Sunday, May 30, 2010

emotional disaster.heh.

iklan: walau pe pun jadi aku sokong germany! adik aku cam biasa france dua dua! weh! tapi ankle injury ballack time fnal FA cup aritu mintak mintak baik habis.

nothing..rasa nak tulis.actually menulis nie kadang kadang boleh jadi kinda terapi..yes' i am upset.selalunya bila aku tengah macam ini aku hilang sekejap.sebab aku paksa buat macam tu.tapi sekarang aku malas nak layan..


yes..it seems like you lost a part of yourself.sakit kan..
almost a year takde la lama mana.
rasa dah ulang benda ni berapa kali dah.
but it still wont help.
every single day' pray the same thing.hari hari benda yang sama.
sometimes kita memang jarang nak give up.
tapi kali ni like we lost hope.


ya allah! aku benci lagu yang boleh buat aku terganggu..sangat!


akan datang.harap jadi macam dulu.please..
malam nak nangis ke apa.sila lah berubah..


can't wait. =)


but yet i still saying this..'i miss you' but mungkin rasa macam main main.terpulang lah.blog aku nie kalau nak kategorikan mesti pening.segala sedih berjimba haru suka blur semua blend sekali. ouh' kalau nak seronok je tak versatile lah bumi ni.


p/s: nak memancing..

Friday, May 28, 2010

lagu tema and random part ke berapa tak tahu..

As usual….

lepas tonton youtube always ends up with a blog post… muahaha… 



tudia' bulan june pun tak mai lagi dok kalut tempek lagu ni.yea' macam tak biasa je aku' setiap bulan mesti ada lagu tema hidup.bukan saja saja aku nak dengar lagu tuh setiap dan ketika sambil melalak macam aku sorang ada suara indah dan menggetar jiwa ke apa kononnya.entah hapa hapa.

erk.sila stopkan lagu yang kat bawah sekali tu kalau nak tengok ini.=)

cerita nie tade la baru pun tapi aku baru sekarang rasa nak dengar soundtrack dia.hey lambat aih hang nie eyda! sebab ada dia cakap bintang..haha' pedehal! aku suka lagu bintang..bintang..ulang lagi bintang.and whatever it is.. please jangan tengok cerita nie..tak best uu..aku dah download and masa setengah jam pertama aku dah rasa nak guling satu katil.tak futuristik dan tade nilai nilai sarkastik betul cerita nie..(abaikan sarkastik tu aku main petik je) 


and lagu tema aku dari dulu stok nak pelan macam nie kan.mesti lah..tenang gitu.nak suruh aku letak lagu kesha jadi tema.ouh' boleh..tapi aku tengok dia tuh serabut semacam..baik aku letak lady gaga..idol i tu noks! dan dan..yea..suke lagu ini banyak laut. (bajet ayat nak cute..alahai eyda..)

***

tapi come on la typical malay movie..huhu' tak rugi tak tengok.pape pun aku nak tunggu 'lagenda budak setan'..novel dia serious shit best! dalam banyak novel melayu aku just baca yang ahadiat akasha and ramli awang mursyid.semangat nak tonton rasa macam nak kawad satu padang sekarang.



and prince of persia.sumpah menghiburkan sebab nak koba ia best.actually aku memang minat cerita berunsur mitos macam tu.buat kau berfikir kejup.especially kalau menonton the da vinci code and angel and demon.sampai aku balik google semua tuh..


and (banyak betul and aku)..and the things is.movies or tv series is just like a song.heh.sebab apa.sebab dia macam boleh effect life kita.boleh effect mood kita dan boleh effect segala persepsi kita.dan kenapa tiba-tiba ayat kat blog aku jadi berilmiah..


and..kenapa mereka tak masak hari ini.aku lapar meski pun dah 5 tempat ikut cousins pergi kenduri..?


and..dah dah i nak makan..


p/s: i saw him! tapi entah..teeett' adehh..

