Friday, December 24, 2010

hati dan akai kena ada

Assamualaikum..lama tak update.sebenarnya ada enam entri lagi dok jadi jeruk dalam draft tuh.lepas tu fb pun macam malas lak nak jenguk.


emm..suka soalan nie.kalau tak jadi setia awak nak jadi apa ye?


when i was small i'm brave and strong.sukar menangis.saya tak ada gaun.kalau ada hanya pakai semasa party hari jadi agar nampak comel dan berkeyakinan eh eh? i developed this kind of habits of not showing my tears against any people or whatever that i'm scared of.and now i'm 20 years old.over the years, tears had made me, ME! itu saya sekarang.i dont talk a lot anymore.i wont angry.i dont create fake smile no more .i'm not showing gore face.oh eh i'm crying sebab rasa sangat relieved and then i'll do something seperti tiba-tiba jadi rajin mengelilingi kawasan rumah tanpa motif.perghh..pathetic kadang-kadang.tapi rumah saya best.mendapat ketenangan dan akibat memgelilingi kawasan rumah pun dah boleh masuk kategori jogging.no wonder i makin ramping sekarang! ewohh! *puji lah..pujilah


aah lah..kalau tak setia saya nak jadi apa ye? rugi ke? 


aku berada dalam drama sekarang.created by them.directed by those yang tettt.ajak aku terlibat sama.tapi sebab aku kenal dia awal dari kamu dan kamu.maaf..aku ikut kata hati dan kalau fikir fikir balik memeng aku percaya dia sahaja lah nampaknya.eh memeng pun boleh eyda..malas lak aku nak backspace..tehee


tell you what.when u're doubt to something and kau macam kena decide gak alahai mak enon nak percaya siapa sekarang..starts flash back! make up your mind.think wisely.tak dapat gak jawapan.ask your heart.Allah bagi kita masing-masing hati kan sebenarnya bagus gak kalau nak menilai guna hati..maksud nya menilai hati orang guna mata hati kite? paham dak ni? tak paham pergi baca dari awal entri nie balik..takde le susoh beno nak paham ye dok.bak kata pepatah sir augustus (sesuka hati aku je petik nama pak cik mana entah) ia berbunyi begini.to handle yourself, use your head.to handle others use your?? heart...bijak..*tepuk kuat kuat jom


and kalau kau dah kenal dia macam mana kau senang lah dapat tahu hati budi dia semua.so kepercayaan tu mesti milik dia! but when you have an uneasy, deep gut, hard-to-explain feeling, and you feel like something's gonna happen to you or people around you, trust it. take necessary actions, if you expected it. but when you can't, pray.God made things happen to us, good and bad, for us to learn.oke dear. :)


tapi..ada tapi ye adik adik.pung pang pung pang sampai krismas sat lagi pun takde gunanya.sometimes the heart should follow the mind.tapi kena tahu..kita nie jenis rasional ke emotional? ke ego tak sudah? kalau ego pergi pogo! eh tak..jangan nak ego ego sangat lah ber..kalau dah tahu hati tu disaster elok guna akai jela dik non.tapi kalau rasa instinct kau superduper hebat macam konon-konon mempunyai kata hati yang relevant dan jitu..ewohh! senang je.. ikut. sometimes the heart should tell the mind to stay at home and stop interfering.




mata gua bengkak seksi oi. ngeh ngeh ngeh








p/s: yang oenting tu dalam tuh.dalam hati kena ikhlas der..



Monday, December 13, 2010

ini bukan tips tetapi perkongsian (ke sama je?)

assalamualaikum...kum..kum..


dah beberapa kali aku kena tegur dengan ibu aku yang dia cakap.aku ni kalau dengan budak-budak aku terer je layan tapi kalau dengan orang tua aku macam tak reti layan.maksudnya kalau aku pergi kenduri serta tempat sosial para ibu mesti lah penuh mak cik mak cik je kan.haa..kat situ aku dah macam out of coverage jup.hilang arah tuju dalam hidup. kebarangkalian untuk aku jadi blur adalah 85%.sekarang sedang kesian kat diri sendiri sambil tangan megusap kepala sendiri.


contoh situasi di kenduri.best woo sambil lalu sambil tangan mencapai apa-apa pastu masuk mulut.lalu lagi.buat-buat cari benda sambil amek dua tiga das tembikai.


