Sunday, June 20, 2010

hye hobi baru!

hye hobi baru.hye hobi baru.HYE HOBI BARU!! saja ulang sebab nak beritahu aku dah ada hobi baru mengisi masa cuti aku yang bila entah nak habis asyik asyik membuat muka nak menonton tv ayah serta adik beradik 24 jam mengadap bola..highlight nak tengok..berita nak tengok.apa ni..APA NI! tengok perlawanan sudah' .memang anak beranak! 


OH! HAPPY AYAH'S DAY ENCIK HAMID BIN RIDUAN!
ayahku yang garang tetapi comel bila marah saya selalu ketawa bukan menangis.erk!


sambung sambung..aku tengok perlawanan saja itu pun memilih mana yang berkenan di hati je aku tonton..esh tapi susah lah..kadang kadang tanya adik score dah berapa..semua membabi buta je tengok tanpa peduli kan pertanyaan aku..bukan apa' aku tak nampak score cenoit hujung tu..dasar rabun lepas tu sama sama ikut membabi buta spek letak merata-rata maka terhegeh-hegeh cari tak jumpa disegenap pelosok rumah.


nie apahal membebel secara membabi buta (macam suka je perkataan tuh)..


macam ni.nie la hobi baru saya...pejam mata semua..tarraaaa! haha' tampo kang! 



membaca novel! sebenarnya semua orang sangat akan bersabar apabila di beritahu novel yang mereka hendak baca turn aku baca sebab aku memang kalau baca novel macam baca kamus dewan bahasa dan pustaka. satu novel paling cepat pun sebulan habis.tapi tidak lagi dengan  milo!! eh' dengan kemunculan novel-novel di atas.

ni novel triller so aku memang sangat curious nak tahu apa jadi selepas itu.semua nie bersambung-sambung. nasib la kau dapat baca yang ke empat ke ketiga sumpah pening.tapi untuk novel ini dari sebulan berkurang menjadi dua minggu. eh' oke apa dua minggu.tu sebab bila aku membaca novel..sistem tidur aku pun sama terpesong.makin banyak tak silap..kalau ikut hukum trigonometri. masuk je muka surat ke empat aku tertidur dah..selang 4 muka surat aku pasti tidur.pasti! sangat pasti.aku dah buat kira-kira dah.

tapi tapi..cerita ini best..bukan macam novel lain tuh..tipikal' semua nak happy ending.aku kan peminat setia lord of the rings..so aku tafsirkan cerita dalam novel-novel nie macam tu juga lah..tapi ni versi melayu.kau jangan bayangkan Gandalf ke Frodo berlawan pakai keris dan bersilat segala.salah konsep tu..

tapi aku rasa ramai dah ikut novel ramlee awang mursyid ni.dia punya novel semua berdebar debar kalau membaca.nak tidur pun meraba-raba eh mana novel tadi cepat habiskan nanti mimpi tak dapat jadi maryam catalina ke apa.eh..kenapa bunyi macam obses? eh' tipu je tu.apa-apa pun terjadi tidur jangan diganggu.

yang baru-baru ni aku beli cinta sufi..tapi dah agak mesti tergantung.sampai bila nak habis tak tahu.tapi mendebarkan.ada lagi dua novel tak habis khatam..9 nyawa macam best.

penat juga baca novel ni rupanya.macam berkebun pun ada..

p/s: aku tengok novel twilight dah terkebil-kebil dah.tebal gila..mahu sampai raya aku baca tak habis ni..