rajin gila update blog sekarang! sebab rasa macam tak suka bulan februari..*haha' tiada kaitan..jangan pertikaikan*
semalam aku tidur nak dekat pukul lima pagi.lapar..roomate pulang ke kampung maka kena tidur seorang diri.tiba-tiba teringat pasal rumah hantu..
tahu tak kadang-kadang rumah hantu kat funfair selalunya' yang so-called hantu kat dalam rumah hantu tuh memang ada perangai hantu.nak menakutkan orang tapi pergi meraba..kjhyiuygyjufty! aku tak pernah kena sebab jangan harap la aku nak masuk rumah hantu..tapi rakan aku pernah kena' kan tak pasal-pasal kena back hand..
moral di sini jangan cari pasal dengan perempuan muka lembut' belajar karate do dan meminum redbull lagi kerap dari makan nasi berulam jantung..ceh ceh..dah datang dah mood 'mari berperibahasa' aku..
sebab tema rumah hantu..mari menconteng..
eh' kali terakhir aku masuk rumah hantu adalah di genting 6 tahun lepas.tapi aku masih ingat perasaan itu.sumpah aku pucat lesi lesu lesau lepas keluar dari rumah hantu tuh..macam kalau aku nampak aaron aziz bagi flying kiss kat aku pun rasa tak sepucat itu..teruja namanya.
dan..kalau nak ajak aku menonton filem hantu sila jangan bazirkan wang anda' baik belanja aku main tikam-tikam..untung-untung dapat cincin bertatah (ke bertahta?) belian dua tiga bijik.
sekarang tak boleh tidur..benci semua anak patung yang ada dalam koleksi peribadi.. (ada satu saja sebenarnya nama orked)
distort la sangat..tak lah' saja main-main di pagi hari yang mulia.yea pagi hari di mana seperti biasa penyakit yang satu ini pasti datang yakni terjaga tiba-tiba dari tidur tanpa sebarang sebab.
kalau ada sebab macam tiba-tiba mimpi kena pinang dengan aaron aziz takpe juga..dah lah akan jadi blur dan berlakon ngigau di hadapan housemate..oh yea..dah 4 hari tidur di ruang tamu..best weh' boleh jadi pemurah dan dirahmati kerana derma darah manis i pada nyamuk..nyamuk sini sangat rakus' sampai satu ketika terpaksa memasukkan kaki di dalam sarung bantal..oh' aku tak pakai selimut' tak pernah ada selimut kerana dalam selimut ada musuh bak kata pepatah melayu moden..seperti musuh di dalam selimut..
sesat tapi kami tetap buat relax
***
oh yea' sangat tersentuh bilamana mendapat sms dari wanie 'rindu korang sangat' omg! omg! teringat zaman kami dulu..masih kecil..lower form' terkinja-kinja lebih.apa kami peduli pasal cinta ke' drama melayu terbaru ke' fesyen baju pengantin terhot ke' tak tak..tak mungkin kami akan ambil tahu pasal itu..
ceh emosi ke?? tak tak saya sedang blur..ingt b l u r...doooooooo (bunyi bila sedang blur)..
angin buat tudung kami sungguh berunsur seni
***
oh yea..Selalunya bila aku rasa tertekan, atau dilanda tentang masalah miserable. Aku akan buat benda yang aku suka buat. Teman yang selalu tidak pernah kecewakan aku sekeping kertas dan sekuntum pencil tekan berwarna ungu yang aku pakai semenjak di tingkatan 5 lagi.
Itu lah masalah aku, sebab bila datang rasa sedih, aku suka main-main dengan melukis apa yang aku rasa boleh buat aku happy. maka terhasil lah benda abstrak yang aku saje yang faham. Kalau aku sengaja nak buat, memang tak jadi pula. Dia datang dengan sendiri bersama dengan perasaan blur..ulang' blur..
