Saturday, June 26, 2010

tak penting tapi harus

entah hapa hapa tajuk entri.aku memang tak handal mencipta tajuk yang menggoda mahupun menarik mahupun mendebarkan ke apa.ini semua kerana tumblr.beliau adalah dunia baruku..habis segala skil mengarang aku hilang sebab munculnya tumblr dalam hidup aku.


link ada kat side bar tuh.eceh..dulu konon-konon hilangkan link sebab gila segan segan kubis nak tunjuk pada umum tumblr sendiri.sekarang tak malu dah.bukan ada pa pun.kalau nak baca tayah gelak.aku tahu kadang-kadang aku boleh geli geli nak jiwang bagai kat situ.eh' suka hati aku lah..


haa..dan  dengan segala hormatnya.aku ingin confess something.wehh..sumpah aku sayang gila kat Arau.mula mula pergi memang rasa dunia tak sayang aku dah. aduh..celah mana lah depa dok hantaq aku ni.tapi lama-lama jatuh cinta pandang kesatu.kedua lagi lagi lah cinta.ketiga bertambah-tambah sampai nak pergi tempat lain pun rasa sedih.


kalau siapa yang tak biasa mesti konfius dengan arau ni.cuaca dia pelik sikit.haih pelik banyak.selama dua sem aku dok sana.tiga payung aku dah terkorban.kalau panas dia tak agak-agak..pergi kelas rasa macam pergi berkebun lagaknya.kalau hujan pula memang naya la hang naik motor takda raincoat..masuk lecture hall dengan kadar gigil badan yang maksimum.aku boleh bercangkung bawah meja lagi sebab kesejukan.pastu dia suka hati ja nak hujan bila..panas bila..hujan lebat nak mampus sat ja..dalam 5 minit.tengok tengok terang benderang macam takda apa berlaku..kesian aku kat ahli kaji cuaca kat area arau ni..


tapi tu la uniknya.lagi-lagi kalau musim angin dia kuat.payung aku pernah melayang masuk longkang..angkat-angkat bengkok payung tuh.terkesima aku.time padi hijau hijau lagi syok..rasa nak pergi tengah tengah tu nyanyi lagu hindustan sorang sorang.tapi aku takut pacat.terima kasih..


dan lagi satu orang kat sana.betul lah depa kata.nak kejar cita-cita perlu pengorbanan sikit eyda oi.aku selalu kena camni.baru rasa nak bahagia sikit dah kena pergi jauh.even sedikit tapi aku rasa aku patut hargai semua tu weh.haishh..tapi kali ini aku tak kisah pasal isu jauh.learn from the experience itu penting.


ala mimi..tak dapat nak pergi batu hampar dah.


=)


dan dan..malas aih taip dah.sedih ada..cuak ada..rasa nak terberanak ada.


entri pasal keluar itu hari aku dah save kat draft tapi tak publish lagi.try tengok kat entri nad dulu..dia dok bahan aku sakan.siap ko nad..haha' mira! saya rindu awak juga! entri ko buat aku terharu..dah lah pilih gambar i yang sedang berbadan kurus..wiiwiiit!!


haa..tadi baca blog nie.sumpah kena sakit jiwa aku.'si ammar' ayat dia semua tak bersalah ja.mengucap aku baca.aku dapat dari blog razman.pelapis razman barangkali..hoo' dan dia budak 9tahun...tapi sikit ja entri dia' lima belas saat baca habis dah..*terpesona


p/s: bye bye arau..='(