macam ni la aku.bila dah tak berapa nak busy.project tinggal satu lagi tapi no worries bayybehhh! sikit lagi nak siap.lepas tuh pusing kiri kanan roomate pulun sampai dah rupa pontianak sekor-sekor, malas nak kacau kang histeria aku kena karate.roomates i memang suka mengganas tak memasal.tensen gua tengok.takde teman nak menggila dalam bilik minggu ni sebab semua pun ada paper rabu ni.aku? paper ahad nanti ber..kau cerita sikit seminggu ni tak kan aku nak mengadap notes tu je.tak remaja betul.nak keluar semua pun busy.lagipun sekarang aku memang suka duduk bilik.bilik wangi bau stoberry! aum!
dan bila aku dah rasa lapang dan tak busy..mulalah aku fikir macam-macam.aku memang suka berfikir.paling lama aku fikir adalah dalam toilet dan dalam era-era nak tidur tu.dan yang pelik..aku kira dah empat hari aku mimpi orang yang sama..tak nak..sedih..rindu..sobs..sobs..oke dah start mengada.
aku nak balik rumah sebenarnya tapi kat rumah takda orang..samalah ibarat baju tanpa lengan.hidup tak lengkap! eh tak pepasal..aku pun tak tahu apa kaitannya..
haish' kadang-kadang menyampah dengan diri sendiri.tapi kadang-kadang paling sayang diri sendiri.sebab kad matrik hilang lagi.eyda..lain kali sila menatang kad matrik sendiri macam menatang anak yang kecil.atau sabarlah anda menjaga kad matrik yang terlalu agresif itu bagai bersabar mendengar boyfriend marah-marah.atau..oke dah cukup.
gud luck pada sesiapa yang ada paper minggu ni.tak suka weh paper exam depan-depan dah tulis 'SULIT' apa kata tulis 'KACANG JE SOALAN NIE' atau 'PEJAM MATA BOLEH JAWAB' kat depan depan paper tu..barulah students semangat dan tiada gentar nak jawab.
mari berjoget seluruh alam.
terima kasih dengar saya membebel.
kami baru balik menoreh
p/s: serius rindu sampai rasa nak je pergi sana.