Friday, July 29, 2011

who says bebeh


aku suka gila rambut megan ni.oh and to all girls out there.especially kepada wanita-wanita kesayangan gua. :D

p/s: thanks for this song sayang. :)

tendangan basikal berganda

tudia..haroommm hang tak update langsung blog.malas sangat dah ni sebab duduk rumah alangkah bahagia.tu haa..double bicycle kick atau dalam bahasanya tendangan basikal berganda. direct translation pun style jugak la cerita dia.bicycle kick ka..scissor kick ka..overhead kick ka..semua lah ka ka ka


semalam takda benda lain dah aku fokus.selain cina gemuk tapi tulang rapuh berjersi number 11 yang selalu jatuh sorang-sorang dia, aku tengok tendangan sebab rasa comel.nak cerita pasal ni ja sebab ramai dah buat liputan awal.aku ja terhegeh-hegeh.


hat ni yang aku gelak, style gila super safee and amirul hadi time nie.macam break dance pun aku rasa ada juga lah.hat tengah tu versi etnik kreatif dok buat cak lempong.tak pun 'everyday i'm shuf fe fe fling'..


hebat weh tapi failed.tak kena bola.susah la kot sebab aku pernah try buat lipat tendang bola takraw pun rasa tegang segala urat kaki.siapa lah aku nak dibandingkan dengan kaki depa ni.pesen otot and urat ja timbul..ni kalau tendang pokok durian habis terbelah 18, baru kenal erti penyesalan.

dakpe la boh,xdop rezeki la tuh nok g Bghazil.. kalu dabel baisikel kick pung dop kene.. meme xdop rezeki la tuh..player diorang pung ghama hok injerd.. bg la can skek..pape pung khairul fahmi kemah demo,kemah keming!

kalau lah time sparring tae kwon do boleh buat bicycle kick ni.syok nya..


********




can't stop listening to this.kenapa marc anthony sangat seksi kat sini.aku memang suka dengan lelaki muka cengkung dari dulu lagi.haih..aa iyai iyai aa iyai iyai let it rain over me~


gambar ehsan daripada google alfonso de albu bekaraihokolahki.


Thursday, July 14, 2011

adalah yang tak kena tu.

makin lama, makin kurang aku menulis.sekarang lebih banyak beli FIXI's novel.dan aku menelaah sampai lebam.apa benda pun aku tak kisah.sampai dating pun aku suruh dia baca buku tu.haha


macam biasa lah, ayat yang keluar.


'buku apa awak baca ni, tajuk pun pelik.'


sebab sekarang, lebih baik memerhati, tambah ilmu, berfikir dan menilai dengan baik.sebab sometimes we have to love the one that loves us, ditch the one that hates us.oh yea lagi satu, berbuat baik untuk orang yang berbuat tahi kepada kita bukan lah kalah atau lemah.its called growing up.love you friends! muaahhh! :D


catatan tambahan:


siang tadi aku menjadi orang tengah masa kucing bergaduh depan rumah.riot.hebat.memang tak bijak.kena cakar di siku.susah betul nak fahami isi hati kucing zaman 2011 ni.sebab kucing pintu rumah jadi mangsa kena marah.tiba-tiba aku pandai bercakap dengan pintu.kata aku 'niat nak tolong jeeeee...tsk' sambil masuk rumah sambung layan KL Gangster.tengok aaron aziz sakit kat siku hilang habis.kemain lagi..


tata. :)

Saturday, July 9, 2011

for him. :)

aku nak marah, tapi aku nak ketawa.
aku nak pukul, tapi aku nak ketawa lagi.
aku nak tunjal-tunjal kepala dia, tapi aku takut kepala dia sakit.
aku nak lepaskan kemarahan aku, tapi aku takut dia terasa.
aku nak merajuk, tapi aku nak berbual dengan dia.
aku nak paling muka, tapi aku nak tengok muka dia.
aku nak menangis, tapi aku nak dia tahu aku happy masa tu.
aku nak maafkan dia, sebab aku nak terus sayang dia..






aishiteru :)



