tinggi sungguh.semangat ada dah tapi kalau sampai tua aku kena kerja kat lab boleh jadi mutan aku.kalau boleh bermutasi jadi fazura ka keira knightley ka seronok gak.tudia hang dok melalut pa eyda..*diam.

 

ya allah, bring them to peace.lindungi la mereka.and aku suka status izul kat fb. 'WWIII..israel vs the rest of the world.' heh.memang mati lah depa.takde lah.. aku teringin macam nak jadi volunteer ke apa.sebab aunty Herah aku selalu jadi volunteer kat sana and dia selalu cerita.sedih lah sebab aku tak pernah rasa susah semua nie kan.mintak jauh..i.Allah

perkara random dua:

aku bosan pagi tadi lalu aku menonton cerita 'ayat-ayat cinta balik' oh my..mula mula aku tonton aku tertidur kot.kali ni aku tonton macam menyentuh jiwa la pula kan.so..aku tengah emosi ni lately' so movie tu buat aku terfikir something..

“Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku… Bawalah dia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan… Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah agarku dapat mengecapi kebahagiaan… Walaupun tanpa bersama dengannya… Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya… Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku… kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…”
Ameen..

dan fahri tu hot yea sebenarnya.apasal aku baru perasan..?


ouh' yea..aku buat tumblr.dulu aku selalu usha pina punya sekarang i decided to have one.erk..link cari sendiri.segan la nak link terang terang.auww! sebelum aku mati bosan cuti tak reti nak habis habis ni aku buat lah semua agar aku gembira.(ayat macam pendidik entri aku kali ini)


p/s: =)