Sunday, October 31, 2010

paper yang ke 36! DONE!!

at last datang juga hari yang di tunggu tunggu..unik weh' tak pernah sekali dapat hidup aku tunggu hari paper start.nie dengan perasaan tak sabar aku pergi auditorium hall which is tempat ambil exam itu pukul 7.55 pagi hokeyhh! 

gua punya paper start kol 9 pagi.watahel aku pergi awal! sebab aku terlampau tak sabau!..faham tak orang lain dah start feeling feeling exam seminggu yang lalu.budak budak course aku baru high high feeling start first paper..keluar bilik air pun bunyi gigi aku mengigil boleh dengar seisi alam.sejuk kemain cuaca sekarang..tak bagi can langsung aku nak sun bathing ke hape..

paper kali ni agak berat ada la dalam 14kilo.tapi semua soalan spot yang lecturer bagi masuk haa..aku siap bersujud syukur tadi tepi meja sebab pelajar mulia macam aku confirm confirm la study past years and soalan yang lecturer bagi je.jangan harap sempat nak cover semua.oke eyda tu nasib..sebab apa aku study past years je.sebab..aku tak suka baca slide nanti terbuka movie seronok lalu lalai segala plan nak bertekun.dan tak suka buku dia kerana muka surat adalah seramai 223 muka surat dah sama macam episod cerita drama endon dah.itu juga akan melalaikan tengok buku pun dah menguap 14 kali macam nak terkoyak tissue mulut.

***
sedang aku bertumpu jawab soalan.aku pun cakap nak tidur lah' sebab tak tahu nak menipu apa dah kat esei ni.aku tidur rasa nya baru tutup mata 0.5 saat buka mata dewan dah gelap.lepas tu dengar suara sok sek sok sek.sumpah aku ingat aku mimpi.rupanya betul.nasib baik aku tak panic.aku kalau datang mood gabra habis la..tapi tadi aku sungguh bertenang.terpegun dengan diri sendiri sekejup.oh' audi tiba-tiba black out.memang black habis sebab audi ni takde tingkap..hanya pintu besar bagak kat belakang.pergghh..bergurau pula nak main black out black out..lama la juga mereka bergurau ada la dalam 20 minit.masa 20 minit tu sempat la aku tidur jap.sempat juga aku dengar mereka bertanya-tanya jawapan tadi. syaitonirojim betol diorang ni..

20 minit bai hidup gua terabai macam tu je dalam audi tu.dah lah objective tak habis jawab lagi.perut sedap je berbunyi-bunyi.orang sebelah dengar mungkin sebab dia usha semacam je.biarlah..aku rasa seksi kot perut berbunyi.lepas tu baru kami kena tukar pergi liberal room.oke..hidup kembali normal.

gurauan ni oke lagi.

tapi roomate aku and classmates dia lagi best.sampai sampai hall pengawas cakap paper course diorang patutnya semalam bukan hari ini.haa..cuak biawak diorang.last last kelam kelibut pengawas itu pergi cari paper sebab dia yang careless dan mereka kena quarantine kejap.dua jam..kejap kan..kejap..

yang sorang lagi paper dia 3 muka surat ghaib.mungkin dia suruh tulis soalan sendiri jawab sendiri.tanda sendiri bagi markah sendiri dan key in markah dalam system sendiri.


dah pandai gurau kasar yea uitm sekarang ni.aduh letih ni..main lumba-lumba makan jagung siapa paling cepat dengan rumet.confirm la aku menang.mulut sungguh besar kot.

omel omel.kawan-kawan nanti saya hantar poskad macam ni dekat semua yea.

eh' next paper lagi seminggu.ya rabbi..nak buat hape ni weh! 

oh yea' syasya.welcome back to malaysia.eh' buat twitter yea dah bailik nanti.hee

sekian.

p/s: I will be Burger King and you will be McDonalds. I will be doing it my way and you'll be loving it. imy