Sweet.eh' aku terserius pulak..haha' makan budak! makan budak!
aku yang pke baju putih atas tuh.memang paling gangstahh..tapi baik hati..HAHA
kadang-kadang aku rasa macam nak tukar course..bukan apa' aku memang minat pada arts' especially fine arts' arts is universal..tp aku tak suka pada potret or permandangan tapi aku suka abstrak.retro thingy yang buat aku rasa i'm in 70's.kalau aku pilih baju pun aku selalu pilih yang berunsur abstrak, retro and olskool sedikit..pernah kena kritik cakap aku tak ladies..wehhhh..cukup ayu apa aku sekarang!
and aku suka graffiti and grafic..sumpah it will make me horny.haha! maksud horny kat sini adalah sangat teruja sampai kan aku boleh abeh berjam-jam depan adobe photoshop or flash making some montage or tolong buat poster..
omaigod! aku tatahu kenapa aku suka muka aku sedang teruja walau ia hodoh kerut-kerut
***
haa..dulu aku layan bjork, radiohead kalau sedih' jadi sekarang tak akan dengar secara serius dah.the beatles mungkin membantu.perasan tak aku selitkan gambar-gambar tuh' tolong kembali kan masa itu boleh? oke..where is the clock? doraemon? time machine?
tataw nak tulis tajuk apa..maka emoticon itu menjadi pilihan hati.
oke..its almost 4.a.m and i'm still wide awake.sebenarnya dah tidur tadi dalam lebih kurang pukul 2 lebih tapi terbangun semula.nak log in facebook rasa macam karang sampai ke pagi aku tak tidur kot.lalu batalkan niat dan sambung melihat buku' melihat yea..sebab esok harus menghadiri quiz pong..pang..pong..pang! pastu rasa macam dah cukup pandai beralih arah ke blog kerana ini entri i yang ke 80 hong heng hong heng!
semalam telah mengambil sos cili secara percuma dan diam-diam di sebuah pizzahut di tutttt..dengan tettttt..mana ley gtaw..HAHA
and..lately i don't feel like facebook-ing that much.WEIRD! ini kerana' rasa rindu rumah ibu bapa..kuali hang eyda' tade kaitan tapi sumpah tak sabar nak balik kampung..oh oh oh balik kampung..oh oh oh balik kampung.tahu tak sambil menaip neh aku menyanyi lagu ekstravaganza kuat-kuat..dah seluruh rumah gelap gelita sekarang..
***
oke..berpandukan emoticon pada title entri saya di atas..dengan ini saya umumkan..saya rindu dia sekarang..=(
the more we try to forget someone..the more we'll keep on remembering him...and hypothesis is accepted.
see..bukan susah pun nak mengarut apabila masalah sukar tidur atau tiba-tiba terjaga dari tidur berlaku.dah ngantuk sekarang' chap go meh! eh silap'..chow chin chau!
oh baru aku perasan semalam lepas dapat satu mimpi unik dimana mimpi itu harus jadi secret sampai bila-bila. tak nak cerita kat cucu pun sebab mimpi itu sungguh unik.oke harus berhenti cakap pasal mimpi itu sebab nanti confirm tercerita pada khalayak ramai.
begini baru aku sedar yang sebenarnya warna pink sangat boleh menarik perhatian aku sungguh! sebab..when people asked me minat kaler pink ke' aku akan keluar bunyi paling annoying gila macam ini..'euwwwwwww!! jambu gila minat colour pink..aku minat purple and hitam lah..tapi..
kalau pergi shopping baju mesti aku pegang warna pink even kaler purple and hitam ada juga.pastu macam malas nak fikir nak kaler apa aku beli tiga-tiga..oke pastikan tertera harga di situ..3 for RM50..haha!sampai coursemate aku pernah tegur..eyda' baju kau ini sama macam semalam tapi warna lain yea.ya betul! mereka perhatikan aku rupanya..sebab nak bahan aku berlagak sangat kata tak suka warna pink.
lagi satu benda ini mesti korang pun selalu buat terutama para remaja sebaya-sebaya aku.macam nie' korang sebenarnya tertekan pasal satu benda nie tapi korang buat something yang boleh buat orang rasa korang sebenarnya tertekan pasal benda lain.ini ego punya pasal lah kan..tak remaja lah kalau tak ego meninggi-ninggi
contoh di sini' pada suatu hari itu kau macam rasa rindu gila kat sesiapa pun la konon kan..ego tuh tanak beritahu pada umum.bila roomate tanya asal muka ketat plus sedih semacam jek dan dan kau pergi ketuk-ketuk printer lepas tuh menangis..nampak tak kat situ..ketuk printer sambil nangis tak tentu pasal.ya rabbi..konon-konon dah sampai tahap tension sebab notes tak boleh nak print esok ada kuliah nak guna notes tuh.padahal before neh kau tak kisah pun notes tuh ada ke tak..
dan printer tu pulak sebenarnya plug tak on.sangat bernasib baik kalau roomate kau tak perasan semua tuh..kalau perasan pun dia kutuk dalam hati jek..tapi kalau roomate aku dia sembur kat situ jugak..aku selalu jek kantoi dengan roomate aku.dia ada saka kot..habis plan nak jaga ego aku punah..