senang cerita aku memang tak boleh nak join the club menjoyah dengan mak cik mak cik..aku rasa tak faham tiba-tiba nanti.ibu aku kalau kenduri dia mengamalkan konsep "yang kurik itu kundi,anak aku dah besar pandai-pandai lah buat hal sendiri" see..dia akan lesap tiba-tiba macam jumper tinggal aku dengan entah siapa-siapa.


tapi kan..lepas dah ada sedikit pengalaman hidup macam ni.aku dah pandai ambil ikhtibar.senang je rupanya nak layan orang tua or golongan emas ni.first sekali kau kena setting senyum baik punya.mereka ni senang je.bukan nye mereka nak tanya 'cu, anthracycline antibiotic tu jadah ape?'..ataupun 'nak, theorem pythagoras tu nama glamour artis mana?' kau nak jawab pe? kalau aku mau aku hangkut dia balik rumah suruh dia amalkan konsep 'mari meng'google' .gila dedikasi aku.*senyuman perlu dikekal kan walau kau tengah lost and konfius macam mana pun oke.


lepas tu kau jangan la senyap je.nanti dia ingat kau dinding pulak. kalau dia tengah bercerita. selang seli kan dengan 'ouhh'..'aah yea..betul la tuh'..'aah ye tak ye gak'..'laa..saya pun rasa camtu'..haa' nampak tak berhemah nye.punya la dia pung pang pung pang cerita pasal salasilah keluarga dia dari zaman komunis sampai dah ada 56 cucu kan.tiba-tiba sampai part klimaks kau macam nak pitam sebab nak hadam ape yang dia cerita sebab mak cik mak cik kalau cerita plot tak ikut format kementerian pelajaran.kau jangan pitam lagi.kawal diri dan perasaan..sebab comfirm tiba-tiba dia akan ada pertanyaan mengejut macam..' haa..kamu rasa patut ke mak cik berkebun malam ni untuk bersenam'..tiba-tiba kau jawab 'haa..samalah saya memang suka main tennis'..nanti dia backhand kau tak pepasal.ataupun berkecil hati terus suruh hantar dia balik rumah anak no 2 dia kat tanjung malim..entah apa kaitan dengan kau nak kena hantar pula kan.tula..jangan la mengecilkan hati mereka.cerita dorang syok kalau dengar dengan sifat khusyuk dan istiqamah.


lagi satu kau jangan nak mengamuk tak tentu hala kalau mereka salah panggil nama kau.tiba-tiba kau pula suruh dia hantar kau balik rumah mak pak korang.ape ke pesen kau nie.eh maghah la pula.macam atuk aku kan..maklumlah cucu dah macam boleh buat lagi satu kerajaan kot.mestilah kadang-kadang tersasul nama entah sedara yang mana-mana entah.ayah aku dah la adik-beradik sebelas ke hape.nama aku ida..mula mula elok dia panggil aku ida masa borak..lepas tu tiba-tiba jadi ira..haa' sudah! tak semena-mena tiba-tiba borak benda lain jadi rozana pula..tak payah nak mengada nak terguris hati ini pergi luar rumah tiba-tiba nyanyi lagu ziana zain ke.layan kan aja..lepas tu dia akan sedar sendiri.eh ida kan tadi..takpe tok nak panggil jennifer lopez pun saya tak kisah..:D


eh penat dah haa taip..tak susah kan.sama je kalau macam layan budak-budak.kena bagi perhatian secukupnya. kalau kau buat muka endah tak endah sama lah macam konsep kau tak menyahut seruan kerajaan dalam hidup kau.haish..tak wonderpets sungguh!


yang paling penting.bermanis muka.biarlah muka macam isteri mafia pun kalau senyum nanti cramp muscles kat pipi ke.kalau senyum mesti nampak dah sifat mahmudah tu.mana tahu kau on the list dapat jadi menantu dia untuk anak dia yang belajar kat canada tuh.kan dah bertemu jodoh.krik krik krik *bunyi cengkerik


****


aku syok gila layan vampire diaries.aku macam rasa aku dengan damon salvatore ni ada hubungan kimia lah.'damon..i rasa rasa i tercipta dari tulang rusuk kiri you lah.jom kahwin'..hahaha.diam lah ida.

tiba-tiba lari topik kan.vampire bagai.yela..nak suruh aku layan animal planet ke? tahan 5minit aku tukar.ingat aku pegawai perhilitan? takpe lah janji aku macam ada mood banyak nak menaip.siapa baca memang akan dapat kasih sayang yang tak berbelah bagi.korang pilih lah.kasih sayang aku or damon salvatore? hahaha' ke korang pilih KLCC? grr..

oke toodles.

p/s: trust is vital.We were too young. We were foolish. They say your first love seemed so perfect, until you meet your second.