Saturday, October 30, 2010

lagu baru

oke..dah tiga jam buat past years maka masa untuk membuka minda untuk sesuatu yang menyeronokkan.eh' apa entah..yea..lagu baru.semestinya aku memang akan tukar lagu dekat blog ini mengikut mood aku.apa yang aku rasa..apa yang aku rasa nak cakap.am not a sweet talker..tak syok doh dapat awek cam aku.aku tak reti nak ayat sweet sweet..nah lagu.ambil dengar dan kalau rajin sikit sila hayati..saya nak awak tahu lagu tu sebab itu lah apa yang saya rasa.

lagu ini macam classic..ibu suka lagu ni then aku rasa cam..ehh..ini lagu dalam cerita bride wars..haha! ibuku jiwang..auwww!

tadi semasa membuat past year.sempat juga termenung ..tiba-tiba terlukis gambar setan.ayokk laa...biasa dia! aku takda mood sebenarnya ni.but thanks to them! nad..thanks love!' mood study aku memang muncul sebab membebel dengan kau lah tadi.mememuaahhh!  iftaz..thanks for calling.kenapa setiap kali pun i rasa miserable u mesti call..macam tahu tahu je kan even i memang tak cerita pun u tahu.ada magic heh? syemi..thanks for makes me ketawa macam apa je tadi.tak leh lawak lagi ke dia nie aihh!

sebenarnya habis serata meja pun i menconteng.tangan i sangat agresif kalau nak tahu. tak bedung semasa kecil. haip!

jam itu telah meluncur laju ke dalam longkang kecil dan dalam.R.I.P dear jam pink yang kadang kadang mati di waktu i tengah ambil exam lepas tu menggelabah weh pukul berapa sekarang weh nak tengok jam hadapan mata rabun..lalu pasrah.dem u!



p/s: kenapa muka skandal baru lu macam perempuan tua..haish!

Friday, October 29, 2010

tweet tweet

tak pasal pasal pula nak tweet tweet kan..mentang mentang baru active twitter.*tepuk sederhana kuat


pernah tengok cerita bride wars? oke..kenapa saya selalu je nak review cerita yang sudah lapuk lagi berhabuk? (eh tahun lepas la cerita ni.)oh haa..sebab pertama' saya memang tak mudah jemu kalau minat cerita yang hilarious macam ni and memang nak tonton 9878967845 kali pun gua tade hal ber..sebab kedua... tak tahu..saya tahu sebab pertama je.


and plus..aku memang minat dekat kate hudson.kalau dia gemok pun still hot..eh apa kes? and suke tengok muka dia..amazingly pretty and sexy.serius ko tengok muka dia elok-elok.kalau pakai baju menang peraduan tea pot teko and kain batik dan rambut macam perempuan lepas pantang pun aku rasa muka dia still seksi.kalau nak cerita pasal hero dalam cerita nie tak best pun.semua tak hot..kau nak hot je kan eyda..dasar menonton movie kerana melihat rupa.ofcourse i am..saya memang akan tengok cerita kalau pelakon dia best je.


kan dah ke laut..sebenarnya nak kongsi ayat nie je.ayat dalam cerita perang kahwin ni la..cerita ni moral sangat best especially on friendship and love..tapi banyak pasal friendship.


sometimes in life, there really are bonds form to that cant never be broken, sometimes you really cant find that one person who will stand by you no matter what. maybe you can find in a some space and celebrate it with your dream wedding. but there's also a chance that a person you could count on a lifetime, a one person who knows you sometimes better than you know yourself is the same person who's been standing besides you all along.


kadang-kadang orang itu sentiasa je ada dekat dengan kita tapi no no no jangan salahkan diri sendiri sebab kadang-kadang kita tak perasan pun and kita mengharap kan benda lain kan.so apa ada depan mata kita take it for granted je.tak elok macam tu kawan-kawan.hargailah semua pun.kalau kau ada musuh.think positive. they dont hate you.they just dont like you.dorang peminat fanatic kau sebenarnya tu pasal semua pun nak kondem and nampak sangat selalu stalk kau.patutnya seronok..yay! saya ada stalker! tettt! and and u must love rumours sebab you will end up with something about yourself that you never knew ..*tepuk tangan tiga kali


those words boleh apply kat mana-mana situation pun depends on otak korang yang kreatif tuh.semua pun dah bijak-bijak kan..alololo comel nye semua..*tepuk tepuk tangan versi dalam air.