itu cuma contoh.jangan nak ambil serious pula..bukan aku weh! buruk benar rupanya begitu..HAHA
oh yea..sekarang dah tiba masa siri gambar bercakap.sumpah rindu mereka semula.lama lah juga borak. kalau keluar dengan member-member aku neh' batalkan lah niat shopping ke ape.kau cari port baik punya..paling koman pun dekat foodcourt sebab sambil borak boleh tambah berat badan.
mira yang minat mamat gay.sumpah aku tak redha mir! haha
dalam tiga-tiga neh aku paling pendiam! HAHA
ouh yea' aku dah jumpa slip spm aku.sampai ngigau-ngigau dalam tidur sedih hilang slip itu konon. jumpa dalam celah celah buku etika pemakaian UiTM..wtf! result tade lah cantik mana tapi tak tahu kenapa rasa sayang pada makhluk tak hidup tuh.eh' babai..nak beritahu ibu sekarang.
salam pendidikan!! ya! bahasa menunjukkan bangsa..begitu juga tajuk post blog anda.tajuk post menunjukkan isi post anda.ceh ceh..asal intro aku macam manifesto calon MPP jek.padahal baru malam tadi tahu yang kat kampus rupanya tengah HOT pasal pelantikan MPP baru.
asal aku baru tahu?? itu yang kita tak tahu. apakejadahnye semua ini? kenapa ia tak semeriah di maktab mahupun di matrik dulu..maksud meriah di sini bukan lah macam bila calon tuh naik stage semua baling tin soya bunga mawar' bila dia nak turun bunga api keluar pop pap pop pap ke apa..bukan..bukan..
kenapa tak ada poster tampal-tampal macam dulu.kat maktab dulu bersilang-silang poster aku nak lalu pun kena mengharungi semua itu dengan sabar.. oke..kadang-kadang aku langgar jek sampai putus tali rafia tuh' best kot' rasa macam stuntwoman! fine, jangan kata gantung..tampal atas siling pun ada' punya lah gila kuasa dak maktab aku dulu' tu belum lagi mana-mana awek yang minat kat mana-man calon pergi letak poster dalam loker sendiri.tak pun tampal tepi katil.sumpah aku TAK PERNAH buat! ada sekali aku and member aku yang perangai mulia comel main gulung-gulung kadang-kadang saja-saja buat roket main dalam kelas bosan-bosan poster mereka..sekali kantoi..cikgu mahasan panggil..kan tak pasal-pasal kena sembur tengah-tengah coridor tu jugak.
tapi aku bukan lah berhati busuk sangat..dalam 5 tahun aku di situ..ade lah dua kali aku buat undi rosak sebab aku tak dapat nak berfikir nak undi siapa.demi berlaku adil.aku tanda semua sambil lukis smiley. dari sudut agamanya mungkin aku bersalah.tapi dari sudut pandangan aku sendiri aku mahu berlaku adil tanpa menyebelahi siapa-siapa..
lahh..bukan MPP aku nak cerita..alahai apa ke kuali aku neh' macam ni lah..kenal ah keong?? oke tak kenal kan..aku pun tak kenal..tayah cerita pasal dia.
minggu ini minggu tension aku..sumpah tension.uitm neh..yuran murah.buku tanak pulak mahal.semua atas rm70..satu subjek sampai 3 buku kadang kala..dengan lab manual nye..text nye' tutorial nye' makan!' dengan baju keparat korperat and jacket mahal macam buat dari suteri china ke apa atau buat dari bulu beruang??
itu dari segi kewangan..belajar?? jangan tanya lah minggu ini aku belajar apa.sumpah tak faham! setengah jam 1 chapter.sejam suku awal aku masih semangat membara panas panas sensasi! 45 minit kemudian selamat jalan romeo..memang dah out of coverage! assignments kena submit friday ini..yeay!
plus, slip SPM aku hilang sekarang.ini lagi tensen.macam-macam borang nak kena ada salinan SPM. perasaan hilang slip SPM neh sama macam perasaan baru putus cinta kali pertama!!
satu..dua..tiga..GO! YEAH! weekend neh aku nak enjoy dan sedikit ulangkaji acewahcewahh!! ulangkaji apa i nak pergi jumpa kesayangan i weekend neh yakni mira wanie and syasya.harapan aku minggu depan aku kena fokus' fokus sangat lari konsep kang' tidur kot jadi..*ceh diam eyda bahasa tunggang langgang!*
all i need is time.macam ramai tulis kat status fb mereka tuh. 'so much things to do..so liltle time'! alahai comelnya seorang diri di bilik.main gunting-gunting selimut buat bentuk rama-rama dan naga.cari kertas nak buat origami tak jumpa.