Friday, June 10, 2011

televisi

assalamualaikum


aku tak tahu lah berapa lama aku tinggal kan belog ni.sebenarnya kat draft sumpah berlambak entri tapi aku tak publish je.seronok main taip taip nie.tapi jari aku tak kurus kurus pongg! 


nak cerita tentang family day that day.sumpah awesome.kau bayangkan berendam dalam pool pukul berapa pagi entah sambil layan movie.dah macam dalam panggung.dan sekarang aku tengah demam.clap clap


dah??


belum kak.itu nanti story.kan sekarang tengah nora elena punya fever.aku pun dah tersampuk sama.ini kerana abang kawasan tu belakon meyhh.aaron aziz..seperti yang sedia maklum.aku kan peminat tegar aaron aziz sejak azali.tak silap aku.aku ada wat entri tentang beliau.tapi tadi aku cari konon nak re-link balik entri tu tapi tak jumpa dan aku malas nak geledah dengan tekunnya.tak silap aku entri aku mengarut pasal aaron and dude herlino if i'm not mistaken lah.yea..dua dua pun laki orang nye aku minat punnnn....


merujuk kepada perkara di atas.drama nora elena nie kemain la nak tunjuk si seth tan sangat la romantic kau sampai aku tersenyum sorang-sorang bila menonton.ada part aku sampai cam dalam hati terdetik. 'oi pembohong..kenapa begitu romantis?' yea..adik-adik itu semua dusta belaka.dunia je semua tu.aku lebih percaya pak cik magneto tu wujud dari lelaki seromantis itu ada kat bumi ni.sampaikan dia pun cakap kat aku..'awak ni pengaruh nora elena ni' oh malu..bukan pengaruh yang..saja buat analisis.ecehh..


tapi perasan tak asal nak yang drama yang novel adaptation mesti nak aaron aziz ada kan.haa...*ayat aku tergantung sampai di sini sebab aku lupa nak cakap apa tadi.


selain gila kat seth tan ni.aku agak suka watak lelaki macam Barney Stinson when he's in love with Robin Scherbatsky. (khas untuk siapa yang tengok How I Met Your Mother). He did not want to admit it sebab dia rasa dia player terhebat so mana boleh fall in love kan. Tak macho la but actually he cares when Robin is sad, happy or trying to date other guys.cerita dah sumpah lah lawak oi.aku gelak sambil terbatuk-batuk sebab tekak sakit kau nak gelak kuat-kuat gak kan ida.yang episod semalam lawak.oh semua episod pun lawak.ibu aku pun join tengok.


dah??


oke kali ni betul-betul dah.tata darlings. ;)


p/s: thanks sayang. :)

Wednesday, May 18, 2011

tok bulih sero

assalamualaikum kawen-kawen (kasi efek sengau sikit)


telah lama aku perhatikan..ecehh ayat kena sedap.ya kebelakangan ni aku asyik dok layan cerita ja.tak kisah la cerita bangsa apa pun.yang penting aku telah memupuk diri sendiri nak tengok satu cerita bertajuk 'you're beautiful' nie..sedih kan cerita lama pun aku baru nak tengok.tu pun jenuh la dok bina kekuatan nak menonton sebab aku jenis umat yang tak suka tengok cerita yang typical dan episod sampai 450 masih dalam adegan dugaan bertimpa-timpa di dalam kehidupan heroin mahupun hero.


berbalik kepada cerita 'you're beautiful' tadi..aku rasa sampai seru nak menonton sebab publisiti terhadap cerita itu sangat lah hebat.apa lagi classmates aku lah dok canang cita ni merata.aku pun try la tengok sebarang dua tapi episod first aku dah terlentok dah.tidak dinafikan heroes kacak kemain.heroin stok nak yang cute alolo omel omel..


tapi cerita mesti sama.hat heroin menyamar jadi lelaki..then hero tak semena-mena datang aura nak suka kat heroin tadi.hero lak kemain nak ego dan muka penuh gaya bagai.muka serious sepanjang perjalanan cerita tapi dalam hati ada tamainnnnn (taman)..dan mesti ada hero lain datang..tak dua ada tiga.sat lagi datang pula hero tu punya ex..mesti ada.di situ terjadinya pengorbanan cinta.last last memang heroin yang tabah tu bersama hero yang ego tadi.lebih kurang macam tu la kaedahnya.