oke lah nak start study..haha' 1.00a.m baru nak start kau eyda.punya lah bosan sampai main susun susun notes atas perut.lepas ni nak lilit lilit kat tengkuk pula.bila nye nak start study ye dok.tadi tidur macam panda bag ang..penat macam baru balik perang.heh heh heh


nak gelak lagi heh heh heh..eh annoying kan gelak macam heh heh heh


eh try tengok ni.nak buat lah nanti..sure dapat surat cinta dari dekan.da la meminati dekan itu.dah lanjut usia pun baik budi bicara dan manis.


klik pada gambar untuk tumbesaran maksimum.


oke dah.toodles.


p/s: nak!

Wednesday, October 27, 2010

mari berkhayal.

kali ni nak serius.*bunyi cengkirik


pernah tak korang terfikir.apa yang orang tu tengah fikir yea yang buat dia fikir macam tu ape yea? kenapa kalau kita tak faham apa yang dia try sampaikan lepas tu kalau kita suruh explain terus diam.yea, mungkin dia expect kita nie ada magic nak faham semua.kadang-kadang dah sampai satu tahap we may not be perempuan yang undestanding sangat but try make us to.


korang percaya pada kebetulan? benda ni memang selalu jadi kat aku.tapi sampai sekarang aku tak faham kenapa. sebab semua kebetulan tu bukan benda manis sweet alololo..comel ke ape.but its something will hurt you.tapi dah jenis tak reti nak jaga hati sendiri kan.eh tape tak kisah pun haa..there might be a good things indeed..:)


dah la..*bunyi cengkirik ganti bunyi ayam lak.


for me, there's no one can be like you, no one can make me feel like you do, no one can..i miss you ever since i met you. i love you with no reason.saya tak pernah jujur dengan orang macam ni sekali mak aih awat jiwang sangat ayat ni,


i nak setadi tapi notes tak jumpa letak mana entah.eh eh hye november is coming.it should be 2 years by now.oke bye.

Monday, October 25, 2010

ibarat baju tak ada lengan

apa perasaan menjadi semut? tadi bangun bangun tidur sikit lagi aku nak berdoa jadi semut.sebab aku nampak semut tu syoknya dia beratur dan busy betul.i love being busy.rasa cantik.

macam ni la aku.bila dah tak berapa nak busy.project tinggal satu lagi tapi no worries bayybehhh! sikit lagi nak siap.lepas tuh pusing kiri kanan roomate pulun sampai dah rupa pontianak sekor-sekor, malas nak kacau kang histeria aku kena karate.roomates i memang suka mengganas tak memasal.tensen gua tengok.takde teman nak menggila dalam bilik minggu ni sebab semua pun ada paper rabu ni.aku? paper ahad nanti ber..kau cerita sikit seminggu ni tak kan aku nak mengadap notes tu je.tak remaja betul.nak keluar semua pun busy.lagipun sekarang aku memang suka duduk bilik.bilik wangi bau stoberry! aum!

dan bila aku dah rasa lapang dan tak busy..mulalah aku fikir macam-macam.aku memang suka berfikir.paling lama aku fikir adalah dalam toilet dan dalam era-era nak tidur tu.dan yang pelik..aku kira dah empat hari aku mimpi orang yang sama..tak nak..sedih..rindu..sobs..sobs..oke dah start mengada.

aku nak balik rumah sebenarnya tapi kat rumah takda orang..samalah ibarat baju tanpa lengan.hidup tak lengkap! eh tak pepasal..aku pun tak tahu apa kaitannya..

haish' kadang-kadang menyampah dengan diri sendiri.tapi kadang-kadang paling sayang diri sendiri.sebab kad matrik hilang lagi.eyda..lain kali sila menatang kad matrik sendiri macam menatang anak yang kecil.atau sabarlah anda menjaga kad matrik yang terlalu agresif itu bagai bersabar mendengar boyfriend marah-marah.atau..oke dah cukup.

gud luck pada sesiapa yang ada paper minggu ni.tak suka weh paper exam depan-depan dah tulis 'SULIT' apa kata tulis 'KACANG JE SOALAN NIE' atau 'PEJAM MATA BOLEH JAWAB' kat depan depan paper tu..barulah students semangat dan tiada gentar nak jawab.

mari berjoget seluruh alam.

terima kasih dengar saya membebel.

kami baru balik menoreh

p/s: serius rindu sampai rasa nak je pergi sana.