Friday, December 10, 2010

tak perlu susah susah click refresh dari pagi bawa ke malam.yeay!

oke..cerita pendek je.yeay! dah dapat check result.Alhamdulillah..bukan lah deanlist pun dan tapi berbaloi lah project semua oke dan yang penting tiada kegagalan' itu pun dah boleh buat aku memanjat penuh kesyukuran.stop! erk..tak mahu cerita panjang kan..  


lepas tu kan..lepas tu kan..aku tension juga kadang-kadang tak tidur berapa hari siapkan studio punya project.ke hulu ke hilir..perabeh duit sebab buat project.aku rasa busy sampai lupa nak adakan masa untuk diri belajar apa yang patut gadis gadis macam aku patut belajar. *eceh..pernah sekali aku tension tengah tengah malam dok sapu acrylic kat model project aku kan..aku terbebel.. patutnya, korang laki-laki ni yang perlu bekerja keras. aku golongan makwe makwe ni duduk rumah je, belajar masak ke buat kerje rumah ke, pastu cantikkan diri sikit tunggu laki  masuk minang. itu saje kerje aku sebenarnya.!!! 


erk...lepas tuh sendiri menyesal sebab kalau lah kan aku takda ilmu di dada siapalah aku di dunia ini..ewoohhh! biar tak lawa ber..janji ilmu dunia akhirat cukup bekalan.takpun marilah jadi beauty with brain.jangan harapkan laki je nak gedebak gedebuk cari nafkah.nanti dah kerja kalau ada kerjaya elok-elok boleh menabur wang dengan baik..manage duit kasi elok, nak beli apa pun orang keliling tak bising sebab duit sendiri.shopping dengan hasil titik peluh sendiri sangat surga! cuba kalau pakai duit laki? maunye laki kau kedekut nak mam..tak ke pilu je rasa hidup.mari lah bekerjasama biar lelaki berjaya..perempuan pun sama..*nie bab apa dah aku masuk ni..kerja ea? ke rumahtangga? haha! lari dah..mahap..tamat.


***


cucu rumah orang sebelah dah balik.kata cuti sekolah kan.mak aih..depa punya cara pergaduhan sesama sedara memang macam cerita polis hong kong.segala aksi ada dari yang suara halus mulus sampai suara pitching kalah ning baizura pun ada.aku punya tingkap bilik betul-betul mengadap ruang tamu depa punya tingkap.tak payah susah-susah tengok drama kat televisi.jenguk kat tingkap sambil kunyah biskut hup seng dan air perisa kosong pun cara juga.*hah eyda ngumpat jiran! bukan ngumpat cerita pengalaman..ye dak? hehe


ouh yea..makin aku diam.makin aku tahu semua cerita.terima kasih lah semua. :)


You can never "just be friends" with somebody you used to love, simply because a little part of you will ALWAYS love them. :') *tiba-tiba feeling..haishh


p/s: kaki..sila lah pulih dengan cemerlang. 

Tuesday, December 7, 2010

bendera merah hilang!

assalamualaikum.


oke' sekarang emosi bendera merah dah hilang.sorry lah aku kalau datang bendera merah memang kerja nak emosi je.memang fucked up sangat dengan diri sendiri because imma a girl that cant control my own emotion.inilah benda paling susah aku nak handle bila dah besau-besau ni.syaitonirojim betul!


It’s dec now. seems too early to start a new year’s resolution kan kan. On second though, you don’t need to wait for a year to change, to do something. if you want something, do it now. in summary, the past 11 months a lot had happened. i’m 20 now dang! dang! dah tua ke hang eyda!. yes…. for the 12ratus ratusan time, im only 20 tak tua mana eh.masih boleh main ting ting dah tuju kasut dengan rakan sebaya. 


there are so many things i wanna do. like always, the choices i make are the ones that will shape me. growing up, my priority would be a lot different compared to most girls my age' oke..ayat last dah poyo sikit! tapi seriously saya kena gerakkan diri untuk menjadi yang lebih cemerlang *arghh tolonglah ayat gua macam tunggang-langgang dah ni. oke mula balik' i want to live a simple life. i don’t need anything fancy. as for the next few days, i should start growing some plants,baking *auwww, be more organized, better time management, chilling in weekends, doing nothing but drawing, surfing the internet and watching tv series. i like that.wuhuu! keeps me calm. i dont need your fancy parties with pretentious people and wannabes. for real i need something calm and relaxing dont think i don’t smell what youre up to behind my back. so yeah. lets live life simple for the following year, i look forward to doing more  and focusing on what i want to.that’s all i need.