Wednesday, May 26, 2010

gadis-gadis saya part 2

dulu masa kecil mana nak kisah pasal kawan nie.i mean semua untuk seronok.main masak masak tepi parit ke' main panjat pokok manggis sampai patah tangan.main bedah bedah kelawar.semua untuk seronok.gaduh? aku suka cakar orang..seksi tak cara aku gaduh' main cakar cakar..auww! haha!

a part of kesayangan gua.peluk! peluk! haha

then bila dah besar tinggi dah tak comot' u'll realize..friends is all that we need instead of families.ini masa sekolah..kau kawan je dengan semua orang.huhahuha time kelas fizik..baca seventeen time kelas bahasa melayu..lepak-ing.that's friends.among those so-called-friends mesti ada bestfriends.ini kau nak peluk cium no hal.nak menangis macam histeria bagai pun mereka still gila tabah tenang kan paling penting bergayut bincang hal dunia selama 43jam pun still teruja dan semangat tak luntur.bila gelak sama sama gelak macam hari ini je boleh gelak sok taley dah kena diam selamanya.paling terharu..bila kau menangis dia pun menangis..auww' so sweet kan para gadis.

lelaki? nie kena buat entri lain.mari cerita pasal perempuan saja.tajuk pun gadis-gadis..

and and..kau harus bersyukur ada mereka.sahabat yang kalau kau pot pet buat muka badut circus macam mana pun mereka still boleh tahu yang u're dying inside.bang bang..hati lu kena tembak! but still the only reason that will make u smile again  is your buddies.taraaa!

 terima kasih boolat layan karenah perempuan perempuan nie sat nak amek gamaq kat sini.sat nak amek kat sinun.haha

I have come to the conclusion that we must not expect too much from life..We must give to life as much as receive from it..The good,the bad,the joy,the tragedy,love and happiness are all interwoven into one single indescribable whole called LIFE! boleh join teater dah ayat neh..ahah

try to be someone that appreciate others please..=)

p/s:  i miss you but i have no right to say it out loud..haha. ;)

Tuesday, May 25, 2010

nak kawen jalan bawah pedang jugak.

weekend itu hari aku penat kawen.yea..penat rupanya kawen nie.ini side ayah aku kat kuala selangor.ya allah event dia 3 hari 3 malam..nasib baik rumah sedara mara dekat dekat.aku rasa nak tidur rumah nie aku pergi rumah nie.kalau rasa nak join gosip rumah tu aku pergi rumah tu.dah kata sedara mara semua ramai balik..part berebut bilik air memang dah lumrah dari tahun masihi lagi.

tandas kan ada kat luar dan dalam.cousins aku suka yang dalam je.mentang mentang nampak best.aku peduli hape.kalau dah rasa tak sabar nak mandi aku hentam je yang kat luar.cantik juga cuma ia terletak di luar dan kau kena jalan la sikit..agak agak ada orang follow malam malam..ajak mandi sama.nasib baik takde perigi..lagi misteri.

kenapa entah aku cerita pasal tandas.

sebenarnya kazen aku' kak june kawen itu hari.laki dia nama abang arif..dan baru aku tahu adik abang arif nie mrsm taiping dulu.tapi batch senior dari member2 aku kenal.kisah dorang nie panjang entah apa aku lupa tapi mereka kenal dari sekolah dah 10 years in a relationship..mak aihhh setia nohh! abg arif nie pun berapa kali dah datang rumah aku.kita dah kenal la semua baik..

dan paling syok mereka kawen lalu bawah pedang.dulu aku tengok abg zaki aku kawen lalu bawah pedang gak macam syok.tapi yang itu style polis polis..this time navy punya style..esh' cara wehh! ada pakai skirt main musik' kalau aku aku nak buat mereka buat persembahan lawan pedang depan pengantin ka.tayah silat..cemuih dah.

 aku tak sempat tengok ini sebenarnya sebab dok kejar anak sedara lari lari tepi tong air.biasa dia!

 segan dah tuh sebab tersilap laki ea tadi.

sian depa terpacak indah tepi nie.kawan lain melantak lama dah.

aku kawen nanti tade main suap suap.main sapu sapu cake kat muka nak?

gambar ini jadi menepi kenapa? maksud aku jadi lebar..haha

nampak kan aku pakai tudung putih.marah betul aku bila semua kata tudung mesti putih.last pakai tudung putih time mms uitm dulu.tu pun tudung pinjam.ini pun pinjam mak sedara sebab aku ingat nak pakai tudung pink.haish..! lain kes pasal baju pulak.memang tema merah putih tapi baju tinggal rumah kat perlis nun.tepuk! tepuk!

maka nak tahu aku pakai baju siapa? baju ibu aku masa dia umur 20 lebih dulu.muat muat aku ja.tapi kain boleh buat mop satu kampung.ibu aku stok tinggi.aku je tak cukup tinggi.maknanya aku pakai baju kurung style 20tahun lebih dahulu..erk! tu belum tengok tang leher..mak aih..cam waiteresssss dah gua.nasib baik tudung melindungi..kain terbelah tak yah cerita.asek asek kerja aku dok cover jalan..kaki lawa tape tayang.kalau tak lawa baik cover awal awal.

dan kesimpulan nya.i nak kawin dengan leftenan ka..mejar ka..komander ka..boleh? syok!

p/s: next entri saya dan gadis gadis saya pula..yeay!



