Thursday, April 29, 2010

skema itu HOT.

betul jadi skema itu hot.

THE END.

*aku memang selalu tersasul dan emo dengan diri sendiri kalau nak cakap toiletries, stationary and cutlery. dalam otak bayang lain.keluar mulut jadi lain.

**situasi satu.

saya: eh aku nak singgah kedai beli toiletries jup.

awak: eh' aku pun.

*masuk kedai capai segala benda dengan yakin.

awak: eh' eyda! kenapa masuk kedai stationary.

saya: laa..kan da cakap nak beli stationary.

awak: ko cakap toiletries la gile!.aku nak beli berus gigi dengan sabun nie.pehal masuk sini.

saya: tapi aku memang maksudkan yang ini..

awak: nanti aku belikan kau kamus bergambar yea..

saya: eh' silap cakap ea tadi..hee (pergi bayar terus balik rumah)

**situasi dua.

saya: weh aku nak pergi dapur ambil stationary jup.bla..bla..bla..(pe entah aku memebebel lagi.lupa)

mereka: dapur? oke..

*bawa keluar sudu dan garpu.

mereka: cutlery kan..

saya: ini la yang aku maksudkan.aku cakap apa tadi ea?

mereka: -_-"

dua dua situasi pada hari yang sama.
banyak kali dah aku buat macam ini.
sebelum ini aku tak perasan mereka yang tegur.

sayang kawan-kawan! 

p/s: aku sangat sangat sangat blur sekarang.hilang sekejup.

Tuesday, April 27, 2010

pontianak mari dengar neh!

hari ini hari malas sedunia.sedunia tu hanya ada aku.maksudnya dunia aku.bukan dunia muthu mahupun adiparaja dan sebagainya.senang cerita aku seorang pemalas hari ini.akibat malas buat derma kilat untuk mintak energy.

terima kasih kerana menderma wahai lagu Metallica.
ucapan ringkas dari saya.

aku tak pernah layan metallica sebelum ini.led zeppelin ada lah sebab adik aku sangat obses pada band itu.bjork pun bolehlah sebab rare sikit.tapi aku layan tilu sekarang.jiwang? bunyi horn live dia terbaik der.oh! biasa bro! 

 iklan: aku.sharfa.azfar.aus

aku memerlukan lagu yang come out with high energy sekarang.selepas 20 minit aku bosan.aku buka x.fm! lama tak dengar the times.comel.dari baring aku duduk bertinggung.sakit pulak otot perut aku.lepas tu aku dah dapat rasa semangat baru.boleh buka nota sekarang eyda.anxiety itu tiba-tiba kembali.kenapa perlu gemuruh? sebab tiba-tiba rasa.lah..ada yea aku belajar nie.baru tahu...nervous weh belajar sesuatu yang baru.padahal kat kuliah kau tak pay attention pun eyda mana nak tahu.haloh! haloh!

aku gelak sorang-sorang.tak lawak.ntah tiba tiba datang wahyu nak gelak.
involuntary action.

aku menguap bila rasa letih bertinggung.tiba-tiba keluar lagu 'selamat malam'

huh! terima kasih lah Faizal Tahir!.



i nak tidur sekarang.bai!

p/s: yea.aku pontianak.malam malam jaga.siang aku sembunyi.hibernate.

Monday, April 26, 2010

macam bapok emosi dekat blog.

pergh pagi pagi hening suci aku update.oh' biasa bro!

penatlah.tapi tak kisah.

bersambung......

p/s: tak suka fans arsenal.sumpah weh.depa annoying nok mapuh.mentang mentang  persie and ramsey handsome.

Saturday, April 24, 2010

susah kalau cakap secara abstrak

aku bagi satu lagu.suruh dia hayati.
dia suruh dengar satu lagu.
kemudian saya hayati.

dia suka lagu aku bagi itu.
aku pun suka lagu dia suruh dengar itu.

dan aku faham maksud dia.
memang dari dulu kami kalau nak beritahu sesuatu mesti guna lagu.
dan sistem tu masih sama macam sekarang.
cuma cara lain sebab dah tak ada unsur kasih sayang.(ini lain macam).HAHA

takpe.saya tetap faham.
yes 'its you'..'its me' saya ingat..

=)

awak kena senyum eyda.baru awak rasa semua tuh biasa saje.heh
sebab kita bukan macam dulu.oh' biasa bro! 

p/s: look at me-sum41 and tilu-ku bukan aku



Wednesday, April 21, 2010

nak kunci tu.nak suara macam tu.combo.=)


dari semalam aku belatih vokal sambil joget-joget pegang notes pusing pusing satu rumah.sumpah semua lekat dalam otak.pagi-pagi pun buka tengok.eh' aku bangun awal.WOW!

p/s: tahu tak esok kau ada paper eyda? taw taw..video clip ini menggoda i..esh!

