Friday, November 20, 2009

korang layan atau tidak?

petang-petang macam nie minum kopi O sedap jugak kan..masalahnya aku tak minum kopi' bak datang teh O ais laici kedai naziah janda belakang kolam memancing udang galah seringgit sejam milik pak abu kaki dangdut tuh.. (ahah..bes tak? bes tak membaca dalam satu nafas..macam mengaji kan..kan)..

tade lah sampai pergi kedai tuh' aku kan dah 19 tahun..*tatahu kenapa sangat berbangga sudah 19tahun' orang lain tak kecoh pon..*aku membuat sendiri.lalu ambil sedikit makanan ringan bawa ke belakang capai remote tv..capai bantal empuk berwajah ben10, capai spek kesayangan, capai album kawen ibu bapa dulu-dulu..semua benda aku capai-mencapai.lepas tuh buat muka raja gopal tonton tv..bes gak rancangan tuh tapi lupa nak ingat tajuk ia' ntah hape-hape semua berlakon macam kene paksa dengan tentera jepon! kalau tak berlakon tunang ko kena pancung...heh' heh' heh'


bila dah syok ngutok pelakon' tiba-tiba ibu datang..dalam hati  *eh..bila masa ibu aku nie pulang' dah lah tak mandi pagi lagi..habis lah kena flying kick neh* luar hati pula berkata  *eh ibu nak minom teh..tapi dah habis* ibu buat muka selamba tukar channel prima..apa laga' menonton sekar lah! punah harapan aku nak jadi pengkritik tegar pada para pelakon tadi! huhu'


nie sebenarnya aku nak tanya' siapa layan sinetroncity sekar neh? aku tengok sikit-sikit je' bila menonton..aku banyak tanya sebab haram tapaham mende2 lah berlaku dalam cerita tuh..ibu pula kalau dah tengok cerita tuh kucing main masak-masak baling-baling ikan sebelah dia pun dia buat dunno je' maknanya semua pertanyaan aku di jawab oleh sang dinding' tu pun kalau aku dengar lah dinding tuh dok explain apa' dah habis cerita dah feeling2 baru aku tanya ceritu tuh pasal apa sebenarnya..barulah dilayan.. (tu sebab aku layan ben10 jek)


cerita sekar nie ada asyraf sinclair tapi dah meninggal..bila aku cerita kat apek dia tak percaya' memang lah' dah ko trus lompat dari eps 10 ke eps 119..celah mana nak jumpa lelaki kacak tuh' nampak tak kat situ..episod 119 tuh! dongeng betol' nie lah sinetron' tak cukup-cukup nak rasa hebat kalau tak sampai 453 episod' cerita intan aku tonton sebab ada  dude herlino a.k.a dr.rado!  sila lihat gambarajah sebelah' macam gay pun aku jatuh cinta gak..hek3!

oh yea' dalam sinetron sekar tuh' aku suke theme song dia jek' layan wa cakap lu..memang leleh ah! haha' malam tadi aku dengan apek layan lagu tuh' pasang kat youtube' melalak lah kau dua orang..keju kambeng sedih punya lagu'  (mentang-mentang ada kol free..memang siap boleh karok lagi en)..haha' tapi tak nyanyi sampai habis sebab tatahan dengar apek nyanyi..boley demam balik kau' sumbang dia tayah nak cerita! haha


oh..nak karok gak..nah amek neh..



 sedih kan..sedih kan..nak nanges pergi jauh2..hehe.


p/s: imissyou