yang penting..what ever will be will be.Allah knows well.everything is under His control kan kan..jodoh? future thingy? i firmly believe in that.


jangan nk seriuos sangat lah eyda.oh dan sebenarnya ini azam tahun baru tahun lepas saya..tengok remaja tak berwawasan betul.. T_T *ini icon menyesal ke sedih gamaknya aku nampak ramai orang buat kalau kalau sedih.


senang cerita.


selamat menyambut maal hijrah kepada seluruh umat Islam,rakan rakan sepenerajangan, pakcik kedai tayar, makcik dobi jalan melur seksyen 7, kakak cantik jual ice blended, abang main skateboard. dan adik adik yang suka mengamuk tak tentu hala.moga tahun baru beri kita lebih barakah.aminnn..




aku tataw pa motif ada makanan tengah-tengah tu.tapi bengkak di bawah mata telah membuat kan aku tidur seawal mungkin sekarang.tapi kompem tengah tengah malam aku terjaga.tsk tsk..pernah juga malam-malam terjaga pergi buat sit up dan paling tidak pun aku main buat origami.sound so bambi. T_T *eh icon sedih lagi..alololo


mememuahhhh! eh..ade pulak nak cium cium..sekian.salam..*sambil buat muka paling mulia


p/s: sempena tahun baru..aku nak buat plastic surgery kat blog nie.biasalah mahu lebih umpphh dan hot.blog pun ada perasaan mahu stylo mylo juga.jangan ingat hampa ja nak bergaya.

Thursday, December 2, 2010

rancak

'kenapa saya semakin kurang berblog.kerana saya semakin rancak bertumblr'.bagi aku yang define menulis as a mind and heart therapy.there is certain places yang bila kau menulis di sini efek dia lain.dan di sana efek dia amat lain.kalau aku rasa terganggu atau kacau atau nak ketenangan.tumblr tempat aku..


maaf blogspot i hambar dengan you sebentar.I'm searching for the other part of my HEART
would you help me ?  :)



Flower, gleam and glow
Let your power shine

Make the clock reverse

Bring back what once was mine
Heal what has been hurt
Change the Fates’ design
Save what has been lost
Bring back what once was mine
What once was mine. 
ini lagu dalam cerita tangled.aku dah tengok yeyeay siap terhafal lagu ini best. 


ba ga ship da.osh kosh bigosh! nie cakap lanun.dia cakap..smile because its happened my dear. no matter what happen just keep strong.kena belajar.jangan nak manja sangat.saya dah tak kisah apa-apa dah. :)



p/s: bila lah nak habis semua ni oit! 

Friday, November 26, 2010

kamtumama dont kamtumi

assalamualaikum..:)


tajuk aku rasa memang tak pavilion betul.sebab tak ada idea.minda rasa tak boleh dikerah.baru cuti seminggu lebih dah rasa cuti 14 tahun..sebenarnya aku selalu rasa kurang selesa berada di zon selesa.eh boleh pula! eh mana boleh tak boleh..haipp!


haa..esh' nie baru betol gorgeous women in the Harry potter .tengok Bonnie Wright(Ginny).sumpah dia hot.kau kiss dengan Harry ea dalam cite nie.*cemburu


oke' lah nak masuk sikit.punya lah nak sangat amat terlalu menonton HP sampai download sampai tiga kali akibat ketidakpuasan hati.ade ke yang first download kau boleh dengar orang bergelak bayi nangis wadahel semua tu.kali kedua gambar tak bermutu..macam tengok cerita 2 Alam rasa. yang ketiga memang best! dah ulang tiga kali ni i stil menangis! apa kes menonton HP menangis. Mad Eye and Dobby mati u..R.I.P Dobby..tsk tsk

nanti nak haiwan peliharan semacam Dobby.eh Dobby haiwan kan..kan...siapa siapa buli aku kena sihir.espeliamus!!

hah berani?

oke lah.bye!


p/s: but i love i once.i love u still.i always have.i always will. 