Monday, May 24, 2010

tema hidup aku bulan ini..taraa!



nak tulis banyak.tapi malam nanti i cerita panjang.nie tengah tungguh nak kua dengan tiga minah kesayangan.memang tak bergerak kaki lepak dengan mereka.mulut je lancar.

p/s:yes' dah tak jeles.SYABAS ati! haha

Thursday, May 20, 2010

☮ + ♥ = :)

sometimes when  you're JUST about to smile.10 minutes later something will make you cry.yeah' its totally tiring and fucked up gila vavi lah!

kekok? yeah..semestinya.

actually..in this real world lah kan.everybody seems to have found that fairytale ending.but as they put it, "oh..there isn't a happy ending ever after?" After all, how could it be macam nak happy ever after? the story of our life is far from over.what was that? penat lagi kan..

but allah maha adil.everything happen for a reason.someone will make u cry..then others will makes you smile.u see..'others'..ramai kan.

yea ramai.but still tamau lah kekok kekok..kalau kekok macam mana nak jadi biasa.dan kalau sampai sekarang aku tak selesa..yup' baik aku lupakan je.hiyeah! ai ai

Honey, go missing and make a great comeback.
p/s: come come break my heart again.heh.

Tuesday, May 18, 2010

kerjaan kerjain kejaran..kelenjar' kolon?

erk' perut aku berbunyi time taip neh..aku dah macam menahan diri dari lapar dan dahaga serta menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa..cerita pendek dia aku puasa.dah nak raya weh..sembilan setengah hari lagi aku tak ganti puasa.

junk dah sekarang sebab i'm so sick dengan rottw.serabut satu serabut dua serabut tiga!

 aku bosan sebenarnya nie!

aku dah la jenis gadis tak jumpa nasi sehari boleh rasa macam nak terberanak.tengah solat pun tangan menggeletar..pastu dah sampai sujud aku berguling ke tepi' stop habis solat..sumpah tak tahan..maka aku pergi makan dulu kemudian solat balik dengan lebih bertenaga dan ikhlas dari hati turun ke hati..

oh aku sebenarnya nak belajar memasak cuti ni.lantang gila aku suarakan hasrat murni aku ni itu hari.tapi sebab aku bosan duduk rumah..tade sape nak cari gadoh dengan aku.maka aku buat keputusan drastik nak kerja.mangkuks gilers kecohs kats faceboobs akus kerjers! aku kerja kat butik..jadi model.mana main dah butik serakang pakai model patung.apa guna aku hidup di dunia kalau tak berbakti pada butik tu ye dak..

 suka hati lah! =)

 percaya la weh!
apehal aku tulis sekarang dari serakang..malas nak edit..

p/s: kenapa bila aku nak jalan lebih laju kau halang ea? jangan buat cerita lama datang balik..parah' nak setahun dah aku dan kau macam nie..haip! biasa dia..

Saturday, May 15, 2010

kehadapan peti besi bergambar

aku ada satu rahsia yang aku tanak gembar gemburkan di facebook tapi nak kecoh kat belog.oh blog i kan..' begini' aku kecewa..sebenarnya aku tak tengok adamaya episod terakhir..ada apa hal aku tengok dari first episod bilamana episod last aku tertidur! masyarakat lain sikit pun tak mengejut i nie sebatang kara dalam bilik berkunci phone hilang..lesen gambar mata sepet..mempunyai ic sementara..fb tak boleh buka..tidur lalu terlepas adamaya..oh hampa!

oke' sebenarnya ibu dah lima kali ketok pintu..kenapa aku tak dengar? itu la hal..sekarang tidur memang macam tak mahu pulang ke dunia.sebenarnya sesi marilah-kawan-kawan-kita-mengqada-tidur-setelah-final-hari-hari-tidur-pukul-empat-pagi belum habis lagi. (baca semua tu dalam satu nafas please..)

tapi selepas menonton percy jackson dan pencuri kilat semangat berkobar-kobar.tapi bila fikir tak pasti la pula percy boleh jadi suami penyabar istiqamah dan mithali seperti adam aku hampa kembali..

ini hari ketiga aku tersinggung dengan diri sendiri..maka aku addicted kat satu cerita.oke fine..ini cerita lama dah. reality series sebenarnya..kenal kimora lee simmons? oke sumpah minah nie hot momma..auww! pergi la cari..kimora:life i the fab lane

aku tak puas tengok kat channel V..lalu aku beli dvd dia..hilang kisah aku nak beli purse baru' haish..purse alaf sekarang semua nak gambar macam tak berprestige kenapa..tengok dah hampa lagi.kimora..u won!