Tuesday, April 20, 2010

ya saya terima!

tengok..bila dah tak de kelas mula lah aku sasau tak tahu nak buat apa..buku tutup dah dua jam lepas.fb buka sepuluh minit saja.orang mana sesat dalam hidup aku neh.rasa macam nak hantar pergi buang daerah.

***

ini cerita lain.pasal hati lagi.

kadang-kadang nak salah kan keadaan tak leh gak.
memang dah kena susun atur macam nie nak bising bising tak boleh.
terima.

terima kasih.
pusing pusing ayat.
best sampai tak dapat langsung hint tuh.
platonic? not really.
sharp pain kena ada ke kalau platonic.heh!
perasaanbestturasasampaimacamnakbunuhdiri!

That one I shall not elaborate.

***

a good reason for me to wake up today is YOU! pokemon bantu saya cepat!
You know what? It's over. Go find your happiness. Yes, I am talking to you.
eh' saya rindu awak sikit.kisah pulak?

damn.apa aku cuba sampaikan nie.haha
nie gara-gara study tak masuk apa pun weh.ada siapa-siapa buat sale jual otak tak?
bocoq dah otak aku neh..

p/s: hello there..the angel from my nightmare..the shadow in the backgroud of the morgue.lagu nie asal berhantu tiba-tiba?

Monday, April 19, 2010

aku mungkin adalah wanita bekerjaya cuti sem ini.

sebelum tu mari wiiwiitttt ramai ramai kat aku cepat.ini adalah tajuk entri paling panjang selama aku dalam arena blog memblongok ini.

tak nak lah cerita panjang.i dah start blushing neh. >_<
percaya tak kalau cuti sem nie aku akan jadi guru ganti di sekolah ayah aku.
senang senang je ea aku dapat? huhu
sebab guna kuasa ppd..ayah aku ramai geng kamceng di sana.
ikut jejak langkah ko la faiq.
aku berjanji akan jadi guru cemerlangsuir macam kau.

aku tak nak ajar darjah 6.aku takut sama tinggi ke apa dengan budak-budak tu.
kalau diorang buli aku ke aku patah empat kapur sumbat dalam hidung sekor sekor.
hah! berani? 

biasa dia! (tiru hanis zalikha)

erk' subject apa aku mengajar nanti nanti aku ada kekuatan aku cerita.kalau nak teka boleh' aku belanja ice sekerim cornetto ada gambar akim alololo tomei nye akim! (euwwww) nad, kau terkecuali..

p/s: aku selalu ke blog sebab aku tanak on fb.aku rindu dia pun ada juga.yang MTV neh boleh pulak p psg lagu 6th sense dari tadi.aku dah la gile kat adi neh.sabaq sabaq..p makan ayam percik nun.=D


Sunday, April 18, 2010

rumah tidur

dah tak ada pelangi!
nanti-nanti cerita lain.

hah' tadi aku jumpa blog kawan lama. faiq.dah tua-tua pun mengarut tak sudah sudah.

memang duduk kat rumah macam dapat kawen empat gayanya.makan tidur je kerja aku.dan aku baru bangun tidur.gila tidur tak ingat dunia akhirat aku nie.nasib baik aku haram solat sekarang.aku on facebook 5 minit je lalu aku tidur.ajaib.aktiviti serta perjalanan hidup terus bertukar lepas balik rumah ibu bapa.lepas nie aku ingat nak sambung tidur balik. qada tidur dua minggu lepas aku tidur hari-hari lepas subuh.yea bergaya.

rumah aku kat perlis macam sauna.lagi 3 bulan memang melidi lah gua.tak suka lah kurus kurus.kurang mantap.balik nie nak mengadu domba pada bonda.tangan bengkak dan seksi. auww! mana tak nye.training volley.100 biji bola untuk digging.then setting and spiking lagi. kalau buat serve sekali memang berketul-ketul la muscle tangan aku. urat semua keluar.perghhh..seksi..seksi.

masuk bab tidur balik, aku ada perangai terkini.dulu kalau orang kol atau bagi msg masa aku sedang tidur.mimpi aaron aziz pun aku sedar angkat dengan suara mulia dan berbudi bahasa.sekarang.kau kol lah 182 kali aku pun tak akan angkat.kalau aku angkat pun aku tak dengar.semalam ada sahabat kol aku merepek pasal thermo.boleh tak? aku lupa dia cakap pasal apa semalam.lepas tu ada yang kena marah.tak silap aku kena marah balik kot ke ape? aku lupa.yang pasti fon aku silent sekarang.