Sunday, October 24, 2010

TGIS ♫

menyanyi sebab hari ini sunday! thanks god its sunday sebab ahad adalah satu satu nya hari yang aku set kat mind aku. TOLONG LAH NO MORE PROJECTS HARI INI! hari ahad adalah masa untuk keluarga suami serta anak-anak.


maka hari ini saya telah memanjakan diri dengan bermandi selama sejam..berbelai rambut selama setengah jam.membeliakkan mata dengan movies selama mungkin.dan petang nanti i nak pergi tasik usha lelaki kacak berbaju kuning  duduk bersila sambil shoot gambar ikut suka mana berkenan di hati bajet berseni la kan.weee! ingat nak ngorat brader jual ice blended sekali..mana tahu dapat chocolate ice blended satu tong..boleh buat mandi! heyeayy! eh kejup' tadi kata untuk keluarga suami dan anak-anak? ni kenapa semua untuk diri sendiri..nak buat macam mana.gua bujang dan perantauan. *muka serious


oh yea.sini ada tips macam mana nak mengelakkan diri dari mengidam makanan yang mungkin lagi seminggu atau sebulan dua anda akan dapat.tips ini khas untuk dua mak enon nie iaitu nadiah roslan dan syasya khalid.


pertama..cuba bayangkan sebelum tidur apa yang anda mahu.nescaya akan bermimpi dan bangun bangun sila duduk mengadap pintu dan tenung tombol pintu tu lama-lama dan anggap apa yang anda mimpi itu benar.selepas tujuh minit anda bangun anda akan rasa something di tekak anda.yea! itulah benda yang anda makan tadi.seronok kan..kan..macam fifi and the flowertots! *tiba-tiba


tak percaya sila try.JANGAN GIVE UP! tak jadi hari ini..suatu masa nanti akan terjadi.


eh nad! aku ada twitter gak..tweet! tweet! *bunyi burung biru yang kecil


dah..nak pergi lunch nasi putih panas-panas, gaul dengan kuah sardin, makan dengan telur dadar yang dicicah dengan sambal belacan.






p/s: rindu lah weh!





Thursday, October 21, 2010

everlong ho ho ho

last weekend aku balik tapah..rumah oke rumah. shukeeeeee! entah kenapa rasa tergerak nak buka satu drawer kat bilik ni..satu satu object dalam tu aku belek sampai satu saat rasa bersalah aku datang balik and aku tutup balik drawer tu..


on facebook, aku randomly type nama dia dan tekan search. Malam tu aku tiba-tiba teringat dia. Bukan rindu. Tak ada benda yang aku rindukan pasal dia. Cuma teringat.sikit je pun..

Dari beberapa orang yang keluar dalam search result, aku tahu dia yang mana even gambar pun tak keluar lagi.. and click.

Profile dia hanya boleh di-view oleh kawan-kawan sahaja. Aku klik dekat photos, sebab itu je yang available.

Heh, muka dia tak pernah berubah macam dulu.


flash back tahun 2005

itu hari last lepas pmr aku nak balik.dia stay sebab spm tak start pun lagi.jumpa depan koop.ikut hati memang aku tak mahu datang.tapi kata pun hari last..dia bagi something.dia kata kat rumah baru buka.

aku jujur la pula..esok kat rumah baru aku buka.what a sweet thing that he made..yea dia suka melukis.ingat lagi tiap-tiap kali aku datang prep dalam meja mesti ada drawing dari dia.oh sambung, dalam kotak tu ada satu sketch book.dia buat comic, tentang aku and dia..start dari mula-mula dia nampak aku, the whole story about us sampai la muka surat last ada petak kosong..which is sampai sekarang ia kosong......