Sunday, November 21, 2010

fenomena zaman muda

assalamualaikum..:)


mari kita tinggalkan emosi tidak bermaya.dulu saya bangun tidur tengah malam kerana mimpi seseorang. sekarang dah dua hari bangun dengan efek terkejut kerana mimpi perihal sekolah.dan perasaan yang ni lagi dansyat.rindu tak hengattt! rasa nak nyanyi lagu ziana zain sekarang! haishh!


dulu sekolah aku ada fenomena mari susun meja berbentuk pulau.rasanya yang invented benda ni dari aku form 3 aku tak silap batch atas atas lupa dah mana nak ingat aih. tapi selalunya budak laleki buat muka tamau sebab terasa seperti gadis gadis. diorang aku rasa kalau boleh nak duduk secara straight meja kat belakang kelas.yang perempuan suka kerana kesenangan dari segi komunikasi dan berdiskusi. dapat tak apa aku nak sampaikan ni? tak dapat pergi baca dari awal balik..heh heh heh.dont cry baby! sat lagi ada gambarajah.


haa..nampka tak? nampak tak? sat ada lagi.

ini lagi lagu.haa..tak cukup meja.kerusi pun jadi nak letak buku.punya lah cinta tak berbelah bahagi pada buku sampai tak sampai hati nak letak buku kat locker pasal jauh sangat.



ingat tak bila exam semakin hampir terutama exam konon semua akan menjadi pencinta buku yakni SPM and PMR la..takat selaras ke final semua kesedaran masih bayi-bayi lagi.time tu para guru dah tak banyak nak masuk kelas.semua belajar ikut dan hang la macam mana pun.kira macam self-study la ni.kalau yang nerd sikit siap ada jadual waktu prep hari ni nak pulun apa.haha kreatif betul semua kelas pun akan buat meja pulau-pulau ni.yang bestnya ia menjadi semacam trend.sebab kalau ada kelas tak buat mungkin akan dicop tidak ada kerjasama antara ahli kelas.haishhh bidaah sungguh! woah! (efek emosi tak boleh pergi) 


masa tu kelas aku pun terikut ikut jugak habis lah disusunnya perbagai gaya.siap ada nama tak tahan.paling tak boleh pergi aku,intan and fazlina..tiga ketul meja je kat belakang nun. orang lain semua dalam satu pulau ada tuhuh lapan orang paling kurang.kami tiga ja..betul-betul taiko ka apa? boleh lah juga nak rasa time tu kami lah paling cool. kesian..sebenarnya bukan cool mana.dalam kelas tu yang mulut macam tak boleh pergi kami tiga ja.di atas kesedaran civil yang tinggi dalam diri kami..kami memang nak duduk tiga sebab sat lagi kami bising mengganggu umat lain pula.dah la kami paling rajin dalam kelas.rajin betul tak tipu.RAJIN!


nampak? yang tengah nie la meja kami.aku dok betul-setul ngadap meja guru.abaikan perselerakan buku-buku tu.mungkin terlalu taksub buat revision -_-"

nie meja aku.apa dia aku ngarut dok lekat macam-macam nie.periodic table lah..haa' time  nie aku dok gila kat anime, takeshi kaneshiro dan andriy shevchenko.yea..dapat dilihat BUKU SEJARAH! (efek bangga)


dan aku memang kalau study telinga mesti kena sumbat lagu.macam-macam lagu..lagu nasyid ja kot..erk' lagu nasyid ja kot yang tak ada.sehingga tak sedar diri yang suara aku akan termenyanyi kuat tanpa sedar lagi yang suara adalah bukan bakat untuk menyanyitapi suara yang kalau orang tengah study dengar depa boleh migrain.see..aku paham semua tu.kau tak dengar intan and fazlina nyanyi.silap silap boleh luntur cat dalam kelas tu.lagipun aku tak suka study atas kerusi sangat.tak ada kenikmatan.sakit pelvis aku.so kalau dok belakang boleh study atas locker *tiba-tiba nak cerita*


nah gambar penutup.takda kena mengena pun.saj nak cerita pergi zoo sempena deepaveli saja melawat sedara-mara

sebenarnya aku rindu putu buluh kat pasar malam lenggong tu.how come kat tapah ni takde? kerajaan sila ambil serius perkara ni.kalau saya sedang mengidam nanti macam mana? susah kan laki aku nak cari sampai lenggong.

oh ya' i've changed my blog URL atas sebab-sebab tertentu. :) 

akan disambung lagi

penat mata

Friday, November 19, 2010

all is well.. all is well..pergi ulang 400 kali all is well..

this is a random shit.ye aku sedih tayah call banyak banyak kali dah bagi siapa-siapa jelah.