sebenarnya tadi keluar shopping dengan dinie and intan sementara tunggu ibu servis kereta i mengambil kesempatan shopping woh kau rasa dah 23 tahun tak melunaskan kewajiban i sebagai gadis gadis untuk shopping tanpa risau..eh' duet cukup dak weh..tapi jam dinie mahal..boleh gadai.kini tidak lagi dengan tummy treme..apa kau merepak eyda..makan kasut kang..oke' diam..-_-"

esok nak ikut ibu pergi sekolah.aku bosan lah duduk rumah macam raja..nak masak dah handal sangat.nak cari gadoh pun puas dah kucing jiran jadi mangsa.adik adik aku bila nak balik entah..esok petang juga nak pergi adik bongsu aku yang manja nak mampos tu punya orkestra..dia paksa aku pergi sebab dia kata dia perlukan sokongan kakak cantik macam aku..(ouh' terharu..shuki kalau baca nie jangan deny kan)..

lalalala~

apahal panjang sangat aku membebel nie. SEBAB FACEBOOK AKU TALEY BUKA LA WEHH! eh' tercaps lock..maaf..saya pemalu..

p/s: bila nak dapat fon baru ini..ayah?? hehee..

Wednesday, May 12, 2010

bukan hari raya



nampakpagi tadi bersamaan sebelas hari bulan lima tahun dua ribu sepuluh aku terima satu trauma buat kali kedua. first time aku eksiden dulu.pastu datang balik perasaan tuh.taw dak perasaan yang kau takut dengan semua benda..gilo! i rasa macam nak duduk dalam peti television jek..betul weh..ala ala drama uu..

oke' macam ini..aku dan dua kawan aku tidur kat ruang tamu sebab bilik takda lampu.pi mana entah.bukan dah bayar ke elektrik yang tinggi tak hegat tuh.gugur bulu roma nak bayar.oke2' cerita..

aku tertidur dalam pukul 5 lebih cmtu..pagi yea' tapi member aku lagi sorang dok kalut nak tonton hanazakari sampai habis.gila aku dah khatam 237 kali.dia baru nak gelak gelak tengok.kira dia memang tak tidur la hari tuh..sekali dalam pukul 7 mamcam tu dia nampak sorang lelaki asing.shit! meremang kot bulu roma aku taip nie.dia manusia la tapi dah nama asing memang seram lah.dia nak p depan..sekali member aku tu jerit..'WEH LAKI WEHHH!'

aku yang lak sumpah terpinga-pinga nampak dia dok lari p belakang.aku nampak weh..aku kejar sat tapi aku nampak dia bawa kayu.woihh! seb bek aku tak p terkam ke ape' kang aku yang kojol.ape ke..aku tak nampak muka penyangak tuh..member aku nampak tapi dia tutup dengan kain baju.

sempat dia amek phone nokia aku..yang sony pun..ya allah! aku sayang gila kot phone sony tuh' macam macam menda ada.purse aku n rumet aku abeh dia rempat.ape aku ade lima hengget je dalam tuh setan woi.sabar jela..paling tak tahan..tiket bas aku nak pulang ke pangkuan keluarga ada dalam purse' lesen..ic..ak tade pape weh tinggal.at least meber yang len phone melaun tuh tak sempat nak ambil.dni lak nasib bek dy dok wat nyanyuk tinggai purse dalam motor.phone dia letak bawah badan..aku nie' phone tepi muka jek dia sempat ambil.aku tak sedar..alahiii..tade rezeki..huhu

nasib baik dia tak ambil laptop.selamat semua.tu pun aku dah takut gila..sumpah aku kecut sebab aku nie kalau dah terkejut memang lemah habis.boleh pulak..housemate aku dok panggil nama aku..aku tengah packing aku terkejut' terduduk..pastu aku nangis..sebab aku terbayang hal tadi.ya allah..sumpah aku tataw nak cakap cmne..time bagi statement kat police pun aku blurr..

dua orang rupanya pencuri tu sebab jiran aku nampak.yela kami dok dengar dia lari ke belakang keluar ikut tingkap n dengar bunyi motor..