yeah cool gila! jumpa di fb..orang invite aku deny.HAHA! bongkak hang eyda.oke mari lihat gambar bersuara pada tajuk post kali ini.petang angin kuat sampai topi keledar pn boley terpelanting.pergi taman depan rumah.
mengganggu budak kecil punya layang-layang dan main jongkang-jongket dan ada budak kata umur aku 14tahun..oh so sweet! tapi cyes gambar bawah ini hodoh..dah biasa nampak lawa apa kata bagi biasa nampak hodoh pula..(ayat orang tamak dan bongkak dan lapar dan sukar tidur )
oke..baru tahu darisyasyaxoxo itu apa.sebab hari itu pergi blog haqdia kata dia pun baru tahu.tiba-tiba baru teringat aku pun tak tahu maka cepat-cepat tanya syasya sebab aku yakin dia mesti tahu HAHA!.ceh..bukan noob tapi mana boleh haq tahu aku tak tahu..
lately rasa lame gila.penat.dan entri kali ini agak serius.
nak share satu benda.niat dia baik..tapi aku tak berapa kenal dia.sebab aku malas nak bagi harapan kat dia.and tak nak dia pun bagi harapan kat aku macam ada orang tuh buat dulu.dia ada bagi satu ayat.masa tuh aku tengah dok minum redbull..(hilang title gadis ayu aku jup sebab memang seminggu 3 4 tin aku tibai)..
time tuh aku hiba gila bab lah..dia datang cakap something tapi aku tak faham.laju gila cakap mat saleh' rasa nak lempang jek.oke..camni dy cakap..
break-up can be nasty. And the blaming game is even nastier. Nastier nastier I tell you. From someone you loved so dearly then becoming a total stranger to the point you are no longer on talking terms.
aku tahu dia sapu ayat novel mana ntah.aku buat-buat tak faham pastu aku blahh. hehe' terima kasih lah. aku tak perlu kan laki yang suka cakap aku sombong padahal tak kenal pun aku sebenar macam mana.yang suka tanya kisah silam aku.and the best part is..ko siapa nak cakap buruk-buruk pasal dia.ko kenal dia ke? buruk ke baik ke biar jela..u already make me lagi ingat.bukan lagi lupa..
eh' kat atas tadi aku cakap dia niat baik en..boleh tarik balik tak?? ada lagi ayat dia bagi. sakit hati juga lahh..aku tahu dia try tolong aku.tapi cara dia macam *^*&%^&$%^#
sebab memang dah lama aku bersabar dengan laki jenis macam nie.ke aku optimis? kalau memang yang rapat sikit pun aku tak kisah sebab mereka tahu cerita..
pesanan nenek: jangan lah buruk buruk kan orang kalau tak tahu dia sebenarnya macam mana.
aku baru semangat nak tulis satu cerita ni sambil upload satu video ni bagi menampakkan dan menghidupkan lagi suasana cerita yang aku nak cerita tu.
bagi ada efek sikit cerita tu.remaja kan suka feel feel bagai.
tapi macam banyak sangat tak tahu nak start dari mana.
maka tak jadi cerita..HAHA!
I always look at your page when i miss you..=')
sumpah rindu.apa boleh buat..haih haih.
tade lah kan kadang-kadang ada benda baik yang dia pernah buat yang buat kita rindu dia.(serius tak? serius tak ayat aku? sila bayangkan muka aku pula.macam maya karin kan.oke betul la tuh)
oh' yea..saya suka cabaran.tadi dicabar oleh rakan berhati tualang (ceh ceh..apakah tualang?) berhati titik-titik noda supaya jangan on facebook untuk petang dan malam ini.guess what..i berjaya! hey hey rock your body!
oh yea' tajuk entri kali ini sungguh pffttt <-----(sampai sekarang tak tahu macam mana nak bunyikan itu) kalau aku suka huruf S maka aku sangat amat paling sungguh tak suka huruf P..P untuk pfftttttt..fuh..legaaa!!
ntah kenapa tajuk macam cerita hindustan.setengah jam juga lah bertapa nak cari tajuk kencang-kencang tapi ini yang terdaya.sumpah aku tengah mengantuk!