memang sekarang kalau aku tengah tidur terjaga kerana orang kol.dengan pasu bunga pun aku nak emosi.menaruh dendam kat fon sendiri. dulu ada orang selalu cakap kat aku 'tidur itu buang masa'.tapi sekarang aku tak dengar dah ayat tu.eh' kejut aku hari khamis nanti.terus nak siap pergi xm.

zzZZZzzz....

p/s: eh tertidur. bai






Friday, April 16, 2010

aku hebat kalau..

if i can remove you from my facebook's friendlist.i rasa i lah paling gagah perkasa berjasa kat malaysia nie.eh tak'kat cakerawala ini.dah boleh masuk UiTM Book's of record ke hape.

dulu masa kecil selalu berangan jadi power rangers colour merah.tak nak pink sebab macam perempuan jambu haih nak pink pink..ceh ceh pink nampak manja..auww! sebab bila cakap Henshin! (ini cartoon masyarakat majmuk..nak bertukar power rangers merah kena guna jampi kamen rider). adik-beradik lari bertaburan semacam takut dengan penukaran tanpa had i.tengok i nampak gagah dulu.

dulu masa kecil juga.i suka buat muka gengster mendepangkan kedua belah tangan semasa berjalan di pasar malam terutamanya.i depang tangan tak jatuh-jatuh.saja nak pukul orang yang lalu lalang.sampai ada budak menangis i cubit sebab bila i depang tangan tak jatuh-jatuh kena dia dia tak nangis-nangis maka i cubit sebab nak kasi dia nangis.i rasa sangat gagah masa itu.

masa dulu juga.kampung belah ayah ada parit besar alam kat depan rumah.petang-petang i dan cousins yang muka dah macam anak hindu masing-masing semua.kalau duduk kampung memang macam-macam modus operandi kami laksanakan. pergi parit nak memancing ikan puyu.bila i bergaduh dengan cousin i nama anep.i tolak dia jatuh (parit tuh tak dalam punnnnnnn. paras betis) tanpa yang lain sedari i jerit..'biawak..biawak..lari!!' maka semua lari tanpa toleh belakang.tinggal anep muka penuh dendam pada i.masa tu i gelak syaitan tak ingat.tapi anep tak pernah balas balik.dan i rasa i gagah juga.

masa sekarang.adik-adik juga takut berebut remote tv dengan i sebab i akan buka silat.eh tipu.sebab i akan letak remote dalam baju.hah! ada berani nak ambil? adik i semua lelaki oke.sila la ambil.i bertukar jadi bezita bolehh? 

i kawan dengan lelaki saja dulu dan bila pulang lambat ke rumah muka macam buat kerja sawah, kena kurung di luar.sebab i dan nyamuk memang ditakdirkan bersama (sampai sekarang para nyamuk cinta pada i) i akan masuk bawah kereta dan baring di situ sampai ibu buka pintu rumah.rasa gagah tapi kurang bijak pula bile teringat part nie.tapi tetap rasa gagah sebab i tak akan menangis dan buat muka stone saja.

ibu bapa suka geram sebab i susah nak menangis dulu.susah lah nak nampak i menangis 
.bantai lah macam mana pun.i juga pernah kena cili mulut sebab kata pada adik 'bodoh'. see..ibu memang sangat pantang kalau kami adik beradik mengeluarkan kata begitu.sampai sekarang.hehe

sebenarnya klimaks dia di sini.i tak tahu kenapa makin mencapai tahap remaja nie kegagahan nak tahan emosi tu hilang habis dah.maknanya ego i time kecil lebih WAH! dari sekarang.

tu lah i cakap.i akan rasa i lagadis mak haih gadis pula.oke' i akan rasa yang i lah the super duper power girl if i can delete you from my facebook's friendlist.nie nak pergi page hang pun tade kekuatan!

apa entah nak cakap tadi.lupa..oke lah.
oh yea setiap entri mesti suka hati guna kata ganti nama diri kan.
suka hati.

next thursday dah start final.
hah! duka hati!

bai.

p/s: hak panjang-panjnag cerita atas tuh sebab aku nak relate dengan keadaan sekarang.lain ouh..cepat! cepat nak sumbat diri dalam rahim ibu semula!

