Friday, February 12, 2010

saya sebuah kotak

gila lah rasa sungguh akademik tajuk kali ini' aku rasa tiba-tiba aku minat lagu aizat yang pergi tuh' gile dulu sungguh mengutuk bila orang ramai bernyanyi' sekarang boleh tak nak letak lagu itu di blog' oke' bye nabil' i da de aizat..oh' kembali kepada kotak.

kotak dari segi bahasa adalah benda berbentuk segi empat atau bulat' bintang' awan' matahari etc etc.dari segi istilah adalah..benda berbentuk yang boleh apa-apa pun masuk ke dalamnya termasuklah diri sendiri' ahli keluarga' tunang dan haiwan peliharaan.gila sungguh pandai mereka-reka maksud i neh..oke2' sila berfikiran rasional..

fyi' aku seorang umat yang tak suka kepada almari apatah lagi almari atau loker itu datang berpakej dengan padlock' kunci lagi..oh sungguh alergic! since aku tingkatan 2 aku sudah tidak ada chemistry dengan mereka. setiap kali aku mengunci loker' pasti kunci yang kecil bak bidadari itu tertinggal di dalam loker' kalau tak tertinggal pun tertelan..eh tipu je' kadang-kadang keciciran..dah satu kerja seluk loker sendiri nak ambil kunci sampai tangan bertukar seksi kerana berwarna merah.

masa di tingkatan 1 aku tade masalah kerana loker aku ada satu pintu saja..lagi sebelah tercabut' alang-alang dah longlai semacam jek..geram aku cabut terus letak kat setor'..

tingkatan 3 dan seterusnya memang aku tade kunci loker.ikat dengan tali kasut kadang-kadang kalau aku balik overnite..nampak classic kan.punyalah tak nak pakai padlock..tapi tu la hal..senang sangat barang hilang' tapi tak seserius mana..

lagi bila ke matrik' boleh tak adik aku pergi beri padlock yang ada alarm tuh sebesar-besar alam tuh' dia ingat aku nak letak aaron aziz ke dalam locker tuh hari-hari? aku guna yang kecil molek saja' macam biasa' masih terkandas.nasib baik roomate ada master key..

sampai kat u perkara sama berlaku.kunci tertinggal dalam loker..tolonglah' sakit paru-paru aku.nak cari gadoh padlock zaman sekarang nie.kali nie kena guna kekerasan.kata wonder women..kan syasya kan.guna cutter untuk besi tuh..wehh..lagi besar dari tangan aku mende alah tuh' cukup dengan tenaga aku seorang dah berjaya memutuskan padlock itu. oke..lepas tuh sumpah tak akan pakai padlock dah..

sekarang di rumah sewa percaya tak aku tak ada locker.aku taknak' aku nak pakai besi palang-palang yang hang baju je terus tu..(tatahu nama ia apa..ke ada nama saintifik?). dan disini lah guna nya kotak..

salah satu sudut bilik aku dimana kotak ada ramai.oh eh? abaikan kaki tuh' tak perasan dah upload baru nampak..ceh ceh!

bilik aku setiap sudut ada kotak' sebab senang nak simpan barang keras, lembut, baru, lama ikut kategori.tapi tade la sampai aku label satu-satu kotak itu dalam ia ada apa.gila annoying! gila nerd! memang lah konsep locker meletak barang juga tapi aku nak guna kotak.tak versatile la bumi ni kalau semua nak ada locker..macam kalau tak de locker kau bukan penduduk bumi..*saja nak jadikan tiba-tiba..haha

pastu kadang-kadang kotak itu boleh jadi meja' tempat duduk' tempat makan maggi' tempat letak laptop. kan..kan..kalau loker' boleh ke korang duduk bertenggek atas tuh.gila menyeramkan.boleh pulak korang jadikan ia meja makan maggi..loker' loker lah..meja' meja lah..jangan ubah ciptaan tuhan.allah marah nanti.

kalau tiada kotak..macam nie lah jadinya' ada ke letak laptop atas printer' lepas tuh wayar serabot terbongkang sana sini.

 
aku sangat busy minggu neh' tatahu kenapa aku suka kecah-kecah macam ni kalau nak stat buat kerja.ilham cepat datang orang tua-tua kata..haha

pendek kata kotak nie boleh jadi macam unit sokongan dalam hidup seharian.tanpa kotak badan binasa.terlajak perahu boleh undur' kalau terlajak subuh? oh..dah subuh rupanya..*padahal baru pukol3.36..*

pernah dengar lagu masih dari band kotak? sedap..rasa oren..

p/s: imissyou