guess what..malam itu lama aku pegang comic tu .damn.....sedih la pulak! haha..takde lah..:)


mungkin dia sedang benci aku sekarang.eh janji kau bahagia sudah..aku tengah fikir sekarang mana aku nak duduk sem depan.kolej comfirm lah tak layak...tetttt! nak tumpang rumah farid kamil lah!


ini kat depan library UTP aku ley bersila camtu.biar lah bukan u aku.depa tak kenal aku pong! hihi! disebabkan i tak gemar bunga..kazen grad, i bagi chipmunk ulalalala seketul! murah weh murah..wee~

moral: appreciate while u can peeps.nanti suatu hari kita akan rasa apa yang pernah kita buat kat orang.padan muka aku.tu la..karma kan..hehe! oke checked! lesson learned! dah pergi main jauh jauh semua ni.. ;)


p/s: satu-satu benda lama datang balik.jeng jeng jeng

Tuesday, October 19, 2010

senyum sampai dahi

lately aku a liltle bit sedih but seriously when it comes to kids memang boleh senyum sampai dahi seorang diri' mula-mula tengok movie baby and me..pastu cam icha lak paste gambar baby tu kat fb so macam ehhh..budak nie lagi.and kalau bosan pun i akan search kat youtube video pasal kids..omg! i want a cute one like them..opsss! oh dah ingat..nie semua gara-gara cerita back up plan juga..serious macam.oh best nye jadi mommy..eh' tiba-tiba kan..kau baru 2nd year oke..no..bukan tak sabar nak kahwin..tapi i loves kids sangat-sangat tiba-tiba..dulu biasa-biasa je kot..


ini lagi cerita berkurun..baru hari tu rasa nak hayati.sebab aku peminat cerita epik and fantasy..jarang pergi wayang tengok romantic comedy.ini baru tengok last 2 weeks ambil dekat rumet dah auww...betapa si zoe dalam cerita ni teringin nak baby kan.and stan nama si laki tu cam hmm..ini cerita kot.tak wujud aku rasa laki baik macam tu..


and tadi pula borak dengan ika pasal nak baby kembar..haha! yes..lately saya rasa macam suka sangat dekat budak budak..boleh tak tengok cerita baby and me tu menangis padahal cerita tu lawak and sweet..eh ada part sedih gak..sila tonton..cerita lama dah ni..


dah dah..hengsem dah.budak tu sangat rasa nak picit picit pipi dia .


wherever i feel gloomy' when i see those cute charming cheeky smiles..macam rasa nk golek golek je dengan budak budak nie.main hindustan hindustan kat bukit ramai ramai.


hye la iklan softlan..u makes my day..eh its 4.30 a.m kot..hmm,,


supercute...alololo..omel omel! budak yang first nie suara kenapa macam comel nak mampus nie..hihi


tewima kasih kewana.....alaa..nak cakap camni la nanti..:)

tamak kan..tiga benda nak tempek kat sini..

p/s: trust is a key of a healthy relationship.learn that.

Sunday, October 17, 2010

baila baila baila..minna minna minna aum!

tajuk macam deepavali.

aah la..saya jeles..saya memang kuat jeles.sangat kalau nak tahu.tapi tak reti nak tunjuk macam mana.kan..awak tak kan tahu bila saya jeles..ala lagi pun tak patut pun saya jeles..hohehohe.

oke lah..tak elok jeles jeles ni.pergi basuh kaki cepat!!! jeles ni esok mungkin hilang..tiba tiba nak basuh kaki tak tahu kenapa..

eh' video nie seronok.sambal belacan adalah nikmat dunia ke-5 selepas tempoyak.jangan duduk malaysia lah kalau nak mengada tak sentuh sambal belacan yea.sedangkan orang Iran kat u aku pun kadang kadang craving for shambal belashan..ho la..ni nok gi cari iklan hok make budu plop! baila baila baila..minna minna minna aum! 


rasa macam nak pang! je laki tu kan..nasib baik funny!! 

aum aum aum..nama saya hantu..saya datang nak kacau awak..aum aum aum.