Wednesday, April 14, 2010

pelangi empat

oh ya' aku malas nak fikir tajuk.aku nak cukupkan sampai 'pelangi dua puluh tiga setengah'.kerana bagai melukut di tepi gantang adalah satu peribahasa yang berjaya buat aku kagum dengan bahasa melayu.tak tahu maksud tapi aku rasa ia hebat.apa kaitan dengan pelangi? 

oh ya lagi' kenal naim ghazali?
tak kenal?
aku pun tak kenal.tu aku tnya.

oh ya lagi lagi' aku sangat menggemari air livita honey.bila aku baru balik dari presentation vb serabut gila kenapa aku yang kena jawab semua soalan tak berkesudahan tuh.aku dah lah blur blur teringat anak kat rumah tak susu apa lagi.teringat laptop aku dah 3 hari tak off' apa lagi aku rasa nak ingat semua keluar serentak tak ikut giliran' wah wah' apa lagi aku nak mengarut neh.aku nak cerita air livita je tadi kan.

aku dah lah mengidam air tuh' sehari tak dapat rasa aku macam robot.hilang sifat kemanusiaan aku kejap. bilamana tadi aku pergi TIGA buah pasaraya semua kehabisan stok' apa jadah nye warga arau semua nak mengidam minum livita pada hari yang sama dengan aku? adakah ada kaitan dengan kimia? ada kimia antara kami? itu yang kita tak tahu..

bila uncle tuh cakap takde.tak teragak-agak aku nak acu pistol kat beliau.TAMAT CERITA!

muka tak dapat livita kena paksa pergi kelas.ini masa di matrik.aku suka gambar hodoh! auww!

nampak tak dua entri dalam satu hari.sebenarnya aku bosan.besok last presentation.kedua-dua sahabat yang satu group dengan aku dok elok landing tidur dari tadi.aku dah lah sakit perut period pain ke hape nie entah.dan aku sangat tak puas hati dengan sistem tidur aku lain dari masyarakat dalam rumah aku neh.aku konfius nie.tapi nak gelak.sebab tiba-tiba nampak cicak teringat kat dni.lebih kurang la pulak.haha

jangan salahkan aku kalau dalam masa setengah lagi muncul entri ketiga untuk tarikh 14 april.
aku bosan.

tadi aku skipping dari depan sampai dapur dengan harapan mereka bangun.
hampa.maka aku ambil biskut cicah air kosong dan taip entri tak de arah tuju ini.

bai.

p/s: apahal aku rasa nak makan arnab neh?





pelangi tiga

bila kau terbaca satu komen dia beri nasihat bernas pada orang lain.
di mana orang lain itu mempunyai sama masalah macam kau dengan dia dulu.
kau tersenyum sorang-sorang.
wide smile punya but yet its fake.

aku suka satu ayat aku jumpa kat blog balak si muni.haha.macam ini..
tak semua orang tahu kesusahan orang lain.macam semut tengok burung terbang.
rasa nak lempang jek.
kau apa tahu? gila aku tak paham ayat nie.tapi aku suka..haha
kan..sampai sekarang kau senyum.
dah nak 6 pagi weh..

apa kau senyum sorang-sorang eyda?
padahal kau nak nangis kan?
ke kau dah penat..its totally tiring kan..

haih lah pelangi tenggelam timbul tak menjamin langsung.

dan' final xm..sila buat perangai baik dengan saya.


p/s: senyum sampai dahi.


Monday, April 12, 2010

pelangi dua

tak habis-habis nak pelangi.heh heh heh..(gelak annoying)

tak sabar nak balik rumah study week nie.
tapi balik sampai selasa jek.lain ada group discussion (konon)

ouh yea..since that day baru sedar..KAU BANGANG GILA WEH! HOT HABIS LA TUH! no pity for a coward macam kau.haish! aku kadang-kadang kesian kat orang yang ego dia ya allah tinggi sampai warga langit pun nampak nun.padahal macam lah aku tak kenal kau..takpe' take your time bro.kau akan relax suatu hari nanti..aku doakan.

oke' dah..terima kasih kepada pelangi lagi..=)


p/s:tak pe ak ley sabar ag..