dan ya memang betol.begitulah yang terjadi.aku habis tengok dah.cerita dia best..tengah tengah tengok tiba-tiba dok tekup muka kat bantal sambil mnjerit "arghhhh..sweetnye!" tapi cerita plot sama..actually aku tengok episod 1-10 then aku skip teruih ke episod last.hahaha..*marah aku cepat marah.ini semua kerana aku dah bosan.hehe


cuba aku bagi contoh drama yang aku bulih ngadap seminggu tanpa henti.contoh paling best adalah desperate housewives and vampire diaries.tak boleh pergi weh cerita dia...memang tak bulih nak bosan.oke lah DH cerita dia sangat lah menyamai kehidupan seharian.dari segala segi la kiranya..aku dok follow dari season 1 sampai yang ni Teri Hatcher ( Susan Delfino) cucuk botox kat mulut pun dah bulih perasan.vampire diaries lak lain cerita..memang aku dok gila kat Ian Somerhalder (abe Damon).pernah tengok How I Met Your Mother.yea..cerita tu lawak rasa nak lempang.tehee..


kalau drama melayu aku paling suka lah sesangat sehingga kini adalah drama KAMI yang memang pasal kehidupan masyarakat la ni.dan drama sinderella sebab aku agak suka bront berlakon.dan sekarang sedang melayan Juvana.dengar theme song dia aku dah catit dah ini drama wajib tonton.nur kasih aku suka gak lepas tengok episod last dia.ya..aku lambat.tapi lebih teruk satu kawan ni tanya aku nur kasih ni cerita tembak-tembak ka weh? aku geleng tanda kasihan.


tu sebab kalau depa dok pung pang kecah satu kronologi cerita or drama kita boleh tahu dah cerita tu bangsa apa punya sebab semua pesen nak ada fenomena dan style sendiri. nak cerita pasal style panjang la pula nanti. 


tapi dan tapi.Korea nie aku suka tengok video clip artis depa.sumpah style kemain.depa punya imaginasi tahap Phd baq ang.takda la lagu sedih dok nyanyi pilu tepi tinggap, jalan kat taman bunga..duduk setempat sambil menatap wajahmu, jarang koit.kebanyakannya style nak rare ja.tengah sedih boleh pula nyanyi tepi kubur..kat padang pasir kuar api bagai..kat tengah kesibukan kota lah.tengah sedih sempat lagi menari beramai-ramai.dan disebabkan itu mereka berjaya buat aku dengar lagu sambil menghayati VC gak la.kira sebangsa dengan VC lady gaga la ni nak yang rare je.


dah?


dah la kot takat ni.tapi sebelum tu meh tengok ni.aku tak taw kenapa suka VC nie.sedih kot..boyfriend kau mati jadi rama-rama yea kak?? dah la set VC cantik.wuhuu~



p/s: awak dalam hutan buat apa sekarang ea? tsk tsk











Sunday, May 15, 2011

bbq g-teng versi lambat benau hapdate nye

assalamualaikum kailan.


haha..lambat update pasal nie sebab terlalu teruja berada di rumah.aritu teruja baru habis exam.teruja sebab rasa terlalu lapang assignments dah pupus.aku dah campak otak aku pergi bervakasi dah sekarang.bagi dia relax nanti rasa nak guna aku panggil balik sini.sehari di rumah dah naik 1kg.semua benda aku nak buat kat rumah ni gaya dah macam tak balik dua puluh tahun.


tak ada rasa nak menaip panjang.versi panjang dah boleh pergi ke blog kakak hot nie.si ZIKA atau kakak hot lagi sorang KIKI


tapi cerita bermula dengan video ini.ya! kami shopping sendiri.masak sendiri dan makan sendiri.ya! baru ada ciri ciri kekeluargaan di situ.muahh! *tiba-tiba.


