Friday, November 6, 2009

hujan rintik-rintik air bergelombang.

ceh' gaya macam hepi jela kan..
dan sebenarnye.....

  • aku lapar hari ini hanya makan 2 ketol pau halim perisa kacang yang dibeli di kedai pachik ada anak kacak tetapi masih bayi.
  • aku saket kepala macam rasa nak bertukar jadi suria baja hitam sekarang lalu menyerang rakyat jelata tanpa belas kasihan.
  • aku tensen dengan paper xm tadi soalan macam tiada kasih sayang antara insan.
  • aku datang lewat ke xm tadi maka aku tidak lain dan tidak bukan akan membuat muka paris hilton saja.
  • aku sejuk gila tapi tetap mahu terbongkang atas carpet getah berwajah ben10 milik rumet tercinta.
  • aku sedang berfikir di mana aku letak purse aku yang syed cakap dah macam pencil box kanak-kanak gemar mewarna itu.
  • aku berfikir mengapa celcom sungguh mulia menambah nilai kredit aku 3 kali dalam seminggu ini' nak ngorat buat la cara gentlemen la weh! weh!
  • aku rasa semua tak kena malam ini sampai aku rasa macam mahu mengunci diri dalam loker' duduk diam-diam' agak-agak dah rasa stabil aku akan kembali ke alam nyata dengan wajah yang lebih remaja.

aku rasa aku patut cakap..
yea..aku rindu dia.

p/s: i miss him.