Thursday, June 3, 2010

hang suka rokok? meh sini.

entri kali ni bukan nak menghina smokers ke apa.aku tak kisah pun lah korang nak rokok..tapi semangat prihatin tu tiba-tiba nak keluar sebab haish' tak best la tengok orang yang kita sayang dok merokok tak tentu hala ni.kalau kau toleh kiri kanan pun susah gila nak tengok lelaki yang tak merokok..


dengar cerita kerajaan pun dah gelabah nak letak gambar lagi menakutkan ngeri dan meloyakan kat kotak rokok tu.tapi trust me' depa kalau dah addict takde nye nak heran semua tuh.aku cakap pasal ayah aku sendiri pun merokok..tapi sekarang tak berapa heavy' dia jarang dah beli rokok' dalam peti ais penuh segala jenis hacks asam semua sebab langkah nak stop..aku yang tukang perabih..haha! yela dari beli rokok baik dia topupkan aku ka..shoping raya ka..dah dekat dah raya ni puasa tak habis ganti lagi..*mengeluh empat lima harkat..*


tapi itu hari ibu aku ada dok cakap pasal electronic cigarette.konon konon nak promote kat ayah aku' ayah aku macam berminat.so aku tak tahu pun menda alah ni wujud.tapi rasa lama dah kot.terima kasih dunia kerana memperkenalkan aku dengan google..aku pi google menda ni macam menarik.untuk heavy smoker memang sesuai hak satu ni sebab takde banyak beza pun aih dengan yang asal.cuma ada yang keluar asap ada yang tak keluar pun.hang tayah nak menggedik nak hak original boleh buat asap bentuk 'o' nak p buat asap bentuk ketapi ka seterika ka apa' takyah nak gatal.taboh kang.oi..konon ada smoke feel ka? aih..tak tahu' cita rasa masing-masing (garang sungguh aku kali ni)


camni la rupanya yea adik adik.sama je kot.macam gula-gula.tipu budak budak best neh!


dan dia ada ja perasa.. and charger bagai.perasa Marlboro, Dunhill or even catridges pun ada.kalau ada yang terana nak quit tapi susah apa kata try ni.harga boleh dirunding..cehh..memandai je aku pasal harga..takda saja nak share.sebab kebanyakan orang yang aku sayang smoke..so' try okeng!..


nak tahu apa-apa lagi try kat SINI


siapa-siapa jadi laki aku nanti kalau hang smoker aku bagi menda nie sebagai hantaran beli satu kilang pun gua sanggup.takpa kot noh? bukan senang nak stop kan.maka mari ambil langkah awal bak kata pepatah..bagai tupai gemarkan durian sebab elergik pelan pelan berhenti tak jejak masuk kebun pak mat dah curi durian kerana tak mahu elergik nya memakan diri sendiri.tupai pun sayang diri sendiri..bagus juga pepatah main reka ni..-_-"


p/s: =)