yang menda alah video ni rajin nak edit si kila la ni.saksikan lah kami pening sambil beli sambil tu dok kira bajet.aku lak tak habis habis 'Qahhar..nie weh ko tanak beli!' 'yang ni..tanak?'...jumpa menda lain aku jerit lagi.."Qahhar...nie?' nasib baik tak kena lempang.kih3

then ada serba sedikit gambar yang zie tak upload..meh ak upload kan.aku malas nak menaip sebenarnya ni.tengah makan pudding yummmeyhhh!! senak perut oi dari pagi melantak je koje.oke kembali ke agenda asal..

sesi pertama : di dapur untuk memasak makanan.

memang dia ja weh yang memotong.sumpah cepat padat tangkas dan berkarisma.aku nak nolong pun berdebar sebab takut terkedek-kedek.

halus tulus mulus.

last last kami pun tolong sama tapi kemain kecoh la kan dapur.siap kalau boleh nak ber'nobody-nobody but you' kat situ.

ini sebab Qahhar dah menghilang aku and zie tukang rasa.seronok! tukang mempertahankan kubu di dapur.

model iklan susu yang tak minum susu.

sesi kedua : di ruang luar dari dapur ada peniup belon dan pembakar hebat.

tak pasti kenapa ada aku kat sini juga padahal aku bukan tiup pun belon tu.

ya..tudia..sampai kesudah korang membako yea.dah malam baru reti api tu nak membeso.tahniah..mereka memang rajin dan heroes.

sesi ketiga: apabila semua sudah siap sedia..taraaaa!!!!! *drum roll

ya..inilah santapan kami.semua buat sendiri.tapi aku yang tukang rasa ni tak makan makan.shak datang baru aku makan teman dia.ecehh..chef memang handal.nak terpikat tak boleh sebab diadah berpunya.baru je tukar relationship status semalam.ehemm ehemm..haha

muka perut kenyang.suka gambar ini.seperti seisi keluarga. love love

ini pertukaran hadiah.zie ada cerita banyak pasal ni.boleh ke blog dia.dah bagi link tadi.padeyappa!

tajuk perbuatan ini adalah mata dato'...ya jangan tanya mengapa anggap saja ini suatu seni.

maka..tamatlah entri tergendala ini.awat jari kelingking aku cramp.k bai.semoga saya temui jalan untuk menyihatkan jari kelingking saya yang cramp ini.

akhir kata NAK BUAT CAMNI LAGI WEH.MAKAN HARI-HARI PUN TAKPA..JANJI DAPAT BERGEMBIRA DENGAN KORANG. G-10 sangat awesome.

p/s: saya rindu dia.lamanya camp.uhuk













Wednesday, May 11, 2011

tamat peperiksaan

update ringkas

aku dapat rasa blog aku makin dianaktirikan.manusia pesen macam aku ni susah nak bahagi masa dan kasih sayang.jenis yang kalau dah tumpu pada satu benda susah nak tumpu pada yang lagi satu .ye..kebelakangan ini aku dah bermutasi menjadi seorang yang bukan multitasking person. *memandang dinding sambil mata berkaca..ewohh

kalau blog ini adalah binatang peliharaan mungkin dia pergi cari kasih sayang dekat orang lain.oh kena dump dengan blog sendiri adalah loser, lame dan tiada wawasan.dah jangan nak merepek ida.

oh yea..tamat peperiksaan tapi kenapa macam kepala otak masih busy.oh masih busy.kan aku pernah cakap.tak kisah pun busy busy.bila busy aku rasa cantik.

tapi kadang kadang tahap bosan aku dah boleh buat aku berzapin keliling rumah.dah kalau duduk static selama lima minit pun aku boleh berpeluh macam berjogging tiga hari.panas kemain bumi ni.oh yea.. semoga berbahagia.

oh yea..minta maaf pada gadis gadis kesayangan saya mira dan dni awatif.so sorry sayangs..nanti kita lepak sampai kering cendoi kedai tepi tasik tu.oh yea..update pasal bbq pun belum lagi.padahal ada je kat draft tu.nak tunggu video dari kiki wehhh! kiki lekaih sikit edit tu.gua tak sabau.karang gua tukar kaler hijau siapa susah? oh yea..aku sekarang penggemar famous bowl.terima kasih kiki halim kerana memperkenalkan ia.sangat menghargainya. *kenapa macam banyak sangat oh yea.?

taraaaa!! *sambil mendepang tangan* inilah famous bowl versi bertingkat.habis paper teruih serbu makan bersama.kenyang baq ang.rasa berbahagia sungguh bila perut dipenuhi makanan comel begini.-gambar ihsan dari kiki.asek asek nama kau je kiki..haha! 

bye.


p/s: ringkas aku memang dalam lima tujuh perenggan..wehuuu!