eh' rajin pulak aku hapdate belog yea sekarang..wee~

p/s: jangan la jeles eyda..tak elok..biar la dia..huhu

Friday, October 15, 2010

bosang bosang

bosan ni bosan..kerja banyak tapi saja nak rasa bosan..dah lama tak rasa bosan.facebook suka delete wallpost kawan-kawan saya.friends pun kadang dia hilang tanpa sebab.dua tiga hari baru muncul balik.biasa dia! bosan nie bosan..kerja banyak tapi saja nak rasa bosan.dah lama tak rasa bosan...eh ni apahal ulang ayat sama entah.

yea bosan nie bosan.

nak tulis surat aduan kat Mark Zuckerberg jup..doakan saya dilayan.dengar cerita si mark nie dia tak berapa nak busy sangat budak budak nak dekat final nie ramai pula yang deactivate fb..*apa kena mengana tak tahu lah.pandai pandai le kaitkan.

yea bosan nie bosan.

pernah minum air grape campur buah nenas? jangan..nanti tumbuh jerawat kat bawah bibir. this is a myth sebenarnya' tapi tang aku jadi pulak kan.tu la membahan orang hari tu suka yea kau eyda.mungkin akan terasa seksi dua tiga hari.lepas tu tiba-tiba rasa stress lain macam sebab semua tegur aku tindik bawah bibir.jerawat baka mana ni' menyala macam traffic light.takpe..layan je..


tengok! tengok! grape dan nenas..yummy! tapi saya umat yang elergic makan nenas sebenarnya.wuu wuu.gambar jerawat macam terlampau ganas lak nak publish.nanti orang keliru.ni zombie ke penyanyi rock..tettt!

yea bosan nie bosan.


eh..nak geli geli jup.bukan bukan maksud aku nak menjiwang jup..yang ini aku copy paste je.ambil kat fb je pun..perasan tak sekarang macam trend orang post notes tema tema keinsafan dan juga kejiwangan..yang sedih sedih..yang sweet sweet..yang aku nak baca pun tak sampai hati.siap suruh roomate baca dulu sedih ke tak.kalau sedih aku tak nak baca..hihi! dang! dang! tumbok ko eyda..!!


yang sedih tu rekaan apa? dah macam cerita korea dah aku rasa..tsk tsk


oke..nah nah..




Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)




Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya perut kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…



kan..kan..dulu aku pun keliru apa yang aku rasa.tapi sekarang aku tahu who i'm in love with.siapa aku sayang.siapa aku suka and siapa aku minat.yang minat ni serious kalau lebih seminggu aku minat kau memang bertuah..opsss! kadang kadang aku minat beberapa jam je..pastu aku lupa.pastu terserempak aku buat buat cam..ehh..nak minat balik lah.heh' memang nak kena maki.alaa..nama pun minat..


sayang? subjective..dekat siapa yang kau rasa layak kau akan cakap. aku sayang lah kat kau..eh' sayang gila kat u..nanti belanja i beg gucci lagi taw..kau ingat kasih sayang boleh di jual beli!! *eh..tiba-tiba je kan aku ni..


suka? setiap orang perspective dia lain lain..siapa yang aku suka..siapa yang kau suka..siapa yang mereka suka..siapa yang dia suka mesti lain lain..nak sama tak versatile la bumi nie bro..!


cinta? jeng jeng jeng..ini lagi subjective.kena pandai handle sendiri sendiri punya emosi la ber...benda ni kadang kadang boleh bagi kita semangat yang fulamak!!!..sampai sendiri pun pelik macam mana aku dapat semangat macam ini sekali punya sabar dan tabah.semua sebab benda ni la ea' kadang kadang orang yang kita cinta tu la selalu buat kita sakit.tapi dia je boleh heal kita balik..alaa..korang mesti pernah rasa..tanak la ulas panjang..masing masing dah besar kan..kalau tak pernah rasa memang superlame! eh' tiba tiba marah..tak lah i tengah baik hati..


ini jadi sumber inspirasi aku..ewooh! begini bunyinya..when u are down to nothing..Allah will lead  u to something..jangan sebab semua ni nak benci benci yea.patut bersyukur..ehem ehem..ni aku ingat kan kat diri sendiri juga..kadang kadang aku pun lupa semua nie ye tak..hihi


yea bosan nie bosan.. :) 


oke fine lah fine..tak jiwang dah..biar lah kat kite..huhu


p/s: tettt! tettt!  :')



Monday, October 11, 2010

bayi ajaib

Is it some kind of power struggle dalam dunia ni yang kebanyakan orang hendak control semua perkara termasuk hidup orang lain. Does it satisfy them secretly? Or what?