got hit by reality recently.BIG one and painful enough.
but hey, i know i shouldn't act like this.
childish and immature.
i should be open minded enough.
used to be that but i dont know why things is turning dark and grey these days.
praying hard to get it back.
praying hard to change.
praying hard to be someone better than what i am right now.
tried to fly but i crashed.
tried to run but my feet aren't going anywhere.
tried to scream but my voice is not loud enough.
tried to take it back but it's too late.

tears.
shadows.
kept to many things inside and dont think of letting it out.



the truth is, if i could be with anyone,it'd still be you.

dulu aku fikir senang je sayang orang ni.sayang..oke dah.cukup.tapi kalau betul-betul kau nak safe dalam satu relationship tu memang macam-macam benda jadi nak uji tahap mana sayang kau tuh.tapi akan sampai satu tahap kau rasa nak bertahan tu dah tak ada.kau masih sayang tapi kau kena kuat sorang-sorang.sorang-sorang sebab kalau boleh kau tak mahu susah kan orang lain dengan cerita hidup kau.

yea sorang-sorang...

p/s: .......

Wednesday, November 3, 2010

tentang memajalah

korang tahu majalah i? kazen aku pernah suruh aku beli majalah itu tahun lepas tak silap.sumpah aku tak pernah dengar itu majalah apa.aku fikir comic je.sampai depan pintu kedai aku tanya lagi.majalah i majalah genre apa? macam arena and kreko tu ea? kazen aku dah pelik.aku macam..ouhhh..majalah pasal computer la tuh. 

korang tahu ke majalah i tu apa? 

tadi..aku tanya roomate aku.eh majalah apa tu? ada maher zain! galaxie ea? nak! nak! *separuh menjerit dan nada amat excited. *nota: aku rabun tahap gaban dah sekarang.

roomates aku lagi dua orang pandang aku muka macam haremmmmm tahan gelak.oke..itu majalah i..tak nampak la kawan-kawan.

korang tahu ke majalah i tu apa?

kesian aku.baru tahun lepas tahun wujud majalah i ni.nasib roomate sorang ni tak disaster macam lagi dua.haha! lagi dua sumpah gila tapi saya sayang mereka.

dan sekarang saya dah pandai baca majalah solusi juga.sesungguhnya saya berbangga dengan diri sendiri.tapi junk and klue tetap dihati.tu lah kan.hidup ni sangat awesome sebenarnya. *tiba-tiba

yea sangat awesome hidup ni kalau kita selalu fikir positive.

rindu gila nak cari pasal dengan mangkuk dua orang ni.heh heh heh.eh watahel gelak cmtu tak gangsters kot! 

ouh' suka gambar ini.tapi muka saya macam orang sakit kena santau.time nie menderita sakit perut berpanjangan selama empat hari.nama saintifik simptom ademilson batista da silva disease.wow' pandai i reka!

i'm goin on 20 lagi beberapa hari.and saya boleh fikir bukan macam budak-budak macam dulu. :)

hye november..please be nice to me. *senyum sikit please..hee


p/s: trust is vital.just like your organ.its a total vital.absolutely vital. :(

Sunday, October 31, 2010

paper yang ke 36! DONE!!

at last datang juga hari yang di tunggu tunggu..unik weh' tak pernah sekali dapat hidup aku tunggu hari paper start.nie dengan perasaan tak sabar aku pergi auditorium hall which is tempat ambil exam itu pukul 7.55 pagi hokeyhh! 

gua punya paper start kol 9 pagi.watahel aku pergi awal! sebab aku terlampau tak sabau!..faham tak orang lain dah start feeling feeling exam seminggu yang lalu.budak budak course aku baru high high feeling start first paper..keluar bilik air pun bunyi gigi aku mengigil boleh dengar seisi alam.sejuk kemain cuaca sekarang..tak bagi can langsung aku nak sun bathing ke hape..

paper kali ni agak berat ada la dalam 14kilo.tapi semua soalan spot yang lecturer bagi masuk haa..aku siap bersujud syukur tadi tepi meja sebab pelajar mulia macam aku confirm confirm la study past years and soalan yang lecturer bagi je.jangan harap sempat nak cover semua.oke eyda tu nasib..sebab apa aku study past years je.sebab..aku tak suka baca slide nanti terbuka movie seronok lalu lalai segala plan nak bertekun.dan tak suka buku dia kerana muka surat adalah seramai 223 muka surat dah sama macam episod cerita drama endon dah.itu juga akan melalaikan tengok buku pun dah menguap 14 kali macam nak terkoyak tissue mulut.