Saturday, April 30, 2011

sankyu

assalamualaikum ahli-ahli lantai..(baca:members of the floor)


tengok tengok..budak budak zaman sekarang eja thank you pun dah jadi sankyu.kemain kreatif lagi mereka.aku memang jarang cerita pasal dia kat sini sebab semua dah pergi ke tumblr.
segan ah segan *muka merah.


semalam aku and G-10 (coursemates) ada BBQ yang sumpah syok gila.nanti cerita lagi banyak sebab gambar takde kat eden oi.semua kat camera miji and azika and herizad.tak ada feel la kalau cerita takde gambarajah sebagai rujukan kejadian.nanti tak dapat nak menghayati watak.


just wanna say thanks to him saja sebab sudi datang BBQ dengan coursemates saya yang gila even ada kerja yang kena settle malam tu.sayang awak syakir. :)


oh yea, member saya hariz ada suruh buat entri tajuk 'hubungan persekitaran dan perasaan'.padia tu weh? penat aku fikir sebab aku macam tak berapa nak hadam konsep tajuk tu.tak dapat ilham lagi.dah lama tak menulis memang nak seru idea kemain susah.nanti dah rajin nak menuis pasal tu saya buat yea.


oh nak share satu vidiyo.iklan tentang parenting yang totally genius.syok weh syok.lagi syok dari secret garden *tiba-tiba



best kan.aku suka usha advertisements and tv commercials dr overseas.sangat genius,rare, creative and kadang-kadang abstract sampai berkerut dahi nak faham.  


p/s: bila entah nak start paper ni. 

Thursday, April 21, 2011

seteres

dan saya adalah sangat stress untuk minggu ini.sekian terima kasih.dah jadi tradisi ke apa kalau aku tengah stress..semua benda pun datang bedebuk atas kepala.tak larat nak tampung koit.


lagi-lagi untuk hari ini, kemain lebat hujan tadi.cepatlah jumaat.jumaat adalah hari terakhir projects submission.habis je sesi pecah pala ni..aku nak shuffle sampai berdarah kaki.berdarah kat kaki semua orang boleh nampak.dah tu kalau darah kat hati? hang nampak dak? dengan calar-balar..tampal sana sini.nampak?? baru nak tulis situ 'under constructions' tiba-tiba salah paku tang mana entah.dah runtuh balik. dah tuh..aku nak biar macam ni jela sampai bila-bila.


and dah la nak dekat final.aku dapat rasa result aku sem ini confirm disaster.


semua orang pun ada masalah.baru la kenal sikit dunia ni macam mana.and kadang-kadang aku rasa nak bagi jurus halilintar secara berpadu ja kat insan-insan yang tersemat sifat suka menjatuhkan orang lain. bila tak puas hati kita kena puji ke ape ke mula lah nak cari salah konon-konon amalkan konsep plagiarism apamenda semua then canang satu dunia. aduh dik non.design and artwork tuh depa usaha sendiri bersengkang mata, sakit urat sendi, migran semua sampai pagi-pagi buta hang dok kondem macam dia buat kerja guna organ-organ dari badan hang.tak payah dok dengki sangat.pesen budak macam ni memang kena ajar sikit.dah tak ada nilai tolong menolong and beri semangat pada kawan.ada nilai tamak dan show off pula tu.tak elok.


kadang-kadang hang ukir ja senyuman paling manis untuk insan sebegitu.mana taw kot kot tergoda terus rasa bersalah dan ada niat nak berubah.


ya Allah, semoga minggu ini cepat berakhir.


makang free sajo haa..


eh..aku serious pula malam ni. kui kui kui





p/s: insyaallah boleh settle semua projects.yeay!