hey' lama betul tak menulis.rindu diri sendiri.jangan risau' saya masih hidup dan sedang bergembira menjalani kehidupan sebagai pelajar part two yang baru tadi kena hambat dengan abang mana entah sebab baru terhegeh-hegeh nak renew kad matrik! apahal lu??
ouh' mulai tanggal ini aku macam tak berapa luang kan masa senggang dengan belog ini' sebab aku busy menyemakkan diri wehh! aku masih tak paham how come credit hour aku lebih dari orang lain' dah lah nak masuk student portal bagai menanti meranti berembun.saja nak selit peribahasa nampak sangat gigih kan..pukul 4a.m baru line laju gila woi! woi! tak ke gigih aku' rupa-rupanya aku pergi ambil subjek yang sepatutnya aku ambil sem depan ke apa ntah tak faham' lalu aku update semula.nak dekat 37 kali aku update benda alah tuh..boleh tak jangan over eyda?
sem baru ini aku rasa so much alive than the last sem yang aku rasa macam dah lost gila nak hidup..wtf?? see..how people change over years.sepanjang minggu ini rasa macam zaman sekolah dulu.belajar hanya tahu suka-suka dan kalau tak on fon seminggu pun bagai tidak kisah bulan jatuh ke riba. *lihat..ada peribahasa lagi*
rindu gila zaman belajar itu..
lagi berita tentang diri sendiri'aku ada dua belog sekarang.satu public dan satu lagi private. aceceyh..macam kau lah gadis misteri..ayuuuu! tamak haloba bukan.biar lah belog aku bukan belog ramli sarip.
aku dah anggap belog aku ini dah macam binatang peliharaan dah'belog aku yang private itu aku tulis tentang isi hati jiwa nurani aku' macam kalau kau orang baca mesti macam nak muntah hijau..auww! haha! maka perlu private.sebab bagi aku kan..menulis ini macam satu terapi.begitu juga melukis..melukis bunyi macam leceh bukan.apakah?? kalau hendak seribu daya..kalau tak hendak tidur saja..
berita seronok: hari ini I pulang ke rumah menaiki kenderaan ibu bapa cik dni awatif.sebab terlalu melampau banyaknya keperluan hidup tinggal di rumah.sebagai contoh towel' berus gigi' hanger' cermin mata rabun' cermin mata menggedik.nasib baik ada unit sokongan di sini..terima kasih daun kehlahdih.
dan..tak ke bila ada orang kata kamu 'gadis cute' rasa macam sungguh muda macam baru semalam baru ambil result upsr.tapi kalau orang kata kamu 'wanita cantik' tak ke rasa tua dan masa itu dalam kereta memasang siaran radio klasik nasional. dua kali tua rasanya kan. tolong lah budak tak cukup umur yang masih bersekolah..tolong jangan masuk campur dalam hal aku dan dia. kau nak ngorat dia..ambil! do i care?? tak pun! *tiba-tiba je kan..HAHA*
oke..mahu tidur' kalau tidak pergi meeting club bola tampar muka bagai melukut di tepi gantang. apa entah maksud dia.aku rasa sedap saja.jangan pertikaikan. p/s: imissyou.
comel saja semua orang nak emo emo elmo bila new year nak tiba neh.macam-macam.ada yang pasang azam baru.ada yang pasang semangat baru.ada yang pasang kekasih baru.ada yang pasang sportrim baru.ada juga yang azam 13 tahun lepas pospone ke tahun ini' lepas tu pura-pura itu azam baru..
for me..no need to azam azam semua ini sebab aku memang tade benda nak berazam' ada sikit tapi simpan dalam hati' kalau keluarkan dari hati segan i sebab tak jadi ke apa.maka azam perlu senyap.sebelum tidur berdiri kat tepi tingkap mengomel sorang-sorang pasal azam sendiri.pastikan jiran penyibok sebelah rumah tidak memasang telinga. masa awal muharram pun aku buat benda yang sama..tiba-tiba rasa dah besar.tapi aku kan baru 16 tahun..
**
oh' penat selongkar koleksi gambar peribadi malam tadi' cari gambar yang meletop letop dan ayu untuk di edit.tapi memang tak jumpa.gambar semua muka macam kalau bagi mak mentua lihat pasti pengsan.maka ini je yang mampu aku berikan..inilah aku rasa paling sopan buat masa ini..akan berusaha lagi..
boleh tak macam ini?
HELLO TWENTY-TEN.
boleh tak i nak kenal dengan you.you sangat popular lah.semua orang cakap pasal you.pastu semua orang macam gelabah gila you nak muncul.i tergolong ke?