***
sedang aku bertumpu jawab soalan.aku pun cakap nak tidur lah' sebab tak tahu nak menipu apa dah kat esei ni.aku tidur rasa nya baru tutup mata 0.5 saat buka mata dewan dah gelap.lepas tu dengar suara sok sek sok sek.sumpah aku ingat aku mimpi.rupanya betul.nasib baik aku tak panic.aku kalau datang mood gabra habis la..tapi tadi aku sungguh bertenang.terpegun dengan diri sendiri sekejup.oh' audi tiba-tiba black out.memang black habis sebab audi ni takde tingkap..hanya pintu besar bagak kat belakang.pergghh..bergurau pula nak main black out black out..lama la juga mereka bergurau ada la dalam 20 minit.masa 20 minit tu sempat la aku tidur jap.sempat juga aku dengar mereka bertanya-tanya jawapan tadi. syaitonirojim betol diorang ni..

20 minit bai hidup gua terabai macam tu je dalam audi tu.dah lah objective tak habis jawab lagi.perut sedap je berbunyi-bunyi.orang sebelah dengar mungkin sebab dia usha semacam je.biarlah..aku rasa seksi kot perut berbunyi.lepas tu baru kami kena tukar pergi liberal room.oke..hidup kembali normal.

gurauan ni oke lagi.

tapi roomate aku and classmates dia lagi best.sampai sampai hall pengawas cakap paper course diorang patutnya semalam bukan hari ini.haa..cuak biawak diorang.last last kelam kelibut pengawas itu pergi cari paper sebab dia yang careless dan mereka kena quarantine kejap.dua jam..kejap kan..kejap..

yang sorang lagi paper dia 3 muka surat ghaib.mungkin dia suruh tulis soalan sendiri jawab sendiri.tanda sendiri bagi markah sendiri dan key in markah dalam system sendiri.


dah pandai gurau kasar yea uitm sekarang ni.aduh letih ni..main lumba-lumba makan jagung siapa paling cepat dengan rumet.confirm la aku menang.mulut sungguh besar kot.

omel omel.kawan-kawan nanti saya hantar poskad macam ni dekat semua yea.

eh' next paper lagi seminggu.ya rabbi..nak buat hape ni weh! 

oh yea' syasya.welcome back to malaysia.eh' buat twitter yea dah bailik nanti.hee

sekian.

p/s: I will be Burger King and you will be McDonalds. I will be doing it my way and you'll be loving it. imy


Saturday, October 30, 2010

lagu baru

oke..dah tiga jam buat past years maka masa untuk membuka minda untuk sesuatu yang menyeronokkan.eh' apa entah..yea..lagu baru.semestinya aku memang akan tukar lagu dekat blog ini mengikut mood aku.apa yang aku rasa..apa yang aku rasa nak cakap.am not a sweet talker..tak syok doh dapat awek cam aku.aku tak reti nak ayat sweet sweet..nah lagu.ambil dengar dan kalau rajin sikit sila hayati..saya nak awak tahu lagu tu sebab itu lah apa yang saya rasa.

lagu ini macam classic..ibu suka lagu ni then aku rasa cam..ehh..ini lagu dalam cerita bride wars..haha! ibuku jiwang..auwww!

tadi semasa membuat past year.sempat juga termenung ..tiba-tiba terlukis gambar setan.ayokk laa...biasa dia! aku takda mood sebenarnya ni.but thanks to them! nad..thanks love!' mood study aku memang muncul sebab membebel dengan kau lah tadi.mememuaahhh!  iftaz..thanks for calling.kenapa setiap kali pun i rasa miserable u mesti call..macam tahu tahu je kan even i memang tak cerita pun u tahu.ada magic heh? syemi..thanks for makes me ketawa macam apa je tadi.tak leh lawak lagi ke dia nie aihh!

sebenarnya habis serata meja pun i menconteng.tangan i sangat agresif kalau nak tahu. tak bedung semasa kecil. haip!

jam itu telah meluncur laju ke dalam longkang kecil dan dalam.R.I.P dear jam pink yang kadang kadang mati di waktu i tengah ambil exam lepas tu menggelabah weh pukul berapa sekarang weh nak tengok jam hadapan mata rabun..lalu pasrah.dem u!



p/s: kenapa muka skandal baru lu macam perempuan tua..haish!

