Friday, April 16, 2010

aku hebat kalau..

if i can remove you from my facebook's friendlist.i rasa i lah paling gagah perkasa berjasa kat malaysia nie.eh tak'kat cakerawala ini.dah boleh masuk UiTM Book's of record ke hape.

dulu masa kecil selalu berangan jadi power rangers colour merah.tak nak pink sebab macam perempuan jambu haih nak pink pink..ceh ceh pink nampak manja..auww! sebab bila cakap Henshin! (ini cartoon masyarakat majmuk..nak bertukar power rangers merah kena guna jampi kamen rider). adik-beradik lari bertaburan semacam takut dengan penukaran tanpa had i.tengok i nampak gagah dulu.

dulu masa kecil juga.i suka buat muka gengster mendepangkan kedua belah tangan semasa berjalan di pasar malam terutamanya.i depang tangan tak jatuh-jatuh.saja nak pukul orang yang lalu lalang.sampai ada budak menangis i cubit sebab bila i depang tangan tak jatuh-jatuh kena dia dia tak nangis-nangis maka i cubit sebab nak kasi dia nangis.i rasa sangat gagah masa itu.

masa dulu juga.kampung belah ayah ada parit besar alam kat depan rumah.petang-petang i dan cousins yang muka dah macam anak hindu masing-masing semua.kalau duduk kampung memang macam-macam modus operandi kami laksanakan. pergi parit nak memancing ikan puyu.bila i bergaduh dengan cousin i nama anep.i tolak dia jatuh (parit tuh tak dalam punnnnnnn. paras betis) tanpa yang lain sedari i jerit..'biawak..biawak..lari!!' maka semua lari tanpa toleh belakang.tinggal anep muka penuh dendam pada i.masa tu i gelak syaitan tak ingat.tapi anep tak pernah balas balik.dan i rasa i gagah juga.

masa sekarang.adik-adik juga takut berebut remote tv dengan i sebab i akan buka silat.eh tipu.sebab i akan letak remote dalam baju.hah! ada berani nak ambil? adik i semua lelaki oke.sila la ambil.i bertukar jadi bezita bolehh? 

i kawan dengan lelaki saja dulu dan bila pulang lambat ke rumah muka macam buat kerja sawah, kena kurung di luar.sebab i dan nyamuk memang ditakdirkan bersama (sampai sekarang para nyamuk cinta pada i) i akan masuk bawah kereta dan baring di situ sampai ibu buka pintu rumah.rasa gagah tapi kurang bijak pula bile teringat part nie.tapi tetap rasa gagah sebab i tak akan menangis dan buat muka stone saja.

ibu bapa suka geram sebab i susah nak menangis dulu.susah lah nak nampak i menangis 
.bantai lah macam mana pun.i juga pernah kena cili mulut sebab kata pada adik 'bodoh'. see..ibu memang sangat pantang kalau kami adik beradik mengeluarkan kata begitu.sampai sekarang.hehe

sebenarnya klimaks dia di sini.i tak tahu kenapa makin mencapai tahap remaja nie kegagahan nak tahan emosi tu hilang habis dah.maknanya ego i time kecil lebih WAH! dari sekarang.

tu lah i cakap.i akan rasa i lagadis mak haih gadis pula.oke' i akan rasa yang i lah the super duper power girl if i can delete you from my facebook's friendlist.nie nak pergi page hang pun tade kekuatan!

apa entah nak cakap tadi.lupa..oke lah.
oh yea setiap entri mesti suka hati guna kata ganti nama diri kan.
suka hati.

next thursday dah start final.
hah! duka hati!

bai.

p/s: hak panjang-panjnag cerita atas tuh sebab aku nak relate dengan keadaan sekarang.lain ouh..cepat! cepat nak sumbat diri dalam rahim ibu semula!