I don't like to be pushed to make decisions


Because at least for once dalam hidup aku, berilah aku buat perkara untuk diri aku sendiri. Bagilah aku fikir, lambat sikit tak apa janji semua orang happy aku pun happy. It's not that hard isn't it?


susah la pula kan kalau nak lawan yang lagi tua.aku kalau dah masuk berkaitan dengan umur aku lemah sikit.aku akan respect even dia setahun tua pun. cakap elok-elok boleh tapi tolong jangan mengarah..tak pasal-pasal tadi aku dah start buat muka tak suka dah macam beruang aku rasa muka aku.nasib baik mulut aku boleh control lagi.kawan-kawan pula yang tolong maki kan.haish..susah lelaki bajet macam bagus ni.tolonglah..grown up! 


serious aku tak boleh start tak suka orang.tapi tolong behave macam manusia please..aku ada masalah aku juga.terima kasih tambah lagi satu.pakej pening kepala aku complete dah sekarang..macam macam tema ada..weehuuu!! ;D


dan setiap kali saya rasa stress or happy sekalipun saya mesti nak cerita kat awak kenapa entah. kesian awak nak buat kerja kena kacau.harus belajar handle sorang sorang yea eyda! good good..:)


tadi ada tiga orang yang aku tak kenal..tiba-tiba belanja aku.tak kenal bro! tiba-tiba cakap dia bayar untuk aku..aku dah terkebil-kebil tak mengerti kat tempat cashier tuh dah tiga-tiga pun di tempat berlainan dan tiga tiga pun alasan yang sama..'tape..hari ni hari gembira saya..saya belanja adik'..serius boleh bawak bergadoh situasi ni macam aku nak bayar gak tapi dah dibayar.muka aku dah confius dan naive habis sebab apa nie..keajaiban apa nie! ke candid camera! kenapa semua pun nak gembira pada hari yang sama..aku lak dari pagi kehulur kehilir siap kan assignments ni baru rasa nak tidur kau boleh declare hari ini hari gembira? lepas tu balik balik bilik ada domino's atas meja siap ada notes lagi.'weh makan..ada orang kasi' aku macam tak peduli sapa kasi sebab lupa nak siasat tadi.aku makan terus..weehuu lagi!


eh' terima kasih yang belanja tadi.tahu ambil satu troli tadi.boleh buat jualan gudang kat floor..


dan hye..saya manusia gua.saya tak sedar tadi 10.10.10..muzafar kahwin ea? ala..i tak hapdate la pasal beliau..kalau aaron aziz ye la..senang cerita.hari ni sangat busy..ulang alik groundfloor ke tingkat 9 baq ang..guna tangga! lift tu phycho! tak kan kol3 pagi aku nak naik lift sorang sorang..nie semua cerita the devil punya angkara! nyah dikau!


tadi aku pekena mempelam dalam dua tiga das.terus perut bagi warning semacam.surrender lah! dasar perut genetik Queen Elizabeth betul lah! nak char kuew tiaw kat penang! sini rasa cam bubur lambok! 


eh' tadi rasa kat atas aku dok emosi emosi kan.sekarang aku rasa oke balik..aku kejup je kot rasa kalau nak emosi lebih lebih itu bukan aku kot.nanti dua tiga jam lagi tak tahu laa.mungkin selain queen elizabeth aku ada genetik mengkarung tak pun iguana..bertukar tukar mengikut persekitaran..eceh! gua mutan weh! mutan! sila gentar dan berasa tercabar!



kerana duduk di depan aku rasa tinggi dan ehh gemuk lah.suke!
hye tangan saya besar.nak kena tampo? 
p/s: rindu semua pun..sobs sobs

Thursday, October 7, 2010

saya ada fac cantik.awak ade? heh heh heh

Dayum!