Friday, October 29, 2010

tweet tweet

tak pasal pasal pula nak tweet tweet kan..mentang mentang baru active twitter.*tepuk sederhana kuat


pernah tengok cerita bride wars? oke..kenapa saya selalu je nak review cerita yang sudah lapuk lagi berhabuk? (eh tahun lepas la cerita ni.)oh haa..sebab pertama' saya memang tak mudah jemu kalau minat cerita yang hilarious macam ni and memang nak tonton 9878967845 kali pun gua tade hal ber..sebab kedua... tak tahu..saya tahu sebab pertama je.


and plus..aku memang minat dekat kate hudson.kalau dia gemok pun still hot..eh apa kes? and suke tengok muka dia..amazingly pretty and sexy.serius ko tengok muka dia elok-elok.kalau pakai baju menang peraduan tea pot teko and kain batik dan rambut macam perempuan lepas pantang pun aku rasa muka dia still seksi.kalau nak cerita pasal hero dalam cerita nie tak best pun.semua tak hot..kau nak hot je kan eyda..dasar menonton movie kerana melihat rupa.ofcourse i am..saya memang akan tengok cerita kalau pelakon dia best je.


kan dah ke laut..sebenarnya nak kongsi ayat nie je.ayat dalam cerita perang kahwin ni la..cerita ni moral sangat best especially on friendship and love..tapi banyak pasal friendship.


sometimes in life, there really are bonds form to that cant never be broken, sometimes you really cant find that one person who will stand by you no matter what. maybe you can find in a some space and celebrate it with your dream wedding. but there's also a chance that a person you could count on a lifetime, a one person who knows you sometimes better than you know yourself is the same person who's been standing besides you all along.


kadang-kadang orang itu sentiasa je ada dekat dengan kita tapi no no no jangan salahkan diri sendiri sebab kadang-kadang kita tak perasan pun and kita mengharap kan benda lain kan.so apa ada depan mata kita take it for granted je.tak elok macam tu kawan-kawan.hargailah semua pun.kalau kau ada musuh.think positive. they dont hate you.they just dont like you.dorang peminat fanatic kau sebenarnya tu pasal semua pun nak kondem and nampak sangat selalu stalk kau.patutnya seronok..yay! saya ada stalker! tettt! and and u must love rumours sebab you will end up with something about yourself that you never knew ..*tepuk tangan tiga kali


those words boleh apply kat mana-mana situation pun depends on otak korang yang kreatif tuh.semua pun dah bijak-bijak kan..alololo comel nye semua..*tepuk tepuk tangan versi dalam air.


oke lah nak start study..haha' 1.00a.m baru nak start kau eyda.punya lah bosan sampai main susun susun notes atas perut.lepas ni nak lilit lilit kat tengkuk pula.bila nye nak start study ye dok.tadi tidur macam panda bag ang..penat macam baru balik perang.heh heh heh


nak gelak lagi heh heh heh..eh annoying kan gelak macam heh heh heh


eh try tengok ni.nak buat lah nanti..sure dapat surat cinta dari dekan.da la meminati dekan itu.dah lanjut usia pun baik budi bicara dan manis.


klik pada gambar untuk tumbesaran maksimum.


oke dah.toodles.


p/s: nak!

Wednesday, October 27, 2010

mari berkhayal.

kali ni nak serius.*bunyi cengkirik


pernah tak korang terfikir.apa yang orang tu tengah fikir yea yang buat dia fikir macam tu ape yea? kenapa kalau kita tak faham apa yang dia try sampaikan lepas tu kalau kita suruh explain terus diam.yea, mungkin dia expect kita nie ada magic nak faham semua.kadang-kadang dah sampai satu tahap we may not be perempuan yang undestanding sangat but try make us to.


korang percaya pada kebetulan? benda ni memang selalu jadi kat aku.tapi sampai sekarang aku tak faham kenapa. sebab semua kebetulan tu bukan benda manis sweet alololo..comel ke ape.but its something will hurt you.tapi dah jenis tak reti nak jaga hati sendiri kan.eh tape tak kisah pun haa..there might be a good things indeed..:)


dah la..*bunyi cengkirik ganti bunyi ayam lak.


for me, there's no one can be like you, no one can make me feel like you do, no one can..i miss you ever since i met you. i love you with no reason.saya tak pernah jujur dengan orang macam ni sekali mak aih awat jiwang sangat ayat ni,


i nak setadi tapi notes tak jumpa letak mana entah.eh eh hye november is coming.it should be 2 years by now.oke bye.