Saturday, April 10, 2010

pelanginya.

eh' dah lama aku tak bagi nafkah kat blog sendiri.aku macam menteri sikit minggu nie.sekarang jam dinding menunjukkan pukul 4.36p.m aku baru bangun tidur terus meroyan cari blog.minggu nie adalah minggu paling disaster bagi aku yet tiba-tiba ada satu pelangi muncul..aceceyh!! yang ini aku pospone ah..tanak story lagi.segan lah..auwww! (tutup tutup muka dengan tangan)

ouh' semalam i pergi dinner.baru nampak poster dia yang tema tradisional la pula.siapa bagi tahu aku 1 Malaysia neh' aku dah nak pakai seluar dah' nasib baik ada plan B.Plan B apa' tak prepare.tiba-tiba emosi buka beg pakaian nampak terbawa baju raya tahun lepas.terus buat kenduri kesyukuran.(ini tipu)

saja je buat kontroversi pergi post kat fb 'tanak pergi dinner.nak tido' ye ah..dalam seminggu bile guna calculator' ak tido dalam 15min je sehari.gabenor bank negara tak busy macam aku.tiba-tiba..ibu komen..suh pergi sebab penat-penant dia pergi post kasut..lain kali dia cakap tak mahu layan.ceh ceh..ibu dan anak pun nak emosi pada hari yang sama.lepas tu terus telefon ibu buat suara anak manja mithali cakap..even kasut ibu post yang lain tapi semua orang puji kasut cantik..auwww! i love you mother!!!!

 satu gambar malam tadi aku sempat ambil' yang lain aku tunggu budak-budak lain tag kat fb' kah3! bila orang tanya.eyda kau pierce kat hidung ke.aku selamba je cakao 'yup'..padahal itu aku tempek manik2 tuh..dan sebelah aku adalah machik sewel yang dapat 'queen of the night'.. pastu aku lak yang kena belanja dia.waklu sharfa!! HAHA

ouh' dan buat kesayangan i nadiah roslan.HAPPY BIRTHDAY TO YOU dear kaktus! she's one of my fremmin' menyerupai papan lapis sikit.tak taw sebab pa nak cakap hang kaktus' rasa sesuai.

hari ini aku bangun tidur terus datang mood mulia nak puji kau tahu tak.haha! thanks for being such a great great friends! dia nie lah sahabat aku yang ada time susah dan senang.afiq syahmi sila jaga makwe i nie elok-elok k.haha! moga korang bahagie! korang berdua selalu bagi aku semangat.may Allah bless all of u sampai kahwin.ingt peti ais aku! dan..dan..aku tulis dengan linangan air mata' mula-mula ingat terharu dengan penulisan sendiri..rupanya sebab mata aku sakit tidur melampau neh..HAHA!

oke oke..nie untuk kau nad!


p/s:senyum sorang sorang tak gila.


Sunday, April 4, 2010

empat april!

hye 4th of April!!

i really miss you la 4th April!
it should be a year babe! a year! 

if i could turn back time..
but no worries my Ir..
your apology is widely accepted! =)

p/s: aku sedang puasa from facebook-ing jer.blogging tak taw..HAHA


Friday, April 2, 2010

wishlist??

wishlist ataupun senarai apa mahu' senarai nak apa atau lebih jiwang..senarai impian hidup di dunia ceh ceh makna perkataan tanak panjang panjang la pulak.

bila teman rapat tanya ak.'eyda..cepat buat wishlist..aku nak tahu sekarang!' tergojat aku kena serang macam tu tiba-tiba masa tengah syok syok layan na o mei.tataw apa objective dia..tapi seriously aku tak pernah terlintas sikit pun dalam kepala akal aku nak buat wishlist nie.sumpah tak pernah ada..tapi sekarang rasa nak buat..mula-mula aku ingat wishlist ini untuk benda yang kita impikan saja.kalau sebentuk benda bukan ghaib memang aku fikir 53 jam 43 minit 31 saat pun aku tak tahu apa aku nak.

rupanya..ada juga yang letak dalam wishlist dia nak gain weight lah..cukur kening lah..mulut sedikit seksi  lah..dan yang paling rasa tinggi cita-cita nya adalah nak jadi bini kedua aaron aziz.( tolonglah percaya yang ini bukan aku)

sekarang aku dah tahu apa wishlist aku..
ada dua je..cukup la tuh' sebab bagi aku..

wishlist nie tak semestinya kita dapat..
tak semestinya it will become reality as u wanted kan kan..

satu: i need my heart back.sila pulangkan!
dua: yang nie kena guna bahasa isyarat..tak reti tulis nak macam mana..
JOlkjIOT*&RTYUFvgh..oke faham kan..

haa..tu jela..huh' nie lagi satu' tekanan! gila apa dinner tema 1 Malaysia?..tak remaja oke' tak remaja! kalau aku' aku buat tema fashion disaster..lantak korang lah fikir macam mana nak jadi seorang yang disaster..taman tema bagus juga.nampak sihat.

p/s: wishlist korang apa pula?..aku tak reti sebenarnya nak wishlist wishlist nie..