paling haru..aku kol ibu aku tak dapat' rupanya ibu off phone..huhu' ayah aku lak tak dapat gak.huhu' tu je aku ingat number' orang ketiga aku ingat number ialah ex aku..aku kol dy nak mintak no ayah aku lagi satu sebab aku tak ingt langsung.dia je taw sume jenis no yang aku ade.dia pun mamai mamai tolong pi cari..tapi sebab itu no lama dia takde..tapi tataw bila cakap dengan dia aku oke sikit.oke tutup kes ini.

tapi gila aku sampai sekarang aku kecut lagi..syukyr gila lah kami tak apa apa.ramai jiran datang,jkk sume mai tengok..polis ambil cap jari apa sume..aku dah blurr..sapa2 tengok muka aku mesti nak tergelak sebab aku blurr gila..hang cakap dengan aku lima kali aku dok ha? ha? ha? kesian inspektor cantik tuh..hee


alhamdulillah..sekarang aku rasa oke sikit.
tapi malam nie aku nak tidur dengan ibu aku..hehe

macam macam jadi' tudia..pengalaman..

p/s: thanks ..




Saturday, May 8, 2010

formspring century?

eh' formspring pula ke? ingat saja nak lari ke sini instead of facebook.but then it also hurts me..hey la eyda.jom ke daerah lain.find your happiness there. oh baiklah! =)

p/s: amende la ko neh..

Tuesday, May 4, 2010

empat belas kata pergi.dua puluh lima kata mari

oke' dah tak hot.hari itu bagitau pina 2 kata pergi empat kata mari.nampak tak ciri-ciri hot di situ.sekarang hanya tinggal dua.apa aku nak buat dengan dua nie.sebab nanti mereka akan pergi juga.bagus' aku nantikan pemergian mereka.

 masyarakat semua tengah final aku leh p tengok wayang.'lelaki besi dua' best la der..!

tinggal dua paper adalah rasa macam ada lagi 23 papers to go! tadi soalan rasa macam jawab physics kenapa entah.aku dah la elergic subject nie.memang tiada unsur kasih sayang soalan macam  weh weh dah baca lah ape ntah formula mana nak gune hoi tak ingat lah GILE! maka terjadilah formula ciptaan sendiri.syabas!

cepatlah..i nak cuti nie.nak belajar memasak.berdebar dah rasa nak kena dengar ibu pung pang pung pang kejut i bangun dari pemberaduan.

sama tinggi! sama tinggi! tahniah diri sendiri!

eh setadi lah hidayati anak perempuan pertama encik hamid.berdebar lah! fav subject dua nie.boleh buat aku pengsan tiba-tiba dalam hall.

tolong..jangan bagi saya fikir benda lain sekarang.hey lekas mari belajar dengan justin bieber! 

gambar penutup.walaupun baru kenal mereka semua nie tapi semua best.mereka budak unimap.aku jek dak uitm sesat tak pasal pasal.oh beselah.hidup kena mesra alam.;D

p/s: saya mimpi..saya mimpi..mimpi mimpi..lalalala~

Monday, May 3, 2010

statusitasi soksek soksek.

tell you what' terkenang and mahu is very different weh.VERY! =)

aku letak kat status facebook itu hari.entah mereka komen pelik-pelik..kan.just so you know' bila aku terkenangkan what-so-ever bullshit thingy tak kira apa pun tapi yang dulu punya.tak semestinya aku mahu semua tu balik. as simple as that..GONE eyda GONE! 

contoh tak perlukan gambar rajah.i malas nak lukis-lukis uu..hee! oke contohnya anda terkenangkan buah durian belanda anda makan dengan seorang dia tiga tahun lepas.padahal bukan musim durian belanda pun.terkenang sampai menitik air mata gituu.tapi dia tu takde dalam hidup anda dah.belajar keluar negara ke kawin lari ke' itu yang kita tak tahu.dah' lepas menitik air mata emo emo jup.anda senyum' eh kata terkenang..

see..dapat tak.

kalau terkenang tu adalah kita mahu maka kita akan pergi beli atau cari durian belanda sampai ke lubang cacing kemudian bukak yellow pages cari nama dia tadi.dah jumpa tarik duduk makan buah tadi sambil buat aktiviti sama macam dalam situasi kita kenang itu.memang sangat berusaha.

tapi malang bukan begitu.tade usaha.akibatnya..terkenang bukan lah maknanya mahu.

kan dah kata.terkenang.emo dua tiga empat minit..senyum..oke nak tidur. GOOD NIGHT EVERYBODY!

 tengok muke 'terkenang' saya' haha! macam nak kena tumbukan.yes' its the same bangku at the same place and the same time. =)

p/s: aku rasa durian belanda adalah buah bermusim.ke salah? oh pakar buah buahan mari jadi cikgu tuisyen saya.