Semalam aku tidur dari pukul 2.30 petang sampai pukul 8.30 malam baru terjaga. mentang mentang tak boleh solat.Rasa macam kaki ada lapan je time tuh.kepala lak terpusing ke belakang. Tak patut betul aku membazir masa tidur lama-lama. Tidur lama-lama ni bukan budaya kita. Ini satu kesilapan. Jadi lepas bangun tidur tu, aku duduk bersila atas katil dengan penuh perasaan bersalah.


eceh..pernah pulak aku rasa bersalah tidur lama-lama.menci taw titew terjaga tidur coz mimpi tak besh taw.mencik! mencik!..tetttt! omel kan omel aku cakap gedik camtu..dah eyda diam! oke bye.


****


eh tak bye lagi'..hari ni lepas studio comot.yea..studio hari khamis semua orang pun akan jadi comot dan perangai negatif yakni missing in action semakin menjadi-jadi! sepatutnya kena pergi jumpa en.zul tunjuk progress untuk final project..waklu aku baru siap 40% jek next week kena submit baq ang! tapi sebab aku sangat sakit perut yang teramat sakit sampai kat dalam studio aku berkawad haaa..tengok betapa sakit nye aku..sobs sobs.aku balik untuk melegakan sakit itu.yea..aku ada perangai yang semua rasa nak hempuk.yakni..aku tak suka toilet kat fakulti ke..library ke hatta toilet di shopping complex sekalipun.i want a toilet yang ada kat hostel aku tuh.toilet kegemaran auwww!


dan perjalanan dari fac ke hostel aku perlulah round satu uitm.kira-kira kalau nyanyi lagu raya sempat ulang dua kali.


sesudah menghabiskan masa di toilet kegemaran.aku pun memecut laju ke fakulti semula sebab syahrul dah text suh datang turn kitorang jumpa en.zul lak.maka' aku pun pelik kenapa busy je jalan ke fac aku nie.busy dia lain macam..kalah sure heboh! dalam hati aku berkata..arnold schwarzenegger datang buat pertujukan pisau rambo dia ke? luar hati aku pulak tak habis memaki kereta depan nie duduk tengah-tengah tapi usha usha takde orang pun!   rasa nak conteng muka sendiri je kat pintu kereta dia tadi. parking macam dia punya kereta orang boleh tembus!.bila aku siasat lagi ada pulak bas tiga bijik depan tuh buat onar! eh aku dah mention kan hari tu yang fakulti aku nie selalu jadi tempat bebudak sekolah melawat.tak faham..dan tak pernah faham kenapa!


bangunan fac aku buruk kot.akan tetapi bangunan je buruk..isi dalam dia indah.termasuk students dia .dah la baik hati..cantik dan hengsem..hormat tetamu..datang kelas awal..berpakaian sopan..tak pernah sepak kayu..selalu datang kalau ada makan-makan..TAPI TAK RETI NAK PARKING KENDERAAN DENGAN BETUL!!!! maghah nie maghah!


yea..itu lah sebabnya jalan ke fakulti aku sesak macam crowded nak mampus seperti ada konsert search.kanak-kanak di sana sini.stress oy! lepas tu nak cari parking aku dah macam orang takde pendirian..kejup naik atas.kejup turun bawah.aku stop tengah-tengah ambil nafas dan urut dada suruh bersabar.aku cari parking semula.penat weh..rasa macam baru lepas menoreh di bulan puasa!


lepas 30minit aku berjaya.yea bahagia.sekali syahrul text.'oi eyda..en zul ada meeting..dia suruh datang pagi esok taw..bye! haha'...*pengsannnnn


esok patutnya aku takde kelas..cuti! ptfffffff!


nak air honey dew. *tiba-tiba


confirm aku nak pergi! sesiapa sila teman aku! ;D


p/s: nasib baik aku busy nak mampus sekarang.so takde la aku fikir dia sangat.kalau aku terfikir aku senyum and cakap whatever! did you know that 'whatever' is another way for a girl saying "EFFF YUUUUU"..heh!